Ahad, 1 Disember 2013

PELIK BIN AJAIB



BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA .... ASTRO BAKAL ADA PESAING YANG AKAN BUAT DIA PENING!!!!



Kehadiran ABN Xcess bakal membuat pihak ASTRO pening kepala selepas ini dengan tawaran yang dibuat hanya RM29.99 sebulan dengan menyediakan 50 saluran pendidikan, informasi dan hiburan.

Adakah ini petanda kejatuhan ASTRO? atau satu persaingan sihat akan berlaku serta bil siaran televisyen berbayar di negara kita akan turun tidak lama lagi?

Patutlah sebelum ni Astro sibuk bagi siaran percuma kepada pelanggan. Dikatakan ABN juga menyediakan 7 channel HD daripada 50 saluran tanpa bayaran tambahan. Rakyat juga tidak perlu risau tentang cuaca di tempat anda kerana ABN ni boleh kena hujan.

ABN juga yang kini berada di Petaling Jaya sedang dalam proses pembinaan bangunan baru di Puchong, Selangor dimana bangunan baru tersebut merupakan stesen TV berbayar terbesar di Malaysia dengan kelengkapan serba canggih.

Lepas ini Omak Kau cukup yakin dan 110% percaya ... Astro akan hantar surat pemberitahuan bukan untuk maklumkan kenaikkan bil tetapi bil bulanan akan di turunkan.

Pasangan terlanjur terpaksa berlakon


pasanKuala Lumpur – Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama, menurut sumber HMetro.

 



adakah anggapan itu gugur hukum haram.....cuba citer

“Bukan gambar atas katil pun” – Syafie Naswip


faraKuala Lumpur – “Saya hanya muat naik gambar biasa. Bukan gambar bukan-bukan sehingga menjolok mata atau di atas katil pun. Bukannya gambar saya ke rumah pelacuran,” luah pelakon muda, Syafie Naswip berhubung tindakan segelintir peminat menempelaknya kerana bergambar seperti berpelukan dengan pelakon kanak-kanak, Fara Nadiah di laman Instagram, beberapa hari lalu.
Syafie atau nama sebenar Mohammad Syafie Naswip, 21, berkata, dia berasa pelik dan tidak menyangka tindakan berkongsi beberapa keping gambar dengan pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.
Katanya, teguran peminat dengan cara mengaibkan adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan kurang bersesuaian.
“Saya akui agak marah pada mulanya apabila beberapa pihak menghentam saya dengan soalan kenapa saya nak menunjuk-nunjuk gambar mesra kepada umum. Dia (Fara) baru 12 tahun dan sudah saya anggap seperti adik sendiri,” katanya, menurut sumber HMetro.

Siti Aishah tidak kesal tinggalkan keluarga
pada 01-12-2013 11:12 
Post Pic

PETALING JAYA: Siti Aishah Abdul Wahab, warga Malaysia yang dipercayai menjadi hamba domestik di London, tidak menyesal dengan tindakannya memutuskan hubungan dengan keluarga selama 40 tahun.

Kakaknya, bekas guru, Kamar Mahtum, 73, berkata dia amat marah, sedih dan kecewa dengan Siti Aishah dan berulang kali bertanya kepadanya 'bagaimana tergamaknya awak' berhubung keputusannya untuk menghilangkan diri tanpa dapat dikesan pada 1970.

"Kini saya tahu dia melakukannya tanpa rasa kesal. Sekurang-kurangnya, saya fikir begitu," katanya kepada akhbar British, The Telegraph, dalam temubual eksklusif selepas bertemu dengan Siti Aishah.

Kamar berkata Siti Aishah tidak selesa dengan soalannya dan seolah-olah mengelak ketika ditanya mengenai kehidupannya.

Kamar berkata Siti Aishah mengadu dimarahi kakaknya itu tetapi terpaksa memberitahu perkara tersebut kerana tiada siapa yang akan memberitahu mengenainya kepada kakaknya itu.

"Saya tiada peluang lain sama sekali, saya rasa, sehingga akhir hidup saya untuk datang dan bertemunya semula. Melainkan jika dia pulang ke rumah," katanya.

Ketika ditanya mengenai kehidupannya di London, Siti Aishah berkata, dia mempunyai ramai kawan-kawan di sini.

Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah memberitahu dia boleh hidup tanpa keluarganya seperti yang dilakukan selama 40 tahun yang lalu.

Beliau berkata selepas bertemu Siti Aishah, dia dapat merasakan adiknya itu masih belum dapat meninggalkan fahaman politik berhaluan kiri itu dan tidak merasakan keluarga penting bagi dirinya.

Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London yang didalangi warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.

Beliau mendapat biasiswa Komanwel di London pada 1960 tetapi terputus hubungan dengan keluarganya selepas pergerakannya dikawal rapi Aravindan.

Sementara itu, Kassim Ahmad, bekas pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia, berkata beliau dan Aravindan memiliki sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Young Socialist pada 1960 di London.

"Saya fikir dia seorang warga Singapura. Terdapat beberapa pelajar, mungkin 30 atau 50 orang yang menyertai persatuan itu.

"Kami bertemu setiap Ahad untuk berbincang mengenai teori sosialis," katanya pada Sabtu.

Kassim, 80, yang juga merupakan seorang pensyarah di University of London’s School of Oriental & African Studies dari 1962 hingga 1966, tidak pasti apa yang dipelajari Aravindan pada waktu itu.

"Saya hanya ingat dia sebagai salah seorang ahli yang berminat. Saya tidak ingat kami sebagai pelampau. Kami sosialis," katanya. - Mstar Online 

bagaimana zina atas umur......

Kaji Isu Kahwin Bawah Umur, Tidak Kaji Zina Bawah Umur
Posted on Sunday, December 01 @ 11:13:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



SEBUYAU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengkaji isu perkahwinan bawah umur di negara ini, kata menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya pasukan khas di bawah Majlis Penyelaras Bagi Perlindungan Kanak-Kanak kementerian itu dipertanggungjawabkan untuk mengkaji kemungkinan mewajibkan penyediaan laporan kesihatan dan sosial sebelum permohonan untuk perkahwinan bawah umur ini dapat diluluskan.

"Kedua-dua laporan ini diyakini dapat membantu Mahkamah Syariah (untuk kes orang Islam) dan Mahkamah Anak Negeri (untuk kes orang bukan Islam) membuat pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.
Menurutnya kementeriannya memandang serius kes perkahwinan bawah umur di negara ini memandangkan isu ini banyak mengundang perkara negatif.

"Remaja bawah umur 18 tahun mesti diberi perlindungan dan pembelaan sewajarnya kerana mereka merupakan golongan yang mudah diesksploitasi," katanya. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa hanya sibuk fasal kahwin bawah umur, tetapi tidak sibuk fasal zina bawah umur? Sedangkan kahwin bawah umur dibenarkan dalam Islam.. Perkembangan zina bawah umur, terutama di kalangan  pelajar dan remaja amat membimbangkan. Mana ramai kahwin bawah umur dengan berzina bawah umur?

Begitulah bila menteri jaga wanita tak faham hukum Islam..-ibnuhasyim.com


 Pelakon Utama Fast and Furious Paul Walker Maut Dalam Kemalangan
Posted on Sunday, December 01 @ 12:21:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.





Sumber RotiKaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan