Selasa, 29 April 2014

FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH....MENGUMPAT MEMAKAN DAGING2 SAHABAT SENDIRI....MENGADU DOMBA TAK CIUM SYURGA....BOHONG ADA TANDA2 MUNAFIK...BOHONG ADA DIDALAMNYA MUNGKIR JANJI SERTA KHIANAT


Janda bawa anak dicekup khalwat


MELAKA 27 April – Seorang janda berusia 33 tahun dan teman lelakinya dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Gejala Sosial di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai di sini pagi tadi.
Ketika serbuan pukul 3.30 pagi itu, pasangan tersebut didapati cuba menyembunyikan status mereka dan mengaku telah berkahwin ketika disoal siasat oleh pihak polis sebelum diserahkan kepada penguat kuasa JAIM.
Menurut sumber, wanita tersebut didapati membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke hotel itu untuk bersama teman lelakinya yang berusia 43 tahun.
SEORANG janda yang cuba mengaburi mata anggota penguat kuasa dengan membawa anaknya dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki bukan muhrim di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Melaka, semalam.
SEORANG janda yang cuba mengaburi mata anggota penguat kuasa dengan membawa anaknya dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki bukan muhrim di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Melaka, semalam.
“Pihak polis yang menyertai operasi berkenaan telah mengetuk pintu bilik pasangan itu dan seorang lelaki muncul dan mendakwa bahawa mereka telah berkahwin.
“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lanjut dibuat, pasangan itu didapati telah gagal menunjukkan bukti pernikahan dan akhirnya mengaku baru ber-kenalan dan belum berkahwin,” katanya.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, turut ditahan dalam operasi itu ialah enam pasangan lain yang berusia sembilan hingga 45 tahun.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di tiga hotel bajet di dua lokasi berasingan di Batu Berendam.
Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersedudukan.
Kata Rahimin, jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
Seramai 52 orang telah ditahan sepanjang operasi itu termasuk tujuh pasangan tersebut atas pelbagai kesalahan termasuk ujian air kencing yang positif dadah.
Turut menyertai operasi bermula pukul 12.30 tengah malam hingga 8 pagi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) – Utusan


Monday, 28 April 2014

SEORANG PEMANDU MAUT KERANA MEREMPUH PENGADANG TOL KAJANG SELATAN KERANA DI PERCAYAI CUBA MENGGELAK DARI MEMBAYAR TOL????



KAJANG – Seorang pemandu maut apabila kereta jenis Peugeot yang dipandunya merempuh pengadang Tol Kajang Selatan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Ketua Operasi, Mustaza Paijan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman manakala kereta miliknya rosak teruk di bahagian depan.

“Mangsa patah kaki kerana tersepit di stereng dan darah keluar dari hidung dan telinganya.

“Kita menggunakan peralatan hidraulik cutter bagi membuka pintu kereta dan telescopic untuk merenggangkan dashboard bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan makluman awal dari salah seorang pekerja tol di situ, mangsa dipercayai memandu laju sebelum merempuh pengadang tol berkenaan.

Mustaza berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis setelah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.

Gambar: Wanita Mengandung Bawa Beg Tangan Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 6 Terminal One Seremban


Seorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One di sini, kira-kira 4 petang tadi.


Mangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.
Gambar: Wanita Mengandung Bawa Beg Tangan Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 6 Terminal One Seremban
Gambar: Wanita Mengandung Bawa Beg Tangan Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 6 Terminal One Seremban


Saksi kejadian dikenali sebagai Sopian, 22, berkata dia sedang berjalan dari tingkat dua pasar raya di bangunan sebelah untuk mengambil kereta di parkir Terminal One apabila nampak wanita terbabit mahu terjun daripada tingkat enam.
Katanya, dia menjerit bagi menghalang wanita itu terjun tetapi tidak dipedulikan mangsa.
Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi

RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.
Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.
Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.
Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.
Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.
Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.
Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.
Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.
Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.
Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu. - HARAKAHDAILY, 28/4/2014

9 individu ditahan dipercayai terbabit aktiviti militan

BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Kedah dan Selangor, hari ini.
  
Khalid berkata kesemua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di dua negeri berkenaan berumur antara 22 dan 55 tahun.
  
"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan luar negara.
  
"Mereka juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
  
Beliau berkata sebahagian daripada individu yang ditangkap itu telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan.
  
Khalid berkata selain memantapkan ideologi militan, individu tersebut juga didapati mengumpul dana dan menjalani latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.
  
Beliau berkata mereka itu ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).
  
"Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya. - Bernama

Pakatan Rakyat minta AS tegur kerajaan BN

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Peluang bertemu Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat Susan Rice hari ini dimaanfaatkan oleh Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan sebenar suasana politik di Malaysia.

Tiga wakil Pakatan Rakyat iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengadakan pertemuan 45 minit dengan Rice di ibu negara hari ini.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah termasuk amalan demokrasi yang tempang di negara ini yang membelakangi semangat federalisma itu sendiri.

"Misalnya, kerajaan pusat menafikan hak negeri untuk mendapatkan royalti minyak di Kelantan," kata Mustafa.

Katanya, beliau turut memberitahu soal kegagalan Malaysia dalam memberikan kebebasan media di negara ini, di mana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Guan Eng pula berkata beliau memberitahu Rice bahawa jika mengikut jumlah undi popular, maka Pakatan Rakyat sepatutnya menjadi kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ini kerana gabungan PAS PKR dan DAP itu mendapat 52% undi popular seluruh negara.

"Parti kami menang undi popular. Kami sepatutnya parti yang mentadbir (negara ini).

"Selama mana tiada pembaharuan pilihan raya, kami begitu ambil berat dengan hala tuju demokrasi di Malaysia," kata Lim kepada pemberita.

Pertemuan Rice ini berlaku susulan kehadiran lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke negara ini bermula Sabtu lalu. - HARAKAHDAILY 28/4/2014

TPPA, kehakiman topik pertemuan Pakatan-Rice

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Amerika Syarikat yang merupakan "juara demokrasi" dunia agar menegur amalan demokrasi di Malaysia, yang disifatkan sebagai tempang dan tidak mematuhi sistem demokrasi itu sendiri.

Antara yang paling ketara adalah kerajaan BN yang memerintah Persekutuan tidak mematuhi sistem Persekutuan atau 'federalism' di Malaysia apabila hak negeri yang bukan di bawah kuasa parti pemerintah di peringkat negeri diketepikan, kata Datuk Mustafa Ali.

"Misalnya, kerajaan pusat menafikan hak negeri untuk mendapatkan royalti minyak di Kelantan," kata Setiausaha Agung PAS itu kepada Susan Rice, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat dan tiga lagi pegawai Amerika dalam pertemuan 45-minit dengan pemimpin PR itu.

Turut serta dalam pertemuan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam pertemuan itu, Anwar menjelaskan pendirian Pakatan Rakyat tentang mengapa mereka tidak bersetuju dengan TPPA secara keseluruhannya ketika disoal oleh Rice.

Anwar turut menyentuh soal integriti kehakiman di negara, namun tidak menyentuh secara spesifik terhadap kes beliau sendiri, kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Lim pula menekankan isu kegagalan sistem di Malaysia yang tidak memberikan kemenangan kepada PR, walaupun mendapat 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Pertemuan ini diadakan sempena lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke negara ini.

"Saya turut menekankan kegagalan Malaysia dalam memberikan kebebasan media di negara ini, di mana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan," kata Mustafa.

Kes peneroka Bera saman Felda ditangguh 30 April

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menangguhkan kes saman 533 peneroka Felda Gugusan Bera terhadap Felda, kepada 30 April ini.

Peguam peneroka, Mohamed Hanipa Maidin berkata, kes tersebut sepatutnya dimulakan hari ini selama tiga hari tetapi ditangguhkan berikutan pihak Felda mencadangkan mediasi ataupun selesai di luar mahkamah.
(Foto: Hanipa memberi taklimat kepada peneroka di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.)

“Hakim (Datuk Ab Karim Abdul Rahman) juga tadi menimbulkan terlalu ramai memfailkan saman jadi akan mengambil masa terlalu lama jika dipanggil seorang demi seorang.

“Justeru beliau mencadangkan supaya peneroka-peneroka yang betul-betul menghantar secara terus kepada kilang Felda tanpa melalui peraih atau orang tengah, akan dipanggil dulu” katanya kepada media selepas kes disebut.

Katanya, dijangka enam peneroka akan dipanggil sebagai saksi Rabu ini.

Turut hadir, dua orang lagi peguam bagi pihak peneroka iaitu Nasar Mirbas Khan dan Diana serta sebahagian peneroka.

Pada 20 September 2012, seramai 533 peneroka dari 9 Tanah Rancangan Felda Gugusan Bera telah memfailkan writ tuntutan berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana lebih rendah daripada gred sebenar di mahkamah ini.

Selain daripada itu peneroka juga menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan.

Kesemua peneroka menuntut pihak defendan membayar ganti rugi hasil penjualan sawit mereka sejak tahun 1995, hari ini ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal.

Kes tersebut sepatutnya mulai dibicarakan pada 17 September tahun lalu ditangguhkan bagi memberi masa kepada plaintif mendapatkan rekod jualan sawit semua peneroka ke kilang-kilang Felda atau daripada pihak ketiga.

Kes tersebut kemudiannya dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk pengurusan kes.

Mengenai jumlah tuntutan, Hanipa berkata, bagi tahun 2008 sahaja, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil yang sepatutnya ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995.
Dengan itu dijangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi.

Sebelum ini, peneroka-peneroka Felda Kemahang dan Sungai Koyan telahpun memenangi kes saman melibatkan isu yang sama. - HARAKAHDAILY 28/4/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan