Khamis, 20 Mac 2014

JANGAN LEBIH TAKUT MANUSIA DARI ALLAH....LEBIH JAGA/UTAMAKAN MANUSIA DARI ALLAH SWT....LEBIH PENDULI MANUSIA DARI ALLAH DAN RASULLULLAH SAW....LEBIH PATUH UNDANG2 MANUSIA DARI UNDANG2 ALLAH....DIAKHIRAT BARU TAHU KITA SAPE DISISI ALLAH SWT


KAJANG: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyindir cara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak termakan dengan billboard yang memaparkan gambar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Saifuddin yang berucap di Stadium Kajang semalam memberitahu, Muhyiddin sebagai TPM sepatutnya cara berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.

"Kita ingatkan bila memegang jawatan TPM maka konsep kempen lebih profesional, ini tidak billboard Wan Azizah yang sedang berdoa pun nak dikomen.

"Sepatutnya TPM tak perlu la nak komen atau beri pesanan, itu bukan taraf orang nombor dua.

"Tapi nak buat macam mana, memang begitulah taraf pimpinan Umno. Kita tak boleh nak kata apa," ucap beliau.

Menurut beliau lagi, pada PRK Dun Kajang kali ini setiap jentera perlu bekerja keras bagi mempertahankan majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum yang lalu.

"Kita sedang bekerja keras untuk menembusi kawasan pengundi Melayu.

"Esok (hari ini) Wan Azizah ada 18 acara untuk kawasan-kawasan pengundi Melayu.

"Kita nak tunjuk, kita serius untuk menang, kita akan lakukan sentuhan dan kita kena dekati mereka serta memberi penjelasan tentang apa yang kita bawa serta lakukan," sambung beliau.

Saifuddin turut kesal dengan tindakan sebuah pasar raya besar yang tidak membenarkan Wan Azizah memasuki pasar raya tersebut.

Justeru, katanya kerajaan negeri perlu mengkaji balik program jom shopping yang menggunakan pasar raya itu sebagai tempat rakyat berbelanja.
Sistem PBS dipinda, DAP desak k`jaan BN tarik balik hukuman ke atas guru
Posted on Thursday, March 20 @ 12:31:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR, 20 MAC: Keputusan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminda sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) membuktikan kritikan sebilangan guru terhadap sistem itu benar.

Justeru, kerajaan perlu menarik semula hukuman ke atas guru-guru itu, termasuk Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) , Mohd Nor Izzat Johari kerana membantah sistem itu, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Ekoran kritikan terhadap PBS, Nor Izzat diarahkan berpindah ke sekolah pedalaman di Pahang, 80 kilometer daripada rumahnya.

“Keputusan ‘flip-flop’ terbaru Muhyiddin untuk mansuhkan aspek utama PBS jelas menyangkal tuduhan ke atas Nor Izzat dan guru-guru lain.

“Maka, sepatutnyalah arahan pemindahan ke atas mereka dibatalkan segera, dan semua guru yang jadi mangsa dikembalikan ke sekolah asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 22 Februari 2014, SGMM mengadakan protes di Putrajaya ke atas pelaksanaan PBS yang hanya menambahkan beban kerja guru.

Sistem itu memaksa guru memasukkan sendiri maklumat pelajar dalam pengkalan data atas talian setiap hari. Kelemahan sistem itu menyebabkan mereka terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk berbuat demikian.

Tekanan yang diterima menyebabkan Muhyiddin akur untuk menangguhkan pelaksanaan sistem itu. Sistem yang didakwa sudah dipinda bakal dilaksanakan 1 April ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kegagalan membatalkan hukuman, walaupun guru-guru itu terbukti tidak bersalah menandakan Kementerian Pendidikan menghukum mereka hanya kerana bangkit membela profesion perguruan.

“Jika kerajaan serius dalam usaha tingkatkan kualiti guru dan menarik mereka yang pintar dan berdedikasi ke profesion ini, pemangsaan terhadap guru perlulah dihentikan serta-merta,” kata Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi.–roketkini
 

 

KDN Akui Teresa Kok Tidak Perlekeh PM Dalam Klip Video ‘Onederful Malaysia’
Posted on Thursday, March 20 @ 13:29:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Selepas mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk memperbetulkan kenyataannya yang salah, Teresa Kok menerima penjelasan rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam yang mengakui jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam. – Gambar fail.

Susulan daripada kenyataan salah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu tawaran tampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, satu penjelasan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh kementerian dan mengaku Teresa tidak memperlekeh perdana menteri dalam videonya 'Onederful Malaysia'.

Teresa Kok berkata, penjelasan rasmi yang diterima beliau tersebut yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam.

Kata Teresa, surat tersebut diterima selepas pihaknya membuat desakan terhadap kementerian tersebut agar memperbetulkan jawapan yang diberikan kepada parlimen awal minggu lalu. – 20 Mac, 2014.-tmi


Penyokong Liverpool FC Beri Semangat Kepada Anak Ketua Pramugara MH370 Di Twitter
Posted on Thursday, March 20 @ 13:24:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





PETALING JAYA: Penyokong Liverpool FC menyatakan sokongan mereka kepada anak perempuan ketua pramugara pesawat MH370 yang hilang, selepas dia mencatatkan mesej ikhlas dari hati buat ayahnya di Twitter.

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Andrew Nari, menulis tweet; "Ayah, Liverpool menang perlawanan. Pulanglah ke rumah, anda boleh menonton perlawanan ini. Anda tidak pernah terlepas menonton perlawanan. Ia merupakan kali pertama ayah terlepas...".

Jawapan tersebut dibalas secara 'retweet' oleh beribu-ribu peminat sebelum kelab itu mengambil petikan twitter itu dan meletakkannya di laman web mereka.

Kelab itu juga menulis tweet secara terus kepada Elizabeth, yang berbunyi , "@Gorgxous_  Sekadar memberitahu anda bahawa kami semua memikirkan tentang bapa anda dan kesemua yang masih hilang dari penerbangan #MH370. Tabahkan hati".

Tweet Elizabeth itu merujuk kepada kemenangan Liverpool 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford pada hujung minggu lalu.

Andrew dikatakan menjadi penyokong tegar Liverpool, dan peminat kelab itu serta kelab-kelab bola sepak yang lain menulis tweet menyatakan sokongan mereka terhadap Elizabeth.


Gambar Andrew Nari (kiri) dan keluarganya, yang dimuat naik oleh anak perempuannya Elizabeth (kanan) di akaun twitter.

Jay N Aie Schiller berkata, ini adalah masa yang untuk semua orang untuk bersama-sama bersatu.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa mungkin juga terdapat beberapa penyokong Manchester United juga Chelsea dan Arsenal dalam pesawat itu... 2/3 adalah warga China dalam dalam penerbangan itu dan Asia begitu meminati bola sepak seperti Amerika Selatan / Eropah."

Inge-Martin Eikemo dari Norway pula berkata, dia mendoakan semua orang yang menaiki pesawat MH370.

"Saya peminat Liverpool dan mempunyai dua anak perempuan, dan tidak pernah terlepas menyaksikan perlawanan mereka. Jadi ini begitu menyentuh hati saya," katanya.

Smart Chuks berkata, dia tidak pernah tersentuh dengan mana-mana kenyataan twitter sebelym ini, dan berharap ayah Elizabeth dapat pulang ke rumah tidak lama lagi.

Bayar Tarik Fattah berkata, tweet tersebut benar-benar menyayat hati untuk dibaca, dan berharap setiap orang di pesawat itu berada dalam keadaan baik.

"Saya tidak dapat membayangkan apa-apa lebih buruk daripada tidak dapat melihat ayah anda. Ini benar-benar menyentuh hati saya kerana saya sentiasa menonton perlawanan bola sepak bersama ayah saya," katanya.

Richard Finnigan menulis di twitter, "Dari setiap orang yang tinggal di England dan Liverpool, kami semua memikirkan tentang anda. Anda tidak akan berjalan bersendirian dan harapan tidak pernah hilang."

Tweet itu turut disiarkan di halaman rasmi Facebook Liverpool FC, dan dikongsi lebih 7,000 kali.-mstar


 Khutbah: Kembalilah Kepada Ajaran Islam Sebenar
Posted on Thursday, March 20 @ 12:27:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"islam sebenarSinopsis:

Islam datang dalam bentuknya yang sangat baik, indah dan sempurna. Nabi SAW yang membawa Islam adalah manusia terbaik dalam sejarah kemanusiaan.

Al-Quran yang menjadi mukjizat di zaman Nabi, kemudiannya terus menjadi petunjuk kepada manusia yang mahu selamat di dunia dan akhirat. Jalan Islam itu lurus.

Ajarannya jelas. Kalau mahu selamat, ikutlah islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi SAW ini.

DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenainya pada 12 JamadilAwwal 1435H (14 Mac 2014)

Kembalilah Kepada Ajaran Islam Sebenar"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Thursday, March 20 @ 12:27:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjelaskan butiran mesyuarat TPPA yang telah diadakan pada 22 hingga 25 Februari 2014 di Singapura baru-baru ini.

“Butiran mesyuarat tersebut perlu dijelaskan kepada rakyat memandangkan ia melibatkan kepentingan ekonomi dan politik negara,” kata Naib Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, beberapa negara anggota perundingan seperti Singapura dan Amerika Syarikat telah melobi supaya ia dapat ditandatangani pada tahun ini setelah ditangguhkan beberapa kali.

Menurutnya, maklumat yang beliau perolehi, sepatutnya perjanjian ini ditandatangani pada Disember 2013, namun dibatalkan.

Katanya lagi, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam beberapa siri kenyataan bulan lalu telah memberi isyarat kepada semua negara anggota untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Tekanan itu juga, ujarnya digambarkan dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dijadual akan datang ke Malaysia pada bulan April depan.

Tambah beliau, desakan untuk menjelaskan butiran mesyuarat ini wajar dilakukan kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri gagal meyakinkan ‘stakeholders’ negara mengenai perjanjian ini.

“Apa yang sering disebutkan oleh beliau adalah isu-isu ‘red lines’ yang masih belum diselesaikan kerana ia melibatkan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan jurisdiksi kuasa peringkat Persekutuan dan negeri-negeri,” katanya lagi.

Malah pada minggu lalu, katanya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah membentangkan hasil kajian ‘cost benefit analysis’ sekiranya Malaysia dan Amerika Syarikat tidak mengenakan tarif eksport.

Contohnya, nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 2012 ialah USD 26.7 bilion manakala eksport Amerika Syarikat ke Malaysia hanya USD 15.9 bilion.

“Tanpa TPPA pun, negara sudah mempunyai nilai eksport yang tinggi. Dibimbangi jika tarif dihapuskan, maka Malaysia akan kehilangan hasil yang tinggi dan terpaksa bersaing dengan pasaran yang lebih terbuka sehingga menjejaskan syarikat-syarikat kita,” katanya.

Ini, ujar beliau disokong dengan kritikan yang telah dilontarkan oleh UNITAID (the global initiative financing mechanism for HIV/AIDS, tuberculosis and malaria treatments) mengenai TPPA kerana mereka turut mempercayai aksesibiliti rakyat untuk mendapatkan ubat-ubatan dengan harga murah adalah sukar.

Tambahnya lagi, terlalu banyak kesamaran dalam perundingan TPPA sekarang, tidak termasuk soal hak aset intelektual, nasib peruncit dan usahawan kecil dan sederhana serta golongan petani.

“Malah hingga ke satu tahap, kita meragui kemampuan perunding-perunding Malaysia kerana rakyat dihalang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terbuka, jelas dan benar,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan program bagi meringankan bebanan pemegang pajakan untuk memperbaharui pajakan tanah rumah kediaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata, program itu menawarkan bayaran premium sebanyak RM1,000 berbanding berdasarkan nilai hartanah seperti dipraktikkan sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri melaksanakan program baru dengan pemilik tanah kediaman yang mahu memperbaharui pajakan kepada 99 tahun boleh memohon premium RM1,000 sahaja, lapor Selangor Kini.

“Misalnya kalau di Seri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya nilai hartanah sangat tinggi hingga mereka kena bayar RM40,000.

“Mereka boleh buat permohonan dan kena bayar premium RM1,000 sahaja,” kata Chang Khim dalam sidang media yang diadakan di Bangunan SUK di Shah Alam.

Bagaimanapun kata beliau lagi, pemilik hartanah kediaman terbabit dikenakan bayaran penuh sekiranya berhasrat menjualkan tanah itu kepada pihak ketiga.

“Sekiranya mereka mahu pindah milik kepada waris mereka anak atau cucu juga dapat keistimewaan dalam program ini.

“Jadi jelas ini satu dasar yang paling baik. Tidak ada satu negeri pun di bawah Barisan Nasional (BN) yang ada dasar seperti ini,” katanya lagi.
KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini menolak permohonan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' Harun Mat Saat, yang menghadapi tuduhan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), supaya dilepaskan dengan jaminan.
    
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam hujahnya berkata permohonan Harun, 48, ditolak atas sebab, alasan agar tertuduh dilepaskan untuk mendapatkan rawatan di hospital bukan satu keperluan khusus.
  
"Jaminan hanya diberikan kepada pemohon atas sebab-sebab kes istimewa, luar biasa atau khusus.
  
"Dalam kes ini mahkamah tidak melihat satu keperluan kepada tertuduh untuk mendapatkan jaminan tersebut," katanya.
  
Beliau berkata tertuduh juga menghadapi satu tuduhan berat iaitu dituduh berkonspirasi membunuh pegawai Jaip Ahmad Raffli Abd Malek di kediaman mangsa di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 Nov tahun lepas.
  
"Kes ini berat dan mahkamah harus meletakkan kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh.
  
"Ini kerana sepanjang tempoh tahanan tertuduh telah menerima rawatan yang sewajarnya dari doktor pakar dan tidak melihat keperluan untuk tertuduh mendapatkan rawatan di hospital," kata Ab Karim.
  
Sebelum ini peguam tertuduh Hermes Media Putra memohon supaya anak guamnnya dilepaskan dengan jaminan atas alasan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit strok.
  
Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh bagaimanapun memohon tertuduh tidak dilepaskan dengan jaminan kerana yakin unit perubatan penjara mempunyai pegawai perubatan yang mampu merawat tertuduh dan jika dilepaskan ada kemungkinan tertuduh melarikan diri.
  
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 April ini sebagai tarikh perbicaraan kes bunuh itu.
  
Pada 16 Disember tahun lalu, Sumustapha, 40, didakwa membunuh Ahmad Raffli bersama-sama dua lagi yang masih bebas di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 Nov 2013.
  
Tertuduh dari Kampung Sibugal Besar, Sandakan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
  
Sementara Harun, isterinya, Azida Mohd Zol, 31, dan seorang lagi pengikut ajaran sesat itu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, didakwa bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas untuk bersetuju antara satu sama lain melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.
  
Kesalahan itu yang didakwa dilakukan pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan turut memperuntukkan hukuman mati mandatori. - Bernama

2 gangster mati ditembak

2 mati ditembakPetaling Jaya – Dua lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap mati ditembak polis di sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, suspek berusia 22 dan 26 tahun yang dikehendaki berhubung beberapa kes jenayah maut di dalam sebuah kenderaan dinaiki mereka selepas berbalas tembakan dengan polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah melihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan itu.

“Panik menyedari kehadiran kereta Unit Peronda (MPV) itu, suspek kemudian melarikan diri ke satu lorong di tapak pembinaan sebelum dihalang polis.
“Seorang daripada suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah polis. Dalam kejadian berbalas tembakan itu, kedua-dua mereka mati ditembak di dalam kereta terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sebentar tadi, lapor Hmetro.
Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dan mayat suspek dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

CCTV rakam aksi profesor bersama 85 pelajar

Profesor cctvKaherah – Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.
Akbar tempatan semalam melaporkan, polis berjaya memasang CCTV di kediamannya bagi mengesahkan laporan yang dibuat beberapa pelajar mengenai ugutan yang dilakukan profesor itu ke atas pelajar perempuan Universiti Ain Shams.

Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan itu tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya, lapor Hmetro.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan