Khamis, 27 Februari 2014

KEADILAN AKAN TERTEGAK JUGA DIAKHIRAT....DIDUNIA TUNGGU SAMPAI MASANYA...DAPAT JUGA...TUNGGU AJE....IN SHA ALLAH


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin nampaknya tidak menunggu sehingga keputusan Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kajang diketahui untuk meneruskan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam wawancaranya dengan Kinibiz, Daim meneruskan kritikannya dengan menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang rapuh dan kurang tegas.

Penulis blog Shahbudin Husin berpandangan Daim juga dilihat cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dengan berkata, sementara rakyat masih selesa dengan kerajaan tetapi secara majoritinya, luahan yang kedengaran di peringkat bawahan ialah seperti masih banyak yang tidak betul di mana-mana serta perlu diperbetulkan dengan segera.

Menruutnya, kritikan terbaru Daim ini dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu perlu dilakukan tanpa menunggu keputusan Kajang.

“Kritikan yang dilakukan ketika bahang kempen baru saja bermula boleh juga digambarkan sebagai isyarat bahawa jika beliau berdiam diri dan tidak mengkritik Najib pun, BN tetap mustahil untuk mencapai kemenangan,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Oleh itu, menurutnya sementara kekalahan BN sudah dijangka, Daim seperti ingin mengukuhkan lagi keyakinan umum bahawa kelemahan Najib adalah sesuatu yang sukar diperbaiki, meskipun sudah banyak kali diperingatkan mengenainya.

Baca di sini

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap dibina termasuk menjalankan program mitigasi dengan peruntukan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan.
  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain program itu, kerajaan negeri akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD) atau tiga bilion liter pada 2050.
  
"Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
  
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.
  
Melalui MoU itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.
  
MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).
  
Abdul Khalid berkata pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat itu akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.
  
"Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.
  
"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham," katanya.

Abdul Khalid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  
Beliau berkata MoU itu tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air.
  
"Ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tarif air yang munasabah," katanya. - Bernama


Pendekar Musafir with Pas Dun Chenderoh and 49 others
Hai kwsp.... macamna korang buat kerja...
agak-agakla..... oku tu...!

Wang KWSP dalam bank lesap
MOHD TAHA YAACOB
27 Februari 2014



Azid menunjukkan baki wang dalam buku akaun banknya dan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh.

BESUT - Seorang orang kurang upaya (OKU) terkejut wang simpanan KWSP berjumlah RM8,243.25 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di sebuah bank di sini lesap.

Azid Mohammad, 55, dari Kampung Tasik Tok Lebai, di sini hampa kerana hasratnya menikmati wang simpanan hari tua hasil kerja selama kira-kira 15 tahun sebagai pemandu lori satu ketika dulu hilang sekelip mata.

Menurutnya, dia membuat urusan pengeluaran wang tersebut di pejabat KWSP Jerteh pada 17 Februari lalu dengan memberikan nombor akaun sebuah bank miliknya untuk dikreditkan pengeluaran itu.

“Saya mengeluarkan kesemua simpanan saya dan tiga hari kemudian saya terima satu SMS daripada KWSP yang memaklumkan bayaran pengeluaran telah dimasukkan ke bank berkenaan.

“Saya hanya ke bank berkenaan pada Ahad lalu bagi mengeluarkan wang itu bagi tujuan membayar urusan tanah pusaka milik ibu saya,” katanya.

Azid yang mengalami kekurangan pada kakinya itu berkata, dia menyerahkan buku akaunnya kepada kerani bank tersebut untuk dikemas kini kerana ingin membuat pengeluaran sebanyak RM7,000.

Bagaimanapun setelah disemak, kerani tersebut memberitahu akaunnya tidak mempunyai wang sebanyak itu kerana telah dikeluarkan sebanyak RM8,270 dua hari sebelum itu menerusi pemindahan Giro Antara Bank (IBG).

Katanya, dia amat terkejut mendengar berita itu apabila terdapat baki RM10.29 sahaja di dalam akuannya sedangkan dia tidak pernah mengeluarkan wang tersebut atau meminta sesiapa mengeluarkannya.

“Saya minta jasa baik pihak bank untuk siasat bagaimana wang tersebut boleh dipindahkan sedangkan saya sendiri tak tahu menggunakan IBG, tetapi gagal dapat jawapan kerana ibu pejabat bank ditutup sebab cuti hujung minggu (Ahad).

“Kemudian saya datang semula pada keesokannya seperti yang dijanjikan ke bank itu namun, hampa apabila gagal untuk mendapatkan punca bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

Kata Azid, dia kemudiannya membuat laporan mengenai kehilangan wang tersebut di Balai Polis Jerteh, dekat sini.

“Sebelum ini pernah dua kali akaun bank saya dicerobohi iaitu pada 12 Ogos 2012 apabila sejumlah RM5,000 dikreditkan (dimasukkan) ke dalam akaun saya tanpa diketahui daripada mana wang tersebut, namun pada 1 September 2012 pula sebanyak RM5,149.50 dikeluarkan daripada akaun sama,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu berulang pada 31 Disember tahun lalu apabila sebanyak RM3,400 dikreditkan ke dalam akuannya dan dikeluarkan semula dalam jumlah sama menerusi kaedah TRF.

“Saya tak tahu TRF tu apa, tetapi ada tertulis dalam buku akaun cara wang saya dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

sumber dan rujukan: www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/wang-kwsp-dalam-bank-lesap-1.255047
Like · · · 2 hours ago ·
~PESANAN RASULULLAH S.A.W. KEPADA SEORANG LELAKI~
At-Tabrani melaporkan daripada Saidatina Aisyah r.a. yang memberitahu bahawa pada suatu hari,seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. Lelaki itu datang bersama-sama dengan seorang lelaki tua..Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya, "Wahai fulan,siapakah orang yang bersama-sama kamu ini..?"

"Dia adalah ayah aku," jawab lelaki muda itu..

"Jangan kamu berjalan di hadapan ayah kamu,jangan kamu duduk sebelum dia duduk,jangan kamu memanggil ayah kamu dengan namanya,dan jangan kamu mencela orang yang memiliki usia yang sama dengan ayah kamu.."

Felixia Yeap: Kenapa dengki saya tutup aurat?
  • Felixia Yeap Gambar dari felixiayeap.blogspot.com
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.
Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.
"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...
"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.
"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.
Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.
Menurut  Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.
"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.
Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.
"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.

Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.
Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.
Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk  mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.
Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab.

Tiba-tiba zakar tak berfungsi

Rogol2KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.
Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.
“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran, lapor Hmetro.

Bapa tak sangka dan terperanjat

KELARKUALA LUMPUR - Bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa kelar di Taman Sri Putra, Sungai Buloh masih terkejut dengan kejadian itu kerana tidak menyangka pembantu rumah itu sanggup berbuat demikian sedangkan dia amat rapat dengan kedua-dua anaknya.
Selvan Joseph, 44, berkata sehingga kini dia hairan dan terkejut dengan tindakan Agnes, 30, seorang warga Indonesia, kerana dia amat disenangi anggota keluarga isterinya.
Beliau yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak setahun lalu berkata sehari sebelum kejadian, kedua-dua anaknya sempat keluar bersama ibu mereka, pembantu rumah itu dan ahli keluarga yang lain dan tiada tanda-tanda perselisihan faham tercetus antara mereka.

Pembantu rumah itu tinggal bersama keluarga isterinya lebih setahun yang lalu dan pandai bertutur bahasa Mandarin, katanya kepada pemberita di ruang menunggu Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, jiran sebelah rumah mangsa, S. Sivakumar, 34, berkata beliau terkejut dengan kejadian itu kerana ibu kedua-dua beradik itu pernah memberitahunya bahawa dia mempunyai pembantu rumah yang baik.
“Tetapi bila jadi macam ini, saya sendiri tidak sangka dan terperanjat,” katanya.
Beliau berkata sepanjang berjiran dengan ibu mangsa sejak dua tahun lepas, dia ada melihat pembantu rumah berkenaan menjalankan kerja-kerja membersihkan rumah dan menyiram pokok bunga setiap pagi namun tidak pernah bertegur.
Sementara itu, seorang bekas jirannya yang enggan namanya dikenali berkata keluarga mangsa terbabit amat baik dan ramah dengan jiran-jiran selepas mengenali mereka sejak lima tahun lalu.
Sementara itu, Kaunselor Perhubungan Kedutaan Besar Indonesia di sini, Dino Nurwahyudin berkata pihaknya menyerahkan perkara itu disiasat sepenuhnya oleh polis.
“Harus ada siasatan kenapa hal ini bisa terjadi bagi mencegah kejadian ini berlaku di masa depan.
“Tambahan, ini juga adalah satu musibah yang tidak diduga berlaku, katanya yang turut ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, lapor Bernama.
Semalam, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri.
KUALA LUMPUR: Seramai 132,801 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan pinjaman berjumlah RM2.11 bilion telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 September lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM9.51 bilion sehingga tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.

"Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar," katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).

Khalid bertanyakan mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Kamalanathan berkata peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik pinjaman selepas 16 bulan daripada tarikh tamat pengajian akan menerima surat makluman daripada PTPTN kepada mereka untuk menyatakan sebab tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan tambahan Datuk Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) mengenai peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian selama 16 bulan, Kamalanathan berkata pihak PTPTN sedia mendengar masalah yang dihadapi peminjam yang tidak mampu membuat pembayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

"Bagi peminjam yang tidak mampu membayar, mereka boleh menghantar e-mel kepada PTPTN bagi menyatakan masalah mereka dan PTPTN sedia membantu mereka sama ada mengurangkan ujrah pinjaman ataupun membayar ansuran bulanan dalam jumlah yang rendah," katanya.

Peminjam yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas 16 bulan tamat pengajian juga diminta untuk memaklumkannya kepada PTPTN.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/imigresen-senarai-hitamkan-132-801-peminjam-ptptn-25466?cp




Lambang Cantik , Megah , Nama Pasukan Tersergam Indah Di bawah Panji-Panji Di Raja .Itu lah PASUKAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA . ( TUDM ). Megah di ruang angkasa , hebat dari segi bala Tenteranya. Nama Besar yang menjadi Ketua Untuk Di Rujuk , Punya Barisan Panglima -Panglima yang hebat .

Tetapi sayangnya hanya segelintir di antara Individu di dalamnya Terutama di bahagian PENTADBIRAN DAN PENGGURUSANNYA yang TAMAK , DAN TIDAK BERMORAL , BACHOL ..maka itu lah yang menyebabkan kesah terjadinya PENGANIAYAAN KEPADA KELUARGA PESARA TUDM FAIZZAL JINONG BIN ABDULLAH .

Hingga ke hari ini pehak TUDM tidak berani Tampil untuk memberikan kenyataan sebenar pada setiap yang di bawa olh Pesara TUDM faizal Jinong Bin abdullah , Melalui Siaran Akhbar Utusan Malaysia , Utusan Sarawak , Borneo Post , Berita Harian ( sewaktu ini di sarawak , sbb kes bermula di Sarawak PU TUDM SRWK ) .
Kemudian bila PHK TUDM ambil Langkah PENGECUT GUNA INSPEKTOR MOHAMED SAIFUL BIN MOHAMED MUSTAFA NO I /18794 , menggarahnya utk menangkap FJ pd 23.12.2008 terus di masukan ke dalam lokap , kemudian tangkap saya dan 6 orang anak2 kami yang berusia 17 thn hingga 5 tahun pd hari yg sama menangkap FJ ...kemudian esuknya 24.12.2008 Petang FJ di bawa keluar lokap dan kami semua TELAH DI TERBANGKAN KE KLIA , dengan cara yang PALING HINA DAN HANYA SI PENGGECUT SAHAJA YANG AKAN BUAT KJADIAN BEGINI DARI DALAM TUDM .

Begitu juga lah Di Semenanjung ( Pulau Pinang ) Fj telah Muatkan kesahnya yang terpaksa di laluinya akibat Kjadian yang telah TUDM buat terhadapnya , di Salurkan melalui Utusan Malaysia , Berita Harian < new Strait Times , Siasah , sinar Harian , Akhbar Bahasa Cina , Malaysia Kini dan TV 3 . Pun begitu lah PASUKAN TUDM berdiam diri dari terus untuk memberi jawapan yang sebenar akan malang yang menimpa keluarga FJ . Yang TUDM tahu hanya lah yang mungkin agak berani pada tangkapan kita .Tetapi orang ini yang sering TOLONG BERI KENYATAAN ..sebenarnya adalah " PERANCANG DAN SESEORG YANG MUNGKIN SEDANG CUBA MENYEMBUNYIKAN PERKARA SEBENAR YANG TELAH BERLAKU YG DI LAKUKAN OLH ORANG ATASAN TUDM ( MUNGKIN PANGLIMA TUDM ) dari terbongkar .Lalu Orang ini BEKAS AKS TADBIR TUDM BGD GEN DATO MOHD NOH BIN MOHD SAID tidak segan silu atau berasa di seorang yang BACHOL /PENAKUT /SYAITAN terus keluar kenyataan yang dia sendiri yang memperbodohkan PEGAWAI2 TUDM , Memalukan nama PASUKAN TUDM itu sendiri .Dengan mengaitkan isu - isu yang bodoh ..yang kononnya itu lah yang menyebabkan FJ sekeluarga di tangkap , di seksa dan sebagainya.

Jika TUDM tidak bersalah dalam hal ini sudah tentulah phk atasan TUDM yang berwajib akan tidak keberatan utk ambil tindakan yang sebaiknya terhadap apa yang di Keluarkan olh Pesara TUDM Faizal Jinong Bin Abdulah ?..menggapa pula phk TUDM tidak berbuat demikian , sebaliknya ambil sikap yang bodoph lagi , iaitu dengan menyekat , memberi amaran pada Wartawan2 Siaran Akhbar termasuk Wartawan TV 3 untuk terus siarkan kesah FJ ?...

Bila semua di sekat saya mengambil keputusan utk muatkan di dalam Alam FB ini , itu pun sering di godam dan di block FB saya hanya semata2 utk mereka dapat puas hati bila kesah Pesara TUDM FJ tidak dapat di lihat di ketahui olh orang lain .

Saya tampil diri sendiri tidak menyamar , gambar saya sendiri , suara saya sendiri melalui vedio .Sekarang vedio itu sudah di hilangkan dari alam fb ini . Tidak menggapa saya akan buat sebanyak mungkin ....saya tidak pernah rasa putus asa ..walau pun keadaan kesihatan saya semakin tidak bagus , tetapi biarlah kematian saya berakhirnya Hingga KES PENGANIAYAAN PESARA TUDM FAIZAL JINONG BIN ABDULLAH berjaya di bawa ke muka penggadilan .Saya hanya seorang Isteri kepada Faizzal Jinong Bin abdullah ..ingin melihat setakat mana SOMBONGNYA , INDIVIDU DALAM TUDM YANG SANGUP SEMBUNYIKAN KESAH SSEBENAR INI DARI TERBONGKAR ...Kerana KUASA YANG BERKUASA ADALAH HANYA ADA PADA ALLAH SWT .
ike · · · about an hour ago ·

  • 20 people like this.
  • Murni Nibong Tebal MUKA2 Jahanam yang bermula di PU TUDM KUCH SRWK . Salah seorang telah pun menemui ajalnya ( dgr khabar dalam keadaan yang mengaibkan juga ) ..orang yg di maksudkan itu adalah MJR MAT NAWI BIN AWANG HAMAT ..mati pada March 2012.
  • Murni Nibong Tebal Bekas AKS TADBIR TUDM , BGD GEN DATO MOHD NOH BIN MOHD SAID .
  • Murni Nibong Tebal Inspektor Mohamed Saiful Bin Mohamed mUstafa NO I /18794 ( KINI BERADA DI IPD BETONG SRWK )
  • Murni Nibong Tebal Bekas PPA PU KUCH SRWK 2008 Kapt Siti Norfadilah Bt Omar ( yg tlh dtg kerumah fj pd 22.12.2008 , ketika itu sedang sarat mengadong anak sulung , juga telah membawa bersama2nya Ahli Parlimen Bandar Kuch Srwk dari Parti DAP YB CHONG CHEN CHEN ) , Sebelahnya Suami nya..Kapt abdul Rahim
  • Murni Nibong Tebal Kini anak Siti Norfadilah sudah besar sudah ada dua orang ....
  • Murni Nibong Tebal 2008 PU KUCH SRWK SJN RIZAN BIN KOK K , skrg dah FSJN berada di mindef TUDM
  • Murni Nibong Tebal Rakan Inspektor Mohamed Saiful Bin Mohamed Mustafa , " NIZAM " yang di arahkan utk menanti FJ dan keluarga mulanya di SUBANG sebelum 23.12.2008 , tetapi bila 24.12.2008 kami tiba di KLIA Pegawai POLIS itu arah org ini utk ambil kami , dia tinggal di Kajang , Selangor ...orangnya amat berpenggaruh hinggakan kata pegawai polis tbut , Ketua Polis pun tidak berani utkambil tindakan terhadap orang ini .
  • Murni Nibong Tebal ini lah kenderaan " CARAVAN " yang di pandu olh " NIZAM " pd 24.12.2008 menjemput kami di KLIA .
  • Murni Nibong Tebal menggapa pd Disember 2013 SESEORG DARI PERSATUAN MUKA BUKU PULAU PINANG telah minta utk dtg kerumah kami dgn katanya utk dtg melihat sendiri dan ingin ambil tahu apa yang patut di bantu ....telah membawa seseorang yang di ketahui dari " CAWANGAN KHAS PDRM PP " menggapa bawa Pegawai POLIS INI ?...dan mgapa pula PEGAWAI POLIS CAWANGAN KHAS INI MAHU SEMUA DOKUMEN2 BUKTI LAMA DAN BARU minta di berikan pd RAKAN PERSATUAN MUKA BUKU PULAU PINANG ?...bila di kesan dan terasa niat buruk mereka itu ..tiba2 saya di marahi olh RAKAN PERSAUAN MUKA BUKU PP yang menuduh kerana KES SAYA ..dia dan familinya hidup dalam bahaya dan ketakutan , menggapa ?
  • Murni Nibong Tebal Tergamak PHK ATASAN TUDM "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN " pada kami sekeluarga. Mungkin BEKAS PANGLIMA TUDM " TAN SRI AZIZAN ARIFIN merasa megah dan berasa BERANI dan MENANG kerana telah menjahanamkan KELUARGA FJ DAN MENJAYAKAN CITA2NYA UTK TERUS TUTUP KES TBUT..semoga dia segera di berikan rasa ingin sedar dan bertaubat ...sebelum terlambat ...
  • AtanToya Sribu Salam..f/sjn tu..anak buah saya dulu...kenal sgt...itu md nor dagu...lg kenal AkSTadbir dulu..
  • Abd Karim Abdullah sy seorg rakyat malaysia rasa trkilandn marah bila mnbaca kesah keluarga ini..knapa PM dn menteri pertahanan mnbisu..msa kudratnye gagah kamu puji dn sanjung..ni masa utk kamu selesai msalah rakyat,,duduk dikerusi empuk diputrajaya tp tenguk2 lah rakyat dibwh ni ..PRU14 serdang diperhati oleh rakyat
  • Rudie Mahmood Kak,bg anak2 kenal muka2 pengecut ni.Allah Maha Besar,tiap perbuatan akan ade pembalasannye kak..Hdp xselalu indah muda akan tua jgk nt.Igt tu..
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan