Jumaat, 21 Mac 2014

MH370 45

Update Terkini - Objek Di temui Di Lautan Hindi Disyaki Serpihan MH370



Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.
Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.
"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."
Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - Utusan
Dengan kes Mh370 Najib dan Sepupunya tersentak dan mengigil apabila mula berhadapan dengan wartawan antarabangsa. Wartawan antara bangsa ini tidak ambil pot siapa Najib, siapa Sepupunya dan siapa Ketua Polis Negara. Tugas mereka mencari dan melapor berita. Maka untuk pertama kalinya para Raja Lawak ini dilihat bebal dan berpeluh takut berhadapan dengan media. Padan muka. (Tukar Tiub)
Gentelmen kerajaan australia bg taklimat kepada SEMUA ahli parlimen, kerajaan malaysia bg taklimat kepada ahli parlimen BN je...hahaha PENGECUT ... PONDAN...kan tergagap nak jawab hahaha

Tuduhan Keatas Kerajaan Malaysia Menyembunyi Maklumat Berkaitan Pesawat #MH370 Tidak Berasas


Banner MH370 2
MISI mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama.
MH370 Press Conference
Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu.
Dalam keadaan tegang ini, kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai ‘berita baik’ berbanding ‘terhempas’. Justeru, ramai yang ingin percaya ‘berita baik’ ini dan inginkan kepastian mengenainya.
Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan, maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara ‘memujuk diri sendiri’.
Pastinya, sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan, kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi ‘tuan rumah’ kepada pesawat MH370.
Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia, tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain.
Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370.
Namun, kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan ‘Emilia Earheart’ ‘di udara’ pada 1937.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini. Justeru, sejak dari awal lagi, kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang ditawarkan oleh sesiapa jua.
Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat, dan bukannya direka-cipta sendiri.
Oleh yang demikian, adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.
Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika, Colleen Keller, yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009.
Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga, selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga.
Secara ringkasnya, menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI, Colleen Keller dan kerajaan Vietnam, Indonesia, Thailand dan semua negara yang terlibat, atas tuduhan yang sama.
Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal.
Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian.
Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang ‘untung’ dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan.
Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370.
Setiap kali sidang media, keletihan dan kerisauan mereka terserlah, sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka.
Di masa yang sama, rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370. Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan.
Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.




Chris Goodfellow : Kapten Zaharie adalah wira yang bertarung selamatkan MH370


Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."


Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."


Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan