Khamis, 27 Februari 2014

BILA ILMU DIABAI....MAJLIS ILMU SEPI...SEBAB TIDAK DIBERI KEKAYAAN DUNIA...KHUATIR NANTI MISKIN DIAKHIRAT....CERMIN DIAKHIRAT TIADA DILIHAT TUBUH BADAN KITA SENDIRI....MAKA ITU TANDA BERAMAL TANPA ILMU...TANDA AMALAN KITA DITOLAK/TIDAK DITERIMA

Najib Pemimpin Paling 'Cermat' Dlm Dunia
Posted on Wednesday, February 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol






PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ah Jib Gor digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.


Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2.5 triliun.
Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11.8 miliar.
Seterusnya adalah mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48.5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5.8 miliar untuk memberikan hadiah.
Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8.4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu  Rp 3.9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294.2 miliar untuk perhiasan pejabatnya.

~ Hebat PM kita .......... rakyat susah tak ape janji PM dan pemimpin kerajaan
bersenang lenang.

SOFI WAHAB

http://mutaligat.blogspot.com
 PKR: Kes saman RM2 juta Presiden PAS tidak perlu diteruskan
Posted on Wednesday, February 26 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



SHAH ALAM 24 FEB: Pimpinan PKR akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah.

Kes saman fitnah ini adalah apabila Hadi Awang diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan.

“Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya kes itu tidak perlu diteruskan demi kebaikan dan kesepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat.-sk
 UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi
Posted on Wednesday, February 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir kedarat dan kebaroh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agong UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela Nbeliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpinan mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin mengaggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of- date’ kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Husien Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.
Beliau juga tahu yang beliau telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri yang tidak sabar mahu mengambil alih kepimpinan negara dari beliau. Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk menandingi beliau adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau berundur secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh kerana ‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir dengan beliau.
Menyedari keadaan ini beliau mengambil keputusan untuk memberikan sahaja jawatannya kepada orang yang tidak sabar mahukan jawatan itu. Maka pada tahun 1981, Husein tidak mempertahankan jawatannya dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.
Pada perhimpunan itu dalam ucapan penangguhan Dr Mahathir telah mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan sokonagn terhadap beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau telah meminta semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang menunjukan ada yang tidak menyokong beliau lagi supaya memberitahu beliau. Kata beliau yang bekliau akan mengundurkan diri secara terhormat.
Beliau berkata demikian kerana beliau tahu yang Husein bersara kerana kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu tidak lebih dari mulut manis dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada perhimpunan itu jugalah Dr Mahathir memulakan permainan politik beach perintah dengan berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam prtandingan yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO itu. 
Dr Mahathir merasakan semua yang berada disekeliling beliau itu meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang menebal dalam diri beliau membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja yang mempunyai kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik mereka yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah diperlukan pemikiran mereka oleh Mahathir.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir semuanya tidak perlu berfikir kerana hanya beliau sahaja yang boleh berfikir. Ahli-ahli kabinetnya tidak perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan senang...hanya jadi burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan tepukan itu. Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke hari ini institusi itu belum lagi kebah dari sakit hasil kerja tangan Dr Mahathir itu.
UMNO mula berpecah belah dan buat kali pertamanya rasa resah gelisah dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO mula timbul. Dalam masa lima atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya pemimpin yang ingin menjadi kaya raya.
Budaya rasuah mula berputik dengan cepat melalui projek express dengan penganugeraham kontrak secara runding terus yang kini sudah menjadi budaya dalam kerajaan semata-mata untuk memberikan ‘duit luar’ yang begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang berkepentingan rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada negara.
Budaya songsang pentadbiran kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir dan ianya diwariskan kepada pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada Najib. Acuan ini sudah begitu terpahat ke dalam sistem pentadbiran negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam MKT parti itu semuanya dari acuan itu.
(bersambung)

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
 Gagal Selesaikan Saman Terhadap Presiden Pas, Ini Satu Lagi Kerja Bodoh Pemimpin
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"
Jangan salahkan orang lain bila SENDIRI MAKAN PENGAT TAPI SENDIRI TAK MAHU INGAT beb, baik dipihak Parti Islam Semalaysia (PAS) mahu pun di pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) semua nya tak mahu belajar dari KESILAPAN yang lepas atau pun boleh dikatakan sebagai BODOH SOMBONG. Gua tak salah kan Ahli PKR yang MENYAMAN Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana itu HAK beliau sebagai INDIVIDU yang MERASA diri beliau DIFITNAH dan TERINAYA.


PAS sendiri yang gua rasa cukup Bodoh kerana langsung tidak memperdulikan perihal SAMAN terhadap Presiden mereka sendiri, kerana GAGAL memfailkan PEMBELAAN terhadap Saman tersebut. Sesuatu yang cukup MEMALUKAN kerana diperintahkan membayar sebanyak RM2 juta bukan nya kerana KALAH tetapi kerana INGKAR. Ini apa cerita ni beb sedangkan kita ketahui yang PAS mempunyai Barisan Peguam-Peguam yang dikatakan HEBAT dan BERIBAWA.
Manakala dipihak PKR pula jelas yang Pemimpin PKR boleh dikatakan tidak dapat MENGAWAL Ahli-Ahli mereka, patut lah Ahli-Ahli PKR daripada Pemimpin Peringkat TINGGI sampailah ke Peringkat AKAR UMBI seperti AIR PAIP menjadi KATAK dengan meninggalkan PKR. Mungkin dipihak PKR akan mengatakan yang mereka telah MENASIHATI Ahli nya supaya tidak Menyaman Presiden PAS, tapi bagi gua itu hanya cakap MULUT yang tidak boleh DIBUKTIKAN.
Bila sudah terjadi perkara sebegini barulah SIBUK seperti orang MABUK PIL KUDA, baik dipihak PAS mahu pun di pihak PKR semua nya mengatakan yang KES ini akan DISELESAIKAN secara BAIK dan PENUH HIKMAH. Lawak-Lawak beb, Baik dan Penuh Hikmah apa nya kalau sampai sudah Mahkamah Mengeluarkan Perintah. Lu orang ni faham tak Bahasa Melayu berkenaan Baik dan Penuh Hikmah atau lu orang pun sama dengan Spicies Umno yang TERKENAL dengan TAK FAHAM BAHASA MELAYU.
Kalau disebelah Umno Tak Faham Bahasa Melayu memang patut beb, lahir nya Umno pun hasil PERSETUBUHAN HARAM INGGERIS PENJAJAH yang tak dapat dipastikan siapa Ibunya. Sebab itu nama Umno pun SINGKATAN dari perkataan United Munafikun National Organisations, jadi TAK HERANNN kalau dia orang Tak Faham Bahasa Melayu. Tapi lu orang yang satu nya bernama Parti Islam Semalaysia dan yang satu nya Parti Keadilan Rakyat ni apa cerita ni beb... kah kah kah !.
Selalu gua katakan apabila saja NYAWA Umno dalam KENAZAKAN akan adalah PERTOLONGAN CEMAS dari pihak Pakatan Rakyat (PR) sama ada Secara SEDAR atau pun KECUAIAN. Ini kenyataan yang walaupun PERIT untuk lu orang Kepimpinan PR terima, rasanya TAK SALAH kalau ada Penyokong PR yang MARAH dan MENGENCINGKAN KUBUR lu orang bila lu orang MATI nanti. Kerana tiada BEZA nya antara lu orang dengan Pemimpin Umno yang akhir nya Umno/Bn juga yang Menang... kah kah kah !. sumber klik sini
hemmmmm..... lu orang boleh tidak bersetuju dengan gua kerana itu hak lu orang dan gua meraikan perbezaan pendapat, tapi harus di ingat yang gua tak mahu jadi penyokong seperti disebelah sinunnnn yang dikatakan oleh tun mahatir penyokong kuat kassim ahmad anti hadis... kah kah kah... A B U"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inderasipejuang
Posted on Wednesday, February 26 @ 06:33:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?
Posted on Wednesday, February 26 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.

Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".

Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.

Sama ada atas nama rekonsilasi, konsensus atau apa saja tetapi ianya tidak dinafikan memberi ruang kepada Najib untuk mendekati dan berbaik-baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat, apatah lagi jika selepas ini Anwar Ibrahim mempunyai tapak yang lebih kukuh sebagai MB Selangor, hubungan saling berbaik mungkin boleh dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan.

Dengan tapak kukuh yang dimiliki Anwar dan memberi lebih potensi untuk memenangi PRU 14, dalam masa yang sama ia juga memberi tekanan kepada Najib dalam mempertahankan kedudukannya kerana golongan kanan dalam UMNO yang masih menggunakan pengaruh Mahathir Mohamad pasti saja mahukan Najib diundurkan bagi digantikan dengan pemimpin lain pula.

Oleh itu, rekonsilasi ini boleh juga merupakan perisai bagi Najib dari serangan dalam UMNO sendiri.

Apatah lagi dalam masa Najib mahu melaksanakan rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan pelbagai tuntutan.

Dalam mana-mana komuniti pun, golongan pelampau ini sentiasa wujud. Di negara kita, baik dalam masyaraka Melayu, Cina mahupun India, kumpulan pelampau ini sentiasa ada. Tetapi dari sekian banyak golongan yang boleh dianggap pelampau dan kerap mendapat publisiti, Perkasa yang diterajui oleh Ibrahim Ali adalah berada di kedudukan paling depan sekali.

Ini kerana Perkasa bukan saja aktif menuntut macam-macam perkara dan memberi reaksi hampir dalam semua isu termasuk mahu membakar Bible yang mengandungi nama Allah, bahkan Perkasa juga merupakan NGO yang paling banyak mendapat publisiti media. Di dalam akhbar Utusan Malaysia misalnya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai NGO itu, bahkan akhbar itu seolah-olah hilang serinya jika tiada berita mengenai Perkasa didalamnya.

Sebelum pilihanraya lalu, sementara Najib menjaja dasar 1Malaysia tetapi di masa yang sama beliau juga memberi ruang untuk mendekati kelompok yang boleh dianggap pelampau semata-mata untuk mendapatkan undi. Bukan saja Perkasa yang didekatinya, malah Dong Ziong dan Hindraf juga cuba dijadikan rakan karib kerajaan.

Akhirnya, bukan saja hubungan baik dengan Dong Ziong tidak menjadi, bahkan ikatan kasih dengan Hindraf juga sudah terlerai. Perkasa yang dulunya banyak memuji Najib dan kerajaan juga mulai berubah nada sebaik pilihanraya berakhir kerana kecewa dengan kelemahan dan sikap tolak ansur yang keterlaluan oleh kerajaan.

Di suatu ketika Perkasa malah menyatakan mereka kini bersikap berkecuali terhadap Najib dan kerajaan. Namun di masa yang sama, Perkasa tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Dengan melaungkan rekonsilasi dan di masa yang sana mahukan golongan pelampau tidak terus-terusan diberikan publisiti, Najib seolah-olah sedang membaling dua ekor burung dengan seketul batu. Selain untuk kepentingan negara dan menyelamatkan kedudukannya, beliau juga ingin menjauhi golongan yang boleh menyusahkannya.

Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih menyusahkannya, bukan saja dalam pelbagai tuntutan dan ugutan mahu membakar Bible, malah terbaru ini NGO itu juga menolak penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang diinisiatifkan Najib. Lebih dari itu, Perkasa turut menubuhkan badan sendiri yang menyerupai MKPN untuk membincangkan isu perpaduan mengikut acuan mereka sendiri.

Tidak diragui, jika dibiarkan berterusan sambil publisiti meluas yang diperolehinya, Perkasa adalah ancaman bukan saja kepada Najib tetapi juga kepada kestabilan pelbagai etnik di negara ini.

Jika selama ini Perkasa mendapat dana daripada kerajaan dan publisiti melimpah daripada Utusan khususnya, dengan petunjuk yang diberikan Najib ini, era itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi. (SH 25/02/2014)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
  ‘Anti Hadith’: Loceng Amaran Kepada Ummah Pengabai Ilmu
Posted on Wednesday, February 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




20130207_114513
Kita masih belum ‘selesai’ berbicara tentang Syiah.
Tumpuan beralih pula kepada Anti Hadith.
Isu demi isu, yang muncul dan menjadi perdebatan masyarakat, sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita bahawa ada sebab, mengapa perintah Allah yang pertama bukan “berimanlah!”, bukan “sujudlah” dan bukan juga “sembahyanglah!”


Perintah Allah yang pertama adalah “Bacalah!” [Al-'Alaq 96 : 1]
Ia adalah langkah pertama untuk menjadi manusia beragama. Bertuhan dalam kehidupan. Apa yang menjadi tunggak penting dalam agama ini adalah ILMU. Bukan beragama secara membuta tuli. Bukan sekadar ikut-ikutan.
47_19“Beradalah dalam keadaan berilmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah” [Muhammad  47: 19]
Selagi kita disibukkan bukan dengan ilmu, kita akan disibukkan dengan isu.
Sekadar isu. Datang dan pergi, seperti tidak punya apa-apa implikasi dan makna.
Berilmu pula, kelihatannya kebanyakan masalah yang mencabar keberagamaan kita adalah masalah-masalah yang berbentuk inter-disiplin. Dalam erti kata yang lain, ia membabitkan pelbagai disiplin ilmu. Kepakaran dalam satu ilmu mungkin tidak cukup untuk memberikan reaksi yang setimpal terhadap isu yang mendatang. Apatah lagi dengan mengabai dan menafikan ilmu-ilmu selain satu ilmu yang dikuasai itu.
ANTI HADITH
Anti hadith kelihatannya seperti isu dalam tema ilmu Hadith.
Namun hakikatnya, ia adalah permasalahan yang perlu lebih mencapah daripada sekadar ilmu Hadith.
Ia adalah permasalahan yang membabitkan disiplin sejarah, juga falsafah, malah juga psikologi dan sosiologi.
Justeru, menjawab permasalahan Anti Hadith hanya dengan ilmu Hadith, jawapan yang diberi mungkin hanya dapat menjelaskan isu berkenaan kepada yang mengimani Hadith sebagaimana yang sepatutnya. Ada pun yang menolak Hadith, atau sudah pun cemas dalam pegangannya terhadap Hadith, jawapan ilmu Hadith kepada isu-isu anti Hadith ada kelompangan yang fatal.
Anti Hadith lebih besar daripada Dr. Kassim Ahmad.
Melihat keperluan menangani isu ini sekadar untuk menangani Dr. Kassim Ahmad, adalah pandangan yang tidak tepat. Bukan hanya Dr. Kassim Ahmad yang berpegang dengan idea ‘semakan semula terhadap Hadith’ ini, di Malaysia. Malah generasi berikutnya yang lebih muda, lebih dinamik, dan tiada rekod sosialis atau UMNO, wujud dan aktif di negara kita.
Nama-nama seperti A. Farouq Peru yang aktif dalam kegiatan Quranist, merupakan pensyarah di King’s College London, adalah di antara tenaga muda yang giat mewacanakan idea-idea  ’Anti Hadith’ pada fasa semasa.
Justeru, menganggap isu ini sudah selesai dengan terjawabnya segala permasalahan pada era 1980′an, akan menyebabkan semua mata tertumpu kepada Dr. Kassim Ahmad, ketika mana masyarakat berwacana dan beraktiviti dengan pihak yang lain.
Soal penguatkuasaan, menjadi tanggungjawab penguatkuasa untuk menentukan sikap dan tindakan mereka.
Soal orang politik mahu pangkah memangkah dengan soalan “mana dia” dan “mengapa dia”, biarlah orang politik meneruskan agenda masing-masing yang kita doakan tinggi manfaat dari mudaratnya.
Ada pun bagi kita selaku anggota masyarakat, masalah ini memerlukan kepada asas yang sama iaitu ILMU.
MENYEMAK ASAS ILMU
Secara jujur, saya sendiri berasa kerdil dalam menanggapi isu ini. Satu dua artikel yang saya tulis sebelum ini, tidak menyentuh topik yang diwacanakan oleh golongan Anti Hadith. Sebaliknya saya berusaha untuk memahami, apa yang menjadi latar belakang munculnya golongan ini, agar ada teladan yang boleh saya sempadani.
Saya sudah belajar tentang ilmu Hadith, semenjak di bangku universiti. Pembelajaran itu membabitkan sebuah sistem yang amat kompleks pada meneliti kualiti kesahihan sebuah riwayat sehingga kebenarannya teguh untuk diterima sebagai rujukan. Apabila saya kenang kembali, ada benarnya bahawa sejarah terbentuknya ilmu Hadith sama ada secara dirayah atau riwayah, tidak diperkatakan secara mendalam. Tumpuan diberikan banyak kepada aplikasi ilmu berkenaan, mengenali klasifikasi-klasifikasi Hadith serta kaedah berinteraksi dengannya. Dan apabilaHadith disanggah kedudukannya sebagai hujah, kerana mempertikaikan hal-hal yang berlaku di dalam sejarah perkembangan ilmu Hadith, bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk para agamawan sulit hendak bertindak.
umrah
Coretan Semasa Umrah Jun lalu
Pembelajaran Hadith ini juga berkait rapat dengan satu lagi subjek, iaitu Aqidah II. Di dalam subjek ini, pelajar dikehendaki mempelajari tentang satu sahaja topik iaitu Nubuwwah (Kenabian / Prophethood) tetapi mencakupi konsep Nubuwwah di dalam Islam, Kristian, Yahudi dan idea Nubuwwah di dalam Falsafah Barat.
Ramai pelajar Syariah kebosanan semasa mempelajari subjek ini. Salah satu puncanya, subjek ini berbentuk analisis kualitatif dan bukannya diuji di dalam peperiksaan ala-ala Alif Ba Jim Dal (ABCD).
Saya masih ingat, semasa peperiksaan akhir, soalan berkaitan subjek ini berbunyi, “setelah kamu mempelajari konsep Kenabian di dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Falsafah Barat, terangkan, bagaimanakah konsep Kenabian dalam agama Yahudi mempengaruhi perkembangan semasa yang berlaku di Palestin”
Tidak sedikit pelajar yang termenung.
Saya juga mengambil masa yang lebih untuk menjelaskan di minda, apakah kehendak soalan ini.
Salah satu kekurangan yang ada semasa subjek ini kami pelajari (1996), kami tidak tahu apa kepentingannya pada masa hadapan, dan bagaimana banyak aspek kesarjanaan Islam berdiri di atas dasar-dasar Nubuwwah yang dibincangkan semasa itu. Rupa-rupanya topik Nubuwwah ini amat mendasar.
Dan apabila isu Anti Hadith muncul, kedudukan Nubuwwah dalam menanggap Sejarah, mula bergegar.
Anti Hadith, adalah istilah kepada pemikiran ‘tersebut’ apabila ia diungkapkan pada lisan kita kaum mukmin yang beriman dan beramal dengannya. Di dalam istilah yang lebih ‘neutral’ ia adalah satu topik yang cuba membincangkan Hadith dengan nada ‘objektif’ dengan menggunakan metod ahli sejarah moden dalam mengkaji tradisi agama. Ertinya, Hadith dikaji sebagai topik sejarah, bukan topik Hadith.
Maka dalam membicarakan tentang Hadith dalam kerangka ini, ia tiada nilai Nubuwwah!
Mempelajari Hadith secara ‘sekular’ seperti ini, boleh menatijahkan satu antara dua. Sama ada secara positifnya ia meluaskan pemahaman kita tentang asal usul Islam serta dasar yang menjadi akar bercabangnya keseluruhan daerah ilmu Islam, atau pun secara negatifnya, ia menjadi  dominasi satu pandangan alam ke atas satu pandangan alam yang lain.
Natijah kedua ini sudah tentu akan berantakan kerana Hadith dipelajari dengan pandangan alam (Weltanschauung) dan epistemologi tsaqafah (Wissenschaftslehre) yang berbeza, malah bertentangan.
surahalkahf.001
Muslim bukan hanya pada ritual yang nampak di mata (digambarkan sebagai tip of the iceberg dalam gambarajah di atas).
Perbuatan seseorang sebenarnya menterjemahkan software di dalam dirinya. Dan sebagai Muslim, software itu mestilah Islam. Justeru, sistem kepercayaannya, sistem berfikir dan memerhati serta sistem nilai, mestilah versinya versi Islam. Jika di puncak iceberg itu ada ketayap dan tudung, malah dibawa ke sejadah untuk bersujud, tetapi sistem-sistem dalamannya tidak dibentuk dengan sistem Islam, maka dengan pantas, gangguan-gangguan boleh mengubahnya menjadi jahiliah.
Apabila kita sebagai umat Islam mengimani Nubuwwah sebagai satu daripada fondisi sistem kepercayaan kita, keimanan itu membentuk satu setting yang khusus dalam kritikan Hadith di kalangan umat Islam. Biar pun ada aliran di dalam hadith yang berpendapat bahawa asal muslim itu adil hingga ada dalil yang menafikannya (madrasah mutasahilin) dan ada yang berpendapat keadilan seorang muslim itu mesti berdalil dan bukannya secara default (madrasah mutasyaddidin),  apa yang pasti, SKEPTICISM bukan dasarnya.
TRADISI EROPAH TERHADAP TEKS SEJARAH
Ini berbeza dengan Historical Critical Method (HCM) oleh sarjana Barat yang terbit dari Renaissance Humanism, khususnya di Jerman pada kurun ke-18 dan 19.
Eropah mempunyai pengalaman yang berbeza dengan agama. Sejarah yang panjang antara sarjana dengan geraja sangat mempengaruhi apa yang difahami dan dipegang  tentang Tuhan, Nabi dan Kenabian, Wahyu, dan hidup ini secara keseluruhannya.
Kerana itu, tidak sulit untuk kita memahami, mengapa Max Weber (1864-1920) sebagai seorang ahli sosiologi berpendapat bahawa para pengasas agama bukanlah pihak yang bertanggungjawab untuk memformulasikan ajaran mereka. Sebaliknya ia dirumus oleh generasi terkemudian untuk membentuk otoriti agama pengasas tersebut dalam bentuk yang berinstitusi. Ia adalah satu analisis yang pembolehubahnya adalah agama Yahudi dan Kristian. Manakala Islam, andai diheret sama untuk dianalisis sedemikian rupa, ia memulakan sengketa.
Ertinya, Islam sebagaimana ia sekarang, yang ada al-Quran, al-Sunnah, Ijma’, Qiyas, Mufti, Fatwa, Ulama, Qadhi apatah lagi pejabat agama dan yang seumpama dengannya, bukanlah Islam seperti Islam di zaman hanya ada Muhammad (sallallahu alayhi wa sallam), al-Quran dan sahabat. Islam hari ini adalah Islam rekaan Ulama. Bukan Islam sebagaimana yang Muhammad (sallallahu alayhi wa sallam) tahu dan mahu. Sebagaimana Kristian hari ini bukan Kristian Nabi Isa, sebaliknya Jesus St. Paul dan paderi-paderi yang seterusnya… andai kerangka Max Weber ini kita guna.
Justeru, cara ‘Barat’ berinteraksi dengan Hadith, adalah sama dengan cara mereka berinteraksi dengan mana-mana teks sejarah. Tiada kekudusan. Tiada kemaksuman. Apa yang ada adalah satu analisis yang ‘neutral’. Ia dirumuskan oleh Prof Jonathan A C Brown sebagai:
  1. Meragui keabsahan dan keboleh percayaan teks-teks sejarah.
  2. Mencurigai naratif ortodoks yang terdapat di dalam teks berkenaan.
  3. Pensabitan boleh terhasil apabila sarjana yang menganalisa sumber sejarah dapat menyaring antara yang sahih dan tidak sahih dengan mengenal pasti bahagian manakah di dalam satu-satu teks berfungsi memenuhi agenda-agenda tertentu di dalam sejarah.
Misal untuk menjelaskannya, seorang lagi sarjana Barat yang sangat terkenal di dalam topik ‘Anti Hadith’ ini iaitu Ignaz Goldziher (1850 – 1921). Beliau mengatakan bahawa hadith yang menyebut tentang keutaman Mekah, Madinah dan al-Aqsa merupakan hadith rekaan yang sengaja disebarkan untuk mempromosikan destinasi haji alternatif dari Mekah, kepada al-Aqsa yang ketika itu berada di bawah pentadbiran Kerajaan Umawi! Hal ini, menurut Goldziher, dapat dilakukan kerana Bani Umayyah sebelum itu telah membiayai projek pengumpulan Hadith. Al-Zuhri yang penting dalam proses ini, merupakan seorang penyokong kuat Bani Umayyah dan menjadi guru kepada putera raja Bani Umayyah serta hakim negara.
Malah, al-Zuhri menurut Goldziher, memakai pakaian seragam tentera Umawi!
Akan tetapi, Ignaz Goldziger kelahiran Hungary itu adalah Yahudi.
Tidak mengapa seorang Yahudi itu begitu skeptis dengan Islam hingga membuat analisis yang begitu ekstrim. Bukan hanya ekstrim kepada kita, tetapi ekstrim di pandangan sarjana-sarjana terkemudian yang menyemak hasil kerjanya yang banyak itu.
MENGAPA KITA MENJAMAH METODE MEREKA?
Tetapi mengapa idea-idea ‘Anti Hadith’ oleh Goldziher, dan kemudiannya juga Joseph Schacht (1902 – 1969), dijamah oleh seorang Muslim?
Itu yang cuba saya fahami dalam dua artikel sebelum ini iaitu PEMIKIRAN SKEPTIS DALAM BERAGAMA dan MUSLIM SKEPTIS: MENGAPA MANGSA JADI PEMANGSA?
Rashad Khalifa (1935-1990) adalah tokoh yang mempopularkan idea ‘Anti Hadith’ ini melalui gerakan Submission beliau di Amerika Syarikat. Apakah yang menjadi punca, idea-ideanya begitu sinonim dengan Ignaz Goldziher? Secara jujurnya, saya tidaklah mengkaji dengan mendalam akan hal ini. Hanya mengetahuinya sebagai seorang orang biasa yang membaca. Namun ia tidak menghalang saya daripada bertanya, apakah kerana latar belakang bapa dan keluarga Rashad Khalifa yang begitu kuat tradisi Sufi tradisionalisnya, Rashad Khalifa memberontak?
Beliau dilahirkan di sebuah perkampungan bernama Kafr El-Zayat di Mesir pada tahun 1935. Bapa beliau adalah pemimpin kepada Tarekat Ar-Rashad Al-Shathlya, sebuah tarekat besar dengan ribuan pengikut, dan beliau namakan bersempena dengan nama anaknya, Rashad.
Rashad Khalifa dan golongan ‘Anti Hadith’ sering menggambarkan Ulama sebagai perosak agama Islam sebagaimana paderi merosakkan agama Kristian sering disebut sebagai mengagung-agungkan Muhammad, serta menggunakan otoriti Ulama untuk mendesak penerimaan satu-satu pendapat agama. Dakwaan ini datang daripada pemerhatian, dan apa yang mungkin Rashad Khalifa perhatikan berkemungkinan dipengaruhi oleh amalan dalam tradisi Sufi, di mana elemen-elemen ini sangat mendasar lagi ketara.
Keperluan untuk mencari jawapan kepada hal ini, adalah untuk membantu kita memahami jalur penghubung intelektual yang menemukan seorang Muslim, dengan idea-idea Kritikan Sejarah Barat.
MOTIF TEMPATAN
Ada pun Dr. Kassim Ahmad merupakan seorang sarjana dalam bidang politik dan pengajian Melayu, saya tertanya-tanya apakah idea yang beliau bawa di dalam isu ‘Anti Hadith’ ini merupakan sebuah idea asli daripada kajian beliau yang mendalam, atau memakai sahaja idea-idea sedia ada yang dibawa oleh Rashad Khalifa malah yang terdahulu laginya Ignaz Goldziher?
Lebih menghairankan saya, mengapakah idea ‘Muhammad terlalu diagung-agungkan’, ‘rambut wanita bukan aurat’, dan ‘hadith bukan sumber Islam’ dibincangkan dalam kerangka ‘HALA TUJU NEGARA 30 TAHUN AKAN DATANG?” Apa kena mengenanya  semua itu dengan pembangunan negara? Kajian manakah yang menunjukkan jika wanita bertudung rambut mereka akan busuk dan negara menjadi mundur? Dan mengapa Tun Mahathir beriya-iya menyokong Dr. Kassim Ahmad dan menggunakan bahasa ‘play victim‘ bahawa mereka berdua senasib, mangsa label, sedangkan rakyat sebenarnya tertanya-tanya, “apa yang kamu mahu?”
Apa penyataan masalah (problem statement) kepada idea ‘Anti Hadith’ Dr. Kassim Ahmad apabila ia dikaitkan dengan hala tuju negara 30 tahun akan datang?
Apa objektif yang hendak dicapai?
Apa literatur dan metode yang dipakai?
Apa dapatan yang hendak diketengahkan?
Dan apa yang lebih utama, apa kepentingannya?
Persoalan-persoalan ini menjadikan isu ‘Anti Hadith’ semacam tidak berbaloi untuk didebatkan dalam kerangka Dr. Kassim Ahmad. Tetapi memandangkan isu ‘Anti Hadith’ dan idea-idea golongan Quranist adalah lebih besar daripada beliau, dan cergas mengisi wacana intelektual urban semasa di negara ini, saya kira ada kewajarannya hal ini terus dibincangkan. Kirakan saya sebagai salah seorang pelajarnya. Bukan calon pendebat seperti yang diusulkan di sebuah akhbar harian baru-baru ini.
Saya juga tertarik dengan sanggahan Claire Khaw yang mahu mengenengahkan gagasan Secular Koranism. Beliau menegur A. Farouq Peru apabila golongan ‘Anti Hadith’ membicarakan soal halalnya homoseksualiti kerana al-Quran tidak mengharamkannya, hanya Hadith yang begitu, juga topik seperti boleh bela anjing atau tidak, rambut wanita aurat atau tidak, yang kesemua itu menjadikan idea ‘Anti Hadith’ atau Quranism sukar diterima oleh Muslim Orthodoks (seperti kita)!
Ia persoalan yang valid, walaupun yang bertanya bukan Secular Koranist lagi atheist seperti Claire Khaw.
Apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh golongan ‘Anti Hadith’ ini?
Dan sebenarnya (kerana saya tidak mengenali mereka), adakah golongan ‘Anti Hadith’ ini dalam hidup mereka merupakan seorang yang kuat beragama (religious) dengan versi al-Quran, atau debat ‘Anti Hadith’ ini hanya wisata intelektual semata?
INTER DISIPLIN
Apa yang penting, topik ‘Anti Hadith’ ini adalah topik inter disiplin. Ia memerlukan kerjasama ilmuwan dari pelbagai bidang untuk saling kukuh mengukuhkan. Alangkah berbezanya landskap kita hari ini, jika saranan Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1978 melalui bukunya Tsaqafah al-Da’iyah kita ambil secara serius. Al-Qaradhawi menyenaraikan 6 kategori ilmu yang mesti dikuasai oleh para pendakwah agar mereka dapat berfungsi dengan baik di medan.
6 kategori ilmu itu ialah:
  1. Ilmu-ilmu Islam : Al-Quran, al-Sunnah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf dan sistem-sistem Islam.
  2. Ilmu Sejarah
  3. Ilmu Kemanusiaan: Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Falsafah, Etika dan Sejarah (diasingkan dalam satu bab khas).
  4. Ilmu Kesusasteraan dan Bahasa
  5. Ilmu Sains
  6. Ilmu Kajian Semasa (Current Affairs)
Masyarakat perlu disibukkan dengan mencari ilmu, belajar, menambah pengetahuan, dan menjauhi polemik politik kepartian sebagai cermin mata semua isu semasa.
Ia juga bukan isu klasik.
‘Anti Hadith’ adalah isu ISLAM DAN MODERNISME. Maka literatur ilmuwan kita mesti menyeluruh untuk menggarap persoalan ini dengan baik.
Ignaz Goldziher al-Majari itu hanya setahun menuntut ilmu dan bertalaqqi di al-Azhar (1873 – 1874). Dia menjadi bapa besar dalam mempelopori aliran ‘Anti Hadith’ sehingga kini. Justeru mahasiswa dan mahasiswi pengajian Islam yang tidak bersungguh dalam pengajian masing-masing, walaupun tinggal di tanah Arab selama hayat seekor unta, ada pelajaran besar yang perlu kita insafi bersama, sebelum nasi menjadi bubur!
Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP
http://saifulislam.com

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan