Rabu, 26 Februari 2014

BODOH ORANG TAK NAK ISLAM....TAK NAK PERATURAN IKUT ISLAM....TAK YAKIN PADA ISLAM.....LAGI DAHYSAT KELUAR ISLAM

Sebagai seorang muslimah, perlu diketahui bahawa kewajipan menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh. Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.

A-QURAN

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

HADIS NABI S.A.W

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

2) “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud

Ustaz guna sihir perkosa gadis

bomoh_rogol (1)BEKASI - Seorang ustaz ditahan oleh polis di sini atas tuduhan merogol seorang gadis berumur 17 tahun yang juga anak muridnya semasa kononnya mengubat gadis itu yang dikatakan terkena sihir.
Ustaz itu, Mulyadi, yang berumur 44 tahun ditahan di Bekasi di Jawa Barat pada Isnin selepas gadis berkenaan membuat laporan polis.
Siasatan awal polis mendapati gadis tersebut yang percaya dirinya terkena sihir telah pergi kepada ustaznya itu untuk mendapatkan pertolongan pada pagi Ahad. Menurut polis, mereka telah saling kenal-mengenali sejak dua tahun lalu.
“Mangsa mendakwa dia terkena ilmu hitam,” kata jurucakap polis Bekasi, Ajutan Komander Siswo seperti dipetik oleh The Jakarta Globe. “Kemudian (Mulyadi) yang juga guru agamanya meminta dia datang untuk rawatan.”

Ustaz itu menjemput gadis itu ke rumahnya yang juga merupakan Sekolah Islam Yayasan Anwarul Istiqomah pada pukul 11 pagi Ahad. Apabila gadis itu tiba, dia mendakwa Mulyadi melakukan serangan seksual di ruang tamu rumah itu dengan merogolnya. Isteri dan tiga anaknya ketika itu tiada di rumah.
“(Dia menyerang) mangsa dengan menutup mulut mangsa dengan tangannya dan (memaksa gadis itu) melakukan hubungan intim,” kata Siswo.
Ustaz itu kemudian menghantar gadis itu pulang. Gadis itu segera membuat laporan polis yang selanjutnya memulakan siasatan.
Mulyadi dituduh mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun, lapor Agensi.

Datuk Lukman Ibrahim letak jawatan?

By  |  1
SuprimaSP14
Beberapa hari yang lalu, bertebaran desas-desus mengenai orang No.2 paling penting dalam Proton iaitu Datuk Lukman Ibrahim telah meletak jawatan serta-merta. Ini merupakan kali kedua beliau yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton menarik diri buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.
Pelbagai spekulasi telah timbul dan menjadi berita hangat yang turut dipaparkan oleh beberapa akhbar utama di negara ini termasuklah Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Namun sehingga kini, pihak Proton masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
Pada akhir Julai tahun lepas, beliau turut membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang dipegang atas alasan peribadi dan kehendaknya sendiri. Namun pada Oktober tahun yang sama iaitu menjelang pelancaran model Proton Suprima S, beliau muncul kembali bersama Proton. Ketika itu, apabila ditanya oleh pihak media mengenai peletakan jawatannya dan kemudian kembali ke pangkuan Proton, Datuk Lukman hanya memberikan penjelasan ringkas iaitu khidmatnya masih diperlukan oleh Proton.
Namun untuk peletakan jawatan kali kedua ini, pihak Proton masih mengunci mulut tanpa mengeluarkan sebarang komen ketika ditanya mengenai perkara ini.
Menurut rekod, Datuk Lukman dilantik sebagai Timbalan CEO Proton pada 1 Mei 2012 iaitu sejurus selepas DRB-Hicom mengambil alih kepimpinan pengurusan Proton sepenuhnya.
Jika perkhabaran ini sahih, agak-agak siapakah yang bakal menggantikan posisi beliau di dalam Proton? Tunggu sajalah jawapan dari Proton.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Menang Saman Fitnah Ke Atas TV3


Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa TV3 bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membabitkan tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebulat suara membenarkan rayuan Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM50 juta beliau terhadap TV3.
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Menang Saman Fitnah Ke Atas TV3
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Menang Saman Fitnah Ke Atas TV3
Mohamad Ariff juga memerintahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran kerugian.
Dalam penghakimannya, Mohamad Ariff berkata TV3 gagal membuktikan pembelaan justifikasi.
Beliau berkata terdapat niat jahat dalam laporan stesen televisyen itu dan menambah bahawa TV3 juga gagal membuktikan laporannya benar atau separa benar.
“Mahkamah ini berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dipertahan dan dengan ini diketepikan,” kata Mohamad Ariff yang bersidang bersama-sama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
Beliau turut memerintahkan TV3 membayar RM30,000 sebagai kos perundangan kepada Mohammad Nizar bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.
Mohammad Nizar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 yang menolak saman fitnahnya terhadap TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah, berhubung komen beliau berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibida pada jumlah RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.
Penyataan tuntutan Mohammad Nizar menyebut beliau mengeluarkan kenyataan itu menerusi akaun Twitternya pada 28 Mei 2012 berkaitan nombor plet kenderaan berkenaan.
Beliau mendakwa pada 30 Mei 2012, TV3 menyiarkan berita berkaitan kenyataan dalam Twitter itu dalam slot Buletin Utama pukul 8 malam.
Peguam Liew Teck Huat, yang mewakili TV3, memaklumkan pemberita bahawa beliau akan meneliti alasan penghakiman sebelum memutuskan sama ada akan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mohammad Nizar diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni. BERNAMA
Mukjizat al-Quran
 
ORANG YANG BUKAN ISLAM KAJI ALQURAN MASUK ISLAM. TAPI KENAPA ORANG ISLAM SENDIRI TIDAK MAHU MENEGAKKAN HUKUM DIDALAM ALQURAN.

Baca di bawah:

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

sumber networkedblogs.com/U8oWY
 
 

Debat dengan Dr Asri, Kassim Ahmad mula ‘kecut’

 
Dr_Asri_Kassim_Ahmad-1Dr_Asri_Kassim_Ahmad-2Dua kenyataan Dr Asri Zainul Abidin tentang dialog antara beliau dengan golongan anti hadis, Dr Kassim Ahmad.
Gamaknya Kassim Ahmad dah mula ‘kecut’, nampaknya tak berapa nak menyertai dialog tersebut. Berlainan pula dengan cakapnya sebelum ini, sekiranya tak puas dengan beliau, boleh debat dan kini mula takut-takut!!
Mohd Fadel's photo.

 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 26 February 2014

EDISI TEMBELANG KASI PECAH!!! .. BANDAR JENGKA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN DAH BERDEKAD TIADA AIR.


Tuduh di negeri Selangor tiada air ketika musim kemarau sedangkan hakikatnya di negeri Pahang terutamanya di kawasan Gugusan Felda Jengka kubu UMNO paling kebal dalam dunia bukan saja musim kemarau musim hujan lebat banjir pun masih tiada air bersih.

Bukannya setahun dua tetapi semenjak tertubuhnya Felda Jengka ...

Sebab itu jangan tunding jari tinjau dan teropong kuman negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan bangkai ikan paus didepan mata tak nampak langsung.

Kata dulang paku serpih .. kata negeri Selangor negeri sendiri yang ditadbir semenjak merdeka lagi teruk dia punya lebih.

Cara Nabi jaga kesihatan diri

May 26th, 2011 | 3:48 pm | Ibadah, Tazkirah |

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan