Rabu, 18 Disember 2013

MEMANG MAHAL...INI UNTUK ORANG BERDUIT....BEGITU JUGA YANG SAMA DENGAN SEPERTI SUNWAY LAGOON...ISI TABUNG MASJID LAGI BAGUS...NI TERPERANGKAP SAYANG ANAK ATAU SAYANG CUCU...DUIT TERBANG...DALAM AGAMA MENGEMBIRAKAN ANAK CUCU CUKUP BESAR GANJARANNYA....CUMA AGAK2LAH


Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Korang Puja Selama Ini Terbongkar


on 16 December 2012

Sumber asal sila ke Blog INI


I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... 


Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.



Aku kena main dan aku kena tipu.



Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.


Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.


Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.


Mari aku ceritakan celakanya.


Yuran entry, selepas 7pm, RM10
. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.


Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa
. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.


Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.


Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?

Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.


Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!


Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.


Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".

yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.


Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.


Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.


Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"

Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.


Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?

Nampak tak macam mana orang kampung kena main?


Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.

Kesimpulan yang aku boleh bagi;

Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..aku dah 3 kali pergi.dah tahu sangat..dah 1 tahun aku tak pergi..
Sumber dari facebook

Waspada Terhadap Isteri - Anak - Harta

Untuk bacaan para suami terutama suami yang kita sayangi...

(سورة التغابن)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (١٤) إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (١٥) فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٦) إِن تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ (١٧) عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (١٨)(At-Taghaabun 64:14-18)

Terjemahan:
(14) Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang.

(15) Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu); di sisi Allah lah pahala yang besar.

(16) Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengar serta ta’atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

(17) Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.

(18) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sebab Turun Ayat:

Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Ayat ini (Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu yang menjadi musuh bagimu) diturunkan pada suatu kaum dari penduduk Mekah yang baru memeluk Islam dan mereka ingin mendatangi Rasulullah sallallahu alaihi wasalam (untuk menuntut ilmu agama), tetapi isteri dan anak-anak mereka melarang berbuat demikian. Dan setelah mereka mengetahui bahwa rakan-rakan mereka telah banyak mengetahui selok-belok agama, maka mereka bercadang untuk mendera dan menyiksa isteri dan anak-anak mereka, maka turunlah ayat berikut [dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka)]
[Dikeluarkan oleh Tarmizi, Al-Hakim dan Ibnu Jarir]

Tafsiran Ayat:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka

Allah SWT menjelaskan dalam ayat ini bahwa ada di antara isteri-isteri dan anak-anak kita yang menjadi musuh kita. Betapa tidak, karena ada di antara mereka yang suka menghalang kita untuk bertaqarrub kepada Allah dengan mentaatNyadan berbuat amal saleh yang akan memberi manfaat kepada kitadi hari Akhirat.

Malahan tidak jarang pula ada di antara mereka justeru mendorong kita melakukan bermacam jenayah untuk kepuasan nafsu mereka seperti rasywah, menipu dan lain-lain. Dan kadang-kadang juga karena sikap sesetengah isteri, akhirnya hubungan kita dengan ibubapa dan kaum kerabat menjadi renggang dan putus.

Hanya saja yang kita mesti sadari ialah bahwa tidak semua isteri dan anak yang berperangai demikian. Allah SWT sengaja dalam ayat di atas menggunakan huruf ‘Min’ sebelum kata ‘Azwaajikum wa Aulaadikum. Huruf Min membakwa makna sebahagian atau segelintir (Littab’iidh). Jadi bukan semua mereka.Malahan kebanyakan mereka adalah teman karib dan penolong serta penasehat yang sangat berguna.

Dan ayat ini juga tidak menafikan kemungkinan sebaliknya yang berlaku iaitu ada di antara suami dan anak yang justeru menjadi musuh bagi isteri/ibunya. Ada juga suami yang tidak bertanggungjawab, tidak adil, tidak memberi saraan hidup yang cukup, bukan saja tidak membimbing isterinya malahan melarang isterinya mengikuti kelas-kelas bimbingan agama dan lain-lain lagi.

Dan selanjutnya kita disuruh oleh Allah SWT agar selalu waspada dan berhati-hati terhadap isteri dan anak-anak kita. Ini tidak bermakna kita disuruh agar saling mencurigai dan saling tidak mempercayai sebab ini dapat merosak keharmonian hidup berumahtangga.

Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang

Sekiranya perkara tersebut memang berlaku, kita disuruh oleh Allah agar memaafkan, mengampuni kesalahan mereka dan tidak bersikap kasar atau mendera mereka. Sikap demikianadalah lebih baik dan lebih terpuji bagi kita karena Allah Maha Penyayang terhadap kita dan mereka. Dan Allah tentunya akan memberi kita ganjaran sesuai dengan sikap kita (Al-Jazza Min Jinsil ‘Amal).

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)

Fitnah maknanya cobaan atau ujian. Berdasarkan ayat ini rupanya harta dan anak yang kita miliki sebenarnya hanyalah cobaan dari Allah untuk menguji kita, apakah kita termasuk orang yang pandai bersyukur atau justeru sebaliknya yang karena harta dan anak akhirnya kita menjadi orang yang lupa kepada Allah?

Berhati-hatilah selalu, jangan sampai terpedaya. Harta dan anak hanyalah perhiasan hidup di dunia ini (Al-Kahf :46). Dan tabiat perhiasan hanyalah sementara, bukan kekal. Pandai-pandailah mempergunakan perhiasan tersebut. Harta dan anak boleh menguntungkan jika kita pandai mempergunakannya, bukan hanya keuntungan duniawy tetapi juga keuntungan ukhrawy.

Dalam ayat ini Allah SWT mendahulukan “Harta” daripada “Anak” karena Fitnah Harta lebih berbahaya daripada Fitnah Anak. Ini sebagaimana Firman Allah:

كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَى (٦) أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى (٧)
Artinya: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup.
(Al-‘Alaq 96:6-7)

Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةٌ ، وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِى اْلمَالُ
Artinya: Sesungguhnya tiap-tiap umat ada fitnahnya, dan fitnah umatku adalah harta.

[Dikeluarkan oleh Ahmad, Thabarny, Al-Hakim dan Tarmizi daripada Ka’ab Bin ‘Iyadh]

Dan barangkali ini jugalah sebabnya mengapa Allah SWT sentiasa mendahulukan “Jihad Dengan Harta” dari “Jihad Dengan Jiwa”. Ini seperti firman Allah:

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Artinya: Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu.
(Ash-Shaaf 61:11)

Di sisi Allah lah pahala yang besar

Jika kecintaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT dapat mengatasi kecintaan kita kepada kehendak anak dan harta; dan kita tidak akan melakukan maksiat karena desakan anak ataupun dorongan harta. Di sisi Allah tersedia ganjaran yang besar.

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengar serta ta’atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu

Dalam ayat ini Allah SWT menyuruh kita agar melaksanakan suruhanNya sesuai dengan kesanggupan kita. Allah tidak suka menyusahkan hamba-hambaNya. Hanya di sini kita disuruhNya agar selalu mendengar suruhanNya dan suruhan RasulNya, lalu melaksanakannya berdasarkan kemampuan masing-masing dan jangan sekali melanggar laranganNya.

Dan selanjutnya Allah menyuruh kita menafkahkan atau membelanjakan sebahagian dari rezki yang Allah telah berikan kepada kita untuk fakir miskin dan orang-orang yang berhajat kepadanya dengan hati yang ikhlas demi kebaikan agama dan umat serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jika yang demikian itu kita lakukan niscaya ia adalah lebih baik untuk diri kita daripada harta dan anak-anak. Ayat ini mengandungi dorongan supaya kita suka membelanjakan sebagian harta kita kepada jalan Allah. Kemudian ditambah pula dengan dorongan berikut:

Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung

Siapa yang berusaha menjauhkan dirinya daripada sifat bakhil dan tamak haloba dengan harta, maka ia akan mendapat apa yang diingainkannya di dunia ataupun di akhirat. Di dunia ia akan dihormati dan dikasihi oleh manusia, sedangkan di akhirat pula menunggu ganjaran yang besar dari Allah untuknya.

Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu

Ayat ini merupakan kemuncak dorongan agar kita memiliki sifat gemar menafkahkan sebahagian harta kepada orang yang berhajat kepadanya. Sekiranya kita membelanjakannya dengan ikhlas dan rela hati niscaya Allah akan memberi ganjarannya berlipat ganda daripada 10 hingga 700 ganda kebaikan.

Malahan bukan hanya itu, selain lipat ganda ganjaran, Allah juga berjanji akan mengampunkan kesalahan-kesalahan kita.

Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun

Allah akan memberi ganjaran berlipat ganda di atas amal saleh yang mereka lakukan. Sedangkan terhadap maksiat yang mereka lakukan, Allah SWT tidak segerakan azabnya tetapi ditangguhkan azabnya di akhirat nanti.

Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Segala perbuatan manusia adalah dalam pengetahuan Allah. Tidak satupun luput dariNya walaupun sebesar zarrah (atom), apakah amalan itu dilakukan secara terang-terangan ataupun sembunyi-sembunyi.

Lagi-lagi ayat ini mengandungi dorongan serta berita gembira kepada orang yang suka menafkahkan hartanya kepada jalan Allah. Mereka tidak perlu khawatir atau bimbang amal mereka akan sia-sia, walaupun amalan mereka itu tidak mendapat sanjungan atau ucapan terima kasih dari manusia yang menerimanya.

Kesimpulannya:

1. Para suami disuruh agar waspada terhadap isteri dan anak-anaknya karena ada di antara mereka sebenarnya musuh.
2. Para suami disuruh supaya memaafkan kesalahan dan tidak bersikap kasar terhadap isteri dan anak-anak mereka.
3. Harta dan anak sebenarnya fitnah (cobaan) Allah untuk menguji kita, apakah pandai bersyukur atau sebaliknya.
4. Allah menyuruh kita melakukan perintahNya sesuai dengan kesanggupan kita. Sila lihat makalah: Azimah Dan Rukhsah.
5. Orang yang suka menafkahkan sebahagian hartanya pada jalan Allah dengan hati yang ikhlas, maka ia akan mendapat ganjaran berlipat ganda dan pengampunan dosa.

Sumber : http://www.al-nidaa.com.my/seruan/index.php/makalah/al-quran/279-waspada-terhadap-isteri-anak-harta

Gembirakan ibu bapa di hari raya
  • FARUSH KHAN
1 / 1
INI hari terakhir kita berpuasa. Mereka yang hati hampir dengan ALLAH akan menangisi pemergian Ramadan, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Doakan moga kita semua dihitungkan bersama golongan itu, insya-ALLAH. Hari ini sebilangan besar daripada pembaca budiman tentunya sudah pun berada di kampung bersama ibu bapa, saudara-mara dan sanak-saudara.

Pada masa sama, ada juga segelintir yang terus beraya di bandar kerana mereka lahir dan dibesarkan di bandar serta mempunyai ramai kaum keluarga bermastautin di bandar.

Tetapi kebanyakan kita orang kampung. Kalau pun sudah tidak mempunyai ibu, bapa atau mertua, adik-beradik dan sanak-saudara masih ramai di kampung.

Kepada yang bergembira dengan keluarga di hari raya ini, kita ucapkan tahniah. Bagi mereka yang beraya dalam keadaan ibu bapa, anak, isteri atau sanak-saudara baru sahaja kembali ke rahmatullah, kita ucapkan takziah. Banyaklah bersabar dan terus berdoa agar mereka dikumpulkan bersama mereka yang diredai ALLAH.

Bagi yang masih dalam perjalanan, tentukan yang memandu sentiasa fokus. Jangan main SMS atau ketawa lebih-lebih sangat. Anda mungkin pemandu cekap, tetapi kemampuan pemandu di depan dan belakang anda belum tahu bagaimana.

Kita nak selamat pergi dan kembali.Jangan biarkan orang menangis kerana kita di hari mulia dan bahagia ini. Tahun ini, seperti tahun lalu, hampir setiap malam saya berbuka dan bersolat di laman Karangkraf di Shah Alam.

Moga ALLAH memberi ganjaran berlipat ganda kepada majikan yang sangat pemurah itu. Seronok berbuka di pejabat, kawan ramai macam di rumah kenduri.

Orang seperti saya sudah tidak berpeluang lagi memohon ampun pada ibu dan ayah kerana mereka sudah tiada. Tapi bagi pembaca budiman yang masih beribu dan berayah, esok mintalah ampun dan maaf kepada kedua mereka dengan penuh keinsafan.

Kita tidak tahu apakah kita akan dapat hidup hingga Syawal tahun hadapan. Syukurlah yang masih ada ibu dan ayah. Gembirakan mereka tak semestinya dengan wang ringgit. Mereka lebih perlukan kasih sayang.

Imam Ghazali sanggup berterus terang kepada perompak di mana beliau simpan duitnya kerana patuh kepada pesanan ibunya supaya jangan bercakap bohong.

Kalau kita sudah penuhkan Ramadan dengan ibadat dan amalan baik, solat-solat sunat, Tarawih, tadarus, qiamullail, Tahajud, doakanlah moga ALLAH menerima amalan kita.

Yang terlepas peluang keemasan itu, doakanlah juga supaya ALLAH panjangkan usia supaya dapat menebus kekurangan amalan pada Ramadan tahun depan.
Mereka yang kena tangkap kerana ponteng puasa atau sebagainya di bulan puasa ini, mohonlah ampun daripada ALLAH dan tingkatkan ibadah.

Bagi yang bersusah payah tahan makan minum selama sebulan tapi ponteng solat fardu, kena taubat juga. Kata ustaz saya, tinggal solat fardu itu fasik.

Kita selalu dengar: ALLAH tidak mengampunkan dosa mereka yang sekutukanNya, tetapi mengampuni dosa yang selain daripada syirik bagi sesiapa yang dikehendaki (Annisa - 116).

Orang yang bijak adalah yang tidak bertangguh untuk bertaubat, kerana mereka sedar kematian boleh datang pada mereka bila-bila masa. Kata hadis, orang mukmin melihat maksiat yang kecil seperti gunung yang hendak menghempap kepala, tetapi orang yang derhaka kepada ALLAH menganggap dosa yang besar sebagai lalat yang boleh ditepis dengan mudah.

Masa kanak-kanak tidak apalah kalau nakal; dikejar bilal kerana memukul gendang hingga lepas waktu sahur, main sorok-sorok tepi kubur di tengah malam, bakar mercun dan meriam buluh serta usik rakan-rakan semasa Tarawih. Kini semua itu jadi kenangan.

Kini kita sudah dewasa dan perlu jadi teladan kepada yang muda. Jaga perbuatan, jaga mulut, jaga amalan. Jauhkan fitnah dan mengumpat. Kalau kita burukkan orang lain, ia tidak menjadikan kita dipandang lebih baik daripada orang yang kita burukkan.

Janji kena tepati, kalau silap minta maaf. Minta maaf bukan perkara mudah kerana ia melibatkan ego. Jadi di bulan Syawal inilah masa terbaik lakukannya kerana masa itu ia menjadi lumrah.

Akhir kalam, saya menyusun 10 jari, memohon maaf zahir dan batin daripada pembaca budiman atas sebarang kesilapan. Melakukan kesilapan itu manusia, memaafkan adalah kemanusiaan.

Jangan lupa hubungi jiran di bandar yang tidak balik kampung supaya tengokkan rumah hingga anda kembali. Jangan bergantung polis sahaja, kerana barangkali mereka sibuk atau kurang tenaga.


Anda Cuba Gembirakan Siapa?

Salam Hormat Pembaca Budiman,
Sudah lama saya tidak menulis. Tiada alasan. Sebenarnya nak cakap tiada masa itu mungkin kurang tepat. Sibuk memang betul sibuk, tetapi jika mahu sebenarnya saya boleh sahaja curi sedikit masa untuk menulis. Namun saya rasa saya tidak mempunyai sebab atau mesej yang penting untuk menulis. Jika menulis sekadar kerana perlu menulis, tak bestlah kan? Ia akan membuang masa anda dan juga saya.
Tetapi hari ini saya ada sesuatu yang amat penting dan bernilai untuk dikongsikan. Do read on, sebab anda tahu yang saya tidak akan menulis kalau tidak penting.
Saya menyedari perkara ini (semula) ketika pulang ke kampung di Kuantan. Ibu saudara saya menceritakan perihal sepupu saya dan ia sungguh menyedihkan. Saya mengambil masa berfikir mengenainya semalaman dan hari ini saya akan ceritakan kepada anda pula.

Siapa Yang Anda Cuba Gembirakan?

Kebanyakan orang sekarang lebih suka rumah yang besar, kereta yang bergaya dan lain-lain kehendak material dalam hidup. Hatta jika terpaksa membuat pinjaman yang mengambil masa suku abad untuk dilunaskan pun tidak mengapa asalkan dapat bergaya seperti orang lain (jika tidak lebih hebat).
Kita berlumba-lumba untuk melebihi kawan-kawan kita, atau setidak-tidaknya supaya kelihatan sama dengan orang.
Saya ni asyik bermukadimah sahaja. Sebenarnya saya tak tahu nak mula macam mana supaya anda dapat rasa apa yang saya rasa ketika mula-mula dengar. Malam dah semakin larut. Jadi, saya rasa the best thing adalah saya tulis sebagaimana ia diceritakan kepada saya oleh ibu saudara saya. Ia sedikit peribadi tetapi saya rasa kita semua akan mendapat sesuatu daripadanya.
Pakcik saya ini adalah seorang jurutera (telah diubahsuai untuk melindungi identiti sebenar) yang memiliki firmanya sendiri, manakala makcik saya pula adalah suri rumah. Mereka adalah antara pakcik dan makcik saya yang paling terpelajar (keluarga saya orang kampung, dapat belajar tinggi-tinggi adalah satu pencapaian yang hebat).
Lumrah middle class, mereka tinggal di rumah yang boleh tahan besar dan mempunyai kereta yang okay juga. Anak-anak mereka juga berpendidikan tinggi. Sama seperti saya dan kebanyakan pembaca SaifulSham. Saya masih ingat ketika saya kecil dahulu, makcik saya memberitahu ibu saya di hadapan saya,
“Biarlah anak belajar tinggi-tinggi, kita waktu tua nanti tak ada apa-apa yang boleh diharap melainkan anak-anak kita untuk jaga kita. Anak-anak adalah pelaburan kita.” Kata makcik saya tersebut kepada ibu saya.
(Itu ayat merendah diri. Makcik saya sebenarnya orang senang jugalah.)
Makcik saya juga berpesan kepada saya supaya belajar tinggi-tinggi supaya boleh jaga emak. Seringkali ibu bapa saya menyuruh saya mencontohi pencapaian akademik anak-anak pakcik dan makcik saya itu.
Itu kisah dahulu, ketika saya kecil.
Fast forward ke hari ini.
Sepupu-sepupu saya, anak-anak pakcik dan makcik saya yang tersebut semuanya berjaya-berjaya. Senang-senanglah juga orangnya. Sama seperti kita semua. Ada yang menjadi pensyarah, ada yang menjadi jurutera dan kerja sehingga ke Arab sana.
oldperson
Baru-baru ini, pakcik saya terkena strok.
Sebelah badannya lumpuh.
Beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Syarikatnya juga tidak dapat diuruskan sebab hanya beliau yang running syarikat tersebut dan anak-anak beliau tidak terbabit secara langsung (atau ada sebab2 lain, saya tidak tahu).
Jadi apabila syarikat tersebut tidak beroperasi, terhentilah pendapatan pakcik saya.
Saya ingat semuanya okaylah. Lagipun pakcik saya orang yang berpelajaran dan berada. Anak-anaknya pun ramai dan kesemuanya pun berpelajaran. Sudah tentulah beliau mempunyai “safety net” ataupun retirement planning yang telah di atur lebih awal.
Tetapi ini senario yang diceritakan oleh ibu saudara saya mengenai keadaan pakcik saya itu:
1) Keretanya akan ditarik bank kerana telah tertunggak
2) Pinjaman rumahnya pun sudah tertunggak
3) Pakcik saya menangis mengenangkan apa yang telah terjadi apabila dilawati oleh bapa saudara saya.
Kereta kena tarik, saya tak kisah. Tariklah. Pakcik saya ada kereta lain. Tetapi rumah? Saya pelik sebab pakcik saya umurnya sudah 60 tahun lebih. Takkan pinjaman rumah belum habis bayar. Saya bertanya kepada ibu saudara saya, berapa sebulan bayaran pinjamannya. Saya ingatkan banyak, rupanya RM 300 sahaja.
Saya tidak tahu sama ada anak-anak beliau tahu apa yang terjadi. Saya pelik, bukan banyak sangat yang diperlukan. Kenapa anak-anaknya tidak membantu?
Anak-anak tidak tahukah apa yang terjadi kepada ibu bapa sendiri?
Saya sangat sebak, apabila mendengar kisah ini. Selisih malaikat jika ia terjadi kepada saya tatkala tua dan saya mohon supaya saya tidak menjadi seignorant itu.
Ibu saudara saya menambah (dan saya rephrase kan supaya lebih tepat):
“Memanglah RM 300 sahaja nak bayar rumah ayah. Tapi anak-anak semua hidup tak ingat. Kereta nak kereta besar. Rumah beli rumah besar-besar kat KL. Gaji besar, belanja banyak. Semua duit habis ke kereta, anak bini dan rumah. Lupa kat mak ayah.
Cik De (panggilan ibu saudara saya) paling sedih. Ayah We (panggilan kepada pakcik saya) tu dah 60 tahun. Dah terbaring macam tu. Haji tak pergi lagi. Terbaring macam tu, dah sure dah tak akan pergi. Anak-anak dia tak fikir ke nak hantar ayah ngan mak tu pergi Haji dulu, waktu diorang sihat.
Diorang bukan orang susah. Masing-masing kerja senang-senang. Bukannya baru kerja. Dah bertahun-tahun. Adik beradik pulak ramai, tak kan lah tak boleh-boleh nak hantar mak bapak pergi haji lagi.
Rumah tu pun tak kan lah tak boleh selesaikan sendiri. Gilir-gilir ke kalau tak mampu sorang nak bayar. Ini sampai ayah kena menangis macam tu. Sepatutnya dekat akhir-akhir hayat ni tak payahlah ayah dah nak kusut-kusut fikir benda cam ni. Anak dah besar, dah senang. Pandailah uruskan.”
Untuk pengetahuan anda, pakcik dan makcik saya ini selain dari senang, mereka juga bolehlah dikatakan alim juga. Wallahualam. Tetapi dari apa yang saya nampak begitulah. Saya amat yakin, jika mereka ada kemampuan untuk mengerjakan Haji, sudah lama mereka mengerjakan Haji.
Setelah mendengar apa yang ibu saudara saya ceritakan saya rumuskan begini. Ayah We saya dan anak-anaknya nampak sahaja berada. Beliau adalah satu contoh klasik golongan kelas menengah hari ini. Mungkin Ayah We saya membelanjakan banyak wang untuk menyekolahkan anak-anak beliau sebelum ini. Mungkin sebab itulah beliau tidak mempunyai simpanan wang persaraan yang mencukupi.
Untuk kredit sepupu-sepupu saya, mereka sebenarnya bukanlah golongan yang ignorant. Mereka juga bukanlah jahat macam selalu digambarkan drama-drama TV sebagai anak tidak mengenang jasa. Pada saya, mereka juga adalah klasik kelas menengah di negara kita hari. Di samping itu mereka juga tidak sangka ibu bapa mereka sebenarnya tiada simpanan juga, sebab mereka lihat semuanya okay.
Ini Lesson Learnt Yang Saya Pelajari & Saya Cuba Ingat Sampai Bila-bila:
1) Sentiasa bantu ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memerlukan (terutama yang rapat dengan kita) walaupun mereka tidak meminta. Mungkin mereka segan dengan kita, tetapi sebenarnya sangat-sangat memerlukan bantuan.
Kadang-kadang kita terlepas pandang. Kalau Cik De saya tidak bercerita mengenai Ayah We saya, saya pun tidak tahu. Tahukah anda kemungkinan ibu bapa anda yang anda rasa senang itu, tidaklah senang rupanya?
2) Rumah, tidak boleh nak elak. Kita perlu. Tetapi kereta baru tidak perlu. Selagi tanggungan kita masih ada, pakailah kereta sekadarnya yang mampu. Lagi baik jika beli kereta 2nd hand cash dan gunakan wang peruntukan untuk bayar pinjaman tersebut untuk menggembirakan orang-orang yang rapat dengan kita.
RM 800 untuk pembayaran kereta tersebut, boleh membuatkan sekurang-kurangnya EMPAT orang yang kita sayang gembira.
Adakah kita nak menggembirakan hati orang yang kita tak kenali dan berjumpa di lampu isyarat selama 5 minit dengan kereta kita yang lawa atau kita hendak menggembirakan hati orang yang kita sayang?
Doa-doa empat orang yang tersayang tadi lebih mudah dimakbulkan Allah, sudah tentunya mereka akan bersyukur dan mendoakan anda lebih murah rezeki dengan bantuan anda. Ini adalah short cut kepada kejayaan yang lebih lagi.
Memanglah, lebih bagus jika kita dapat melakukan kedua-duanya sekali. Berkereta mewah seperti orang lain dan juga membantu mereka yang memerlukan. Namun yakinkah kita bantuan kita itu mencukupi, dan kita telah membantu semua yang layak dan kita tidak terkhilaf dalam penilaian kita?
Sama-sama kita renung sejenak.

Point saya:

Bayar cash kereta 2nd hand, gunakan bajet untuk bayar kereta itu untuk menggembirakan mereka yang kita sayang. Saya tak mahu bercakap pasal kepentingan retirement planning dan kepentingan sistem dalam bisnes. Ia obvious. Anda dapat lihat kemalangan yang terjadi. Ia mungkin berlaku kepada kita juga.
Permintaan Saya: Ini kisah benar yang terjadi kepada sanak saudara saya. Saya ceritakan 100% tanpa pengolahan sebab saya tak tahu macam mana nak ceritakan tetapi pada masa yang saya memberi impak yang mengesankan. Jadi saya cerita as it is supaya kita sama-sama dapat pengajaran darinya.
Elakkan dari mengkritik watak-watak dalam cerita ini walau apa pun pendapat anda. Anda boleh mengkritik saya, tetapi jangan mengkritik mereka. Mereka mungkin terlepas pandang.
Anda digalakkan berkongsi lesson learnt di ruangan komen dan apa yang anda dapat dari kisah ini, tetapi sekali lagi saya minta, jangan mengkritik sama ada pakcik saya ataupun sepupu-sepupu saya. Yang dah lepas dan terjadi kita tak boleh ubah. Kita hanya boleh belajar supaya ia tidak terjadi kepada kita.
Yang Sebak,
Sabri

 
Pas Chuar added a new photo.

Assalamualaikum & selamat pagi.....




Sampaikan... Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini.. ✅😧Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya. Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi. Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" Ayah: "Silakan." Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." Anak: "Itu je?" Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." Anak: "Wah..nak tahu.." Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." Anak: "Apa dia?" Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." Anak: "Alhamdulillah. Kedua?" Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.." Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati. Nak "FORWARD"? Teruskan dan jangan tangguh...
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan