Sabtu, 1 Mac 2014

YANG JELAS....MANUSIA PASTI MATI....MORALNYA JANGAN JADI MANUSIA YANG JAHAT LAGI MELAWAN ALLAH....DENGAN TIDAK TAAT SURUHAN ALLAH SWT


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
  
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
  
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
  
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
  
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
  
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
  
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
  
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
  
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.
  
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. – Bernama
 Seorang tahanan reman ditemui mati di Lokap Berpusat Balai Polis Bayan Baru di sini selepas mengadu kurang sihat awal hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki berusia 50 tahun yang ditahan pada 24 Feb lepas kerana kesalahan dadah itu disahkan mati kira-kira pukul 1 pagi.

Lelaki yang ditempatkan bersama enam tahanan lain termasuk adik lelaki kembarnya yang ditangkap atas kesalahan sama, dijadual direman sehingga 5 Mac.
  
"Semakan rakaman kamera litar tertutup yang ditempatkan di balai berkenaan juga mengesahkan lelaki itu tidak dipukul sesiapa semasa di dalam lokap," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata anggota keluarga lelaki terbabit memberitahu suspek menghidap asma dan penyakit kencing manis.

Lai berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut. – Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap meletakkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai keutamaan berbanding pertandingan peringkat parti yang ditandinginya.

Beliau yang membuat pengumuman bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR malam tadi, mengingatkan ahli parti supaya terlebih dahulu memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Kajang, kekal di tangan PKR, lapor Selangor Kini.

Bagi Menteri Besar Selangor itu, tiada guna perjuang jawatan parti kalau tidak dapat mempertahankan N25 Kajang.

“Kekalahan bermakna kejatuhan buat parti kita,” tegasnya ketika membuat pengumuman berkenaan di kediaman rasminya yang dihadiri ratusan penyokongnya, malam tadi.

 Justeru, beliau sama sekali tidak akan mengutamakan diri lebih daripada parti.

Beliau berulang kali menegaskan kemenangan PRK Kajang sebagai tumpuan utama, berkata pengukuhan parti jauh lebih penting dari kepentingan mana-mana individu.

Beliau juga mahu PKR terus kukuh dan tidak ketinggalan berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN).

“Jangan heboh sangat pasal pertandingan peringkat parti sampai abaikan PRK Kajang,” katanya.
KAJANG: Kepimpinan negara sejak akhir-akhir ini dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas kerana mereka banyak mendiamkan diri apabila berbagai-bagai isu yang ditimbulkan oleh rakyat.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata pemimpin negara ini seolah-olah tidak nampak ke mana matlamatnya dan ianya berbeza pada zaman Tunku Abdul Rahman yang jelas ke mana beliau hendak membawa masyarakat pada waktu itu.

"Tetapi hari ini kita lihat pensyarah pun tak tahu ke mana hala tuju. Student pun tak nampak. Hari ini timbul isu Kasim Ahmad, PM diam seribu bahasa.

"Kita perlu kepada kepimpinan misalnya dalam rumah tangga tentulah bapa. Hari ini negara seolah-olah tidak dipimpin ke mana arah kita hendak pergi," katanya ketika berceramah malam tadi di Taman Mesra di sini.

Katanya, situasi ini memberi gambaran bahawa Umno BN kehabisan 'bateri’ dan tidak ada daya upaya untuk mentadbir negara melainkan dengan memberi duit BR1M semata-mata.

"Kita tak perlu BR1M, kita perlu kepimpinan negara yang boleh tangani pelbagai isu misalnya  pendidikan negara mesti ada hala tuju yang jelas.

"Lepas 50 dan 60 tahun Umno perintah negara, Pakatan Rakyat harus ambil alih kepimpinan ini. Kita ada Anwar Ibrahim jauh lebih ada vision dan hala tuju untuk masa depan kita semua," katanya yang disambut sorakan orang ramai yang membanjiri padang rekreasi di Taman Mesra.

Dr Azman (tengah) bersama ahli PAS Cawangan Tok Dor Luar.
SETIU: Setelah sekian lama, Kampung Tok Dor Luar menjadi simpanan tetap Umno Jabi, semalam (28 Februari) menyaksikan sejarah baru tercatat dalam politik setempat.

Sebuah cawangan baru berjaya ditubuhkan menjadi cawangan bongsu PAS yang ke-24 dalam Dun Jabi.

Berucap merasmikan penubuhan cawangan baru yang diberi nama PAS Cawangan Tok Dor Luar, Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim menegaskan, di dalam suatu gerakan, kita ibarat satu ikatan lidi penyapu.

“Bukan semua sama panjang saiznya dan bukan semua akan kena sampah bila disapu, tapi  semua lidi adalah penting dalam ikatan tersebut.

"Dalam mana-mana organisasi apatah lagi organisasi dakwah, tarbiyah dan politik seperti PAS, ada 4 kelompok ahli dan penyokong,” katanya.

Jelasnya, mereka yang ada idea, ada pendapat serta boleh melaksanakan kerja tetapi bilangannya tidak ramai.

“ Mereka yang tahu memberikan idea dan pendapat, tapi kerja tak pandai buat. Tak apa. Anda dialu-alukan untuk terus memberikan idea.

“ Orang yang tak ada idea dan pendapat tapi tunggu pendapat dan idea orang lain untuk buat kerja. Beri arahan saja mereka akan laksanakan,” ujarnya.

Tambahnya, orang yang tidak tahu membuat kerja serta tidak ada idea dan pendapat.

“Tak apalah, anda sama-sama bantu memeriahkan medan perjuangan ini.

“Hakikatnya, tiada siapa yang terpinggir dalam perjuangan ini. Semua kita adalah penting," tegas beliau.

Program yang berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 40 orang ahli dan penyokong PAS setempat telah membuka mata ramai orang bahawa sebenarnya PAS mempunyai kekuatan tersendiri di situ.

Semua yang hadir terdiam terharu apabila ketua cawangan PAS yang baru ini, mesra dikenali sebagai Din Telefon mengumumkan, beliau mewakafkan sebahagian dari tanah miliknya untuk didirikan sebuah surau yang akan berperanan sebagai Markas PAS Cawangan.

Turut hadir adalah anggota-anggota Dewan Harian MTD Jabi terdiri dari Ustaz Ismail Awang Teh selaku penasihat, Ustaz Zulbhari Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Sudin Awang, Setiausaha, Abdullah Hemzah, Bendahari, Rafei Long Hassan, Ketua Pemuda Dun dan Norisabri Ismail sebagai Penolong Setiausaha Dun.
KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam selepas hampir 33 tahun memegang jawatan itu, hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh.
  
Upacara itu bermula 11 pagi dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai ketua menteri baharu, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.

Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Adenan.

Isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang turut hadir.

Beliau menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang penggalnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak tamat semalam.
  
Taib dilantik ketua menteri keempat Sarawak pada 26 Mac, 1981, bagi menggantikan bapa suadaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.  

Anak sulung daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei, 1936, kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub.
  
Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.
  
Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.
  
Kerjaya beliau di peringkat kerajaan persekutuan bermula apabila memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1970 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Pos dan Komunikasi (1970), Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Pertahanan (1978), Pemangku Menteri Luar (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).    
  
Pada 9 Mac, 1981, Taib meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sebandi.
  
Beliau memenangi kerusi Sebandi tanpa bertanding dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tanah dan Perlombongan negeri.
  
Kemudiannya beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. – Bernama


 Gadis Ini Dikatakan Telah Hilang Selama 4 Hari, Kereta Dinaiki MYVI SILVER BGA 8
Posted on Saturday, March 01 @ 12:54:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"

Ini PESANAN yang gua dapat dari SAHABAT "Saya mohon Jasa baik Tuan Dan Puan untuk mencari Kereta MYVI SILVER BGA 849 kerana anak perempuan saya hilang 4 hari. Tolong minta kerjasama semua Anggota Penguatkuasa dimana saja mereka berada.

Jika jumpa maklum Pada saya (017-9033539 Tn.Azhar) Dan lapor pada PIHAK POLIS segera. Mohon Share & Sebarkan demi kebaikan masyarakat kita". sumber klik sini"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Saturday, March 01 @ 12:54:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


 Lebih Baik Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR
Posted on Saturday, March 01 @ 12:53:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) semalam mengumumkan akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Sekali gus menamatkan teka teki selama ini.

Ramai berpendapat TSKI tidak layak kerana dia bukan orang politik tetapi orang ekonomi. Itu juga yang yang digemburkan selama ini dalam "Kajang Move".


Untuk mendapat natijah yang baik kita tak perlu sangat orang yang terlalu berpolitik. Dalam PAS contoh yang ketera ialah Dato' Mustaffa Ali dia memang bijak berpolitik malah dia boleh 'mengheh' Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, pasal itu dia masih kekal sebagai Setiausaha Agung PAS.

Mustafa Ali banyak masalah dalam PAS tapi kerana Presiden sayang dia dia akan kekal dengan masalahnya. Sama juga dengan Azmin Ali dia akan kekal dengan masalahnya kerana Anwar sayang dia. Masalah yang wujud di Selangor pun kerana Anwar sayang Azminlah!!
Lihat Cg Pas masih jadi Pengerusi Harakah semenjak Harakah ada jawatan itu lebih drp 25 tahun!!!!!
Fenomena sama akan berlaku dalam PKR jika Azmin dah jadi 'tunggul yang tak boleh diubah'.

Saya baca tulisan W. Fauzdin NS pasal pemilihan ini, saya berbeza dengan beliau pasal saya rasa sebenarnya TSKI adalah orang politik yang bijak dan jujur... sifat ini tidak ada pada Azmin.

Demi kebaikan PKR, sebelum PKR terkubur (maaf mungkin kasar tetapi itu hakikatnya) PKR perlu ada kepimpinan yang telus dan jujur dalam politik. Ini juga menjamin kerjasama baik dalam Pakatan Rakyat terutama dengan PAS. Sejarah menunjukkan PAS boleh malah terlalu bertolak ansur dalam mana-mana kerjasama tetapi PAS juga menjukkan sikap tegas dalam hal-hal yang merosakkan kerjasama.

Tulisan W. Fauzdin NS di rujuk untuk artikel ini.

TIMB PRESIDEN PKR - AZMIN VS KHALID, AKU HARAP ADA TOKOH KE TIGA
TEKA-TEKI kini hampir terjawab iaitu Azmin tetap akan dicabar di dalam pemilihan PKR nanti.  TS Khalid telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.  Ramai yang bertanya aku siapakah yang aku akan sokong di antara kedua mereka.

Jawapan aku, tidak cukup hanya menamakan TS Khalid untuk mencabar Azmin.  Aku suka TS Khalid sebagai MB Selangor di dalam bab pengurusan dan pentadbiran seperti korporat tetapi menolaknya sebagai orang politik.  Ertikata lain, TS Khalid hanya aku yakini sebagai pengurus ekonomi.  Menjadi MB tidak cukup hanya sekadar pakar ekonomi tetapi mesti cekap berpolitik iaitu membaca langkah politik pihak lawan samada di dalam mahu pun di luar. 

Justeru itu, aku masih mengharapkan orang ketiga iaitu orang politik yang bijak untuk merampas kedudukan Azmin.  Memang Azmin orang politik, tetapi Azmin terlebih 'politing' maka itu pun tidak baik untuk parti.  Memilih Timbalan Presiden mesti lah orang politik yang tidak terlebih berpolitiking.  Azmin belum ada di dalam senarai yang aku akan pilih, tetapi jika tiada lain calon orang politik yang tampil untuk menentangnya, maka Azmin lah satu-satunya orang politik yang ada di jawatan itu.

Baik atau buruknya Azmin, itulah tokoh politik yang PKR ada di kedudukan nombor dua.  Khalid tidak sesuai ke jawatan itu walaupun berbekalkan ketelusan dan ilmu korporatnya.  Mentadbir parti tidak boleh seperti mentadbir syarikat. 

Sehingga kini aku harapkan ada 'kuasa ajaib' yang akan menurunkan seorang tokoh politik yang setia kepada parti dan bijak menguruskan parti serta tahu membaca tipu muslihat Umno, tidak seperti TS Khalid.  Jika tiada, berat juga rasa hati aku untuk menyokong Azmin tetapi terpaksa juga aku pilih dia. 


TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan