Selasa, 17 Disember 2013

TOL OH TOL...

 




KADAR TOL BARU YANG MEMBAWA KETAWA RIA KEPADA PARA PENYOKONG UMNO/BN.


Khas untuk para penyokong UMNO ... Inilah kadar baru tol yang akan berkuatkuasa 2 minggu dari sekarang .. lebih tepat awal bulan depan.

Harap ini akan menambahkan kegembiraan, keceriaan, kebahgiaan dan kemakmuran dan kesenangan hidup anda.


 
Cara perbetulkan kesilapannya ialah menaikkan harga barang, tol, tarif elektrik, petrol dan pelbagai lagi.. Sedarlah anda sedang diperbodohkan.. Diperbodohkan oleh Menteri-Menteri BN..

EDISI MACAI UMNO KANTOI MENIPU DAN MEMFITNAH .... GAMBAR YB NURUL IZZAH KE DBKL SERAHKAN SURAT BANTAHAN CUKAI TAKSIRAN DI FITNAH SEBAGAI SURAT PERMOHONAN AJARAN SYIAH DIBENARKAN!!!!!!


Belum pernah dalam sejarah dunia kuno maupun moden ada jemaah atau parti siasah yang memiliki penyokong, pendokong dan ahli yang sebodoh, sebaghal, sebangang, sebingung, sebiol, sebahalol, sebengap dan sebadigol para penyokong, pendokong dan ahli UMNO ... Tidak ada.

Punyalah bangang .. DBKL ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bukannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sanggup edit gambar YB Nurul Izzah dari The Malaysian Insider ketika beliau bersama-sama dengan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa ingin masuk ke pejabat DBKL untuk menyerahkan surat bantahan para penduduk Kuala Lumpur mengenai cukai taksiran baru yang tidak munasabah dan zalim dikatakan sedang menghantar permohonan aajaran syiah dibenarkan.

DBKL ada kuasa dalam bidang tugas Jabatan Agama Islam ke?

Lagi menambahkan bangang ialah ada juga para macai UMNO percaya .. Aduh!!!!! .. Mengapa begini sekali teruknya IQ penganut UMNO .. Patutlah Najib senang-senang kelentong ahli-ahli UMNO sebab tahap kebodohan mereka tiada tolok bandingnya didunia ini.


'Naik atau tak, konsesi tol tetap untung berganda'
3:56PM Dis 17 2013
PKR membantah keras cadangan kenaikan kadar tol yang dilapor akan bermula tahun depan kerana syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun.

NONE"Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata pengarah strateginya Rafizi Ramli (kanan).

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, hari ini dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Dalam kenyatannya hari ini, Rafizi berkata, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.

NONEMenurutnya, keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) PLUS Berhad sebanyak RM2.515 bilion bagi tahun kewangan 2011 dan perincian kos 2010.

Manakala, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), menurutnya, mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.

Keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) pula RM180 juta bagi tahun 2013, kata anggota Parlimen Pandan itu lagi.

Justeru katanya, walaupun tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan konsesi terlibat tetap naik ekoran margin keuntungan yang kekal tinggi kerana peningkatan kenderaan di lebuh raya sehingga 8.1 peratus.

"Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuh raya, kos penyenggaraan tidak sampai 10 peratus pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain.

"Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi," katanya lagi.

Kembali ke kantung Putrajaya
Sementara itu, Rafizi juga berkata, pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi sebenarnya "bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan".

najib tun razak and toll booth price issue 270209Ini kerana, katanya, subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya dikekalkan pada paras lebih rendah.

"Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi," katanya.

"Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini, akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Datuk Seri Najib Razak (atas) dan kabinetnya."
Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan
  • Kenaikan tol pelengkap pakej penderaan - Gambar hiasan
1 / 1
SEREMBAN - Kenaikan kadar tol dijangka tahun depan, dilihat menjadi pelengkap pakej penderaan terhadap rakyat.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya membantah perkara itu dan menganggap ianya tidak masuk akal memandangkan rakyat sudah cukup terbeban dengan beberapa kenaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Menurut Mohd Nazree, sepatutnya kadar tol semakin rendah dari tahun ke tahun kerana syarikat konsesi mendapat pulangan modal bagi pembinaan lebuh raya, ditambah keuntungan berlipat ganda menerusi pertambahan kenderaan menggunakannya.

“Secara tidak langsung, keadaan ini menggambarkan betapa kerajaan pimpinan BN gagal mentadbir negara dengan baik berikutan banyak kenaikan harga berlaku, sedangkan baru tujuh bulan PRU13 berlalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Nazree berkata, selain membebankan dari segi kewangan, kenaikan itu memberi impak negatif terhadap aspek sosial dan integriti.

“Tidak mustahil, anak-muda muda berada di perantauan selepas ini jarang pulang ke kampung menemui ibu bapa mereka, gara-gara tidak mampu menampung kos perjalanan semakin tinggi.

“Pada masa sama, kita juga khuatir gejala rasuah akan semakin membarah dalam kalangan masyarakat kerana ramai terpaksa mencari duit lebih untuk menjalani kehidupan seharian yang penuh tekanan,” katanya

 

AKHIRNYA BERITA YANG MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA PARA PENYOKONG UMNO MENJADI KENYATAAN ... TOL AKAN NAIK SEBANYAK 50 SEN HINGGA RM2 MULAI BULAN DEPAN!!!!!



APA LAGI PARA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO MAU!!!!!

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.
Peguam: Bukti gred A atau B tak masuk akal

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah adalah perkara yang tidak masuk akal.

NONEKatanya, bukti berkataan sepatutnya ditentukan oleh mahkamah dan bukannya oleh kementerian yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

"Ia tidak masuk akal. (Bukti) gred A, gred B bukan kita tentukan. Mahkamah tentukan.

"Kalau ada 10, 20 bukti, yang kita nak lawan, seterunya adalah Zahid Hamidi, dan bukan pegawai kerajaan," katanya dalam satu sidang media media tersebut.
Beliau mendakwa, dalang sebenar dalam isu ini ialah Ahmad Zahid yang mula-mula menimbulkan tuduhan ke atas Mohamad Sabu dalam ucapan di perhimpunan agung Umno, 7 Disember lalu.

"Beliau adalah dalang sebenarnya... Tiada provokasi (tentang isu) Syiah, (tetapi) tiba-tiba sahaja (ditimbulkan oleh Ahmad Zahid.

"Isunya tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, kenyataan awal (Ahmad Zahid) pun sudah memfitnah. Keluar 100, 200 bukti pun tidak bermakna. Kita tidak perlu menafikan," kata Mohamed Hanipa.

Ahli parlimen Sepang itu menambah beban pembuktian tuduhan kepada Mohamad perlu dijelaskan oleh pihak yang menuduh dan pihak Mat Sabu tidak perlu menjawab tuduhan tersebut.

ADA MACAI UMNO KINI SUDAH MULAI SEDAR BETAPA MEREKA KENA TIPU HIDUP-HIDUP OLEH KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA NAJIB RAZAK!!!


Kedudukkan Najib dan UMNO kini di ambang bahaya!!!!

Nampaknya tindak tanduk dan gaya pemerintahan Njib Razak semenjak menang PRU 13 lalu bukan saja mengundang kemarahan yang bukan menyokong beliau tetapi sudah ada suara-sura berani tampil secara terbuka sampai meluahkan perasaan kesalnya memberikan undi kepada UMNO/BN.

Mungkin kerana terpegun dan terpukau dengan propaganda berkilauan dari media arus perdana menjadi terpedaya akhir di tipu jua.

Bacalah sendiri luahan hati macai setia UMNO yang dikirimkan ke laman sosial FB Najib Razak sendiri.

Kalau nak nampak jelas sila klik pada foto .. Baca dan hadamkan lepas itu cuitkan sedikit saja minda anda dan bertanya ... Dimana silapnya luahan hati macai UMNO ini .. Sampai bila kalian mau terus ditipu dan di perbodohkan.. Sampai bila????? .. Cukuplah .. Enough is Enough .





(Artikel) Kenapa Untungnya Kahwin Dengan Guru?

Apr 252013
 
Guru adalah pekerjaan yang mulia. Guru selalunya berdisiplin, setiap hari akan berpakaian segak dan juga bijak merancang hidup. Sememangnya beruntung jika mempunyai pasangan hidup yang berkerja sebagai guru.
artikel kenapa untungnya kahwin dengan guru
*Gambar hiasan semata-mata
Kenapa untungnya kahwin dengan seorang guru? Sila baca artikel di bawah:

1. Hidup Berjadual
Bukan kata lelaki atau wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kita tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala.
Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table). Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan.
Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. Pernah tak kita dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu kenalah komited. Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Nak tanda kertas, ada garis panduan. Sampai sekolah, isi waktu kedatangan. Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?
Nak berpeleseran? Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu.. Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau………
Mana nak sempat lupakan suami kat rumah macam tu saja. Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi. Dan isteri, isteri, isteri lagi..
4. Terapi melepaskan tekanan (stress)
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan. Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan saya yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu saya carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru :)
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Saya : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Saya : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Saya : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Saya : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Saya : Amboi kau.
6. Penampilan.
Kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah cikgu itu. Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu.
Jadi, bukan suatu masalah dan kita tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan….kan???

Kesimpulannya, usya-usyalah guru yang bujang kalau anda belum sampai jodoh :)


EDISI BONGKAR!!!! .. KONTRAKTOR UTAMA BINA HOSPTIAL SERDANG YANG SUDAH 7 KALI SILING RUNTUH SUDAH DIKENAL PASTI!!!


Kontraktor utama yang diberikan amanah dan tanggung jawab untuk membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta yang sudah 7 kali siling runtuh sejak tahun 2011 iaitu setelah 6 tahun di buka sudah di kenal pasti.

Syarikat gergasi yang mempunyai hubungan erat dengan UMNO itu ialah Ranhill Berhad.

Boleh lihat sendiri wajah-wajah ahli lembaga pengarah Ranhill Berhad yang di tempelkan diatas.

Kementerian Kesihatan dan KerjaRaya sudah berjanji mau senarai hitam kontraktor yang bina Hospital Serdang kerana kerja-kerja yang bermutu rendah ... Nak lihat ... adakah Ranhill Berhad akan disenarai hitamkan?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan