Rabu, 26 Februari 2014

BERSEKOLAH TAPI MACAM TAK SEKOLAH

Gambar Dipercayai Bung Muktar Di Meja Judi Tersebar!!!!

Berlegar2 di media sosial. Gambar Bung Moktar atas meja seperti meja kasino(sebagai orang islam kita mestilah bersangka baik bahawa itu adalah meja mesyuarat bersama ajk masjid kinabatangan). Kalau tak silap aku seperti ada botol seakan2 botol arak (sebagai orang islam kita mestilah bersangka baik bahawa itu adalah botol kicap kipas udang). Kalau aku salah minta betulkan yer. Ia mula tersebar dari awal pagi lagi. Neh salah satu gambar yang telah tersebar di twitter dan facebook.

Gambar yang dimaksudkan (tengok gambar aku post)

Masa neh dipercayai Bung celebrate new year kat luar negara. Lokasi Pilipin..

Betul ke itu Bung Muktar yang sedang berjudi? Aku yakin itu bukan. Sebab setahu aku Bung Muktar pejuang Islam. Di parlimen pun dia sebut dah. Tak baik menipu. Tuhan marah. Berdosa. Jadi takan lah dia berjudi sakan kot.

No no no.

Aku yakin nooo

Mesti Bung akan jawab begini sambil terjerit2 koyak gambar di atas dan berkata ;

TIPOOOOOO

TIPOOOOOOOOO

TIPOOOOOOOOOOO

HARAM HARAM HARAM HARAM HARAM HARAM!

KAH KAH KAH

Apa pun kita serahkan pada tuan punya badan untuk menjawab perkara ini. Benar atau sebaliknya.

Tak pula diketahui bagaimana si tukang sebar boleh perolehi gambar ini. Adakah dia pun berjudi sama? Non muslim kot.

Hihi.

Apa pun jangan kita lupa. Kita perlu perjuangkan kalimah Allah ke titisan darah yang terakhir yer kawan2.

Hidup pejuang Islam!!!

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah kah

moral: mestilah kita bersangka baik sesama islam

sumber: www.amenoworld.blogspot.com/2014/02/gambar-dipercayai-bung-muktar-di-meja.html?m=1

Gambar Dipercayai Bung Muktar Di Meja Judi Tersebar!!!!

Berlegar2 di media sosial. Gambar Bung Moktar atas meja seperti meja kasino. Kalau tak silap aku seperti ada botol seakan2 botol arak. Kalau aku salah minta betulkan yer. Ia mula tersebar dari awal pagi lagi. Neh salah satu gambar yang telah tersebar di twitter dan facebook.

Gambar yang dimaksudkan ;


Masa neh dipercayai Bung celebrate new year kat luar negara. Lokasi Pilipin..

Betul ke itu Bung Muktar yang sedang berjudi? Aku yakin itu bukan. Sebab setahu aku Bung Muktar pejuang Islam. Di parlimen pun dia sebut dah. Tak baik menipu. Tuhan marah. Berdosa. Jadi takan lah dia berjudi sakan kot.3:45PM - 26 Feb 2014

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai "lemah" kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.
Adoi tokey udang nie.. Beli undi awal macam ni bukan perkara baru bagi BN, nasib baik takde dibuatnya upacara angkat sumpah undi sebelum terima duit. Jika tidak bertambah keliru masyarakat bukan Islam hasil tunjuk ajar dari umno tu.

Rakyat kena bijak, duit yang diberi ambil, makanan yang dihidang makan, bila masa mengundi mereka takde hak langsung tentukan siapa pilihan kita !!

Undi BN, Bangkrap Negara
 

BREAKING NEWS : Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

selangor beli syabas
Kerajaan Selangor Bayar Pampasan RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) : Masalah demi masalah yang dihadapi rakyat Selangor ketika ini termasuk pendedahan punca beberapa siri masalah air di Selangor (SEPERTI DI SINI), secara tiba-tiba….Berita yang baru diterima, apabila….
Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,500,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!

  1. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
  2. Puncak Niaga Sdn Bhd
  3. Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
  4. Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor VS Kerajaan Malaysia Terus Bina Langat 2!

  1. Dan perjanjian kerajaan Selangor & kerajaan malaysia ini juga Perjanjian tersebut membuka laluan untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  2. Kerajaan Selangor dapat Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH
  3. Kerajaan Malaysia dapat terus dengan projek pembinaan pusat rawatan air Langat 2
  4. Satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
  5. Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan
Air SelangorBermakna, kerajaan Selangor sekarang ini bakal memiliki kawalan penuh terhadap pengurusan air Di Selangor termasuk tarif di Selangor sekaligus meredakan sedikit sebanyak ketegangan mengenai isu air dan mungkin situasi menang-menang juga bagi kedua-dua pihak.
Seperti janji kerajaan Selangor sebelum ini, dengan bayar pampasan sejumlah RM9,65 bilion untuk beli pengurusan syarikat air Selangor ini, dijangka rakyat Selangor bakal menjadi ‘taukeh dalam industri air Selangor’ di mana apabila Kerajaan Negeri bakal menerbitkan saham air sebagaimana pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan antara rakyat & kerajaan Malaysia ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.
P/S : Apa kata rakyat Selangor amnya dan rakyat malaysia umumnya dengan hasil perjanjian kali ini, di mana kerajaan Selangor dapat beli syarikat konsesi air di Selangor dengan nilai sejumlah RM9.65 bilion?2:00PM - 26 Feb 2014

'BN Barang Turun, bukan Barang Naik'


Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menakutkan pembangkang kerana ia sebenarnya menurunkan harga barangan setahun selepas pelaksanaannya kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad dengan tegas berkata GST akan mengurangkan kos pembuatan pengilang kerana cukai jualan lima hingga 10 peratus akan dimansuhkan sejurus pelaksanaan GST pada 1 April 2015.

"Dengan GST, harga barang akan turun dalam tempoh satu tahun selepasnya... ini yang menakutkan pembangkang yang kata BN adalah kerajaan Barang Naik, tapi selepas GST, kami akan jadi kerajaan 'Barang Turun',"kata beliau di forum pro-GST di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kerajaan turut berharap untuk mendapat tambahan kutipan sebanyak RM 3 bilion setahun menerusi GST yang lebih 'efisien' selepas mengambil kira potongan cukai lain dan pemberian kepada rakyat.

Beliau menambah bil GST baru akan dibawa untuk perbahasan di Parlimen dan bakal mendapat sokongan kerana cukai jualan lima hingga 10 peratus dan cukai perkhidmatan enam peratus turut akan dimansuhkan.

Ditanya mengenai inflasi dalam tahun pertama pelaksanaan GST, Ahmad menjelaskan pandangan kerajaan yang harga barangan tidak sepatutnya naik lebih dari 1.8 peratus.

Layak dipuji

Ahmad turut memuji kerajaan BN dalam ucapannya dan berkata golongan berpendapatan rendah tidak perlu risau walaupun dalam tahun pertama GST dan menjamin tambahan RM300 ringgit tunai ke atas program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun hadapan.

Minggu lalu, kerajaan menyerahkan RM 3.6 bilion untuk pemberian tahun ketika BR1M kepada kira-kira 7 juta isi rumah yang berpendapatan kurang RM 4,00 dengan tambahan komponen insurans.

"Tidak ada kerajaan di dunia ini yang sebaik BN - terima kasih atas sokongan anda!" kata beliau dalam forum yang anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang turut dihadiri pakar cukai dari pelbagai negara.

Apabila tidak mendapat tepukan gemuruh dari khalayak antarabangsa itu, Ahmad tersenyum dan menambah "...dan itu pesanan penaja.
"Marahkan Anwar, Ridhuan Tee Hina Kaum Melayu?
Posted on Wednesday, February 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol




AKU tahu lama dah Ridhuan Tee ini memang kuat ampu Umno, bahkan dia merasakan dia paling "melayu' dari Melayu.  Spesis pemikiran yang bercelaru Ridhuan Tee ini maka beliau gemar menggunakan perkataan "kiasu" kepada musuh politik Umno sedangkan beliau sikit pun tidak boleh buktikan golongan "kiasu" yang beliau sebutkan itu ada kes rasuah, penyelewengan, pecah amanah atau sebagainya berbanding pemimpin Umno yang beliau jilat itu.  Itulah Ridhuan Tee.


Aku ada membaca kenyataan terbaru beliau di dalam Malaysian Insider di mana beliau merasa tidak duduk senang mendengar khabar DS Anwar bercakap politik di dalam Gereja.  Baca di SINI.  Oleh kerana pemimpin Umno itu teramat bencinya mereka kepada Anwar, maka Ridhuan Tee yang pengampu tegar ini pun ikut rentak mereka walaupun ada yang gelar beliau "ustaz".  Beliau menyatakan;

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. 

"Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya. 

Tidak pasal-pasal bangsat ini menghina kaum Melayu.  Kita tidak kisah beliau berbangsa Cina kerana suku atau bangsa ini di luar kehendak kita, itu semua kuasa Allah Maha Pencipta.  Kita pun tidak pernah sentuh soal bonda Ridhuan Tee pun tetap Cina dan tidak Islam.  Iman itu anugerah Allah, taufik dan hidayah datang dari Yang Maha Esa.  Namun, sewajarnya Ridhuan Tee bersyukur dengan "keCinaannya" yang mendapat rahmat Islam.  Amat malang beliau mengaku Islam tetapi tingkah laku umpama anjing mencari makan dari bangkai-bangkai di jalanan dan longkang.
Di dalam menghuraikan soal memasuki Gereja, sepatutnya beliau kemukakan hujah atau nas yang melarang umat Islam memasuki Gereja walaupun untuk berpolitik.  Jika Ridhuan Tee menganggap umat Islam tidak boleh memasuki Gereja dan bercakap soal politik, itu membuktikan bahawa Ridhuan Tee mengiktiraf akidah Umno iaitu Islam dan politik itu terpisah.  
Salahkah Anwar berpolitik di dalam Gereja kerana Anwar percaya bahawa politik itu adalah sebahagian dari agama, dan di Gereja kita boleh bercerita kepada mereka kebaikan Islam dan politik yang bersatu padu sesama manusia berbilang kaum dan agama?  Salahkah Anwar memberitahu Gereja bahawa Islam tidak membenarkan ugama lain dihina apatah lagi secara fizikal dengan melakukan tindakan provokasi memainkan sentimen keagamaam?  
Apabila Anwar ingin menjelaskan kepada Gereja bahawa prinsip PR adalah menghormati kepercayaan agama lain, bagi Ridhuan Tee itu adalah politik yang 'haram' untuk orang Islam lakukan di Gereja.  Tetapi tindakan serbu dan merampas Bible di dalam stor Gereja oleh sekumpulan umat Islam itu boleh dan diperbolehkan walaupun Bible itu ada kelulusan KDN.  Tanpa rundingan, tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri atau Exco yang berkaitan, puak ini bagai lanun rempuh Gereja.  Bab ini Ridhuan Tee tidak ulas sebab dia tahu itu lah taktik terbaik untuk pecah belahkan perpaduan.
Ulasan bangsat Ridhuan Tee tanpa hujah yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith menjadikan beliau dilihat tidak ubah seperti Ibrahim Alkataki dari Perkasa.  Apa sahaja yang Anwar buat, tetap Ridhuan Tee anggap salah.  Apa sahaja Bik Mama buat, Ridhuan Tee tergagap-gagap atau berkias-kias untuk menyatakan haram.  Atas sebab inilah aku sedikitpun tidak berminat melihat rancangan Pencetus Ummah bukan kerana para pesertanya, tetapi kerana host yang dipilih itu adalah Ridhuan Tee yang tidak patut digandingkan dengan para peserta yang jauh lebih bermaruah darinya.  Kena pula rancangan tersebut menjemput Kazim Elias sebagai Juri.  
Penghinaan Ridhuan Tee terhadap Melayu seperti yang beliau sebutkan itu menjadikan Ridhuan Tee lebih hina dari kaum Cina.  Oleh kerana kebenciannya terhadap Anwar, beliau menghina Melayu.  Aku meluat dengan Ridhuan Tee gampang ini, tetapi sesungguhnya aku tidak akan hina kaum Cina walaupun aku tahu Ridhuan Tee tetap berbangsa Cina sampai mampus nanti. 

W. FAUZDIN NS

http://wfauzdin.blogspot.com
 
 

Khamis, 21 November 2013

Plagiat: Kenaikan pangkat Dr Ridhuan Tee di UPNM dikecam

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Bekas rakan sekerja Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggambarkan kenaikan pangkat ahli akademik pro kerajaan itu di sebalik pelbagai tuduhan plagiat yang dilemparkan kepadanya sebagai “tamparan” bagi ahli fakulti yang lain.

Senator Dr Ariffin S M Omar berkata, Dr Ridhuan yang dinaikkan pangkat kepada profesor madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) awal tahun lalu diselubungi dengan tuduhan plagiat.

“Siasatan dilancarkan tetapi naib canselor dan timbalan naib canselor akademik pada masa itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Ridhuan dan sebaliknya beliau dinaikkan pangkat pula,” katanya yang pernah mengajar di UPNM.

Dalam sidang akhbarnya di lobi Parlimen hari ini, Dr Ariffin berkata, kenaikan Dr Ridhuan tidak setaraf dengan pensyarah lain di universiti berkenaan yang bekerja keras untuk dinaikkan pangkat.

“Kita membuang pelajar yang didapati memplagiat kertas kerja mereka. Bagaimana pula jika pensyarah didapati melakukan perkara yang sama? Adakah kita menyatakan tidak apa jika tenaga pengajar yang melakukannya?

“Jika kerajaan serius terhadap impian menjadikan institusi pendidikan kita bertaraf dunia, maka mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap Dr Ridhuan sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Dr Ariffin yang juga naib pengerusi DAP mengajar subjek Pengajian Strategik di universiti itu dari pertengahan 2010 hingga Januari tahun ini.

Beliau mendakwa menerima banyak aduan mengenai Dr Ridhuan daripada kakitangan dan pelajar.
“Ini bukan kali pertama beliau memplagiat kertas kerja kajian. Beliau sudah banyak kali melakukannya tetapi tiada tindakan dikenakan kepadanya hingga kini,” katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut mengedarkan salinan kertas kerja Dr Ridhuan bagi satu projek bahasa Inggeris dan salinan artikel asal oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin yang diambil daripada laman web Airil Sametok.

“Apabila anda bandingkan kedua-dua artikel itu, anda akan mendapati Dr Ridhuan meniru hampir keseluruhan artikel daripada Dr Airil, termasuk kesilapan tatabahasa dalam artikel asal, tanpa memberikan apa-apa pembahagian hak kepada penulisnya,” kata Kok.

“Kami difahamkan bahawa penulisan akademik ini mendorong kepada kenaikan pangkatnya daripada profesor kanan kepada profesor madya di UPNM,” katanya.

Terdahulu, Dr Airil, pensyarah kanan di fakulti kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia, berkata beliau sedang menunggu nasihat pasukan undang-undang universiti berhubung perkara itu.

Kok mendakwa, Kementerian Pendidikan gagal mengambil perkara itu secara serius walaupun isu itu dibangkitkan beberapa kali di Parlimen.

“Pemimpin MIC, Vel Paari juga ada membuat laporan terhadap Dr Ridhuan mengenai perkara ini,” katanya.

Menggelar Dr Ridhuan sebagai rasis yang menganjurkan pembersihan etnik, Kok berkata, beliau hairan bagaimana Dr Ridhuan boleh mengajar subjek hubungan etnik di universiti itu.

“Kita akan hantar surat kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan naib canselor UPNM supaya tuduhan terhadap Dr Ridhuan diambil secara serius,” katanya.
 [PANAS] Kadir Jasin Hentam Ridhuan Tee Isu Anwar Masuk Gereja
Posted on Wednesday, February 26 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Melayu jijik babi, tapi tidak ambil berat halal haram, kata Kadir Jasin

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan,"
katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai “liberal dan keterlaluan”.

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.

Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia,"
katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim. -TMI

Usah berpolitik di rumah ibadat bukan Islam
LUAR biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam.

Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!

Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua.

Tetapi jika masuk sekadar suka-suka atau mendapat mileage politik, pada saya, ia perlu difikirkan. Kenapa sebelum ini tidak pernah lakukan? Adakah pemahaman kita dahulu terhadap Islam tidak seliberal hari ini?

Ingat! Jangan terlalu bersangka baik, sedangkan orang lain sebaliknya. Minggu lalu, rakan Kristian saya beritahu keadaan sebuah gereja di Jalan Kelang Lama. Seorang pastor India dari Singapura dijemput menyampaikan syarahan, bermula jam 7.30 – 11.30 pagi, yang dihadiri lebih 1,000 orang Cina Kristian.

Syarahan itu penuh dengan emosi dan memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau menceritakan bagaimana orang Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan Jepun.

Pastor tersebut menambah, perkara sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di Malaysia tidak lama lagi. Pastor itu merujuk kepada penyembelihan yang akan dilakukan oleh orang Melayu terhadap orang Cina.

Peliknya bagaimana pastor tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau adalah warga Singapura? Sejarah kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk Singapura, perlu difahami secara mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan ilmu.

Negara Jepun–China mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini. Kedua negara ini pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki Tanah Melayu (1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk membalas dendam terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang berada di Tanah Melayu.

Bagi menyelamatkan diri, orang Cina lari ke hutan dan menyertai parti komunis (MPAJA atau Bintang 3). Jepun terus memburu Cina. Orang Cina bertindak balas dan Jepun semakin marah.

Sebab itu, dari dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalas dendam terhadap Jepun.

Sejarah ini cuba diputar-belitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di Taman Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa walaupun ramai pakar sejarah telah bersuara.

Kenyataan paderi tersebut sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak Imigresen mesti bertindak terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.

Berdasarkan pengalaman berceramah di Singapura, kita tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu benar. Misalnya, kekejaman Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu di sana. Persoalannya, kenapa kita boleh biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan?

Saya yakin bukan Melayu di sini mendapat pembelaan walau tidak sepenuhnya, berbanding Singapura. Kira berapa banyak bilangan rumah ibadat berbanding dengan penganutnya, sehingga menenggelamkan penganut agama majoriti. Kadangkala dalam lingkungan satu kilometer, terdapat hampir 10 rumah ibadat. Bagaimana dengan Singapura?

Justeru, saya memohon kepada sesiapapun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik.

Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti.
-SH
ULASAN GB

Ulasan GB ringkas sahaja, nampaknya untuk membela UMNO dan menghentam Anwar, Ridhuan Tee mengambil sikap lebih Melayu dari orang Melayu sendiri.

Kita tak hairan dengan sikap Ridhuan Tee ini kerana seperti kata Kadir Jasin dia pun tak kisah sumber rezekinya halal atau haram. Satu tembakan tepat mengena kepada Ridhuan Tee yang menciplak thesis orang tapi naik pangkat dengan sumber yang haram!


greenboc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan