Rabu, 19 Februari 2014

SEBUTAN ALLAH LEBIH TEPAT DARI SEBUTAN TUHAN





19 February 2014

Gunalah silat apa sekali pun, hanya Tuhan penentu siapa ke Putrajaya

Dalam pada kita menunggu hari penamaan calon PRK Kajang pada 11hb nanti politik negara sudah begitu tercemar dengan kempen kata-mengata yang tidak berkesudahan diantara pihak yang berlawanan. Keadaan bertambah heboh apabila dua orang pemimpin, seorang bekas perdana menteri dan seorang lagi bekas timbalannya bertukar-tukar serangan sambil menegakkan benang basah masing-masing.
Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir tentang Anwar itu semuanya betul dan apa yang dikatakan oleh Anwar tentang Dr Mahathir pun betul. Itu sebabnya mereka berperang mulut sambil terlupa masing-masing pernah bersama-sama bercengkarama politik dan menaikkan diantara satu dengan lain. Sekarang mereka berdua sudah berkelahi dan elok kita tidak payah masuk campur dalam perkelahian dua orang bekas pemimpin kerajaan itu.
Jika Dr Mahathir dengan Anwar itu tidak sama nilainya masakan mereka berkelahi dan masing-masing mempunyai sebab untuk membidas diantara satu dengan lain. Jika seorang yang dianggap sebagai pemimpin dunia ketiga dan seorang lagi pemimpin yang mengaku dinamik sudah berkelahi dengan isu peribadi masing-masing itu adalah petanda politik nergara sekarang sudah sampai ketahap yang paling rendah dan tidak ada lagi dalam sejarah negara merdeka kita ini keadaan yang paling rendah seperti yang kita sedang alami sekarang ini.
Persoalannya sampai bila keadaan ini akan berterusan? Situasi sekarang sangat membosankan ramai kerana perkelahian diantara mereka dibuka dikhalayak ramai. Apakah hikmah yang akan kita dapati kerana kita diyakinkan oleh Tuhan yang segala yang buruk itu ada hikmahnya. Malahan ada ulamak yang berpesan, jika ternampak yang cantik itujangan diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya dan jika terjumpa yang buruk itu jangan dibuang terus kerana mungkin apa yang baik di sebaliknya.
Dalam perbidalan kita pula ada berkata, ‘the darkest time of the night is just before dawn’, yang memberikan kita keyakinan kita adalah diambang kebaikan kerana sekarang ini keadaan adalah yang terburuk dan gelap sekali untuk kita. Maksud kata-kata itu, waktu yang paling gelap ialah sebelum subuh dan waktu subuh itu adalah permulaan kita menikmat cahaya yang terang benderang.
Apakah kita sudah menghampiri keadaan yang terang dalam politik negara kia kini kerana kita sedang berada dalam waktu yang paling gelap sekarang ini.
Persoalannya jika benar terang itu akan datang, siapakah yang akan membawa sinar cahaya yang terang itu. Pada hukum akalnya tidak mungkin mereka yang sedang berperang sekarang ini yang akan membawa sinar cahaya yang diharapkan rakyat itu. Tidak mungkin Anwar yang berperang tanpa henti ini akan membawa sinar cahaya itu kerana jika Anwar berjaya sekali pun masuk ke Putrajaya beliau akan hanya mendapat sokongan dari yang berpihak kepada beliau dan yang lain akan terus berkonfrantasi dengan beliau.
Dalam sistem politik negara kita, yang menang ambil semua dan yang kalah hilang semua. Jadi jika Anwar berjaya atau Najib yang berjaya disebaliknya masakan keadaan akan aman kerana masing-msing akan menjadi pemimpin yang mendapat majoriti tipis.
Dengan budaya politik kini tidak akan sampai keamanan yang dicitakan kerana mereka berpolitik adalah untuk kepentingan peribadi masing-masing. Najib sememangnya wajar diturunkan tetapi bagaimana Anwar hendak mendapatkan sokongan sepenuhnya kerana beliau juga tidak akan mendapat sokongan bulat jika Anwar menang.
Tidak siapa yang boleh memberikan jawapan yang tepat kerana kepimpinan kedua-dua pihak yang bemusuhan itu lebih kurang sama kelemahan dan sikap mereka. Anwar tidak akan mampu merapatkan perbezaan pihak-pihak yang bertelagah kerana pertelagahan mereka bukan diatas premis perjuangan. Jika Najib bertahan pun tidak akan mampu merapatkan pertelagahan diantara yang berpihak itu kerana Najib merupakan sumber perpecahan yang diwarisi dari zaman pimpinan Dr Mahathir dahulu.
Ada yang bertanya kepada saya siapa yang layak menggantikan kepimpinan negara jika kedua-dua pihak yang bertelagah ini tidak layak mempimpin negara? Saya belum lagi menjawabnya kerana saya adalah seorang yang kerdil dan tidak mungkin diterima pandangan oleh banyak pihak, tetapi dalam keadaan kita berpecah sebegini teruk maka sebagai seorang yang bertuhan saya percaya hanya  ‘divine intervention’ akan menyelesaikan masalah besar yang kita semua alami sekarang ini.
Tetapi saya telah sebut awal-awal tadi, waktu yang paling gelap ialah sebelum subuh dan subuh itu pula mengahampiri sinar cahaya pagi yang menyamankan. Oleh kerana manusia yang mempuinyai kelemahan ini tidak mungkn dapat memberikan jawapannya kerana kita sudah sampai ketahap yang kita sendiri tidak boleh mengendalikannya…bukan Anwar, bukannya Najib, jauh sekali Dr Mahathir atau Azeez Rahim dan shahidan Kasim.
Bagi saya yang boleh menentukan hikmah itu hanya lah Tuhan sahaja. Seperti tepatnya kedatangan sinar pagi setiap hari itu, begitu jugalah tepatnya anugerah Tuhan dalam pemberian dan anugerah hikmahNya nanti. Jika kedatangan sinar pagi itu pasti, begitu jugalah pastinya kedatangan orang yang akan ditunjuk olehAllah swt itu nanti.Kita tidak tahu siapa tetapi yakinlah Melayu ini ada keramatnya.
Pencerahan itu akan datang dengan sendirinya dan kadangkala hikmah itu datang tanpa disedari oleh kita. Apabila kita membuat penyerahan kepada Tuhan biar kita betul-betul melakukan penyerhan itu, kerana setakat usaha manusia politik kini, nampaknya kita tidak akan terjumpa jawapannya.
Apabila disebut penyerahan itu tidak pula kita perlu berpeluk tubuh. Masing-masing boleh  berusaha dengan menggunakan setakat mana kudrat yang ada kepada kita, kerana usaha itu adalah wajib. Tuhan yang menentukannya.
Misalnya Anwar boleh teus berusaha tetapi jika beliau tidak mendapatnya bukanlah kerana tidak cukup penyokong tetapi disebabkan ‘nature works mysteriously and mystically’. Hanya apabila sampai jawapannya baru Anwar tahu akan berjaya mendapat rahmat itu atau sebaliknya. Begitu juga Dr Mahathir yang berusaha untuk menyekat kemaraan Anwar itu. Apabila sampai waktunya barulah Dr Mahathir akan tahu usahanya itu mendapat keredoan Tuhan atau tidak.
Buat sementara waktu ini masing-masing berusahalah mengikut kemampuan dan kepandaian masing-masing dalam silat politik masing-masing. Apa yang kita kehendaki itu tidak semestinya baik untuk kita. Apa yang diberikan oleh Tuhan itu adalah yang terbaik bagi kita.
Tetapi apabila sampai waktu penentunya kita terima sahaja apa yang diberikan Tuhan kepada kita, kerana seperti yang saya sebutkan tadi, apa yang diberikan Tuhan kepada kita, itulah yang terbaik bagi kita. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita, bukannya kita.
Kadangkala kita mendapat apa yang kita inginkan, tetapi tidak semestinya baik bagi kita jika ia tidak berada dalam keredoan Tuhan. Akhirnya ia akan membinasakan kita. Semasa itu nanti barulah kita ketahui yang apa yang kita dapati itulah yang akan membawa masalah dan kemusnahan kepada kita jika tidak mendapat keredhoan Tuhan yang Maha Penentu itu.



ORANG YG MENGEJAR DUNIA....TAK KAN NAMPAK CAHAYA KEBENARAN.....
Kata-kata TOK GURU NIK AZIZ-

saya tegaskan sekali lagi ,bahawa perpaduan akan tercapai sekiranya semua pihak menerima islam sebagai asas dan AL QURAN sebagai panduan. ALANGKAH SEDIHNYA DALAM MENCARI PENAWAR TERHADAP PERPECAHAN UMMAH INI. Ramai yang masih meraba-raba dalam kegelapan mencari cahaya.

SEDANGKAN DITANGAN SENDIRI SUDAH ADA LAMPU SULUH YANG SUDAH MENERANGI JALAN..



ORANG YG SUKA BERHIJRAH SAJA YANG AKAN NAMPAK CAHAYA KEBENARAN.....ORANG YG SUKA DUDUK DLM KEPOMPONG....BIASANYA TAK KAN BERUBAH......
Like · · · 57 minutes ago ·
BATU API RONSEN.....
Pangkat aja 'professor' tapi BUTA SEJARAH!!!..
Ini yg dikatakan professor 'KANGKUNG'

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang UMNO Yang Lebih

Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang menghina dan menggadaikan melayu..?? KALAU BUKAN UMNO!!!

...begitu juga pada PRU10(2000) & PRU11(2005), UMNO SEKALI LAGI memberi laluan pada GERAKAN jadi KM.

** Prof... lain kali sblom kata buat kajian & kaji sejarah.. Jgn membuta tuli sama pemikiran dgn MACAI UMNgOK!!


 

KUALA LUMPUR: PAS telah melancarkan penubuhan Rangkaian Radio Amatur (RRA) dalam melancarkan lagi operasi bantuan banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah.

Rangkaian RRA ini bertujuan untuk melancarkan komunikasi semasa kecemasan dan bencana alam seperti yang sedang dihadapi kini.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Alam Malaysia (MEDM) PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pelancaran itu dibuat pada 18 Februari sebaik anggota MEDM tiba di sana bagi menyelaraskan misi bantuan banjir yang berpengkalan di Beuford.

"Kita sedia maklum beberapa daerah di sini antaranya Keningau, Tenom mengalami masalah komunikasi, justeru perkara yang asanya kita bentuk adalah jaringan komunikasi.

"Masih ramai mangsa yang terputus hubungan, dan kita memerlukan perkembangan semasa mereka dalam misi bantuan ini," ujarnya kepada Harakah pada 18 Februari lalu.

Beliau berlepas ke Beuford pada 17 Februari bersama Timbalannya, Husin Ismail serta Pengarang Logistik, Affandi Mohamed serta Pengarah Komunikasi, Zulkifli Mohd Akin.

"Saya telah mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling dan kita telah merencanakan beberapa pelan tindakan untuk membantu mangsa di sini.

"Sebelum ini kerja bantuan dilakukan oleh Pemuda PAS Sabah yang dikepalai pengarah operasi, Lahirul Latigu dan Unit Amal," katanya.

PAS Pusat menyusul kemudian untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan mangsa banjir dengan saluran bantuan yang lebih besar termasuk dana yang disediakan oleh Harakah.

Ditanya mengenai keadaan mangsa banjir, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, setakat ini lebih 3000 mangsa banjir berada di beberapa buah pusat pemindahan.

PAS antara pihak yang paling awal memberi bantuan, sebelum jabatan kerajaan menyusul kemudian, katanya.

Menurut Salahuddin, misi bantuan banjir ini akan berterusan sehingga pasca banjir termasuk untuk membantu mangsa kembali ke rumah masing-masing.

DAP akan pastikan Anwar menang majoriti lebih besar pada PRK Kajang - Lim Kit Siang

Written By canang on Rabu, 19 Februari 2014 | 2/19/2014 07:00:00 PG



KAJANG, 18 FEBRUARI: DAP berikrar akan memastikan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Wanita DAP Kebangsaan di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Sungai Chua, Kajang, semalam.

Katanya, kemenangan Ketua Umum PKR itu bukan saja penting untuk Selangor, malah merupakan permulaan ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Kita tidak mahu sekadar memperoleh kemenangan, tapi mahu memastikan Anwar mencapai keputusan cemerlang iaitu dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

“PRK Kajang dan kemenangan Anwar merupakan permulaan kepada perubahan perpaduan untuk semua moderat Malaysia menolak sepenuhnya kumpulan pelampau yang cuba memecahkan kehidupan kita bersama.

“Marilah kita bersatu padu menolak ektremis dengan memastikan kemenangan beliau. Sayang Malaysia, selamatkan Malaysia,” kata Kit Siang disambut tepukan hadirin.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu juga memberi jaminan bahawa Anwar sebagai seorang yang teguh dengan agenda perubahan tentunya tidak akan sesekali mengenepikan permasalahan penduduk Kajang.

Jelasnya, beliau yakin Kajang akan bertambah maju dan berdaya saing selepas ini jika Anwar diberi mandat sebagai wakil rakyat.

“Saya percaya dan cukup yakin, sebagai seorang pemimpin berkaliber, Anwar apabila dipilih sebagai wakil rakyat, Kajang akan menjadi lebih popular berbanding hanya dikenali dengan satay.

“Kemenangan Anwar dan PR adalah kemenangan bagi semua rakyat yang cintakan keharmonian, keamanan dan kemakmuran.

“Kami tidak mahu kerajaan kangkung dan Perdana Menteri kangkung, luar nampak cantik tapi dalam kosong,” ujarnya.

Sehubungan itu, Kit Siang turut menyatakan, Kajang juga bukan tempat asing untuk pimpinan pembangkang kerana ramai antara mereka yang pernah satu ketika menetap di sini akibat kezaliman kerajaan UMNO.

“Kajang adalah tempat yang begitu bersejarah, kalau saudara saudari masih ingat, Guan Eng satu masa pernah tinggal di sini buat sementara waktu iaitu di Penjara Kajang,” katanya mengenang pengorbanan besar Ketua Menteri Pulau Pinang itu membela rakyat sehingga sanggup terpenjara. -Roketkini.com
  • Ulama PAS adu kes Kassim pada polis, JAWI
  • Farah Noor Samat | 4:13PM Feb 18 2014
  • Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikir kontroversi Kassim Ahmad baru-baru ini.

    Diiringi kira-kira 20 penyokong Pakatan Rakyat, Dewan Ulama PAS Johor membuat laporan di balai polis Sentral Johor Bahru pada pagi ini.

    Manakala, Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan pula tampil membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) awal petang ini.

    Langkah itu diambil ekoran kenyataan Kassim yang dianggap menghina Islam dalam seminar pemikirannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya Ahad lalu.

    Antara perkara yang menimbulkan kemarahan mereka berhubung kenyataan Kassim menyamakan sistem ulama dengan 'kasta paderi' serta kritikannya bahawa umat Islam mendewa-dewakan Nabi Muhammad melalui syahadah kedua.

    Ketua Dewan Ulama PAS Johor Abdullah Husin juga kesal dengan tindakan penganjur mengadakan seminar itu sedangkan Kassim sudah pernah menimbulkan kontroversi 30 tahun lalu.

    “Kita kesal buat seminar dan kita difahamkan mantan PM yang rasmikan,” katanya kepada Malaysiakini.

    "Ini seolah-olah membawa makna menghidupkan pemikiran Kassim Ahmad yang menyesatkan.”

    Seminar dua hari – Sabtu dan Ahad – itu dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau juga memaklumkan menganjurkan demontrasi di Masjid Bandar Baru UDA, Johor Bahru selepas solat Jumaat akan datang bagi mendesak tindakan terhadap Kassim.

    Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Azhar Yahya berkata, mereka membuat aduan supaya Kassim diambil tindakan bawah akta Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

    Beliau mahu tindakan diambil bawah subseksyen 4(1), seksyen 8 dan seksyen 7 berkaitan doktrin palsu, mempersendakan al-Quran dan hadis serta menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM.
ASSALAAMU'ALALIKUM WRWB.
Ganjaran Besar Siapa Yang Bersabar .

1. Abu Malik (Alharits) bin Ashim Al-Asj’ary r.a berkata : Bersabda Rasulullah SAW. : Kebersihan (kesucian) itu sebagian dari iman, dan ucapan: Alhamdulillah, memenugi timbangan dan Subhanallah serta Alhamdulillah memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi, sembahyang sebagai pelita (cahaya), sedekah sebagai bukti iman, kesabaran itu penerangan, Qur’an sebagai bukti yang membenarkan kamu atau yang menentang kamu, semua manusia pada waktu pagi menjual dirinya, ada yang membebaskan dan yang membinasakan dirinya. Hadis Riwayat Muslim)

2. Abu Jahja (Shuhaib) bin Sinan Arrumy r.a berkata : Bersabda Rasulullah SAW: Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin : jika mendapat ni’mat ia bersyukur, maka syukur itu lebih baik baginya, dan bila menderita kesusahan (ia) sabar, maka kesabaran itu lebih baik baginya.
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Anas bin Malik r.a berkata : Pada suatu hari Rasulullah SAW berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis diatas kuburan. Maka Nabi SAW. bersabda : Bertakwalah kepada Allah SWT dan sabarlah. Dijawab oleh wanita (itu) : enyalah kau daripadaku, kau tidak menderita bala musibah ku ini. Wanita itu tidak mengetahui bahawa yang berbicara itu adalah Rasulullah SAW. kemudian ia diberi tahu bahwa itu tadi Nabi SAW. Maka segeralah wanita itu pergi ke rumah Nabi SAW dan disana ia tidak menemukan juru kunci atau penjaga pintu sehingga dapat masuk dengan tidak bersusah payah, lalu berkata : Sebenarnya saya tidak mengetahui bahawa yang berbicara tadi adalah engakau ya Rasulullah SAW. Maka sabda Nabi SAW : Sesengguhnya kesabaran itu hanyalah pada pukulan yang pertama dari bala’.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Anas r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW berasabda: Allah SWT telah berfirman: Apabila Saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka Saya akan menggantikannya dengan syurga.(Hadis Riwayat Bukhari)
subhana rabbiyal 'adzimi wabihamdih!
Like · · · 15,683268382 · 2 hours ago ·
ANTARA 2 DARJAT PERJUANGAN ISLAM.......................??? — at Kulim Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan