Khamis, 27 Mac 2014

MH370 OH MH370 13

Warga China Seru Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia Termasuk Selebriti
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Kedutaan Malaysia ke China pagi ini, mengeluarkan notis amaran keselamatan warganegara Malaysia yang berada di Beijing.

Persatuan termasuk Presiden Student_Union Malaysia ke China, Kwok Ching Ching, mengesahkan menerima notis amaran tersebut daripada pihak kedutaan Malaysi

Dimaklumkan, sekumpulan warga China akan mengadakan demonstrasi dengan panji-panji yang memaki hamun MAS dan Malaysia di depan Kedutaan Malaysia di negara itu.



Lebih buruk lagi, selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia.

Note: Apa nak hairan, rakyat Malaysia boikot barangan China yang melepah ruah di negara kita... baru dia orang tahu - PK


 Pakar kemuka teori kemalangan MH370 - Boleh caya ke??
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:40:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pencarian jawapan kepada misteri kehilangan MH370 masih diteruskan.

Ketika misi menjejak pesawat di Lautan Hindi dipertingkat, pakar mengemukakan beberapa teori terhadap apa yang berlaku ke atas pesawat malang itu.

Salah satu daripadanya adalah berlaku kemalangan di atas pesawat.

- ASTRO AWANI 


 Malaysia terima data imej satelit Airbus UK, kesan objek putih bersinar
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:33:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebahagian objek satelit Airbus UK berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.

"Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

"Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.



"MRSA sudah analisis objek berkenaan... di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan.

"Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23 meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras," katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.

"Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370," katanya.- 


 Lebih ramai hubungi firma guaman Chicago untuk saman Boeing dan MAS
Posted on Wednesday, March 26 @ 19:17:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.
Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.


Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.
Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.
Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.
Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.
"Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370," kata Kelly.
Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.
"Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu," tambahnya.
"Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.
"Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas," katanya.
MH370, pesawat Boeing 777-200ER,  hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.
Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.
Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

TMI
– 26 Mac, 2014.



 Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap
Posted on Wednesday, March 26 @ 19:20:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan sebanyak 122 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.

Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanya.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.

"MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluas 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi.

"Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.

"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan.

Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.

Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.

Hishamuddin berkata kesemua petunjuk itu bakal membantu pasukan penyelamat dari 26 negara yang kini menumpu perhatian di selatan Lautan Hindi itu.

"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek.

"Paling penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.

"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.

Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu, dan membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.

Sementara itu Malaysia menyelia kerjasama antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini, katanya.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia. - MK


 Membenar Masuk Ke Kokpit, Bukan Berlaku di MAS sahaja!
Posted on Wednesday, March 26 @ 20:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Membenarkan penumpang masuk ke kokpit adalah perkara yang dilarang. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, MAS tidak berkompromi dengan isu keselamatan dan melarang keras setiap juruterbang membawa masuk penumpang ke dalam kokpit apatah lagi untuk bergambar.

Sebelum ini akhbar luar negara telah memainkan isu pembantu juruterbang yang dikatakan pernah membenarkan penumpang masuk ke kokpit. Akhbar Daily Telegraph pernah mengeluarkan tajuk "Playboy Pilot".



Tapi melalui pencarian yang dibuat saya menemui banyak kes membenarkan penumpang masuk ke kokpit.


Model dan artis Vietnam, Ly Nha Ky, pernah masuk ke kokpit dan bergambar kapten pilot Nguyen Ngoc Nhu Y dan kopilot Nguyen Xuan Hai. Kapal terbang dibiarkan "pandu sendiri". Pilot ini digantung dua bulan dan didenda.

Gambar 9 Oktober 2010 juga dalam kokpit pesawat KT3 dalam perjalanan ke Madinah.





Ini pula Cockpit pesawat Garuda Indonesia Ogos 2013.

Banyak lagi kalau nak dicari...


TEMPAYAN RETAK

http://tempayanretak.blogspot.com
BH



MH370: Kapal pemecah ais China tiba di lokasi penemuan objek
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:31:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Kapal pemecah ais China, Xuelong hari ini tiba di kawasan di mana pesawat udara negara itu mengesan beberapa objek yang disyaki berkaitan pesawat MH370 kelmarin.

Sementara itu, pesawat China, IL-76 juga tiba di kawasan selatan Lautan Hindi pagi ini dan mula mencari pesawat berkenaan. - Xinhua 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan