Sabtu, 15 Februari 2014

SAMSUNG GALAXY NOTE 3

Anggota polis diserang pelacur

serangIpoh – Dua anggota polis berdepan saat cemas apabila diserang dan cuba digigit sekumpulan pelacur warga Vietnam sebaik sebuah pusat hiburan di Bangunan Perdagangan Casuarina, di sini, diserbu, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, membuat serbuan ke atas puast hiburan itu dalam Ops Noda.

Sumber polis berkata, kumpulan wanita berusia 20-an itu pada mulanya cuba melarikan diri sebelum bertindak agresif sebaik menyedari premis berkenaan dikepung polis, lapor Hmetro.

“Beberapa wanita menerpa ke arah anggota polis sebelum mencakar tangan salah seorang dari anggota terbabit hingga luka, dan seorang lagi wanita cuba menggigit seorang lagi anggota polis namun sempat dihalang.
“Bagaimanapun, semua wanita itu berjaya ditahan,” kata sumber itu. 

10 Fungsi Samsung Galaxy Note 3 yang Anda Mungkin Masih Tak Tahu
Posted on Saturday, February 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Ramai di kalangan pengguna di Malaysia mula menggunakan Samsung Galaxy Note 3 yang kini semakin popular namun ada yang masih tidak tahu tentang beberapa fungsi atau keupayaan yang ‘underdog’ dalam telefon ini.

1. Gunakan Note Hanya dengan Satu Tangan



Apabila anda memegang skrin 5.7 inci, pastinya sukar untuk menggunakan telefon dengan hanya menggunakan satu tangan melainkan tangan anda tangan seorang yang gergasi. Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan pergi ke Settings > Controls dan lihat menu One-handed. Tukarkan ke operasi satu tangan bagi memastikan anda boleh menaip dengan selesa.

2. Menutup tetingkap S Pen yang keluar



Apabila anda mengeluarkan S Pen, akan keluar tetingkap aplikasi S Pen dengan pelbagai pilihan menu yang menjengkelkan. Bagi mengelakkan ia berlaku lagi, sila ke Settings > Controls > S Pen, dan pilih Pen sebelum menekan “none”.

3. Sentuh skrin walaupun dengan memakai sarung tangan




Skrin sentuh kapasitif seperti dalam Note 3 tidak membolehkan pengguna menyentuhnya secara langsung sekiranya anda memakai sarung tangan atau tangan dalam keadaan basah. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan Settings > Controls dan cari di ruangan bawah dengan pilihan ‘Increase touch sensitivity”.

4. Menggunakan lebih dari satu aplikasi pada masa yang sama



Skrin Note sangat sesuai untuk berbilang tugas yang bermakna anda boleh mengoperasikan dua aplikasi pada masa yang sama. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke Settings > Device, kemudian aktifkan Multi window. Anda akan perasan tab pertama akan keluar di bahagian kiri skrin. Sentuh apps terbabit dan anda akan lihat aplikasi yang menyokong fungsi ini.

5. Elakkan kehilangan S Pen



Memandangkan S Pen sememangnya penting dalam Note ditambah pula ia betul-betul mahal jika anda terpaksa membelinya secara berasingan, elakkan ia hilang atau tertinggal setelah anda gunakannya dengan Settings > Controls > S Pen, dan pilih “S Pen Keeper”. Ia akan membolehkan Note 3 anda berbunyi jika S Pen tidak dimasukkan kembali ke tempatnya.

6. Senyapkan telefon dengan tapak tangan



Telefon berbunyi secara tiba-tiba dalam mesyuarat? Bagaimana untuk menutup audio dengan hanya tapak tangan anda menyentuh skrin? Sila ke Settings > Controls > Palm motion. Selepas ini, jika telefon anda berbunyi ketika waktu yang tidak sesuai. Sentuh skrin dengan tapak tangan dan ia akan berhenti serta- merta.

7. Membuka dua aplikasi serentakSeperti mana yang ditekankan dalam ‘point’ nombor 4 tadi, anda mampu membuka dua aplikasi serentak tetapi ia akan hilang selepas kedua-duanya ditutup. Bagaimana untuk membukanya kembali dan dua aplikasi sama keluar pada tetingkap sama? Ulang cara nombor dan anda akan lihat terdapat anak panah di bahagian bawah, sentuhnya dan menu dengan dua skrin akan keluar. Sentuh lagi untuk cipta fungsi ‘pair’. Selepas itu, setiap kali anda membukanya, dua aplikasi akan terbuka serentak.

8. Bebas tangan




Memandu dan menggunakan telefon? Bahaya tu! Bagaimana untuk menjadikan Note 3 anda benar-benar bebas tangan namun masih boleh menerima panggilan dan membaca teks? Sila ke Settings > Controls > Hands-free. Telefon anda juga boleh membacakan nama si pemanggil yang menghantar teks kepada anda. Atau anda boleh menjawab panggilan dengan hanya melambai ke telefon anda.

9. Menukar saiz teks dan font



Apabila telefon anda terlalu besar, ada kemungkinan saiz teksnya juga terlalu besar. Untuk menukarnya, sila ke Settings > Device > Font. Fungsi ini juga membolehkan anda menukar jenis font yang ada.

10. Note 3 sebagai alat kawalan jauh.



Kebanyakan produk Samsung mempunyai fungsi IR termasuk Note yang boleh menjadi alat kawalan jauh. Apa yang perlu dilakukan hanyalah buka aplikasi WatchON.

SUMBER

teknoderas.com



Gambar artis Akademi Fantasia 2013 ditangkap mencuri basikal bernilai RM14,000


Gambar artis Akademi Fantasia 2013 ditangkap mencuri - Seorang artis kelahiran Akademi Fantasia 2013 ditangkap pagi tadi kerana mencuri sebuah basikal yang bernilai RM14,000 ketika cuba melakukan tindakan pecah rumah bersama tiga rakannya.

Menurut info yang diterima sebuah portal hiburan, bekas pelajar Akademi Fantasia 2013 yang ditangkap itu berasal dari Sabah. Dia dan rakannya kini sudah dimasukkan ke dalam lokap untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.

Berikut ialah tiga keping gambar artis Akademi Fantasia dan rakannya yang ditangkap mencuri dan pecah rumah. Sebagai orang Sabah memang cukup malu dengan kejadian ini.



Saturday, 15 February 2014

KOLEKSI GAMBAR BANJIR TERBURUK MELANDA SABAH YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA.



Inilah koleksi gambar-gambar yang memaparkan kisah banjir terburuk melanda negeri Sabah terkini yang tidak dilaporkan oleh media arus perdana situasi sebenar..

Bandar Beaufort dan sekitarnya lumpuh akibat hujan turun dengan lebat berterusan tanpa henti... Rakyat Beaufort mengeluh tentang tiadanya bantuan sampai dari Kerajaan UMNO/BN pimpinan Musa Aman.


Kalau lihat dan dengar disemua saluran TV bukan main lagi kencang deras para pemimpin UMNO/BN bercakap kononnya sebuah kerajaan perihatin rakyat  .. kerajaan yang mendegar keluhan rakyat . Hakikatnya itu semua adalah propaganda murahan janji cakap berdegar tetapi tunainya tiada.

Rakyat mula mencemuh dengan berkata lambatnya datang bantuan mungkin kini sedang sibuk membungkus barang-barang bantuan dengan logo BN terlebih dahulu.

Jelas cara UMNO/BN berpolitik ialah ketika maukan undi janji sampai kalau boleh nak beri bulan dan bintang .. bila sudah diperolehi janji entah kemana bantuan masih tidak nampak bayangnya.

Semoga rakyat Sabah  kini sedar bahawa mereka hanya dianak tiri semata-mata para pemimpin UMNO/BN merasakan bantu tidak bantu rakyat Sabab tetap memberikan undi kepada UMNO/BN.

Jadi rakyat Sabah kena bangkit serupa rakyat di Semenanjung . kasi ajar sikit agar UMNO/BN merasa sakit dan perit supaya jangan main dengan perasaan dan emosi rakyat.

JOM UBAH .. UMNO/BN KITA SAMA-SAMA PAKAT KASI REBAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan