Rabu, 29 Januari 2014

SEMUA NAK CAKAP...CAKAP BIAR SELARAS....DAH PERNAH KENA I.S.A. KE....DAH KENA TUDUH LIWAT KE....DAH KENA PENJARA 6 TAHUN SEBAB DITUDUH SALAH GUNA KUASA....DAH DILARANG MASUK JEPUN KE...YANG SELALU PEKENA JAMUAN YANG SEDAP2

Wednesday, 29 January 2014


KENYATAAN BEKAS ADUN KAJANG YANG TIDAK DI SUKAI OLEH MEREKA YANG MAU MELIHAT PUTRAJAYA DIRAMPAS OLEH PAKATAN RAKYAT PADA PRU 14 NANTI.



Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh hari ini memohon maaf kepada pengundi Kajang kerana tidak dapat menunaikan janji untuk terus mentadbir kawasan tersebut.

Lee berkata keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di situ.

Menurutnya, lamngkah itu dilakukan untuk membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

"Saya minta maaf kepada rakyat tidak dapat menunaikan janji terus mentadbir di Kajang.

"Saya membuat keputusan untuk kepentingan bersama bukan hanya kepada PRK tetapi untuk Pakatan Rakyat umumnya.

"Langkah ini akan melangkah dengan lebih dekat kepada misi mendapatkan Putrajaya," katanya ketika taklimat pilihan raya kecil Kajang di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, Kajang.

Lee turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kajang kerana memilih beliau sebagai ADUN dalam pilihan raya umum lalu.

Kalau masih lagi ada syak wasangka curiga atas politik taktikal yang di ambil PKR ini maka penjelasan ini akan memberikan sedikit pencerahan.

Undur selangkah demi memecut kehadapan.



PRK Kajang – Penjelasan Saifuddin Abdullah bagi pihak Anwar



Perletakan jawatan ADUN PKR di Kajang menimbulkan pelbagai pendapat dari ahli politik, penganalisis dan orang ramai sendiri.
PKR terpaksa memberi penjelasan tindakan ADUN tersebut meletak jawatan sehingga terpaksa membuat perhimpnan penjelasan khas pagi ini.
Bagi pihak Umno, nampaknya bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah sukarela membuat penjelasan bagi pihak PKR dan Anwar yang akan bertanding.
Penjelasan Saifuddin di atas di akaun Twitter miliknya menaikkan darah blogger Umno, seolah-olah Saifuddin menjadi jurucakap kepada Anwar, kata mereka.


Wednesday, January 29, 2014


Kenapa Anwar bertanding di Kajang?.. Ini penjelasan dari Pengarah Strategi PKR..


Rentetan dari pengumuman TS Khalid Ibrahim yang menamakan DS Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK DUN Kajang semalam ekoran dari perletakan jawatan ADUN sedia ada, boleh dikatakan kebanyakkan rakyat memperikaikan tindakan itu.

Manakala yang menyokong membabi buta tindakan drastik Khalid Ibrahim menamakan Anwar itu boleh dikatakan hanya individu-individu yang mencari makan dengan menggunakan PKR.

Contohnya ialah Ahli Majlis, Ketua WHIP, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen, dan berbagai lagi jawatan yang dipegang mereka kerana PKR.

Ahli-ahli PKR yang langsung tidak punya kepentingan dalam PKR dalam lain ayat bukan mencari makan dalam PKR majoriti mempertikaikan tindakan yang dianggap buang duit dan buang masa itu.

Malahan tindakan TS Khalid melakukan pengumuman itu adalah bercanggah dengan apa yang telah diluluskan dalam Konvensyen Khas PKR baru-baru ini.

Dan ada yang mengatakan "Depa dah buat PKR ni macam mak bapak depa yang punya.. apa nak buat ikut suka depa saja.."

Anwar bagaimanapun menjelaskan melalui Twitter miliknya "Politik sama macam peperangan, Tak semua strategi boleh didedahkan, yang penting kena patuh pada strategi pemimpin".11:11AM Jan 29, 2014

Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang


Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menyifatkan tindakan PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai main-main dan cuba “mengkangkungkan” rakyat.

“Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain.

"Macam main-main saja!” katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.

Menulis di Facebook semalam, Nasrudin berkata, perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah langkah “khianat” pada amanah.

Ini kerana pemimpin tersebut telah dipilih dalam pilihan raya dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan rakyat.

“Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau.

“Lebih malang kerana permainan ini dilihat cuba untuk 'mengkangkungkan' rakyat,” kata Nasrudin.
Pengosongan kerusi DUN Kajang suatu pengkhianatan - Pemuda PAS
pada 28-01-2014 04:01 
Post Pic
SHAH ALAM: Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa terkejut dan terkilan berhubung peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam.
Ketua Pemudanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata adalah tidak wajar bagi ADUN berkenaan melepaskan jawatan tanpa mempunyai sebab yang kukuh.
“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.
“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh semalam.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Syarhan berkata Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan terbabit.
“Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat,” ujarnya.
Beliau mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
Beliau juga menuntut PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS.
“Sekiranya PKR gagal berbuat demikian, maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” ujarnya.
Sementara itu, PAS Selangor pula menganggap isu kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar Selangor pada waktu ini.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan berasingan berkata apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi ADUN atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja, katanya.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan menteri besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon yang dirasakan layak dan sesuai.
“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” tegasnya.
Khairuddin berkata pihaknya akan menghantar nama calon menteri besar untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian.
“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.
PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.

Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.3:00PM Jan 29, 2014

MCA tetap mahu Kajang, selar KJ


MCA akan tetapi mewakili BN di Kajang dan Pemudanya hari ini mengingatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tetap menghormati semangat kebersamaan dalam gabungan 14 parti itu.

“Kita mempunyai matlamat sama, tetapi (Khairy) tidak patut secara terbuka berkata ia tidak akan mengikut formula lama (pemilihan calon),” kata Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

“Dia (Khairy) jelas kata (Kajang) tidak semestinya akan ditandingi oleh MCA,” kata Chong dalam sidang media hari ini.

Pemuda Umno semalam mahukan BN memilih calon terbaik berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan ia tidak semestinya daripada MCA.

Justeru, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berharap BN tidak terikat dengan formula lama antara komponennya di DUN itu.

Dua beradik ‘terlampau’ dicekup

terlamapauKUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.
Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.
Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.
Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.
Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.
Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu, menurut sumber Sinar Harian.

 

Ujian Musibah Tanda Hamba Dikasihi Allah

Tarikh: 
Aug 14, 2013
Riwayat: 
at-Tirmizi
Kategori: 
Akhlak
Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
Huraian Hadith: 
  1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
  2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
  3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
  4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
  5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
  6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
  7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan