Isnin, 31 Mac 2014

YANG ZALIM...YANG PENIPU SERTA YANG BUAT DURJANA2 TAK TERLEPAS DARI HUKUMAN ALLAH SWT

KUALA LUMPUR: Pemuda Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan supaya tidak bermain dengan andaian dalam isu yang melibatkan keselamatan negara.

Timbalan Kketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi (gambar) berkata, pihaknya kecewa dengan jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dalam Parlimen 26 Mac lalu bahawa TUDM sekadar beranggapan bahawa pesawat MH370 yang berpatah balik, mendapat arahan dari menara kawalan.

"Tidak layak bagi sidang Parlimen dan rakyat diberikan jawapan berdasarkan andaian untuk isu pertahanan negara dan tragedi MH370 yang kedua-duanya mempunyai kepentingan nasional.

"Ianya menjatuhkan maruah dewan yang mulia dan mandat rakyat yang mahukan jawapan yang telus dan benar ketika soalan ditanyakan secara rasmi di dalam Parlimen," kata beliau.

Khalil mempersoal, sudah lebih 20 hari insiden ini berlaku, apakah yang terlalu sukar untuk kerajaan mendapat kepastian tentang apa yang berlaku di stesen radar tentera pada malam kehilangan MH 370 sehinggakan kerajaan masih memberi jawapan berdasarkan andaian? 

Sesungguhnya isu MH 370 ini kata beliau, terus mendedahkan sikap kerajaan yang memandang enteng institusi Parlimen dengan memberikan jawapan-jawapan yang santai.

"Sekiranya benar andaian tersebut, apakah bukan menjadi protokol keselamatan untuk pihak tentera mengesahkan dengan pihak menara kawalan penerbangan awam (DCA) bahawa terdapat penerbangan awam yang mencurigakan?

"Apakah terlalu sukar untuk kawalan perintah tentera membuat panggilan telefon ke menara kawalan DCA untuk pengesahan," soal beliau lagi.

Beliau turut menuntut pengesahan dari pihak kerajaan Malaysia serta Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat mengenai status latihan ketenteraan yang berlangsung di Trang dan Korat, Thailand, dari 2 hingga 11 Mac dan 10 hingga 21 Mac baru-baru ini.

Latihan tentera udara di Korat sebagai contohnya melibatkan 76 pesawat dan 42 sistem pertahanan darat ke udara dari AS, Thailand dan Singapura.

"Apakah latihan ketenteraan tersebut telah menyebabkan pihak tentera kita membuat terlalu banyak andaian sehinggakan fokus pengesahan, pengesanan dan pencarian MH 370 terganggu?      

"Oleh itu saya bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena agar panel penyiasatan di Raja ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini.

"Aspek pertahanan negara harus menjadi sebahagian dari proses siasatan ini kelak dan tidak boleh disisihkan agar rakyat jelas dengan kronologi tragedi MH370 ini," tegas beliau.

#MH370 ; Isteri Kapten Zaharie Dedah Maklumat Terbaru...

Written By Azmy Klanajaya on 31/03/2014 | 8:00 am

zaharie

Betapa terganggunya fikiran Kapten Zaharie sehingga beliau jarang bercakap dan tidak rapat dengan anak lelaki beliau. Daripada tiga orang anak beliau, Zaharie amat rapat dengan anak perempuannya yang tinggal di Melbourne, Australia tetapi menurut Aishah, perbualan terakhir beliau bersama bapanya juga amat berbeza. Sikap kapten Zaharie tidak seperti kebiasaannya. Dia kelihatan amat terganggu dan hilang dalam dunianya sendiri. Sikapnya bertukar menjadi pemarah dan menyendiri.

Dan menurut sumber-sumber yang lain juga Kapten Zaharie dalam dilema menceraikan isteri beliau namun beliau belum berjumpa pihak jabatan agama lagi. Namun yang paling utama belia begitu KECEWA apabila hero politik beliau Anwar ibrahim akan dipenjarakan beberapa jam sebelum MH370 berlepas. Mahkamah rayuan telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat pada 7 March. Walaubagaimanapun Kapten Zaharie tidak menghadapi masalah kewangan yang serius.

Baca seterusnya d SINI
SHAH ALAM: Pelaburan ke Selangor tidak terjejas sekiranya Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 digunakan dalam penstrukturan industri air negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perkara itu sudah dilaksanakan di beberapa negeri sejak akta itu diperkenalkan.

Air-MB1“WSIA diluluskan oleh Parlimen pada 2006 dan digunakan untuk penstrukturan industri air di Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Dan kita gunakan undang-undang yang sama untuk Selangor,” katanya pada sidang media di Perpustakaan Raja Tun Uda semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengurus Urusan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling yang berkata penggunaan akta WSIA untuk penstrukturan industri air akan menyebabkan pelabur lari.

“Saya fikir sekiranya logiknya ialah mahukan wang yang lebih, itu bukan alasannya.

“Pelabur lebih arif. Kamu cuba untuk memaksimakan pendapatan sebanyak mungkin tetapi bila kita melaksanakan sesuatu undang-undang kita mesti memastikan yang ia memanfaatkan rakyat,” katanya lagi.

Tambah Abdul Khalid lagi, jumlah harga ditawarkan kepada pemegang konsensi air adalah berpatutan.

“Saya fikir pelabur lari itu tidak betul dan pasaran saham juga tidak jatuh sejak akta ini digunakan sejak tahun 2006,” lapor Selangor Kini.

Abdul Khalid turut berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan wakil daripada Jabatan Peguam Negara.

“Ini berkaitan dengan penstrukturan semula industri air Selangor melalui Seksyen 114 WSIA. Kabinet sendiri sudah mempersetujui perkara ini sejak Ogos tahun lalu,” kata beliau lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media 27 Februari lalu menjelaskan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Datuk Seri Dr Maximum Ongkili telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menimbangkan cadangan baharu daripada mana-mana pihak termasuklah daripada pemegang konsesi air.
“Dalam satu mesyuarat tengahari tadi, Datuk Maximus memberitahu saya bahawa selain daripada Memorandum Persefahaman yang telah kami tandatangani bulan lepas, mereka tidak akan menerima mana-mana cadangan baharu. Kami juga berjaya menyelesaikan langkah akhir dalam pengunaan Seksyen 114 Akta WSIA,” kata Abdul Khalid.
Beliau turut menjelaskan akan membuat mesyuarat susulan minggu ini bersama Menteri dan juga wakil daripada Pejabat Peguam Negara.
Mengulas  kenyataan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) yang dilaporkan bersedia untuk menjual harta air untuk “harga yang sesuai”, Menteri Besar berkata tawaran tersebut tidak timbul lagi kerana keputusan guna pakai Seksyen 114 WSIA telah pun dibuat.
“Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 billion kepada kesemua empat pemegang konsesi tetapi tawaran telah tamat pada 10 Mac 2014.  Jadi perkara itu tidak perlu dibincangkan lagi,” tegasnya.


ARAB Spring sudah sampai kepada satu tahap lain dalam kita melihat perubahan landskap politik di negara-negara Arab.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Mesir adalah antara destinasi awal Arab Spring setelah Tunisia memulakan momentumnya.
Halangan tembok ketakutan yang selama ini menjadi senjata regim kuku besi sudah diruntuhkan maka rejim zalim kini bertembung wajah ke wajah dengan suara rakyat yang mahukan ‘mainan’ kuasa kuku besi diakhiri segera. 
Terkini mahkamah telah mengenakan hukuman mati kepada 529 OKT (orang kena tahan) atas dakwaan membunuh dan mengkhianati negara.
Kesemua mereka adalah anggota Ikhwan Muslimin termasuklah Ketua Tertingginya iaitu Sheikh Dr Mohammed Badie’.
Dunia berkabung bukan sahaja kepada tragedi MH370 malah kes 529 orang yang dikenakan hukuman bunuh oleh rejim tentera Mesir juga menyebabkan dunia berkabung kerana matinya demokrasi.


IMBAUAN TAHRIR SQUARE

Tahrir Square terpahat sebagai saksi kebangkitan rakyat menurunkan rejim Mubarak pada tahun 2009. Namun pada tahun 2013 tempat yang sama telah menyaksikan satu lagi kebangkitan menjatuhkan Presiden Morsi yang dilantik secara demokratik oleh rakyat Mesir buat pertama kalinya dalam sejarah politik Mesir.
Proses antara 2009-2013 juga telah menyaksikan proses transisi kuasa dan proses pembentukan asas-asas demokrasi dan dalam proses itu kita dapat melihat bagaimana kesan kediktatoran telah meninggalkan bekas yang buruk kepada budaya politik rakyat Mesir sehingga sukar untuk melakukan perubahan yang tulen.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya tidak menolak teori dasar Amerika di Timur Tengah yang keutamaannya adalah memastikan kewujudan Israel di celah negara-negara Arab.
Demokrasi yang mengisi ruang kebangkitan rakyat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kuasa besar kerana seruan yang didengungkan oleh Amerika membuka ruang kepada kebangkitan Ikhwan sebagai sebuah entiti parti politik yang mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Mesir.
Dari sini, Arab Spring telah melalui fasa baru seolah-olah berlaku pusingan-U kepada kehendak rakyat yang telah memilih  presiden mereka dengan cara yang sah.

PENDAKIAN IKHWAN

Nama Ikhwan sememangnya nama yang gah dan senarainya kekal sebagai sebuah gerakan Islam yang paling ramai pengikut dan paling tersusun struktur dan aktivitinya.
Dahulunya Ikhwan dianggap gerakan dakwah yang disegani tetapi apabila Arab Spring berlaku, kecurigaan kepada Ikhwan sebagai kelompok terkuat berpotensi menguasai suara rakyat mula menjadi kebimbangan. Kebimbangan itu kepada pihak tertentu menjadi kenyataan apabila melalui Freedom and Justice Party (FJP) terbukti Ikhwan menguasai kerusi di Parlimen dan menang pilihan raya Presiden.
Bagi sesetengah pihak dalam lingkungan Ikhwan sendiri mereka berpendapat pendakian Ikhwan seharusnya lebih berhati-hati kerana respons negatif akan memungkinkan pihak tentera kembali berkuasa dan sekaligus membawa Mesir ke zaman gelapnya kembali.
Walaupun isu tersebut menjadi perbualan hangat dalam lingkungan Ikhwan dan sememangnya pada peringkat awal Ikhwan tidak berminat untuk meletakkan calonnya sebagai Presiden, namun entah bagaimana pada saat yang lewat Ikhwan melalui FJP mengisytiharkan calonnya Mohammed Morsi.

KEMENANGAN SATU BALA?
Kemenangan Ikhwan bukan sahaja disambut dengan optimis seluruh pendokong demokrasi tetapi ia juga disambut dengan penuh pesimis terhadap komitmen Ikhwan kepada lunas demokrasi pemerintahan.
Kuasa besar lebih berminat untuk melihat sejauh mana kepentingan dasar rantaunya dapat dipelihara.
Dalam suasana pesimistik ini pihak tentera mengambil kesempatan mensabotaj suara rakyat dan setiap langkah diambil menjatuhkan Morsi dirancang bagi mencapai maksud kegagalan Ikhwan dan pengkhianatan Ikhwan bagi mewajarkan hukuman bunuh dan menindas Ikhwan dengan restu Arab Saudi dan Negara Teluk yang lain kecuali Qatar dan Bahrain.

REJIM ANJING MUBARAK
Mubarak mungkin tiada kuasa lagi tetapi sejak awal lagi kejatuhan Mubarak sebahagiannya memang dirancang oleh tentera untuk menghidupkan generasi baru kuasa tentera. Ini termasuklah Jeneral Al Sisi. Mereka hanya memerlukan alasan untuk bertindak pada masa dan waktunya yang sesuai sahaja.
Jikalau pihak sekular yang menguasai kerajaan mungkin tentera akan melakukan rundingan secara halus untuk mereka terus menguasai keadaan.
Namun pendakian Ikhwan ke persada kuasa akan memberi ‘peluang’ bagi tentera untuk memenuhi kehendak teori kuasa besar dan kepentingan dirinya.
Kita jangan terkejut selepas ini Mubarak akan dibebaskan atas alasan jasa yang telah dibuat ataupun dibuang negara ke sebuah tempat yang selesa.

DUNIA HARUS KUTUK
Perampasan kuasa tentera di Mesir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima kerana ia adalah rompakan ke atas hak rakyat dan pencerobohan kepada lunas demokrasi.
Malangnya negara kuasa besar tidak berapa minat untuk membawa isu Mesir ke persada masyarakat antarabangsa mungkin kerana mangsanya adalah Ikhwan yang disenaraikan Amerika Syarikat sebagai gerakan teroris.
‘Double standard’ kuasa besar ke atas Mesir mesti juga dikutuk kerana ia tidak menghormati hak rakyat Mesir yang telah memilih sebuah kerajaan yang sah.
Hukuman bunuh ke atas 529 anggota Ikhwan termasuk pemimpin tertingginya Dr. Badie’ adalah satu pencabulan hak asasi manusia kerana mereka dikenakan hukuman atas motif politik dan sebagai pakej kepada rampasan kuasa tentera.
Kemarahan rakyat telah menjadikan negara Mesir dalam keadaan huru-hara, dan kemarahan itu bukan sebab Ikhwan tetapi kerana rakyat menuntut hak mereka yang telah dirampas. Apakah dunia boleh membiarkan Mesir huru-hara jika benar masyarakat dunia merangkul demokrasi sebagai asas kerukunan sesebuah negara.

MALAYSIA HARUS KUTUK
Malaysia sepatutnya mengutuk hukuman bunuh yang dikenakan rejim tentera ke atas 529 anggota Ikhwan kerana sebagai sebuah negara demokrasi adalah menjadi hak Malaysia untuk memastikan setiap negara tidak merampas hak rakyatnya untuk membuat keputusan.
Sekurangnya rampasan kuasa tentera mesti dikutuk kerana ia boleh dianggap sebagai senjata politik barbarik pada masa dunia menuju kepada membina struktur kuasa atas prinsip demokrasi dan suara rakyat.
Sebagai masyarakat dunia yang cintakan demokrasi, tindakan rejim tentera merampas kuasa dan hukuman bunuh ke atas anggota Ikhwan mesti diberi tekanan antaranya adalah menarik balik ribuan pelajar Malaysia di Mesir dan memutuskan segala kepentingan perniagaan dengan Mesir dan mengetatkan visa untuk warga Mesir datang ke sini.
Saya yakin rakyat Malaysia akan menyokong tindakan kerajaan untuk menyatakan solidariti sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan menyatakan sikap antirampasan tentera kita.
Doakan untuk EGYPT 529.
KUALA LUMPUR: Perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri menunjukkan berlaku peningkatan dari dari tahun 2009 hingga 2013.

Kos perbelanjaan makan dan minum bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.7 juta, tahun 2010 (RM 2.1 juta), 2011 (RM 1.7 juta), 2012 (RM 2.8 juta) dan tahun 2013 (RM 2.9 juta).

Majlis tersebut dihadiri oleh pelancong asing serta tetamu kenamaan dalam kalangan ketua jabatan kerajaan, duta-duta dan perwakilan asing di Malayia serta tokoh-tokoh korporat tempatan dan luar negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kerjaan yang selalu mengingatkan rakyat supaya berjimat cermat apabila dibebani dengan kenaikan kos hidup.

"Tetapi melihat perbelanjaan rumah terbuka Perdana Menteri ini, adalah sangat tidak wajar kerajaan berbelanja begitu besar? Hanya untuk rumah terbuka,"bidas Mahfuz.

Beliau turut mempersoalkan mengapa perbelanjaan rumah terbuka pada tahun 2013 begitu besar sedangkan jumlah pelancong asing pada tahun itu menurun berbanding negara jiran Thailand.

Tegasnya, kerajaan wajar mengkaji semula program seperti ini kerana ia membabitkan perbelanjaan yang semakin bertambah tiap-tiap tahun.

"Ataupun kerajaan boleh mencari katering lebih murah dalam masa yang sama kerajaan buat penelitian setiap tahun tentang perbelanjaan. Nampaknya tidak!"katanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk soalan lisannya pada 27 Mac 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan