Sabtu, 1 Mac 2014

ROSAK....ROSAK...MUFTI2 TAK TEGUR KE....USTAZ2 PENGAMPU2 TAK TEGURKE....AKHIRAT NAK JAWAB APA DENGAN ALLAH....




Kalu kata bute Agama, Syirik n Sekutukan Allah n rosak akidah.. spesis tu marah..meroyan n merapu.. tapi hakikatnya tengok je la banner karut lg kufur ni..subhanallah..

baca, fahamkan,,,,,,,,

ada dak rsa2 nk trmuntahhhhh,,,,,,,,



Nur Kasih in Kampong Datok Keramat
Buet sahabet2 nur,INIKAH YANG DIKATAKAN ISLAM SALAM 1 MALAYSIA..,islam hadhari sudah dibawe lori...JNG SEBARANGEN CAKAP TAU..
·
Sahabet2 nur..INDAHNYEE KATE2 MU..SAMEKAH MANUSIA DNG MALAIKAT ?
PAS KEDAH ADAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA'

ALOR SETAR - Adun Sungai Limau, Uataz Mohd Azam Abd Samat mengetuai lebih 150 umat Islam menunaikan solat mohon hujan dan dijauhi bala berikutan negara kini berdepan dengan cuaca panas dan kering melampau, sehingga beberapa negeri berdepan krisis air meruncing.

Solat hajat diadakan sejurus selesai kuliah dhuha yang diadakan setiap Jumaat di Masjid Tuan Guru Hj Othman al-Yunusi, Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, 28 Februari.

“Kuliah mingguan kali ini lebih istimewa kerana kita adakan solat hajat umum, termasuk mohon diturunkan hujan agar tanah kembali subur dan tak lagi kering kontang. Kita juga mohon mensejahterakan rakyat dengan dijauhi bala dan malapetaka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak mengadakan solat hajat khusus mohon hujan, iaitu solat hajat istisqa kerana solat hajat itu meliputi beberapa perkara.

“Jika hanya khusus mohon hujan, kaedah pelaksanaannya berbeza, antaranya berpuasa tiga hari sebelum solat dan banyak istighfar. Selain mohon hujan, kita juga mohon agar kesihatan para pemimpin dipelihara dan berdoa agar umat Islam dijauhi pemikiran yang tidak selari dengan ajaran,” katanya.



Aktiviti cari gali gas di selatan timur padang pasir Arab menjumpai tinggalan rangka manusia saiz luar biasa.


Ini adalah kawasan Gurun Arab dipanggil kawasan kosong, atau dalam bahasa Arab, 'Rab-Ul-Khalee'. Penemuan itu telah dibuat oleh pasukan Aramco Exploration. Seperti negeri-negeri Allah dalam al-Quran bahawa Dia telah menjadikan manusia saiz luar biasa yang sama seperti yang pernah diwujudkan oleh Nya sebelum itu.

Mereka adalah dari Kaum Aad di mana Nabi HUD dihantar. Mereka sangat tinggi, besar, dan sangat kuat, sehinggakan mereka boleh meletakkan tangan mereka di sekitar batang pokok dan mencabut ia. Kemudian orang-orang ini, yang telah diberikan segala kuasa, berpaling menentang Allah dan Nabi dan melampaui semua sempadan yang ditetapkan oleh Allah. Hasilnya mereka telah dibinasakan. Ulama Arab Saudi percaya ini adalah mayat kaum Aad.

Tentera Arab mengawal ketat kawasan itu dan tiada siapa yang dibenarkan untuk memasuki kecuali kakitangan Aramco. Lihat lampiran dan nota saiz dua lelaki yang berdiri di dalam gambar berbanding dengan saiz tulang. Rangka berikut ditemui di Arab Saudi apabila Aramco memulakan pengerudian minyak. ???



Inilah rupa jadinya...

Bila di bumi Malaysia, Guru yang mengajar
ILMU MENGENAL ALLAH di fitnahi!,di hina! dan
dicerca! di perburukkan dengan pelbagai bagai
tuduhan dengan begitu sewenang wenangnya!.

Manakala kebanyakkan para para Ulamak Fekah
yang semakin cenderung dengan KEDUNIAAN di
letak sebagai orang yang berkuasa mutlak di
dalam menetapkan prihal 'BETUL SALAH' di dalam
HAL EHWAL BERAGAMA.

Sesetengah Para Ulamak Fekah di Malaysia
amat GEMAR melakukan apa yang Kerajaan
Malaysia suka, dan juga melakukan akan apa
yang mereka sendiri suka, sehingga terkadang
menyusahkan Rakyat bawahan yang kurang
mampu,

Padahal kalau di kaji tentang APA YANG
ALLAH SUKA!!, kalau mereka lakukan,
Aku yakin dengan sebulat keyakinan
bahawa Manusia yang menganut AGAMA
BUKAN ISLAM pun pasti akan turut sama
bersetuju menerima, malah merasa bahagia,

ini hanyalah di keranakan ALLAH ITU
MAHA ADIL DAN BIJAKSANA, MAHA
PENGASIH DAN LAGI MAHA MENGASIHANI".

Dan ini bukanlah bab "Allahu alam bissawab!,
Ini Adalah soal YANG PERLU KERAJAAN MALAYSIA JAWAB!!" 


ORANG YANG BERSPAH FALSU INGINKAN KEHIDUPAN DI DUNIA SAHAJA....U
Assalamualaikum.. Salam Subuh~

Sama2 kita renungkan... Mudah2an kita tidak tergolong & DIJAUHI dlm golongan berikut..

Wallahualam~
DEMI EKONOMI....ISLAM DARI NEGARA LAIN DIBENARKAN MASUK......RAKYAT TEMPATAN....SOLAT JUMAAT PON DISEKAT....
Semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Kini agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.

Ia sedikit menghairankan.

Kenapa?

Haaa...tahukah anda bahawa Masjid al-Aqsa berada dalam wilayah Baitul Makdis (Jerusalem)? Dan tahukah anda bahawa Baitul Makdis kini berada di bawah pendudukan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967!

Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu! Laluan masuk keluar kini di bawah kawalan dan penguasaan Israel. Pelbagai cara digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk Masjid al-Aqsa boleh diakses oleh penduduk Palestin.

Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:

"Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali"

ISRAEL!!!

Mengapa ya?

Ya, kerana kita datang sebagai pelancong. Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel berjumlah 1 bilion US dollar setahun? Dan ya, keuntungan ini tidak dikongsi satu sen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) di sana.

Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang cuba dimainkan oleh Israel untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman di sana. Israel ingin memperbaiki imejnya di mata dunia dan menggalakkan kunjungan ramai 'pelancong'.

Asal sahaja anda melawat Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah mereka meraikan.

Israel mempunyai perancangan yang licik. Mereka berjaya menjadikan tindakan kita yang salah seakan-akan benar dan tiada masalah. Kita tertipu bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk mengimarahkan masjid ketiga termulia dalam Islam itu dan merebut pahala menjejakkan kaki ke sana sebagai salah satu langkah membebaskan Masjid al-Aqsa daripada penjajahan Israel. Jika seribu kali pun anda berfikir, anda tidak boleh melawan kekuatan ketenteraan dan politik Israel dengan melakukan rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Akhirnya, anda sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut; tidak lebih dari itu. Umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang jiran-jirannya ramai yang hidup melarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jadi, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa.

Namun, jika anda ingin pergi dengan misi yang jelas untuk membebaskannya, silalah berkunjung ke sana dan pulanglah dengan semangat yang lebih kuat untuk merancang strategi membebaskannya. Usah biarkan pemergian itu tinggal sekadar 'imarah' sahaja. Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.

Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.

KJ | 28 Feb 2014 | 3:11 PM

Cer tengok ... kekayaan anak mantan PM.

Korang yang sebuk pertahankan legasi umno ni ada dapat apa2 tak dari beliau?

‪#‎SajaTanya‬

Anak Ugut Cincang Ayah Hingga Mati Kerana Hutang RM180,000


Kasih seorang ayah kepada anaknya dengan memberikan pinjaman wang RM180,000 dibalas si anak derhaka dengan ugutan mahu mencencang ayahnya sehingga mati.
Kejadian berlaku di rumah lelaki berusia 80 tahun itu di Pudu, di sini, jam 3.30 petang Isnin lalu. 

Anak Ugut Cincang Ayah Hingga Mati Kerana Hutang RM180,000
Anak Ugut Cincang Ayah Hingga Mati Kerana Hutang RM180,000
Sumber polis berkata, mangsa sebelum ini meminjamkan wang RM180,000 kepada anak lelaki kesayangannya yang berusia 30-an itu bagi membantu menguruskan perniagaan. 
“Si ayah sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membantu anaknya yang kesempitan wang kerana perniagaannya bermasalah, namun anaknya gagal membayar semula pinjaman itu apabila tiba masa dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, warga emas itu sebelum ini sudah beberapa kali ingin bertemu dengan anaknya, namun gagal apabila suspek sering mengelak untuk berjumpa.
Sumber : Metro



Fitnah Murtad: Rakyat kesal Polis Tidak Bertindak Ke Atas Macai UMNO


Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu. -mk



ULASAN GB

"Fitnah" sudah menjadi darah daging para macai UMNO. Tak serik-serik sekalipun Raja Fitnah mereka, papaomo namanya, telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah.

Pihak polis semacam sengaja membiarkan fitnah macai itu bermaharajalela, tetapi begitu effisyen apabila melibat anggota Pakatan Rakyat sepertimana kes video satira Teresa Kok.

Akibat darinya, maka berlaku ketegangan di kalangan rakyat dengan hal-hal agama dan rasisma. Kerajaan UMNO BN persis merestuinya kerana ia memberikan "political mileage" terhadap partinya terutama apabila pihak media yang begitu berat sebelah sentiasa memaparkan kononnya pihak PR sentiasa sebagai pihak yang bersalah.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Yang memfitnah akan tetap menerima hukumannya sekalipun polis tidak bertindak ke atas mereka. Tunggu dan lihat!

   






[admin] Fikir-fikirkan;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan