Rabu, 18 Disember 2013

LAIN KALI CARI PEMIMPIN YANG BERAKAL...CARI YANG TAK CAKAPNYA BERBELIT2...CARI YANG TAK KAKI TIPU...MENCARI PEMIMPIN YANG AMANAH DAN TAQWA ADALAH SURUHAN AGAMA...JIKA TIDAK.....PADAHNYA...SAHAM MAKSIATNYA/TIPUNYA/BELITNYA/KELEPITNYA/DLL SAMA2 TANGGUNGLAH

MP: K'jaan S'gor banyak 'kerenah birokrasi'

MP Shah Alam Khalid Abdul Samad menegur pentadbiran kerajaan negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa menimbulkan banyak “kerenah birokrasi” sehingga menimbulkan konflik dengan pemaju.

NONEKonflik berkenaan seterusnya menjejaskan pembangunan di Selangor, kata Khalid yang memberi contoh dua projek di kawasannya – pembinaan jalan alternatif ke Padang Jawa dan juga pembinaan satu kompleks pameran perabot.

Katanya, kerajaan negeri dan PBT sepatutnya dapat mentadbir dengan bersih dan pada masa yang sama menjalin kerjasama yang baik dengan sektor swasta.

"Perhubungan kerajaan negeri, pihak berkuasa tenpatan dan pemaju tidak patut 'berlaga' antara satu sama lain.

"Kerajaan negeri boleh jadi kerajaan yang bersih tanpa korupsi walaupun dengan kerjasama baik dengan sektor swasta," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Khalid menjelaskan, kerajaan negeri telahpun meluluskan pembinaan jalan alternatif ke Padang Jawa pada awal tahun ini bagi mengatasi masalah kesesakan di satu-satunya jalan sedia ada.
Mengulas isu pembinaan jalan alternatif Padang Jawa, Khalid berkata satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan tersebut tidak mampu menampung jumlah kenderaan, yang menyebabkan berlaku kesesakan.
Namun pembinaan projek jalan alternatif menghubungkan Padang Jawa ke Seksyen 17 itu masih belum dijalankan.
Jelasnya, masalah berkenaan pada awalnya timbul kerana jajaran jalan tersebut perlu merentasi kawasan sebuah kuil.
"Pihak kuil telah menyatakan sokongan mereka untuk memberi sedikit tanah sebanyak tiga ekar dari kawasan kuil bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan jalan alternatif.
"Namun sehingga kini MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam)  tidak memulakan projek tersebut," kata beliau.
"Kita tidak mahu rakyat di Padang Jawa menganggap rancangan itu tidak dibuat kerana mendapat bantahan daripada pihak kuil," katanya.

Masalah birokrasi melibatkan MBSA seperti itu turut menjejaskan satu projek pembinaan kompleks pameran perabot di satu kawasan bersebelahan Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam.
Jelasnya, kelulusan projek dipenuhi pada 2008 dan pembinaan pada 2010 namun ia masih gagal disiapkan sehingga sekarang.
"Projek itu sepatutnya dilancarkan awal tahun depan. Pemilik sudahpun memanggil beberapa pereka antarabangsa untuk terlibat namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah 'red tape' (birokrasi)," kata Khalid.
Katanya, maklumat itu adalah berdasarkan dari surat aduan dari pemaju dan pemilik kompleks berkenaan.
Tambahnya pihak berkenaan tidak berpuas hati kerana terlalu banyak dokumen, prosedur dan kelulusan diperlukan daripada MBSA berkenaan pembinaan yang menyebabkan kerja pembangunan berjalan amat lambat.

"Banyak lagi projek yang bermasalah di Shah Alam. saya akan dedahkan satu persatu," kata beliau.
K'jaan BN diingatkan pada manifesto kurangkan tol
3:51PM Dis 18 2013
Anggota Parlimen Kepala Batas daripada BN R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya.

NONEKatanya, dalam akujanji itu, BN secara spesifik berjanji mengurangkan kadar tol antara bandar secara berperingkat-peringkat dalam agenda pembangunan infrastruktur bertaraf dunia dan pembangunan luar bandar.

"Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan oleh pihak kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

"Kenaikan dalam apa sahaja kuantum, akan menyukarkan rakyat khususnya dalam bandar, dan kalangan mereka yang sentiasa perlu menggunakan laluan bertol, baik dalam bandar mahupun antara bandar."

EDISI BONGKAR!!!! ....BETUL KE UMNO/BN SUDAH INSAF????????


Pada 26hb Februari 2012 Presiden UMNO Najib Razak telah secara terbuka menyuarakan rasa keinsafannya kerana banyak buat silap yang menyusahkan rakyat Selangor.. Adakah mohon maaf dan rasa insafnya itu jujur dan ikhlas?????

Lihat saja apa yang berlaku disekeliling kita ... rakyat kini semacam sudah terkejut lagi jika ada perkhabaran ada barang yang bakal naik harga.

Aapabila naik sudah pasti hidup rakyat bertambah terseksa dan menderita ... Adakah najib sudah benar-benar menyesal dan insaf???????

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.
Peguam: Bukti gred A atau B tak masuk akal

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah adalah perkara yang tidak masuk akal.

Katanya, bukti berkaitan sepatutnya ditentukan oleh mahkamah dan bukannya oleh kementerian yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.

NONE"Ia tidak masuk akal. (Bukti) gred A, gred B bukan kita tentukan. Mahkamah tentukan.

"Kalau ada 10, 20 bukti, yang kita nak lawan, seterunya adalah Zahid Hamidi, dan bukan pegawai kerajaan," katanya dalam satu sidang media media tersebut.
Beliau mendakwa, dalang sebenar dalam isu ini ialah Ahmad Zahid yang mula-mula menimbulkan tuduhan ke atas Mohamad Sabu dalam ucapan di perhimpunan agung Umno, 7 Disember lalu.

"Beliau adalah dalang sebenarnya... Tiada provokasi (tentang isu) Syiah, (tetapi) tiba-tiba sahaja (ditimbulkan oleh Ahmad Zahid.

"Isunya tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, kenyataan awal (Ahmad Zahid) pun sudah memfitnah. Keluar 100, 200 bukti pun tidak bermakna. Kita tidak perlu menafikan," kata Mohamed Hanipa.

NONEAhli parlimen Sepang itu menambah beban pembuktian tuduhan kepada Mohamad perlu dijelaskan oleh pihak yang menuduh dan pihak Mat Sabu tidak perlu menjawab tuduhan tersebut.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS menjawab soalan pemberita bahawa KDN mempunyai bukti "gred A" dan "gred B" yang didakwa boleh mengaitkan Mohamad sebagai pengikut Syiah.

Bukti Gred B itu merujuk kepada 10 bukti yang didedahkan KDN dalam sidang media pada 12 Disember lalu, yang antaranya mengaitkan kekaguman Mohamad kepada pemimpin revolusi Iran Ayatullah Khomeini,

KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu - dirujuk sebagai 'Gred A' - yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah tetapi tidak akan didedahkan.

Ulasan terakhir isu Syiah
Dalam sidang media itu juga, Mohamad yang juga bekas tahanan ISA berkata beliau tidak akan membuat kenyataan lanjut berhubung dakwaan itu selepas ini dan menyerahkannya kepada barisan peguamnya.

NONEKatanya beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian berkaitan isu semasa yang lain seperti kenaikan harga barang, minyak dan amalan rasuah.

"Mulai sekarang sehingga perbicaraan kes ini, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan lagi, sebarang bentuk penjelasan, semuanya saya serahkan kepada pihak peguam, atau apa-apa yang bersangkut paut dengan pihak saya," katanya.

"Saya nak bercakap tentang kenaikan barang, rasuah, Rosmah (Mansor) naik jet pergi Abu Dhabi, rakyat banyak susah, (apa sebab) nak bercakap hal ini (lagi)," katanya sambil diiringi gelak ketawa wartawan dan hadirin.
Penyelidik temui ribuan kecacatan di hospital awam

Kaedah pemerolehan kerajaan untuk projek pembinaan mungkin membawa kepada ribuan kecacatan pada projek itu, termasuk empat hospital awam, yang membahayakan keselamatan.

Menurut sebuah kajian universiti pada 2011, ini tidak termasuk kemudahan pendidikan yang juga menggunakan kaedah "reka dan bina"dan kemudian didapati tidak cukup baik.

Kajian oleh penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dibentangkan dalam sebuah persidangan di Singapura.

Ia mencadangkan, kaedah pemerolehan kerajaan menyebabkan sejumlah besar wang terpaksa dikeluarkan untuk kerja-kerja pembetulan 'reka dan bina' dalam projek antara 2005 hingga 2010 (bawah Rancangan Malaysia ke-9)," laporan itu dipetik.

Ia disediakan oleh empat penyelidik, iaitu Haryati Mohd Isa, Padzil@Fadzul Hassan, Masnizan Che Mat, Zarina Isnin empat Zulkifli Sapeciay.

Anwar: Shafee bohong dalam afidavitnya

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan rayuan terhadap pembebasannya daripada kes Liwat II dan sedang memohon menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan, mengemukakan ketidakselarasan dalam afidavit balas peguam kanan itu.

Ketua umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga mendakwa, terdapat "cita-cita" yang diketahui bahawa Shafee mahu menjadi peguam negara yang akan datang.

Anwar mendakwa afidavit Shafee bertarikh 14 Disember 2012 berkata, fakta bahawa Shafee mahu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail itu diketahui ramai di kalangan pengamal undang-undang dan pegawai polis.

"Ini menjelaskan kenapa Shafee kritikal kepada Gani, seperti dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) (bekas ketua CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrhaim)," katanya dalam afidavit balas.
S'gor halang kenaikan tol 3 lebuh raya

Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

NONEPenasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.
Rafizi: Pemegang konsesi tol sudah mewah
  • Rafizi Ramli Rafizi Ramli
1 / 1
PETALING JAYA - Pemegang konsesi tol di negara ini telah pun menikmati keuntungan 'luar biasa' sehingga mencecah 61 peratus keuntungan bersih sebelum cukai dan kadar tol tersebut dipercayai antara yang tertinggi di dunia.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa pemegang konsesi yang dikuasai kerajaan itu seolah-olah 'lupa' terhadap pertambahan kenderaan di lebuh raya setiap tahun yang menyumbangkan keuntungan berlipat ganda itu.

"Dalam perjanjian konsesi telah menetapkan sasaran kenderaan yang perlu menggunakan lebuh raya, apabila jumlah kenderaan meningkat, keuntungan juga meningkat.

"Apabila kerajaan mahu menyemak semula kadar tol itu, ia menghina rakyat di kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah terlalu tinggi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut cadangan dan alasan kenaikan tol seperti mana yang dipertahankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar semalam sambil mengatakan pengguna jalan raya boleh membuat pilihan jika kenaikan tol terlalu tinggi, Rafizi menyifatkan ia sebagai kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Menurutnya, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya meningkat saban tahun.

"Pada 2010, Lebuhraya Plus menyaksikan peningkatan kepada 8 peratus melibatkan 417 juta kenderaan setahun manakala Lebuhraya Maju Expressway pada tahun sama mencatatkan kenaikan tertinggi iaitu 8.1 peratus membabitkan 78,982 kenderaan sehari.

"Dalam keadaan kos operasi yang rendah (kurang 10 peratus setahun), keuntungan yang dinikmati merupakan antara tertinggi berbanding industri lain," dakwanya.

Beliau menegaskan kenaikan itu juga 'tidak masuk akal' kerana majoriti daripada pemegang konsesi dikuasai kerajaan malah syarikat terbabit mendapat bantuan kewangan dan subsidi daripada kerajaan untuk melaksana dan mengendalikan lebuh raya bertol.

"Saya membidas sekerasnya keangkuhan Wahid yang memberi kata dua kepada pengguna jalan raya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan itu.

"Beliau (menteri) seolah-olah tidak duduk di negara apabila tidak memahami kepayahan rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang," katanya lagi.

EDISI KANTOI TERLONDEH !!!! AKHIRNYA TERBUKTI SUDAH KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK KAKI PENIPU DAN MUNGKIR JANJI!!!!!


PUTRAJAYA, 20 Sept 2011– Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.

19 Januari 2013
- “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....

“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pendengar radio SelangorBN.FM ketika diwawancara DJ radio itu M Kavimani atau DJ Kavi sejurus melancarkan siaran radio berkenaan di Ibu Pejabat Umno Selangor, di sini jam 12.30 tengah hari semalam.

Itu adalah petikan kata-kata Najib Razak sebelum PRU 13 yang lalu ..Hakikatnya selepas PRU 13 jelas sekali Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan beliau amat kuat menipu dan mungkir janji.

Akhirnya tuduh pihak lawan sedangkan pertuduhan itu adalah hak mutlak UMNO/BN sendiri.

Contoh terbaik AKU JANJI UMNO/BN tol akan diturunkan secara berpringkat-peringkat dalam tempoh 5 tahun .. akhirnya jadi apa??? Bukannya turun tetapi naik secara mendadak!!!!
'Rasuah satu peratus saja sudah cukup tinggi'

Jika rasuah mewakili kurang daripada satu peratus daripada anggaran kerugian RM174 bilion melalui pelarian wang haram pada 2011, ia masih jumlah yang tinggi, kata PKR.

NONEMenolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Bank Negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menurunkan kadar pelarian wang seperti didakwa.

"Mengatakan hanya sebahagian kecil rasuah tidak relevan," kata ketua umum PKR dan ketua pembangkang itu.

"Hatta jika jumlahnya RM1 bilion, ia masih jumlah yang besar."

Anwar berkata, GST tidak akan memberikan kesan kerana barangan yang dieksport berkadar sifar.



18 December 2013

Sesungguhnya dijajah oleh bangsa sendiri lebih perit dari dijajah oleh kuasa asing

Ramai masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan pencerahan Abdul Wahid Omar, orang baru dalam kabinet Malaysia berhubung dengan isu tol sekarang ini. Saya amat terkejut dengan jawapannya dan telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Saya ingin menambah sedikit lagi tentang jawapan seorang tokoh perbankan yang terkenal yang sekarang di masukkan ke dalam Jemaah Menteri Malaysia.
Tentulah seorang tokoh perbankan itu di masukkan ke dalam Jemaah Menteri itu bersebab, iaitu untuk menambah nilai dan kekuatan kepada Jemaah Menteri kita itu untuk kepentingan rakyat. Walaupun ramai telah mengalu-ngalukan beliau menyertai kabinet dengan harapan menggunung, tetapi saya tidak berasa begitu sejak dari awal kemasukan beliau, kerana UMNO itu adalah pelemah kepada pemikiran manusia. Sekarang Wahid sudah menjadi mangsa UMNO yang terakhir sekali.
Bukan Wahid orang yang pertama yang bergelar ahli korporat yang menyertai kabinet Malaysia tetapi sebelum ini ramai telah dibawa masuk tetapi mereka tidak boleh mengubah UMNO itu, tetapi mereka diubah dan dipengaruhi oleh ‘attribute’ jembel kabinet negara itu.
Isu tol ini perlu mendapat tentangan dari rakyat kerana ia amat tidak adil dan kandungan perjanjian yang tidak diketahui umum itu memeritkan rakyat tidak terkira. Pada 1hb Januari yang akan datang ini (2014), 15 pemegang konsessi akan menaikan tol dari .50 sen sehingga RM2 dan ini merupakan tindakan yang sangat tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat yang sudah tersedia menderita sekarang ini.
Kerajaan mesti berunding untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat dalam isu ini. Kita tidak mahu jawapan seperti yang diberikan oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang tidak tahu jika mengikut perjanjian konsessi itu kadar tol akan bertambah mengikut waktu yang dipersetujui dan itu pun sebabnya rakyat marah. Ada yang memberi komen, “This boy looks smart, but only until he opens his ass”.
Dalam hal tol ini kerajaan nampaknya begitu bersimpati dengan semua pemegang konsessi dan menjadikan kandungan dalam perjanjian konsessi sebagai halangan untuk kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi perjanjian Royalti minyak kerajaan Pusat tidak teragak-agak menggunakan ototnya untuk tidak menghormatinya. Dalam isu Royalti minyak keengganan kerajaan Pusat untuk menghormati perjanjian itu juga mengorbankan rakyat. Justeru segala-gala perbalahan akan memaksa rakyat untuk berkorban.
Buat masa sekarang ini semua pemegang konsessi perlu memberitahu rakyat bila dan masanya tol akan dinaikkan seperti terkandung dalam perjanjian itu. Rakyat perlu diberitahu kerana ia membabitkan kehidupan rakyat yang kini sedang menghadapi masalah kehidupan dan mereka jugalah yangt dijanjikan oleh kerajaan yang mereka akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara kita akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.
Kenapa rakyat diperlakukan sedemikian rupa oleh pemerintah? Kenapa pemerintah menjadi masalah kepada rakyat dan kenapa pimpinan begitu bebal dan tidak memahami keadaan rakyat yang semakin susah dengan kos perkkhidmatan dan barangan yang melambung tinggi?
Rakyat sedang menunggu dengan perasaan gundah gulana. Mereka akan dicukai melalui percukaian GST sebanyak 6 peratus. Rakyat sedang bertanya menjelangnya April 2015 berapa harga dan perkhidmatan semasa itu? Jika harga barangan dan perkhidmatan melambung naik sebelum GST dilaksanakan, 6 peratus itu adalah berdasarkan kepada harga yang sudah melambung itu.
Ssungguhnya kerajaan hari ini mesti berhenti dan berundur. UMNO wajar mengundurkan barisan pimpinan hari ini jika parti itu mahu kekal memerintah. Jika ia tidak dilakukan keseluruhan UMNO dan komponennya akan diundurkan oleh rakyat. Mereka ingat saranan untuk mereka berhenti dan bersara itu adalah saranan yang main-main.  Najib, Muhyiddin dan semua pimpinan UMNO hari ini sepatutnya mengangkat tangan menyerah diri kepada rakyat dan lakukan tindakan yang disanjung rakyat, iaitu berundur dari jawatan dan tanggungjawab sekarang.
Bukan tidak ramai dikalangan ahli Kabinet Malaysia yang bersama merasakan kelemahan UMNO pimpinan Najib ini, tetapi tidak siapa berani bertanggungjawab dengan menzahirkan kepada Najib, ‘you have to go’. Tetapi mereka semuanya takut kerana mereka takut kepada menghadapi kenyataan. Mereka rela berdiam diri dan memerhatikan parti mereka dan kerajaan yang mereka sertai itu menjadi hina dari masa ke semasa. Justeru mereka juga adalah kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan dosanya sama dengan si pelaku kesalahan itu.
Ahli-ahli Kabinet mesti berani untuk menegur apa yang tidak betul yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka. Seruan ini bukan sahaja kepada ahli-ahli Jemaah Menteri tetapi juga kepada ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat. Jika semua bertanggungjawab masakan rakyat akan merasakan apa yang mereka rasakan ini kerana mereka mempunyai wakil di dalam Dewan_Dewan Legislatif, tempat mereka bersuara mewakili perasaan rakyat yang ramai.
Tetapi ahli-ahli Parlimen juga tidak bertanggungjawab kerana mereka hanya pandai bersungut dibelakang tetapi mereka tidak mempunyai cukup kekuatan untuk bertindak dan melakukan perubahan bagi pihak rakyat. Mereka lebih menumpukan kepada apa untung rugi peribadi mereka jika mereka bertindak lebih-lebih lagi bertindak menongkah arus.
Kita sekarang sedang menghadapi masalah kos kehidupan yang tinggi dan tidak lama lagi terpaksa membayar tol yang lebih tinggi kerana pembayaran tol yang tinggi itu sudah termaktub di dalam perjanjian konsessi itu. Semua keperluan di kuasai oleh individu secara monopoli. Gula, tepung, beras, air dan banyak lagi dimonopoli oleh segelintiran manusia yang hanya boleh berjaya tanpa saingan. Mereka ini sahajalah yang mendapat keuntungan besar dari keringat ahli-ahli parti selama ini. Mereka ini lah yang melakukan manipulasi terhadap tokoh-tokoh legislatif dan pimpinan  kerajaan sekarang ini.
Itulah sebabnya keresahan rakyat tidak akan selesai selagi masih ada kumpulan ‘law-makers’ dan kerajaan yang boleh dijual beli oleh beberapa ‘East India Companies’ UMNO sekarang ini.
Jika dahulu rakyat negara ini dijajah oleh British dalam ekonomi melalui East India Company, sekarang ini rakyat terjajah oleh syarikat-syarikat besar rakyat sendiri yang hampir dengan kuasa.
Terjajah lagi kita semua. Bila kita kan merdeka tidak dapat kita ketahui. Rasa terjajah oleh kuasa asing tidak seperit dijajah oleh bangsa sendiri. Nak bercakap lantang pula, nanti ada pula pemimpin yang halau kita dari negara ini jika tidak berpuas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan