Sabtu, 15 Februari 2014

IKUT SEDAP CAKAP AJE

Saturday, 15 February 2014


SARIKATA PENUH VIDEO YB TERESA KOK, TERMASUK BAHAGIAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN.


LIDAH BIAWAK rasmi UMNO, Utusan Malaysia baru-barulah telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, YB Teresa Kok.

Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.

Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit. Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum. Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.

TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!

Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.

Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.
Setiap warganegara mengadu bahawa “wang untuk berbelanja tidak mencukupi”. Anda semua ada sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, “”Jimat, Jimat” yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!

PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah ‘dianugerahkan’ tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ““Berhati-hati! Perompak ada berdekatan”. Pemandangan yang sangat cantik.

ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.

MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu ‘Bersih’. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.

Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.
Apa maksudnya?

PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!

SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.
Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.

ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini “Steady, jangan lembik”

PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.

MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!

TERESA: Ya, penonton ini.

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? “”Jual Cina!”

TERESA: “”Jual Cina”? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin “”Jual Cina”, anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi ““pengkhianat”.

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi “”pengkhianat”, anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada “”Menjual Cina”?

TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?

PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?

PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)

PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)

MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!

PENONTON: No No No!

ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.

PUAN JIT: Diamlah kau!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang “ONEderful”!

- Roketkini.com



Saturday, 15 February 2014


OPS LALANG 1987 .. TAHUN 2011 TUN MAHATHIR KATA PIHAK POLIS YANG BERTANGGUNG JAWAB .. TAHUN 2014 DSAI PULA BERTANGGUNG JAWAB.



TAHUN 2011:-  Tun  Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’, bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.

“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,” kata Mahatahir.

Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.

“Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak,” jawab Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei itu adalah ‘perlu’ bagi membendung ‘ketegangan perkauman’ yang semakin memuncak, akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Itu tahun 2011 punya cerita ... tahun 2014 apabila ada PRK Kajang dimana DSAI sebagai calon KEADILAN/PR nada sudah lain .. fakta sudah berpusing .. kesalahan diletakkan kepada bahu DSAI.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  
Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab.
  
"..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Isu yang sama tetapi sepatutnya semakin lama semakin pudar ingatan tetapi ini tidak semakin segar menyalahkan DSAI pula.

Tahun 2011 langsung ti
dak berbunyi nama DSAI tetapi habis longgokkan semua kesalahan kepada bahu PDRM.

Thursday, 13 February 2014


TUDUH KEADILAN BERTELAGAH SEDANGKAN DALAM UMNO KINI MEREKA SEDANG BERGUMPAL SESAMA MEREKA SEHINGGA MAU HERET KE MAHKAMAH.


Kata dulang paku serpih .. kata parti lawan tetapi parti sendiri lebih teruk dia punya lebih ..

Itulah UMNO kalau nak tahu .. canang sana sini beritahu rakyat betapa KEADILAN kini sedang menghadapi masalah sedangkan realitinya partinya sendiri jauh lebih teruk dia punya masalah sampai nak heret sampai masuk mahkamah.

ADUN yang dikatakan bekas Ketua Bahagian UMNO suatu bahagian bakal nak saman Timbalan Ketua Bahagian UMNO bahagian yang sama atas alasan memfitnah.

Aik!!! .. baru tahu ke ketua-ketua UMNO kaki fitnah???? .. Masalahnya nanti ADUN ini pula akan disaman balas sebab dia pun cukup terkenal seantaro dunia kaki fitnah>

PRU 12 lalu tidak terpilih sebagai calon sanggup lakukan gerak kerja memsabotaj partinya sendiri .. Ini macam punya gred pemimpin cukup bangsat dan haprak.

Pada pemilihan UMNO baru-baru ini ADUN ini yang cukup sinonim dengan bahagian yang diterjauinya sekian lama telah tumpas kepada muka baru yang memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Jelasnya UMNO tiada "Locus Standi" nak bercerita pasal parti lawan bertelagah sedangkan parti sendiri bergumpul dan bergelut sesama sendiri sehingga sanggup saman menyaman masuk mahkamah.

Lebih 16,000 warga asing bawa kuman TB

Written By canang on Sabtu, 15 Februari 2014 | 2/15/2014 02:23:00 PTG

KUALA LUMPUR - Berdasarkan data saringan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing sepanjang 2013, Turbecolosis (TB) atau batuk kering merupakan kadar penyakit tertinggi dalam kalangan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata berdasarkan data Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Kesihatan (Fomema), TB mencatatkan jumlah kes sebanyak 16,751 atau 45 peratus daripada jumlah kes keseluruhan, manakala Hepatitis B sebanyak 5,348 kes (14 peratus) dan penyakit kelamin berjangkit (STD) ketiga tertinggi dengan 1,839 kes (1.4 peratus).

Dr Hilmi berkata, sebaik sahaja mereka dikesan mempunyai penyakit itu, majikan mereka diarahkan untuk menguruskan penghantaran pulang dengan segera kerana dikhuatiri akan berjangkit.
 
"(Mengikut prosedur), kita perlu memastikan mereka yang masuk kerja secara sah, diperiksa (tahap kesihatan) terlebih dahulu...kemudian kalau tak ada penyakit, baru dibenarkan berdaftar dan bekerja di Malaysia," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian pembukaan Fomema cawangan Kuala Lumpur di sini, semalam.

Sementara itu, Dr Hilmi menggesa para majikan untuk lebih proaktif serta telus dalam memastikan pekerja mereka dapat menjalani pemeriksaan kesihatan melalui Fomema.

Beliau berkata selain tanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka melepasi pemeriksaan itu sebelum mendapatkan permit pekerjaan, majikan perlu memastikan pekerja mereka mempunyai Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA).

Beliau berkata langkah ini penting bagi memastikan pekerja asing di Malaysia dilindungi insurans selain memastikan kadar rawatan mereka tidak ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai.

"Majikan yang (sengaja) tak ambil insurans untuk pekerja adalah tidak adil...kita tak mahu rakyat dibebani oleh (rawatan kesihatan) pekerja asing," katanya.- Bernama

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI

Written By canang on Sabtu, 15 Februari 2014 | 2/15/2014 07:58:00 PTG


PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. Join group ini sebagai tanda sokongan anda kepada produk Islam ! --> https://www.facebook.com/groups/136858116523174 Follow @ Like : www.facebook.com/DrAsmadi

Kemerduan azan buka pintu hati Lucy peluk Islam

Oleh Siraj Zaini
Gambar Asri Sapfie
TIAP kali kedengaran azan Maghrib yang merdu berkumandang, hatinya jadi tenang.
Segala perasaan celaru akibat tekanan kerja dan masalah lain entah bagaimana bertukar menjadi selesa.
Itu yang dirasai Lucy Embang  selama tiga tahun lamanya, sekalipun ketika itu beliau belum memeluk Islam.
Ia antara faktor yang menggamit anak kelahiran Bintulu, Sarawak itu memeluk Islam apabila melafaz kalimah dua syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Lucy berbuat demikian dengan dipimpin Pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Khalid Abdul Samad dengan disaksikan ratusan jemaah seusai solat Jumaat.
IOA ialah pertubuhan dakwah menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan minat terhadap Islam.
3 webDan saat melafaz kalimah itu, perasaan diselubungi terharu yang mendalam apatah lagi kemasukannya dalam Islam disambut ratusan jemaah masjid sedangkan beliau hanya ‘insan biasa’.
“Sedih, terharu. Saya tak pernah rasa sebelum ini. Kita tahu kehadiran kita di sekeliling mereka walaupun tak kenal tapi mereka beri sokongan dan sambutan dan sokongan pada kita,” katanya kepada Selangor Kini.
Lucy atau nama Islamnya, atau nama Islamnya, Nurul Iman Jannah Abdullah  tidak ditemani ahli keluarga sebaliknya hadir bersama keluarga angkat dan rakan-rakan karibnya sewaktu peristiwa bersejarah di dalam hidupnya itu.
Pun begitu, keluarganya yang masih Kristian tidak menyatakan bantahan keras terhadapnya, sekadar memberi peringatan terhadap langkahnya itu.
Nurul Iman pula – sekalipun sudah memeluk Islam tekad akan taat kepada ibu bapanya walaupun berlainan pegangan.
“Saya akan hormati mereka. Mereka tetap ibu bapa saya,” katanya yang mengakui keluarganya bukan pengamal Kristian yang kuat dan ia mungkin mendorongnya tercari-cari jalan yang satu.
“Di Sarawak, ada beragama Kristian, ada pengamal ajaran berunsur spiritual. Pesta Keamatan pun saya sambut, Hari Krismas pun saya sambut. Sekarang saya mahu jalan yang satu sahaja,” katanya.
2 webSebenarnya, sejak kecil lagi Nurul menunjukkan minat terhadap Islam dan adat Melayu apabila gemar berbaju kurung tapi hanya berpeluang sewaktu menuntut di sekolah menengah.
“Saya lihat kawan-kawan yang memakai baju kurung macam cantik tetapi ibu bapa melarang kerana kami bukan Islam. Sampailah sekolah menengah, baru saya boleh rasa perasaannya memakai baju kurung itu.
“Sekarang baru saya sedar, petunjuk awal saya memeluk Islam ada sewaktu kecil biarpun hanya setakat pakai uniform,” katanya yang berusia 24 tahun dan belum berumah tangga.
4 webBeliau mula serius mendekati Islam ketika bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara.
Minat terhadap Islam membuatkannya sering bertanya kepada rakan-rakan sekerja beragama Islam bagi mendapatkan penjelasan.
“Penjelasan mereka sedikit sebanyak memberi saya pengetahuan,” katanya yang sentiasa bertanya sebarang kemusykilan mengenai Islam kepada mereka yang lebih tahu.
“Saya harap mereka akan menerima saya dengan hati yang terbuka,” katanya.
- FZL
Wayang UMNO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan