Rabu, 29 Januari 2014

BERPOLITIK KENA BIJAK...JANGAN GOPOH...JANGAN SYOK SENDIRI...JANGAN PRASANGKA BURUK....KUASA BERKONGSI...KALAU HEBAT DULU LAGI DAH JADI PEMERINTAH...AGAK2 KALAU TAK BERGABUNG TENAGA MASING2 BOLEH MENANG KE

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang.

"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.

Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.

"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggariskan enam fokus bagi memastikan mereka terus berada dihadapan dalam persada politik tanah air.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau menyedari bahawa Pemuda PAS dilihat kurang berkesan dalam mendepani isu rakyat dan penyelesaian kepada perkara itu menjadi fokus utama.

"Kita mahu Pemuda PAS menguruskan isu-isu rakyat dengan lebih konsisten dan berkesan dan ini bertujuan agar pemuda lebih mendepani isu tersebut dan menyelesaikannya sehingga peringkat akhir," jelasnya dalam satu temubual bersama Harakah dan Harakahdaily.

Kedua, Pemuda PAS juga ujarnya akan meneruskan agenda yang dibuat pemimpin sesi sebelumnya.

"Pemuda juga akan memberi fokus kepada pengundi Melayu terutamanya golongan muda, yang memerlukan satu mekanisme dan menggerakkan agenda bersepadu dalam urusan tersebut.

"Dalam urusan membabitkan pengundi muda kita telah menubuhkan Jabatan Pendidikan politik," sambung beliau.

Menurut Suhaizan, pemuda juga akan menjadikan pendekatan dakwah baru sebagai agenda penting mereka.

Katanya, pemuda akan menerokai dimensi dakwah baru dengan konsep yang lebih kreatif dan berkesan, dan bagi tujuan itu Lajnah Dakwah dan Penerangan dipisahkan untuk gerak kerja yang lebih fokus.

Menurut beliau, melalui penekanan ini pendakwahan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang Islam kepaada masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan konsep santai.

"Pemuda juga menetapkan konsep tarbiyah dan perkaderan, ini merupakan perkara paing asas dalam parti, generasi baru yang memerlukan sentuhan yang lebih dinamik.

"Perkaderan, memang kita melahirkan ramai pertugas-pertugas tetapi itu hanya meliputi peringkat bawah dan hanya di dalam parti, mulai sekarang kita akan memberi fokus di mana pemuda akan melahirkan pemimpin yang bukan sahaja berwibawa di peringkat parti tetap juga di peringkat nasional.

Selain itu katanya, pemuda juga memberi tumpuan kepada sistem pengurusan yang lebih sistematik di semua peringkat.

"Kita perlu ada satu mekanisme yang yang betul serta rangka kerja yang lebih selaras bagi tujuan kerja yang lebih efisyen," kata beliau lagi.

Turut serta pada sesi temubual itu ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Nasaie Ismail.
KUALA LUMPUR: Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu.
  
Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) didakwa bersama-sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Reduan, 33.

Mohamed Bukhairy dan Edy Nor turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iaitu menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas.
  
Mereka didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan tersebut.
  
Mereka didakwa melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka yang didakwa. Kesemuanya didakwa sebagai orang kena saman (OKS) dan ketika pertuduhan dibacakan 'Chegubard', Mohamed Bukhairy dan Edy Nor berdiri di luar kandang tertuduh.
  
Peguam Eric Paulsen yang mewakili ketiga-tiga OKS bagimanapun memohon anak guamnya dijamin dengan bon peribadi kerana kes itu hanyalah kes saman dan jumlah yang dipohon oleh Suhaimi adalah terlalu tinggi serta membebankan.

Hakim Azman Mustapha kemudian membenarkan setiap OKS diikat jamin dengan bon peribadi RM5,000 tanpa cagaran dan menetapkan 27 Feb untuk sebutan. - Bernama

Terkejut temui cebisan mayat

cebisIPOH – Sepasukan pekerja Plus Ronda terkejut apabila menemui cebisan mayat di KM275.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Bercham pagi ini.
Mangsa kemalangan dikenalpasti kemudian sebagai Ahmad Mahmud, 25,  dari Kampung Melayu Majidi di Serdang, Kedah.
Mangsa dipercayai digilis beberapa buah kenderaan selepas dia terjatuh dari motosikalnya.
Pegawai Plus Ronda menemui cebisan mayat mangsa dan motosikalnya jenis Honda EX5
ketika melakukan rutin rondaan pada pukul 2.30 pagi.

Selepas melakukan pemeriksaan selanjutnya, mereka menemui sebahagian tangan dan kaki mangsa di KM317 dekat Tapah.
Mangsa dipercayai sedang menuju ke tempat kerjanya di sebuah kilang Proton di Tanjung Malim apabila kejadian berlaku.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah mahu Bursa Malaysia dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) menyiasat pelantikan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darul Aman (BDB) yang baru, Izham Yusoff kerana didakwa beliau sedang disiasat oleh pihak Juruadit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salah laku.

Ketua Pembangkang Dun Kedah Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, selepas Izham dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah BDB, BDB menyelesaikan kes saman berhubung isu pembalakan di sepanjang Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih) di luar mahkamah.

Berdasarkan maklumat, BDB membayar sebanyak RM 2.5 juta kepada syarikat tersebut untuk menyelesaikan kes.

"Kenapa BDB perlu mengeluarkan wang RM2.5 juta untuk selesaikan kes di luar mahkamah sedangkan peguam telah dilantik bagi mewakili mereka dan wang itu merupakan wang syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)," katanya dalam surat yang dihantar kepada Bursa Malaysia dan MSWG.

Justeru Amiruddin berkata, Bursa Malaysia dan MSWG harus memandang serius perkara ini memandangkan BDB adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di papan pertama Bursa Malaysia.

Pakatan Rakyat Kedah juga meragui proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006 itu.

Berdasarkan maklumat pihaknya, syarikat ini telah mendapat tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional yang sepatutnya diperoleh syarikat yang lain.

Selepas kerajaan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, syarikat pembalakan ini telah menyaman BDB atas alasan BDB telah melanggar kontrak.

BDB yang bukan menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan telah bertindak melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.

PRK Kajang, Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat – AJK Pas Pusat


Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihattindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas PusatNasrudin Hassan Tantawi, terkejut denganperancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih denganpenuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelahmendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat partimaka itu adalah dosa berganda,”katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambungkini wangmasa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi merekaSaat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naikmereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyatMomentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengenepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang.Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas danDap.

Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang samaPemuda Pas Selangor juga mengambil pendirianyang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untukmemberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKRgagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulismereka akanmemboikot PRK DUN Kajang.


"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikianmaka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuktidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calonyang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

KAJANG: Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh hari ini memohon maaf kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang di atas tindakan beliau meletak jawatan.

Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau merasakan tidak mampu lagi untuk menyempurnakan tugas sebagai seorang Adun.

"Saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada rakyat di Kajang ini. Saya tidak dapat sempurnakan tugas saya sebagai wakil rakyat di sini,

"Saya ingin mengambil kesempatan pada pagi ini untuk merakamkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah memilih saya sebagai calon di DUN Kajang (sebelum ini)," kata Chin Cheh.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis taklimat kepada jentera PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini hari ini.
Perletakan jawatan oleh Chin Cheh yang diumum kelmarin menimbulkan rasa tidak puat hati sebahagian rakyat sehingga menyuarakannya di media sosial.
Semalam, PKR mengumumkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi itu pada pilihan raya kecil akan datang.
1.Saya amat tertarik dengan perkembangan di Turki. Di dalam ijtihad pemerintah, kadar faedah sebenar Turki diturunkan secara beransur-ansur sehingga menjadi “kosong” manakala kadar faedah nominalnya mengikut kadar inflasi. Memandangkan inflasi adalah fenomena “semulajadi” maka terdapat kelonggaran mengikat kadar faedah kepada kadar inflasi. Para penganalisis dari pemodal kewangan antarabangsa sejak dari akhir 2010 menjangkakan nilai lira akan jatuh, defisit akan berkembang dan inflasi akan meningkat hasil dari pendekatan ini.

2.Namun sehingga ini, Turki masih merupakan antara pasaran menyinar di dalam ekonomi Eropah yang rata-ratanya merudum. Pengalaman Turki ini, saya percaya risiko-risiko yang dibangkitkan ada benarnya dan sebarang usaha untuk mewujudkan ekonomi tanpa kadar faedah perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati, apatah lagi apabila komuniti kewangan antarabangsa mula berkonspirasi menyuntik keraguan di dalam pasaran. Begitu pun komitmen Perdana Menteri Turki yang mahu melihat orang-orang Turki “mendapat untung dengan berkerja, dan bukannya melalui kadar faedah” merupakan satu komitmen yang berani.

3.Visi pemerintah Turki ini membuka ruang ijtihad yang sepatutnya diteladani pemerintah Malaysia sekiranya kita benar-benar beriman kepada larangan Riba’.

Agenda Kedua - Program Pengurusan Hutang Negara

Pembentangan Bajet 2014 saya kira kerajaan tidak mengumumkan langkah konkrit untuk menangani hutang negara selain dari meletakkan beban kelangsungan biaya kerajaan ke atas rakyat melalui program percukaian GST. Masalah ini ibarat gajah di dalam bilik yang tidak diendahkan.

4.Menurut Islam, hukum hutang adalah harus malah ulama menafsirkan memberi hutang itu lebih utama dari bersadaqah. Sekalipun hutang itu dibenarkan tetapi apabila menjadi berlebihan dan bertransformasi pula menjadi suatu ketagihan, ia akan menjadi punca ketidakstabilan, punca keresahan dan hilangnya keberkatan di dalam muamalah. Hakikatnya, inilah yang sedang berlaku di dalam negara kita ini dan ia menghalang keberkatan dalam muamalah kenegaraan dan bermasyarakat.

5.Buktinya, hutang fiskal kita terus meningkat, dan dalam kadar yang membimbangkan. Sepanjang tempoh 1970 hingga tahun 2000, hutang kita meningkat sehingga lebih sedikit dari 100 bilion ringgit. Dari tahun 2000 sehingga 2012, yakni tempoh 12 tahun sahaja, hutang kita meningkat mendadak dari 100 bilion sehingga 420 bilion ringgit. Perdana Menteri pernah berkata rakyat ketagih subsidi, tetapi nampaknya kerajaan sendiri pun ketagih berhutang.

6.Mengikut rekod sejak 1970, Malaysia mengamalkan bajet defisit setiap tahun kecuali untuk sebahagian kecil tahun-tahun 90-an. Tidak cukup setakat itu, saban tahun termasuklah untuk 2013, kerajaan memohon peruntukan tambahan secara puratanya dalam lingkungan 7 hingga 10 billion ringgit setahun. Bukankah ini satu bentuk ketagihan kepada hutang?

7. Peringatan Nabi SAW mengenai hutang adalah jelas, ertinya:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : "Jika seseorang berhutang, apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mengingkari." ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

8.Bila membaca hadis ini, saya terimbau kembali kenyataan-kenyataan kerajaan mengenai hutang negara. Tahun 2009, Datuk Idris Jala yang bertanggungjawab terhadap program-program PEMANDU memeranjatkan negara dengan mengatakan Malaysia akan bangkrap. Tahun 2012, Datuk Idris Jala menegaskan program transformasi negara telah berjaya menjauhkan Malaysia dari kebangkrapan.

9.Perdana Menteri pun terus melukis gambar-gambar indah mengenai ekonomi negara biar pun hutang bertambah dan kos sara hidup meningkat. Hanya apabila Fitch Ratings menurun taraf piawai fiskal kita, barulah pemerintah tersentak. Kerajaan pun panik, memotong subsidi petrol biarpun harga petrokarbon global pada dasarnya stabil. Sudah terkena baru terngadah lalu rakyat dimangsakan.  Maaf jika saya katakan, bukankah perilaku pemerintah ini satu pendustaan?  Benarlah kata-kata Rasullulah saw.

10.Terdapat satu hadis lain pula, Nabi SAW diriwayatkan berkata, ertinya:

“Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya," Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang wahai Rasulullah?; "Benar" Jawab Rasulullah." (Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat
Mencorak Masa Depan11:35AM Jan 29, 2014

DAP S'gor ikrar sokong Anwar tanding di Kajang

DAP Selangor memberikan sokongan penuh kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat, PKR, untuk memastikan kemenangannya dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dan untuk Selangor yang lebih kuat.

"DAP Selangor ingin mengisytiharkan sokongan penuh kami untuk calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti," kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Dalam satu kenyataan, Pua berkata, DAP Selangor akan memberi segala bantuan dan sokongan kepada PKR bagi memastikan kemenangannya dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau menegaskan bahawa sebagai rakan yang setia, DAP tidak akan meninggal atau mengkhianati PKR ketika parti itu memerlukan sokongan penuh mereka.

Sejak lima tahun lepas, tambahnya Pakatan Selangor telah membuktikan kebolehannya untuk mentadbir negeri itu dengan cara yang telus dan bertanggungjawab dan membasmikan penyelewengan dan rasuah yang didakwanya berlaku dalam pentadbiran sebelumnya.

"Sekiranya kemasukan Datuk 'Seri Anwar Ibrahim ke Pakatan Selangor boleh membantu memainkan peranan utama dalam membawa kita ke tahap yang lebih tinggi, maka Selangor akan menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi negeri-negeri lain.

"Dalam proses itu, pencapaiandalam empat tahun akan datang akan menjadi batu loncatan utama bagi Pakatan untuk memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Bagi mencapai visi perubahan dalam Kerajaan Persekutuan, untuk digantikan dengan sebuah kerajaan yang bukan sahaja cekap, bertanggungjawab dan telus, tetapi juga mendengar dan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat, maka "kami menyeru rakyat Selangor supaya memberi sokongan penuh kepada Pakatan dalam pilihan raya kecil DUN Kajang".

Ini kata TGNA...
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa. Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. -TGNA

Wednesday, 29 January 2014

PRK DUN N25 KAJANG .. PAS TIDAK AKAN BOIKOT MALAHAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN MENYOKONG PENCALONAN DSAI.



Kenyataan ini sudah pasti bakal mengundang tidak senang dikalangan yang menentang keras pencalonan DSAI sebagai calon PR DUN N25 Kajang dan sekali gus melenyap dan mensenyapkan terus kata-kata dan pandangan songsang kalangan penyokong dan pendokong PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.
Jawatan MB bukan hak eksklusif PKR, kata PAS
pada 29-01-2014 10:01 
Post Pic
SHAH ALAM: Hak menggantikan Menteri Besar Selangor adalah milik semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR), bukan hanya diputuskan oleh PKR.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar berpendapat, berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada pihak akar umbi, ramai tidak bersetuju sekiranya PKR memutuskan sendiri keputusan siapa menteri besar sekiranya ia benar berlaku.
“Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa PAS akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.
“Dan kita sudah ada senarai itu dan kita bukan 100 peratus bersetuju jika PKR ingin menentukannya sendiri ,” katanya yang dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Beliau berkata, kemenangan PR di Selangor pada PRU-13 lalu ada sumbangan daripada semua parti dalam  komponen dan sebarang keputusan yang melibatkan negeri sepatutnya dibincangkan bersama.
Tambahnya, peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh juga menimbulkan persoalan dari banyak pihak berikutan kelibatnya juga tidak kelihatan memberi penjelasan.
“Kita faham, beliau (Chin Cheh) ada hak jika mahu meletak jawatan tetapi secara profesional dan berakhlak,  perkara ini pada pandangan saya sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bersama bagi mendapatkan pandangan daripada pimpinan PAS dan DAP.
“Saya difahamkan ia berlaku tiba-tiba dan PAS Selangor juga tidak dirujuk mengenai perkara itu. Ini melibatkan kos yang banyak untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK). Takkanlah kita hendak habiskan duit begitu saja, banyak lagi perkara boleh dilaksanakan,” ujarnya.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad berkata perkara ini mungkin telah dirancang rapi oleh PKR dan di luar pengetahuan PAS.
Bagaimanapun beliau berkata akan berbincang lanjut dengan pemimpin PAS lain seterusnya berjumpa dengan PKR dan DAP. 
"Saya tahu melalui portal dan terkejut walaupun dua hari lepas telah dimaklumkan PKR akan meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dan Anwar bertanding.
"Jadi saya lihat perkara ini seolah-olah dirancang dengan rapi. PAS tidak tahu mengenai perkara ini,"
"Saya akan memanggil ahli jawatankuasa PAS negeri untuk membincangkan perkara ini, malam ini (malam tadi). Kami juga akan mengadakan perbincangan dengan PKR dan DAP. Tunggu saja hasil perbincangan itu," katanya. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan