Rabu, 18 Disember 2013

ARAK IBU SEGALA KEJAHATAN






Arak Ibu Segala Maksiat

1. الخمر أم الخبائثKhamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan
Riwayat At tabarani

Beza antara manusia dengan binatang ialah aqal . Kerana aqal manusia ditaklifkan dengan tanggungjawab pengabdian diri kepada Allah swt . Aqal jua meletakkan manusia waras bertindak dan merencana . Justeru itu , demi meletakkan manusia dalam kewarasan maka Islam mengharamkan arak dan segala perkara yang memabukkan .

2. Pengharaman arak adalah bersifat ijma' dan qatei . Sabit dalil dari nas al quran [ surah al Maaidah : Ayat 90 - 91 ] sementara nas daripada hadis Nabi saw , antaranya ialah :

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya adalah haram.

Riwayat Ahmad , Abu Dawud , At Tarmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله

Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya .

Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi

لعن النبي صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرة عاصرها و معتصرها و شاربها و حاملها
و المحمولة إليه وساقيها و بائعها و أكل ثمنها و المشترى لها و المشترى له

di riwayatkan dari Anas rha bahawa rasulullah saw bersabda : [ dalam hal arak ini ada sepuluh orang yang dilaknat oleh Allah swt : pembuatnya , pengedarnya , peminumnya , pembawanya , pengirimnya , penuangnya , penjualnya , pemakan wang hasilnya , pembayar dan pemesannya .]

Riwayat Ibnu Majah dan at Tarmizi

3. Hukuman atas pesalah arak .
Tiada khilaf dikalangan ulama' menegenai bentuk hukuman iaitu rotan atau sebatan yang wajib dijatuhkan ke atas mereka yang bersalah meminum arak , cuma yang di perselisihkan dikalangan ulama' ialah jumlah sebatan .

4. Asy Syafie berpendapat jumlah sebatan ialah 40 kali . Pendapat ini berdasarkan kepada hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidina Ali karramallahuwajhah merotan al walid bin Uqbah sebanyak 40 kali sebatan kemudian beliau [ Ali rha ] berkata :

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إلي

Rasulullah saw telah merotan 40 kali rotan , Abu Bakar merotan 40 kali dan Umar merotan 80 kali , semuanya berdasarkan sunnah dan saya lebih menyukai ini [ 40 kali rotan ]

Riwayat Imam Muslim

Hukuman 40 kali terhadap peminum arak ini disetujui oleh Dawud az Zahiri dan Abu Thaur . Sementara Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya , Imam Malik , al Laith , ahlil Bait dan satu pendapat lain dari Asy Syafie menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan . Mereka mengatakan hukuman 80 rotan adalah suatu yang telah diijma' oleh para sahabat rhm berdasarkan hadis Anas rha.

Telah dibawa kepada Rasulullah saw seorang peminum arak , maka rasulullah saw memukulnya dengan sandalnya [ selipar ] sebanyak lebih kurang 40 kali kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum arak , maka beliau berbuat seperti itu juga . Kemudian dibawa peminum arak kepada Umar , lalu beliau bermesyuarat mengenai hukuman had ini . Ibn Auf [ Abdur Rahman ] berkata : sekurang - kurang hukum hudud ialah 80 kali pukulan , maka Umar memukul peminum arak tadi 80 kali pukulan .

Riwayat Ahmad , Muslim , Abu Dawud dan At tarmizi

5. Alat untuk Merotan
Tidak sabit dalam dari Rasulullah saw bahawa baginda menetapkan alat - alat tertentu untuk memukul peminum Arak . kadang - kadang baginda memukul dengan selipar , kadang - kadang dengan pelepah tamar , kadang - kadang dengan rotan dan pelepah tamar , kadang - kadang dengan tangan dan selipar seperti di riwayat berikut .

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جلد في الخمر بالجريد و النعال و جلد أبو بكر أربعين

Bahawa rasulullah saw memukul dalam hukuman meminum Arak dengan pelepah tamar dan selipar dan Abu Bakar memukul 40 pukulan .

Muttafaqun Alaih

Abu Said berkata : Pada zaman rasulullah saw , hukuman meminum arak dipukul 40 kali dengan dua selipar maka pada zaman Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap - tiap satu selipar.

Riwayat : Ahmad

6. Tindakan merotan sekuat - kuat dengan menggunakan rotan yang besar dan mencederakan dengan satu kecederaan yang parah adalah suatu yang bercanggah dengan kaedah sebatan dalam Islam .

7. Justeru itu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula , pertama berkait dengan jumlah sebatan dan kedua ialah cara sebatan .

8. Walaupun Islam meletakkan meletakkan jumlah yang besar iaitu 40 hingga 80 , ia tidaklah membawa kecederaan sebagaimana hanya 6 sebatan mengikut undang - undang manusia di mahkamah sivil .[ rujuk gambar ]

9. Saya dapat satu info dari sahabat dengan membawa satu frasa yang menarik :

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam . Rotan tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran . Sementara saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak .

Dr Marina Chuhrova [ saintis Rusia ] menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini . Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka kaedah ini tetapi apabila mereka merasai kebaikannya , mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini [ rotan ] . Malah mereka sanggup pula membayar sekitar RM 400 untuk satu sessi rawatan .

10. ...... Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment , similar to that doled out regularly in British Schools in the last century , helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommend caning and says the treatment work . A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best .

....... The Russian team says they are now charging for caning sessions and are getting over U.S $ 100 per patient for a standard treatment .

Dan Arak Itu adalah Haram Dan Ibu Segala Maksiat

Arak adalah Haram....Ibu Segala Maksiat

Kenapa Kita masih Tak Faham-Faham Lagi? Tiada Pengecualian Dalam Isu Arak...Baik Dari Pembuatnya...Pengeluarnya...Pengedarannya.... Penghidangannya....Semua sekali....

Dari A hingga Z.... yang membawa kepada seorang itu minum Arak maka mereka adalah turut sama menanggung dosa besar

Namun malangnya umat Islam terlalu lemah untuk menghalangnya..... hingga ada yang mencari rezeki untuk menghidangkannya kepada orang lain.....

Tiada lagikah pekerjaan lain yang boleh dilakukan di tanah ini sehingga sanggup menuangkan arak ke mulut si kafir itu? Malas sangatkah umat ini sekarang???

Hingga ada yang sanggup mengatakan 'ohhh takpe arak untuk bukan Islam, toleransilah sikit'...... begitulah lemahnya iman umat islam sekarang.

Hingga ada yang tunduk menikus apabila dibentak orang kafir daripada berkeras menghalang usaha memudahkan arak diperolehi.

Dahulu umat ini cukup jijik mendengar perkataan 'Arak' sehingga mendengarnya sahaja seumpama satu bencana.... kini ia hanyalah satu perkataan...

Ohh ya umat ini telah menjadi liberal sehinggakan anak-anak mudanya tonggang arak pun sudah jadi satu lumrah...bahkan kebanggaan..... hasil didikan ibu bapa umat ini yang sangat munafik di waktu siang terserlah wajah agamanya...tetapi diwaktu malam lemahnya genggaman mereka kepada anak-anak muda mereka.

Dan mereka tahu kelemahan ini..... tetapi masih tidak mahu berkeras mempertahankan benteng terakhir di antara anak-anak mereka dan Arak - Ibu segala kejahatan.

KESAN MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMANYA : SUATU PERINGATAN



ISLAM melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan bukan berdiri sendiri tetapi mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah kepada makhluknya melalui al-Quran dan juga as-Sunnah.

Tidak ada pertikaian yang boleh dibuat terhadap syariah dan hukum-hukumnya kerana ia jelas daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Bagaimanapun, masih ada manusia yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini.

Zaman semakin dewasa dan manusia pula semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, hukum syariah tidak boleh diabaikan atau dipermudahkan mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap, malah meliputi segala aspek yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Bagaimanapun, banyak perkara yang melibatkan hukum Islam diperlekehkan sedangkan segala hukum itu telah jelas terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t melalui surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:

“Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang beriman dan juga perempuan, bilamana Allah dan Rasul-Nya tetapkan suatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan sesiapa sahaja yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Undang-undang syariah diasaskan di atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Oleh hal yang demikian itu, apa-apa perkara pun yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai sebab-sebab tertentu dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Al-Quran menjadi panduan kepada manusia dalam memahami dan menghayati syariah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Hari ini, masyarakat mula memperkatakan tentang pelaksanaan syariah. Itupun kerana beberapa perkara yang dirasakan hak mereka tertindas seperti isu penceraian, hak kebebasan untuk beragama, hak penjagaan anak dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perkahwinan semata. Padahal, syariah meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan alam sekeliling. Tahukah bahawa arak merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam hukum syariah?

Suatu waktu dulu, pada zaman nabi, telah disyariatkan oleh Allah s.w.t melalui perutusannya, Nabi Muhammad s.a.w bahawa arak merupakan minuman yang memabukkan dan boleh membawa kepada kemudaratan. Pengharaman arak juga dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa peristiwa yang berlaku ketika itu.

Arak merupakan sejenis minuman kegemaran bangsa Arab jahiliah. Malahan sesudah kedatangan Islam, para sahabat Rasulullah masih lagi meminumnya kerana pada waktu itu larangan meminum arak masih belum berkuatkuasa walaupun Rasulullah sendiri telah mengetahui kemudaratannya kepada pertimbangan akal.

Pernah terjadi suatu waktu dahulu ketika Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali telah mengimamkan solat dan telah membaca surah al-Kafirun ayat 1-3 dalam keadaan mabuk, lantas mengubah makna ayat tersebut menjadi seperti yang berikut:

“Katakan wahai orang-orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa yang kamu sembah.”

Begitu juga dengan peristiwa seorang lelaki Ansar bernama Utban bin Malik yang telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin. Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu, telah menyebabkan seorang lelaki Muhajirin, Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji-muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu, seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya menyebabkan huru-hara.

Akibat daripada peristiwa itu, Allah s.w.t menurunkan wahyu yang mengharamkan arak sepenuhnya melalui surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada Allah dan daripada mengerjakan solat. Masihkah kamu berdegil lagi?”

Dan selepas turunkan ayat yang melarang perbuatan meminum arak, masyarakat Islam pada ketika itu berlumba-lumba membuang botol-botol arak dan memecahkannya di jalan-jalan raya. Sesungguhnya kesan arak dan pengharamannya oleh Allah sungguh terkesan dalam hati mereka.

Suatu ketika dahulu juga, namun pada era moden, sekitar tahun 1930-an, Amerika syarikat telah mengesan keburukan arak. Mereka telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memberitahu tentang keburukannya. 65 juta Dolar Amerika telah dihabiskan dan mencetak 9,000 juta helaian kertas untuk menyatakan keburukan arak dan juga hukuman yang akan dikenakan ke atas penjual, pembeli, dan pembekal arak. Sehingga tahun 1933, mereka telah membunuh 200 orang dan telah memenjarakan lebih kurang setengah juta orang dan mendenda mereka dengan jutaan ringgit. Namun, mereka gagal membendung gejala ini. Dan undang-undang pengharaman arak telah dibuang.

Apabila diteliti kembali, memang banyak bezanya antara kesan perundangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Namun, beberapa pandangan yang mengatakan undang-undang syariah sudah tidak relevan pada zaman sains dan teknologi ini dan juga tidak bersifat universal adalah pandangan yang jahil, sesat lagi menyesatkan.

Hari ini, ada yang berpendapat, pengambilan arak adalah perkara biasa dan sudah menjadi budaya, terutama bagi remaja dan golongan belia. Kata mereka, arak bukanlah apa-apa selagi boleh dikawal pengambilannya. Penjualan arak di Malaysia juga sudah dilakukan secara terbuka tanpa meletak label HARAM bagi masyarakat Muslim.

“…Hari ini, seramai 2000 orang remaja Melayu terlibat dalam pesta tarian secara terbuka di Genting Highland (yang menyediakan arak sebagai minuman) yang bermula pada jam 6.00 petang hari Sabtu dan berakhir pada 4 pagi keesokan harinya. Lebih 10 ribu pengunjung telah hadir ke pesta tersebut…” (Berita Harian, 9 Mac 2005)

“… Hari ini juga, tiga orang anak muda Melayu telah berjaya memenangi pertandingan Belvedere Bartender of The Year 2007 (Malaysia) anjuran syarikat Malaysia Bervedere Vodka. Pertandingan ini merupakan acara yang melibatkan penyediaan koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka…” (The Star, 15 Jun 2007)

Itu baru sekadar dua contoh yang mendapat liputan di dada akhbar. Tidak termasuk beberapa pesta yang tidak dilaporkan dan dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, yang dihadiri oleh belia dan remaja Islam. Apatah lagi kes-kes yang meminum arak sewenang-wenangnya di khalayak dan tempat-tempat umum.

Mereka kata tidak salah meraikan orang bukan Islam. Jadi, mereka tafsirkan hal sebegini sebagai dosa kecil yang boleh dihapus melalui amalan-amalan lain. Ada juga yang menyatakan alasan bahawa mereka terpaksa. Terutama bagi Muslim yang bekerja di hotel-hotel mewah. Penyediaan arak sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka sehingga terlupa pada undang-undang Islam sejak dahulu sehingga kini.

Begitu juga dengan tumbuhnya pusat-pusat hiburan di bandar-bandar besar yang merangkumi pub, disko, bar, café, dan restoran untuk pengunjung dari luar. Bukan sahaja pengunjung dari luar berasa selesa apabila menjengah ke Malaysia dengan penyediaan pusat hiburan yang terlalu banyak ini, malah masyarakat tempatan juga mengambil peluang keadaan yang wujud. Masyarakat tempatan yang beragama Islam bukan sahaja menjadi pekerja di pusat-pusat hiburan, malah menjadi pengunjung tegar mengalahkan pelancong asing dengan bangganya menyediakan dan meminum arak dikhalayak ramai.

Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak: yang memerasnya (memerahnya), yang minta diperaskannya, yang meminum, yang membawa, yang minta dihantari, yang menuangkannya, yang menjual, yang makan harganya, yang membeli dan yang meminta dibeli.”

Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. oleh itu, adakah kita masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?

Perjuangan menyedarkan masyarakat tentang keburukan meminum arak bukan mudah. Apatah lagi jika mereka menggunakan alasan bahawa arak tidak mendatangkan mudarat jika peminum itu sendiri boleh mengawal tahap ketagihannya. Berbalik kepada syariah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, setiap masyarakat Islam wajib memberi peringatan atau menegah saudaranya dari melakukan perbuatan itu, walau dengan apa cara sekalipun.

Kajian ilmiah menunjukkan arak memberi kesan yang serius dari aspek sosial, budaya, psikologi dan seterusnya membawa kepada kesan kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Seorang ilmuwan Barat, Profesor A.J Arberry, pernah menjelaskan, “peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat angin ahmar atau lumpuh. Selain itu, seorang yang mabuk arak juga akan hilang pertimbangan akal. Secara tidak sedar dia akan mmbuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”

Kajian sains juga mendapati secara jelas, arak apabila diminum secara berlebihan boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam tubuh manusia, terutamanya jantung dan buah pinggang, sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat kepada hati dan jantung. Pengambilan dua hingga tiga gelas arak, tidak kiralah jenis rum, wain, scotch, wiskey, khamar atau samsu, sudah memadai untuk menjadikan seseorang tidak stabil, sawan, dan halusinasi.

Dari aspek sosial, masyarakat boleh berpecah belah dan hancur hasil penangan arak. Lihat sahaja peristiwa kaum Ansar dan Muhajirin yang bertelagah akibat kesan pengambilan arak yang menyebabkan peminumnya hilang pertimbangan lalu mengeluarkan kata-kata yang mencalar hati pihak lain.

Hari ini pula lihat sahaja betapa banyak kemalangan jalan raya yang berlaku akibat pemanduan dalam keadaan mabuk. Rumahtangga musnah akibat arak yang menghilangkan daya siuman seorang bapa atau ibu, lantas melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Itu belum lagi beberapa kejadian zina dan bunuh yang berlaku akibat pertimbangan akal yang semakin beku kerana melanggar larangan Allah s.w.t – Arak itu haram! Masyarakat apakah yang akan terhasil nanti jika minuman jenis arak yang memabukkan ini tidak disekat pengambilannya.

Pendedahan tentang keburukan arak sejak dahulu sehingga kini belum mampu menegah masyarakat terutama belia dan remaja untuk menghindari arak. Didikan ibu bapa juga belum mampu menegah anak-anak mereka dari terpengaruh dan terjerumus dalam gejala ini. Malahan kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan-badan tertentu tidak begitu bermakna jika kemasukan dan pengeluaran arak ke dalam negara Islam tidak disekat.

Arak bukanlah aspek wajib yang harus disediakan untuk menggalakkan pelancong asing ke Malaysia. Malahan, kita tetap boleh maju dan berdaya saing jika meninggalkan budaya meminum arak sebagai satu cara menghilangkan tekanan. Bagi remaja, permulaan hidup sebagai warganegara yang sihat dan cemerlang adalah dengan mengatakan ‘tidak’ kepada minuman memabukkan ini. Banyak lagi cara yang lebih baik dan menguntungkan boleh dilakukan untuk menghindari tekanan atau mengisi masa lapang.

Melalui kesedaran menjauhi arak, bukan sahaja negara Islam bertungkus lumus menyekat masyarakatnya dari meminum arak tetapi negara barat juga sedaya upaya mengawal pengambilan arak dikalangan rakyatnya. Sebagaimana bahayanya candu sehingga menyebabkan negara China hancur dalam kemuflisan dan kebuluran pada tahun 1840, begitu juga dengan bahayanya arak jika dibiarkan keterlaluan menguasai budaya dan cara hidup masyarakat hari ini. Bagaimana budaya kita pada hari ini menentukan arah dan hala tuju masa depan yang sedang kita telusuri

Ikhwanul muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.  Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta berusaha melaksanakan segala sunnah Rasulullah S.A.W., mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dihormati,

Apabila kita menyingkap sejarah bermulanya arak diharamkan pada zaman perkembangan Islam dahulu, jelas membuktikan bahawa mudharat arak yang membawa kerosakan adalah melebihi manfaat atau kebaikannya. Arak adalah sejenis minuman kegemaran bangsa Arab pada zaman Jahiliah sebelum diharamkan, malah sesudah kedatangan Islam sebahagian para sahabat Rasulullah s.a.w. pun masih lagi meminumnya, kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa. Arak dijadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta diterima sebagai suatu adat.

Dalam satu kejadian, seorang sahabat Rasulullah telah mengadakan keramaian di rumahnya dan di antara tetamunya termasuklah salah seorang sahabat yang kanan. Apabila arak dijadikan hidangan, hasilnya mereka menjadi mabuk dan apabila masuk waktu maghrib, beliau mengimami solat maghrib dengan membaca sepotong ayat dari Surah Al-Kaafirun. Akibat mabuk arak beliau telah mengubah  ayat dalam surah tersebut tanpa sedar  menjadi makna, “Aku sembah seperti apa yang kamu sembah, wahai orang-orang kafir”.

Dalam peristiwa yang lain seorang lelaki Ansar telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tetamunya termasuklah seorang Muhajirin. Dalam keadaan mabuk lalu ia bangun dan bersyair dengan memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yang dikatakannya sebagai penakut. Mendengar cacian itu seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah. Selepas kejadian itu wahyu pun diturunkan iaitu pada Surah Al Maaidah ayat 91:

“Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka mahukah kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu?”

Semenjak peristiwa itulah arak telah diharamkan secara muktamad oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Arak sememangnya sinonim dengan alkohol. Ia merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, kekerapan kemalangan jalan raya, pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri, perzinaan dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi bukti kepada kuasa perosak alkohol.

Pengharaman alkohol atau arak jelas dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 90:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya”.

Muslimin yang dikasihi Allah,

Ketegasan hukum Islam menyatakan bahawa peminum arak, pengangkat dulang arak, orang yang menyediakan arak, yang menjual arak akan terlibat dengan kesalahan dan dosa. Ini bermakna, pendirian agama sangat keras ke atas arak.

Pada zaman ini, sudah ada van atau lori jenama arak pemandunya beragama Islam. Kita lihat telah ada pemuda-pemuda Islam menjual arak di gerai-gerai berpayung di tempat-tempat pelancongan atau peranginan, bekerja di kedai atau pasar raya yang menjual arak dan mabuk terhoyong- hayang kerana arak.

Pada hari ini juga kita telah terdengar muda-mudi Melayu seramai 2,000 orang  terlibat dalam Pesta Tarian secara terbuka di Genting Highland  yang menyediakan arak sebagai minuman daripada waktu petang sehingga ke esok paginya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian 09 Mac 2005.

Barangkali, sudah ada Syarikat Arak di Papan Pertama, Kedua di Bursa Saham dan sudah ada Kapitalis Melayu, orang Islam yang melabur dalam Sektor Perkilangan Arak.

Tetapi jelas ketika turunnya ayat mengenai arak apakah ada kesedaran di kalangan masyarakat Islam yang terlibat dengan arak sama ada minum atau bekerja atau bergelumang dengan arak dapat berhenti setelah faham dan sedar bahawa Islam tidak pernah menghalalkan semua aktiviti yang berkait dengan arak ini?.

Duhai muslimin yang dimuliakan,

Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita bertanya pada diri kita kenapa arak membawa kesan yang sangat buruk dalam kehidupan manusia dan kenapa ia diharamkan oleh Islam?.  Sebahagian sebabnya adalah:

1.  Merosakkan akhlak dan akidah dengan memalingkan manusia daripada beriman kepada Allah S.W.T  dan  merosakkan  syakhsiahnya.

2.  Dari aspek sosial boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia, memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.

3.  Merosakkan kesihatan manusia seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan, dan gila.

4.  Ketagihan arak atau alkohol akan mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

5.  Kesan panjang alkohol akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran, organ hati dan menyekat peranan otak dari   berfungsi dengan baik.

6.  Kes zina, rogol, sumbang mahram dan AIDS lebih tinggi di kalangan peminum alkohol. Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

7.  Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alkohol menyebabkan hampir 45-46% kejadian jenayah,  ia juga melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

8.  Minum arak adalah ibu segala kejahatan dan merupakan sebesar-besar dosa. Ini dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat At-Tabrani:

“Arak adalah ibu segala kejahatan dan ianya adalah sebesar-besar dosa”.

9.  Sesuatu yang banyak memabukkan sekalipun sedikit hukumnya tetap haram berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat  Ahmad, Tirmizi, An-Nasai dan Abu Daud:

“Tiap-tiap suatu yang memabukkan dalam jumlah yang banyak atau sedikit maka hukumnya adalah haram”.

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walau pun seteguk atau pun setitik.

10. Orang yang minum arak dan urusan yang berkaitan dengannya akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah S.W.T. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Anas Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud;

“Sepuluh orang yang dikutuk Allah berkaitan dengan arak ialah pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”

Dengan ini jelaslah semua urusan yang berkaitan dengan arak menjadi haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah sekalian,

Hukum Islam menjelaskan, bahawa pesalah minum arak akan dikenakan hukuman berupa sebatan, sebagaimana dijelaskan oleh hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud:

“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka”.

Apa yang penting kita sebagai umat Islam hendaklah ‘akur dengan undang-undang Jenayah Syari’ah dan mengambil ‘iktibar daripadanya dan tidak terjebak sama sekali untuk melakukannya. Inilah hikmah pelaksanaan Hukum Syarak, ianya mampu membendung jenayah secara  berleluasa.

Justeru, di antara tujuan syarak itu diturunkan ialah menjaga akal agar manusia boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram,  tidak  berpandukan  akal  yang  cacat dan keliru kerana mabuk, yang natijahnya akan membawa kepada  kerosakan moral, kecacatan iman, memporak-peranda dan mengacau-bilaukan masyarakat.

Kita bersyukur dengan kepekaan Kerajaan, Negeri Selangor yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memartabatkan kembali Islam kepada kedudukan yang tinggi dengan   menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syari’ah seperti pengharaman penjualan arak di premis-premis majoritinya umat Islam,  dengan tujuan menjaga dan memelihara akal manusia agar terhindar daripada kerosakan. Apabila rosak akal, maka rosaklah agama, sebaliknya jika akal sejahtera, maka sejahteralah agama dan seluruh alam ini.

Marilah sama-sama kita memastikan persekitaran kita bebas daripada perkara-perkara penderhakaan kepada Allah termasuk bebas daripada arak yang mengundang seribu maksiat, mudah-mudahan pembendungan gejala sosial akan berjaya kita tangani dengan sebaiknya.

“Wahai sekalian manusia!, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”.

(Al-Baqarah:168)

 


Kenapa Islam Haramkan Arak?

kenapa arak haram
Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (Al-Baqarah 2;219).

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa’ 4;43).

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)
II. Bible juga melarang meminum arak seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)

Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak
1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak.

Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

III. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad berpesan :

a. Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

b. Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

c. Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
“Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang” (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).

IV. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

a. Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

b. Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

c. Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

d. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

e. Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

f. Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

g. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

h. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

i. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

J. Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.

ARAK - IBU SEGALA KEJAHATAN...

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.
Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.
"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.
"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.
Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.
Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.
"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.
"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.
Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.
"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.
Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.
"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.


ARAK,IBU SEGALA MAKSIAT

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
“Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka.”

Jauhilah Arak! Ummu al-Khaba'its (Ibu Segala Kejahatan)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam,
keluarga, sahabat dan
para pengikut Baginda)
ISLAM diturunkan kepada manusia sebagai pembimbing ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat dengan memandu manusia ke arah segala bentuk kebaikan dan menyelamatkan mereka daripada segala bentuk kejahatan. Bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terjaga dan terarah, syariat Islam telah mengasaskan enam sendi sebagai dasar bagi memelihara maslahat dan menolak bencana. Sendi-sendi tersebut ialah : Memelihara ugama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara akal, memelihara nasab, memelihara nama baik dan memelihara harta.
Segala perkara yang merosak atau memusnahkan walau satu sahaja daripada sendi-sendi berkenaan adalah ditolak dan diharamkan oleh Islam. Salah satu perkara yang diharamkan atas asas tersebut ialah meminum arak.
Perbuatan meminum arak bukan sahaja merosakkan sebahagian daripada sendi-sendi yang enam itu, bahkan ia memusnahkan kesemua sendi-sendi tersebut. Ini berpunca dari hilangnya akal serta pertimbangan akibat daripada meminum arak. Apabila sudah dalam pengaruh arak, kesucian agama akan dinodai, nasab keturunan akan tercemar, harta benda akan rosak, dan nama baik, maruah serta nyawa akan tergadai dan terancam. Ini belum termasuk lagi segala penyakit-penyakit kronik dan merbahaya yang cukup sinonim dengan  peminum arak seperti penyakit jantung,kanser dan sebagainya.
Hukum Arak Dan Meminum Arak
Tidak ada khilaf antara ulama bahawa meminum arak itu hukumnya haram dan merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Pengharaman arak adalah sesuatu yang diketahui umum (Ma'lum min ad-din bi adh-dharurah) dan ianya sabit berdasarkan al-Qur'an, Sunnah dan ijma'.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Ma'idah ayat 90 dan 91:
Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kemenangan (dan keberuntungan) (90).
Sesungguhnya syaitan itu mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab (meminum) arak dan (bermain) judi dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka tidakkah kamu mahu berhenti (daripada melakukan perbuatan keji itu)? (91)". (Surah al-Ma'idah: 90-91)
Imam Abu Bakar ar-Razi Rahimahullah berkata dalam Ahkam al-Qur'an bahawa pengharaman arak itu difahami atau diistinbat melalui ayat di atas tadi atas dasar-dasar berikut:
1. Gelaran (keji) ke atasnya yang menyerupai gelaran (keji) pada daging babi.
2. Ia perbuatan syaitan. Maka apa sahaja yang tergolong dalam perbuatan syaitan adalah diharamkan.
3. Perintah wajib untuk menjauhinya. Maka segala apa yang wajib dijauhi adalah haram dilakukan.
4. Kejayaan yang dijanjikan apabila melaksanakan perintah menjauhi arak.
5. Meminum arak mencetuskan permusuhan dan kebencian antara kaum muslimin.
6. Ia menjauhkan dan menghalang daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ibadat sambahyang.
Dalil pengharaman arak daripada Sunnah pula antaranya hadits yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu 'anha, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: "Tiap-tiap minuman yang memabukkan, maka ia adalah haram".(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Dalam Shahih Muslim pula, Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: "Setiap yang memabukkan itu khamar, dan setiap yang memabukkan itu haram".
(Hadits riwayat Imam Muslim)
Hadits di atas menjelaskan kepada kita bahawa istilah 'khamar' itu merangkumi segala jenis minuman yang memabukkan. Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj menyatakan bahawa setiap cecair yang memabukkan itu termasuklah jenis khamar dan segala jenisnya sama ada yang diperbuat daripada anggur atau nabiz yang diperbuat selain daripada anggur.
Jadi apapun nama, jenis atau gelaran yang diberikan kepadanya, beerkah, vodkakah, whiskykah, champagnekah, brandykah, atau apa-apa sahaja pun, selama mana ianya adalah jenis minuman yang memabukkan, maka hukumnya adalah haram.
Orang yang meminum arak dihukumkan fasiq dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya. Sehinggakan Abdullah bin 'Amr Radhiallahu 'anhuma melarang daripada memberi salam ke atas peminum arak.
Adapun jika dia mengingkari keharaman arak dan mengatakan bahawa meminum segala minuman yang memabukkan itu adalah halal dan tidak haram, maka dia dihukumkan sebagai murtad dan terkeluar daripada ugama Islam. Ini kerana dengan keingkarannya itu dia telah menolak dan mendustakan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya Shallallahu 'alaihi wasallam.
Selain haram, ia juga dihukumkan najis dalam kategori najis mutawassithah (pertengahan) yang perlu dibersihkan tempat yang terkena arak itu dengan membersihkannya sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.
Meminum arak merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Bukan sahaja ia satu dosa besar, malah ia turut digelarkan sebagai ummu al-khaba'its yakni ibu atau paksi segala kejahatan. Ia digelarkan dengan gelaran yang sedemikian kerana segala bentuk kejahatan dan keburukan terhimpun di dalamnya dengan sebab tertutupnya akal dan fikiran siapa sahaja yang meminumnya. Ini satu gelaran yang sangat tepat untuk dinisbahkan kepada arak kerana bencana pasti akan melanda peminumnya dalam kehidupan dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bertaubat.
Celaan Dan Janji Buruk Kepada Peminum Arak
Meminum arak satu perbuatan terkutuk yang dipandang keji oleh syara'. Banyak nas-nas syara' yang mengeji dan mencela perbuatan meminum arak dengan berbagai celaan dan janji-janji buruk yang dahsyat lagi menggerunkan. Antaranya:
1. Ia salah satu dosa-dosa besar. Bahkan beberapa orang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam seperti Abdullah bin Umar dan Abdullah bin 'Abbas Radhiallahu 'anhum berpendapat bahawa minum arak itu bukan sahaja salah satu daripada dosa-dosa besar, malah beliau mengganggap bahawa ia merupakan dosa besar yang paling besar.
2. Meminum arak diumpamakan seperti melakukan syirik. Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma menceritakan bahawasanya apabila disyariatkan pengharaman arak, para sahabat pun berkata: "Telah diharamkan arak, dan dijadikan (perlakuan minum arak itu) sama seperti perlakuan syirik (menyekutukan Allah)".
3. Kekal dalam neraka dan tidak akan masuk ke dalam syurga selama-lamanya.
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim Rahimahumullah meriwayatkan dalam Shahih mereka bahawasanya Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhuma telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang minum khamar di dunia lalu dia tidak bertaubat daripadanya, diharamkan (ke atasnya meminum) khamar pada hari akhirat." (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Khamar di akhirat bukanlah sepertimana khamar di dunia yang bersifat jijik, kotor, menghilangkan akal serta merbahaya. Adapun sifat khamar minuman ahli syurga itu ada disebutkan dalam al-Qur'an sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah ash-Shaaffaat ayat 46 dan 47, firman-Nya:
Tafsirnya: "(Warnanya) putih bersih lagi lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya (46) Tidak ada di dalamnya (unsur) yang memabukkan dan mereka tidak mabuk kerananya (47)." (Surah ash-Shaaffaat: 46, 47)
Menurut Imam al-Khaththabi Rahimahullah, maksud diharamkan ke atas peminum arak yang tidak bertaubat daripada meminum khamar di hari akhirat itu ialah dia tidak akan masuk syurga kerana khamar itu adalah minuman ahli syurga. Maka apabila minuman ahli syurga itu diharamkan ke atasnya, ini membawa maksud bahawa dia tidak akan memasuki syurga.
Imam Ibnu Abdilbarr Rahimahullah berkata: "Ini janji buruk yang menunjukkan pengharaman untuk memasuki syurga (bagi peminum arak yang tidak bertaubat)".
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah pula berkata: "Janji buruk ini merangkumi semua peminum arak walaupun dia tidak mabuk (setelah meminumnya)".
Ini adalah selama mana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak memaafkannya dan tidak mengurniakan pengampunan ke atas nya.
BERSAMBUNG

Jauhilah Arak! : Ummu al-Khaba’its (Ibu Segala Kejahatan)

Sambungan dari Minggu lepas
4. Keimanan serta kedudukannya sebagai seorang mukmin dipertikai dan tidak diperakui.
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: “… Dan seseorang itu tidak minum arak, ketika dia sedang minum itu dia adalah seorang mukmin…”. (Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Ulama membuat beberapa penafsiran mengenai penafian iman terhadap peminum arak dalam hadits ini. Sebilangan ulama berpendapat bahawa ia membawa maksud perbuatan meminum arak itu menunjukkan dan mengakibatkan ketidaksempurnaan atau kurangnya iman. Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa meminum arak itumengakibatkan iman seseorang itu terhapus sama sekali.
Menurut Imam Ibnu Baththal Rahimahullah, ini adalah janji buruk yang paling dahsyat ditujukan kepada peminum arak.
5. Tidak diterima amalan sembahyangnya selama empat puluh hari.
Dalam Sunan Imam at-Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad, Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Barangsiapa minum arak, Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh hari).Maka jika ia bertaubat, maka Allah akan terima taubatnya. Jika ia kembali (minum arak), maka Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh hari).Maka jika ia bertaubat, maka Allah terima taubatnya. Jika ia kembali (minum arak), maka Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh hari). Jika ia bertaubat, maka Allah terima taubatnya. Jika ia kembali (minum arak) untuk kali keempat, maka Allah tidak menerima sembahyangnya selama empat puluh pagi (empat puluh hari). Jika ia bertaubat, maka Allah tidak akan menerima taubatnya dan Allah beri ia minum dari sungai Khabal.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi dan Imam Ahmad)
6. Dijanjikan neraka dan akan diberi minum daripada sungai Khabal. Ini sekiranya dia mati dalam keadaan tidak bertaubat atau pintu taubat tidak lagi dibukakan ke atas dirinya sepertimana yang disebutkan dalam hadits di atas.
Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma yang meriwayatkan hadits di atas pernah ditanyakantentang sungai Khabal ini, lalu beliau pun menjawab: “Sungai dari nanah penduduk ahli neraka”.
7. Mendapat laknat. Bahkan janji laknat itu bukan sahaja ditujukan kepada peminum arak semata-mata, bahkan ia juga ditujukan kepada semua yang terlibat dan bersubahat dengansegala perkara yang melibatkan arak.Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahketika mengulas tentang riwayat hadits-hadits yang menjanjikan laknat dalam perkara arak ini berkata, bahawasanya laknat dalam riwayat hadits-hadits berkenaan ditujukan kepada dua belas golongan:
1. Orang yang meminum arak.
2. Orang yang memerah arak.
3. Orang yang minta diperahkan arak.
4. Orang yang membawa arak.
5. Orang yang minta dibawakan arak.
6. Orang yang memberi minum arak.
7. Orang yang minta diminumkan arak.
8. Orang yang menjual arak.
9. Orang yang membeli arak.
10. Orang yang minta dibeli dan minta dijualkan arak.
11. Orang yang memakan harga arak.
12. Orang yang menyimpan dan memiliki arak.
Pendek kata, semua yang terlibat dalam perkara maksiat arak ini dijanjikan laknat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya. Apakah dia laknat itu? Laknat menurut ulama ialah terhalau dan jauh daripada rahmat, simpatidan belas kasihan Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta dikutuk oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta RasulNya. Apabila sudah terhalau dan jauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka segala keberkatan akan ditarik daripadanya, segala doa akan tertolak, segala amal ibadat tidak dipandang dan Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak memandang kepadanya dengan pandangan redha dan belas.
Hukum Meminum Arak Tanpa Mabuk
Menurut ulama, berdasarkan dalil-dalil, minuman arak atau yang seumpamanya yangjika diambil dengan banyak boleh memabukkan, maka meminum walaupun hanya setitik adalah juga haram.
Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhumeriwayatkan bahawasanya Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Apa sahaja yang memabukkan(jika diminum) banyak, maka (meminum)sedikit (juga) adalah haram”.(Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi,Ibnu majah dan Ahmad)Imam al-Adzrai‘e Rahimahullah berkata: “Ulama-ulama berkata bahawa minum satu titik arak itu adalah suatu dosa besar danmemang telah maklum bahawa satu titik itutiada memberi kesan (tidak menyebabkan mabuk)”.
Dengan hujjah-hujjah ini tertolaklah pendapat atau pandangan beberapa golongan yang berpendapat bahawa meminum arak itu tidak haram selama mana ia tidak memabukkan.
Minum Arak Merosak Hidup Serta Membahayakan Kesihatan Dan Nyawa
Peminum arak bukan sahaja mendapat nasib malang lagi menggerunkan di hari akhirat kelak,bahkan juga turut mendapat kesusahan dan bencana ketika di dunia.
Ini terbukti dengan jelas apabila perangkaan menunjukkan bahawa pengambilan alkohol ternyata merupakan antara dalang terbesar perosak kesejahteraan dan pembangunan individu serta sosial.
Menurut fakta dan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan alkohol mengakibatkan 2.5 juta kematian setiap tahun, yang mana 320,000 daripada jumlah tersebut merupakan mereka yang berusia dalam lingkungan umur 15 ke 29tahun. Alkohol juga merupakan antara faktor terbesar dan utama penyebab penyakit. Menurut kajian tersebut juga, alkohol dikaitkan dengan gejala-gejala sosial yang serius sepertikeganasan, pengabaian kanak-kanak sertapenderaan, selain menjejaskan pembangunan kerana ketidak hadiran ke tempat kerja.
Pengambilan arak pada hakikatnya bukan sahaja menjejaskan fizikal serta psikologipeminum, bahkan ia turut sama mendatangkankesusahan dan kerosakan terhadapkesejahteraan, keselamatan, kesihatan, malah nyawa orang lain.
Seorang yang di bawah pengaruh arak akan hilang akal serta daya pertimbangannya. Selain membahayakan diri, mereka juga bolehbertindak agresif dan membahayakan orang lain. Contohnya seorang pemandu yang sedang mabuk akan meletakkan pengguna jalan raya lain berada dalam risiko kemalangan.
Mereka ini bila-bila masa sahaja akan melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti melakukan sesuatu yang tidak senonoh, melakukan kemudaratan terhadap diri sendiri, membunuh diri, bahkan melakukan jenayah seperti membunuh orang lain dan bertindak ganas terhadap sesiapa sahaja termasuklahrakan ataupun ahli keluarga sendiri.
Dari sudut kesihatan pula, kajian menunjukkan bahawa pengambilan arak menyebabkan sistem imuniti badan sipeminum menjadi lemah dan mudah ditimpa pelbagai penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan pengambilan arak ialah epilepsi (sawan), penyakit jantung, pelbagai jenis kanser, HIV atau AIDS, batuk kering, jangkitan kelamin, FAS (Fetal Alcohol Syndrom) iaitu gangguan terhadap kesihatan janin yang akan menyebabkan kerosakan dan keterbelakanganotak, mental, kesihatan dan tumbesaran bayiyang bakal lahir jika alkohol dikonsumsi oleh perempuan mengandung dan banyak lagi.
Hasil kesedaran tentang mudarat yang timbul daripada pengambilan arak inilah, pihak-pihaktertentu seperti kerajaan dan pertubuhanpertubuhankesihatan seluruh dunia,termasuklah pertubuhan yang dipelopori oleh golongan bukan Islam seperti WHO, mengambil langkah-langkah berpatutan dalam usaha mencari jalan penyelesaian bagimengurangkan risiko serta impak negatif pengambilan alkohol, yang jelas sekali tidak ada langsung impak positif terhadap peminum mahupun orang lain, demi menjagakesejahteraan setiap individu khususnya danmasyarakat amnya.
Bagaimanapun, Islam sudahpun mendahului dalam membenteras gejala arak ini dengan bertindak mengharamkannya sejak 14 abad yang lalu lagi. Pengharaman arak dalam syariat Islam bukan atas tujuan untuk mengurangkan impak negatifnya, bahkan bagi menolak segala kemudaratan dan risiko alkohol secara total. Sangat jelas pengharaman syara‘ terhadap arak ini, bahkan syariat Islam secara keseluruhannya, merupakan satu rahmat yang tidak ternilai bukan sahaja bagi seluruh manusia bahkan seluruh alam.
Membenteras Gejala Arak Tanggungjawab Setiap Muslim
Walaupun negara secara keseluruhannya berjaya mengawal gejala meminum arak di kalangan orang Islam di negara ini dengan penguatkuasaan beberapa undang-undang seperti pengharaman penjualan arak dan kesalahan memiliki arak bagi orang-orang Islam, namun masih terdapat segelintir individu yang masih lagi lalai dengan hasutan syaitan. Ini terbukti apabila statistik menyebutkan bahawa jumlah keseluruhan bagi kes tangkapan yang berkaitan dengan arak di Negara Brunei Darussalam dari tahun 2006 sehingga 2012 ialah sebanyak 1692 kes tangkapan, yang mana jumlah individu beragama Islam dalam angka tersebut ialah seramai 779 orang. Ini satu jumlah yang sangat merungsingkan.
Yang lebih dan paling merungsingkan ialah keterlibatan anak-anak muda remaja sertakanak-kanak dalam gejala arak ini yangrata-rata jatuh rebah akibat sikap ingin mencuba, hasutan rakan, pengaruh media massa serta kelalaian dan sikap ambil ringan akan perkara-perkara agama.
Di sinilah terserlahnya kepentingan dakwah amar ma‘ruf nahi munkar. Tanpa kesuburanbudaya amar ma‘ruf nahi munkar ini, tanggungjawab dakwah tidak akan dapatdirealisasikan.
Tanggungjawab dakwah sebenarnya bukan peranan golongan pendakwah, imam atau ulama sahaja, bahkan ia merupakan kewajiban setiapindividu, terutama sekali mereka yang diamanahkan sebagai penjaga dan pendidik seperti kaum ibu bapa dan para guru.Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam Surah at-Tahrim ayat 6:
Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka…”. (Surah at-Tahrim: 6)
Menurut ulama tafsir, memelihara keluarga daripada api neraka itu ialah dengan caramengajar dan mendidik mereka dengan perkara-perkara kebajikan serta menyuruhmelakukan apa yang diperintahkan danmenegah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Menyuruh ke arah kebaikan dan melarang daripada kejahatan merupakan tanggungjawab dan kewajiban semua golongan kerana iamerupakan kaedah dakwah yang terbaik dan paling berkesan.
Menurut Imam Ahmad Rahimahullah, tidak menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar itu bolehmengakibatkan kufur. Manakala sebahagian ulama pula berpendapat bahawa tidak menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar itu akan mendatangkan dosa besar sekiranya perkara wajib yang ditinggalkan atau perkara haram yang dilakukan oleh sipelaku itu dari jenis dosa besar seperti meninggalkan sembahyang dan meminum arak, dan jika perkara itu dari jenis dosa kecil, maka tidak menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar itu adalah dosa kecil.
Maksudnya di sini, jika seseorang itu tidak melarang seorang yang lain yang hendak melakukan satu dosa besar seperti minum arak, maka orang yang tidak melarang itu akan mendapat dosa besar kerana tidak menjalankan amar ma‘ruf nahi munkar. Adapun jikaseseorang itu tidak melarang seorang yang lainyang hendak melakukan satu dosa kecil, maka orang yang tidak melarang itu pun akan mendapat dosa kecil juga.
Para ibu bapa terutamanya, selain wajib melaksanakan amar ma‘ruf nahi munkar, seharusnya menunaikan peranan mereka sebagai qudwah dengan menunjukkan teladan yang baik dan bertindak sebagai pendidikterhadap anak-anak mereka dengan menerapkan penghayatan Islam ke dalam jiwa anak-anak mereka dari mereka kecil lagi supaya penghayatan Islam itu meresap sedalamdalamnya ke jiwamereka. Ini akan membuatkan mereka lebih hormat terhadap hukum-hakam Islam, lebih cenderung untuk mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan lebih merasai hikmah syari‘at agama-Nya.
Selepas ibu bapa, para guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing anak murid mereka. Ini keranaguru adalah umpama ibu bapa kedua kepada anak murid dan merupakan insan yang banyak bertanggungjawab membentuk dan menaikkan martabat anak murid mereka menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Jadi, bagi memastikan anak murid bebas daripada gejala negatif dan maksiat seperti arak ini, para guru bukan sahaja dituntut menjalankan peranan sebagai seorang pengajar, bahkan mereka juga wajiblah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang berdedikasi. Ini dengan menjadikan diri mereka qudwah terbaik untuk anak murid, prihatin terhadap setiap tingkah laku mereka, menerapkan disiplin dan nilai-nilai murni kepada mereka serta tidak sekali-kali berputus asa berusaha memimpin mereka supaya menjadi seorang muslim yang berakhlak, bertaqwa dan sentiasa mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya. Inilah guru pewaris para Nabi yang sebenarbenarnya.
Para ilmuan Islam daripada golongan imam, pendakwah dan sebagainya pula hendaklah berusaha lebih keras lagi bagi memperkukuhkan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran seluruh umat Islam tentang persepsi serta hukum Islam mengenai arak serta akibat-akibat buruknya di dunia dan di akhirat melalui ceramah, kuliah, penulisan dan penyebaran risalah, buku dan sebagainya. Bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan usaha ini, hendaklah dipastikan bahawa usaha dakwah mereka itu sampai ke segenap lapisan masyarakat Islam, bukan hanya sekadar di masjid-masjid ataupun di surau-surau sahaja.
Peranan sektor-sektor kesihatan juga tidak kurang pentingnya dalam usaha membenteras gejala arak. Ini dengan menyampaikanmaklumat dan menerapkan kesedaranmasyarakat akan bahaya arak. Selain mempergiatkan lagi ceramah mengenai bahaya arak terhadap kesihatan dan kehidupan, pengetahuan serta kefahaman awam tentang bahaya arak ini juga perlu diperkembangkan dengan lebih jitu lagi melalui media massa.
Jika semua pihak serta individu muslim berkerjasama menjalankan peranan masingmasingdalam perjuangan membenteras gejala arak ini, ditambah lagi dengan berkuatkuasanya Kanun Hukuman Jenayah Syari‘ah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dengan izin-Nya, Negara Brunei Darussalam akan menjadi sebuah negara yang bebas arak. Apabila negara bebas daripada arak, rahmat dan keberkatan kurniaan Subhanahu wa Ta‘ala akan lebih mencurah-curah terhadap negara serta segenap penduduknya.
WALLAHU'ALAM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan