Ahad, 1 Disember 2013

JANGAN ROBOH ORANG PUNYA....NANTI GILIRAN KITA DIROBOHKAN....CUMA KITA DAH LUPA

Akhlak Pemimpin Mèlayu belum setaraf dgn akhlakpara pemimpin Kafir di negara2 Eropah yang lebih bertamadun.....

‘Billboard’ Bulatan Ladang Menyembah Bumi


KUALA TERENGGANU – Belum pun siap diperbaiki papan tanda gergasi (billboard) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Kor, Marang yang runtuh pada bulan April lalu, billboard di bulatan Ladang pula ‘menyembah bumi’.
Ia menjadikan koleksi runtuhan enta ke berapa, kerana banyaknya bangunan dan binaan yang runtuh di negeri Terengganu.
Billboard bulatan Ladang dilaporkan runtuh awal pagi hari ini Sabtu, 30 November berikutan hujan lebat dan angin musim tengkujuh.
Walaupun mungkin ia hanya runtuhan biasa, kejadian billboard runtuh itu menjadi sebutan dalam laman sosial yang mengesahkan lagi gelaran gelaran Terengganu ‘Darul runtuh’.
umt_runtuhSementara itu, tender untuk membaik pulih billboard UMT telah lama dikeluarkan dan kerja-kerja membina semula telah dilaksanakan.
Namun hanya kerangka sahaja yang telah dipasang.
Menurut seorang pekerja pembaik pulihan tersebut, billboard UMT hanya dipasang kerangkanya, tetapi huruf-huruf perkataannya tidak dipasang.
Walaupun huruf-huruf itu telah siap, kata beliau, ia tidak dipasang kerana kontraktor utama gagal menjelaskan bayaran.
“Kontraktor utama tak lunaskan pembayaran kepada ‘sub-con’, sebab itu huruf tersebut tidak dipasang,
“harganya…..keseluruhan rangka dan huruf-huruf tu sebanyak RM120,000,”kata beliau yang tidak mahu dikenali.
Tender pembinaan asal billboard UMT itu bernombor rujukan UMT/SH10/2011 di keluarkan kepada IGrafix Sdn Bhd pada tahun 2011 dengan harga RM435,000 dengan tempoh penyiapan selama 18 bulan.

‘Billboard’ Bulatan Ladang Menyembah Bumi
buletinonline.net
KUALA TERENGGANU - Belum pun siap diperbaiki papan tanda gergasi (billboard) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Kor, Marang yang runtuh pada bulan April lalu, billboard di bulatan Ladang pula ‘menyembah

Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin

Assalamu’alaikum semua,
Lazimnya apabila saya fokus menulis buku, masa saya begitu suntuk untuk meng-update blog.  Saya sedang mengedit buku Fikah Perubatan setebal 264 halaman.  Buku ini ditulis oleh 4 penulis.  2 pakar perubatan dan 2 pakar Fiqh dan Usul Fiqh.  Saya diminta menyiapkan suntingan buku akhir November 2009.  Bukan mudah mengedit tulisan orang lain yang berbagai ragam.  Di bawah ini, merupakan sebahagian tulisan saya dari buku tersebut.  Mungkin akan ada perubahan lagi dalam edisi cetakan.  Insya Allah, saya akan mewar-warkan buku ini setelah siap sepenuhnya.  Tolong doakan agar Allah memudahkan urusan saya.  Jazakumullah.
Ummu Abbas
11.50am
18 Zul Qi’dah 1430H

Kaedah Solat Wanita yang Sakit Hendak Bersalin.
Saya membuat rumusan berkenaan solat wanita yang sakit hendak bersalin ini berdasarkan pengalaman sendiri.  Sebagai muslim yang sedar akan tanggungjawab menunaikan solat, sudah tentu saya dan anda mahu menunaikan solat yang terbaik dan mengikut waktunya.  Namun di sana, terdapat situasi yang kita belum pernah alami dalam menunaikan solat.  Melalui pengalaman, ilmu digali dan penyelesaian dicari.  Hasilnya inilah yang dapat saya kongsi bersama kaum wanita khususnya.  Kaum lelaki juga perlu perihatin terhadap solat wanita yang hampir dengan mereka seperti isteri.  Beri bantuan dan sokongan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan yang satu dan asas ini.
Memang terdapat wanita yang menemui ajal di saat melahirkan anak, maka menunaikan solat dalam waktunya hendaklah dititik beratkan  meskipun sakit tidak terperi.  Selagi akal waras dan lidah masih mampu membaca al-Quran, maka wajarlah kita bersyukur dengan fokus pada menunaikan ibadah fardu setakat terdaya.
Insya Allah, kehidupan kita akan senantiasa ceria dan bahagia di sisi Allah.
Saya nukilkan dalam bentuk cerita agar lebih praktikal dan mudah difahami.  Jika terdapat sebarang kesilapan dalam memberi pendapat ini, sebarang teguran amat dialu-alukan. Jazakumullah.
***************
Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.
Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.
Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.
Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.
Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا‌ؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ؕ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat.  Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu.  Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.
Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.
Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk.  Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.
Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut.  Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.
Wallahua’lam.
Buaya tunggu mayat bayi
pada 01-12-2013 11:12 
Post Pic

MERSING: “Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya.

“Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa’at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan.

Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja. Harian Metro
'Siti Aishah berjanji akan pulang'

Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata kakaknya, Kamar Mahtum.

Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.

"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan   membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi ini.

Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.

"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah di sana masih diperlukan," katanya.

Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.

Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu".

- Bernama
  • PERWAJA BANGKRAP? Berita ni tak keluar dalam Utusex Meroyan, Berita Hairan, TV 3 Suku ataupun apa media Pencacai UMNO. PERWAJA Steel Sdn. Bhd sebuah syarikat perusahaan besi waja yang tersohor suatu ketika dulu kini dah hampir muflis akibat pengurusan yang tak telus berterusan. Kilang besi yang diilhamkan oleh Dey Kuty ini sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai skandal keewangan yang teruk yang turut dikaitkan dengan Dey Kuty....... http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm Seorang kakitangan yang telah lama bekerja dengan syarikat ini memberitahu bahawa gaji kakitangannya pada bulan Oktober masih belum dibayar sehingga ke hari ini (29.11). Kisah kakitangan dibuang kerja oleh syarikat kerana syarikat dah tak mampu nak bayar gaji pekerja dah jadi cerita biasa bagi syarikat ini. Para pekerja syarikat ini sekarang masuk dan pulang dari kerja mestilah mendapatkan tandatangan dari supervisor yang bertugas kerana mesin punch card yang ada semuanya tak boleh diguna. Ini disebabkan punca tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB selama ini telah dipotong bekalannya berikutan kegagalan pihak syarikat membayar bil-bil tunggakan yang kini telah mencecah RM 6 juta lebih. Pihak syarikat ini hanya membayar RM 100 ribu lebih saja dari jumlah tersebut. Manakala Kera jaan Mat Said pula dikatakan tidak menunjukkan sebarang minat untuk backing syarikat ini kerana dia dah ada Eastern Steel yang diusahakan sama dengan sebuah syarikat dari China yang bakal beroperasi tak lama lagi. Dulu Eric Chia sampai mati tak disabitkan bersalah biarpun telah menggelapkan duit syarikat berjumlah jutaan ringgit sehingga 2 kali bertukar teraju iaitu Maju Holding Sdn. Bhd dan Kim Kee Group Sdn. Bhd. masih lagi tak mampu nak backup syarikat ini. Beginilah jadinya bila sekumpulan penyamun yang menguruskan wang yang berjumlah jutaan ringgit, maka tiada cerita pihak pengurusan kebas duit timbul kerana semua rekod telah 'Dibersihkan'. Tau-tau syarikat ni dah masuk ICU. Malaun-malaun ni cuma tau bucitkan perut sendiri saja..... Apa Ulasan Macai dalam kes ini?
    Like · · · 1 · 9 hours ago ·
    Kesian anak cucu kita....pemimpin dahulu belanja berhemah...lah ni...fikirlah sendiri sebelum parah....
    Like · · · Yesterday at 12:44pm ·
    In shaa Allah bala akan dtg di sana seperti mana berlaku di Filipina...Agama Islam milik Allah jika kalifah di dunia tak sanggup buat apa2 Allah akan turunkan bala..
    Dia tak sedar yang dia duduk dibumi Allah...dia mengundang bala...
    Like · · · 3 hours ago ·
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan. Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil. Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut. Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma. Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga. Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan. Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000. Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain. Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu. Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan. Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda. Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000. Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh ‘block’. Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada ‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum. Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun. Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan. Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih. *** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program ‘Lepak santai’ anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu. via: PBDKT/T-Team
    Like · · · 20 · 3 hours ago ·
    Apo2 je lah
Sudut Ilmiah @ tutup aurat :: Pakaian Muslimah yang sebenar
PAS Pulau Pinang added a new photo to the album Tahukah ANDA ?
Like · · · 21 · about an hour ago ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan