Sabtu, 28 Disember 2013

JANGAN KITA BERCAKAP BUKAN BIDANG KITA...LEBIH2 MASALAH HUKUM...TAUHID JUGA LAIN2...BANYAK BERLAKU KESILAPAN TAPI TAK MAHU TEGUR....KITA PUN TAK CAMPUR BAB MATA SEBAB BUKAN BIDANG KITA...KERANA BUKAN BIDANG KITA NANTI TERSILAP MEMBERI HUKUM...KADANG2 USTAZ2/USTAZAH2 PUN SILAP... LEBIH2 MASALAH FEQAH SEBAB ADA KHILAF@KHILAFIAH.....KITA DIKENALI SEBAGAI KAUNSELING RUMAH TANGGA KOD LAH BUKANNYA USTAZAH....USTAZ2/USTAZAH2 BUKAN JENIS SUKA MENGAIBKAN ORANG.....FIKIR2 DAN RENUNG2LAH

 

Srikandi KEADILAN ajak Dr Muhaya bincang kos sara hidup

(Ainudin Othman)
final Srikandi LogoKUALA LUMPUR 27 DIS: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengingatkan Dr Muhaya Mohamad supaya berfikiran rasional dan berada dalam situasi sebenar rakyat biasa daripada mengeluarkan kenyataan dangkal mengenai kos sara hidup.
Ini berikutan kenyataan Dr Muhaya, seorang penceramah bebas pada 24 Disember dalam wawancaranya di akhbar Sinar Harian dan video bahawa rakyat Malaysia mesti berhenti merungut dan mengeluh berikutan kenaikan kos sara hidup.
Sebaliknya kata Dr Muhaya, orang ramai perlu melihat kenaikan ini secara positif kerana menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif,, maka hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
Justeru, Siti Aishah berkata, pihaknya bersedia memberi ruang kepada Dr Muhaya untuk berbicara dan memberi pandangan yang bernas dalam membela nasib rakyat.
“Kalau beliau setuju, kita akan buka platfom di gelanggang rakyat untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak,” kata Siti Aishah kepada Keadilandaily.
DR_MUHAYA_SINAR

Dr Muhaya Mohamad dikenali sebagai selebriti TV melalui rancangan ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 dan sering memberi pandangan di akhbar Sinar Harian.
“Ini lagi baik daripada beliau mengeluarkan kenyataan video yang hanya menyerlahkan pandangan peribadinya sahaja. Apa yang dibangkitkan beliau tidak selari dengan apa yang berlaku.
“Beliau perlu berlaku adil dan jangan hanya pandai nasihat rakyat tanpa salahkan punca yang menyebabkan semua kenaikan yang berlaku,” tambah Siti Aishah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57794



Dr. Muhaya Tampil Tegakkan Benang Basahnya..... SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat. Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut. “Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal. “Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap. "Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah. “Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu? “Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya. Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat. “Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan. “Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap. “Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya. Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya. Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.” Posted by Jeebond BLM.
Terbaiklah ustaz.


Dr Asri: Suruh rakyat bersyukur, tetapi pemimpin? SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik. Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat. "...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi.

Kerajaan belum puas ‘sesah’ PETRONAS walau dibayar RM70 bilion setahun

Oleh : NAZLI IBRAHIM
KAJANG 27 DIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memperoleh pendapatan kira-kira RM70 bilion setahun daripada pelbagai bayaran yang dibuat syarikat petroleum negara, PETRONAS.
Pengarah Startegi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, jumlah itu jauh berbeza ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sebagai Menteri Kewangan yang hanya mengutip RM3 bilion sahaja daripada PETRONAS untuk tempoh sama.
Rafizi1-179x300

“Untuk 2014, kemungkinan kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM300 bilion. Dari mana dapat duit ini? Ketika Datuk Seri Anwar dahulu kita ambil daripada PETRONAS dua hingga ke tiga bilion setahun dan tidak pernah lebih.
“Daripada RM70 bilion yang diambil BN, RM30 bilion bentuk dividen setiap tahun, manakala RM40 bilion pula dalam bentuk cukai, eksais, duti dan lain-lain. Dulu kita ambil RM3 bilion boleh cukup, tetapi kini walau ambil RM70 bilion masih tak cukup juga,” katanya.
Rafizi berkata demikian dalam program Wacana Pemuda Turun Kos Sara Hidup yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, di Hotel KK, di sini, malam tadi.
Rafizi berkata, langkah itu akan merosakkan kelangsungan masa depan ekonomi negara kerana sumber kewangan daripada industri petroleum bukan berkekalan.
“Kita tengok Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang perniagaan paling besar adalah kelapa sawit dan getah sahaja.
“Dalam belanjawan 2014 ada satu bajet untuk Strategi Lautan Biru Kebangsaan sebanyak RM40 juta. Bila saya tanya apa itu, jawapan yang diberikan, ‘macam yang Najib sebutlah’.
“Ini menunjukkan pihak berkenaan tidak tahu dan wang itu ikut suka menteri untuk membelanjakannya,” katanya.
Sementara itu, kementerian sama juga menerima peruntukan RM2.5 bilion bagi membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu satu kos yang tidak munasabah untuk kerja R&D komoditi getah serta kelapa sawit.
Rafizi berkata, sikap pemimpin itu membuktikan kerajaan pusat lebih cenderung mengenakan tekanan terhadap rakyat dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, selain memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 berbanding mengawal nafsu berbelanja mereka.
“Kerajaan perkenalkan cukai sebab rasa rakyat tidak menolong, cuma kerajaan sahaja yang memberi. Tengok tahun 2003, kutipan cukai lebih kurang RM60 bilion lebih, berbanding kini yang mencecah sehingga RM190 bilion setahun,” katanya.
-NFN-


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri bidas Prof Muhaya jawab. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik. Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri dan bukan untuk kepentingan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat. "...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi. Prof Muhaya Prof Dr Muhaya Mohamad SHAH ALAM: Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat. Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut. “Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal. “Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap. "Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah. “Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu? “Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya. Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat. “Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan. “Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap. “Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya. Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya. Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”/sinarharian at 12/28/2013 09:30:00 PG
Dr M: Kurang kos, bukan naik harga
  • Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.

Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

“Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri,” katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar,” katanya.

Dalam pada itu, kata Dr Mahathir, pembaziran mampu dielakkan sekiranya kerajaan serius bertindak dan mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan.

“Kerajaan ada kalanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam sebarang bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” kata beliau.

Selain itu, katanya, pendapatan negara boleh ditingkatkan melalui pengurangan kos pengeluaran berbanding menggunakan pendekatan menaikkan harga.

"Konsep ‘cost down’ merupakan salah satu alternatif terbaik bagi mengelakkan pembaziran sekali gus mampu menjana pendapatan. Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimumkan kenaikan harga," katanya.

Jelas Dr Mahathir, perkara sama boleh dilakukan kerajaan.

"Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara namun pada masa yang sama menyifatkan bebanan tersebut tidak harus digalas oleh rakyat sepenuhnya.

2 Disember lalu, Kerajaan mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuat kuasa Januari tahun depan.

Pada 2014, kerajaan dijangka akan menaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Tambang pengangkutan awam LRT dan monorel juga dijangka dinaikkan.

ZALIM SUNGGUH KERAJAAN PR SELANGOR!!!! ... BAKAL MELAKSANAKAN CARUMAN WANITA SELANGOR KHUSUS KEPADA KAUM WANITA TIDAK BEKERJA TERUTAMA IBU TUNGGAL!!!


Tak habis-habis kerajaan PR Selangor menzalimi rakyat Selangor ... macam mana UMNO tak naik angin .. GAPS tak berang, Perkasa tak marah dan JATI tidak mengamuk.

Lepas satu-satu polisi untuk meringankan beban rakyat bawahan di perkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan PR Selangor.

Kalau begini berterusan .. macam mana nak ada peluang UMNO/BN ambil semula pucuk pemerintahan Selangor dari Pakatan Rakyat.
SHAH ALAM - Kerajaan negeri bakal melaksanakan Caruman Wanita Selangor khusus kepada kaum wanita tidak bekerja terutama ibu tunggal dalam masa terdekat  bagi memastikan masa depan golongan itu terbela.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pihaknya sudah mengemukakan kertas kerja kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merealisasikan perkara itu.

“Sekarang kita tunggu pengumuman menteri besar dalam masa terdekat,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Selangor, semalam.

Menurutnya, caruman ini bakal dilaksanakan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk mengiktiraf wanita yang tiada tempat bergantung.

“Skim caruman ini untuk memastikan kaum wanita mendapat caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mereka boleh menggunakan wang ini semasa usia emas,” katanya.

Beliau menambah, salah satu objektif caruman ini dibuat adalah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh yang tidak meminggirkan malah membela nasib wanita.

Katanya, Skim Caruman Wanita merupakan salah satu satu perkara yang terkandung dalam Agenda Wanita Pakatan yang dijanjikan sebelum  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyarankan pusat membeli-belah peka dengan kemudahan khusus buat warga emas dengan menyediakan kawasan rehat dan tempat duduk yang mencukupi.
Anwar diserang lagi dengan isu seks
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
1 / 1
SHAH ALAM - Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks  melalui media sosial.

Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata :

"Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya..

Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan  "cybertrooper".

"Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya.

Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpaksa menukar kata laluan akaun itu.

"Bukan kali pertama, juga sebelum PRU.

"Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.

MENTERI UMNO YANG PALING BANGSAT BIN HAPRAK DALAM DUNIA!!!!



Belum pernah lagi dalam sejarah negara semenjak mencapai kemerdekaan memiliki menteri sebangsat dan sehaprak ini ... belum pernah.  Jenis cakap bukan lagi pakai kepala lutut tetapi tak pakai apa langsung .. cakap ikut sedap mulut ... ingatkan rakyat ini sebiji seketul macam para perwakilan UMNO yang bersidang setiap tahun di PWTC .. Disumbatkan apa cerita pun mereka akan sorak suka tepuk tangan sampai bingit teliga sambil angguk kepala tanda setuju.

Sanggup keluarkan kenyataan yang rakyat sokong padu dengan tindakan kerajaan UMNO/BN 1M'sia dibawah pimpinan Najib Razak menaikkan harga barang.

Ini menteri bukan saja pekak tapi sudah buta hati dan insani .. langsung tidak memiliki sifat ehsan kesihan perihatin pada nasib rakyat bawahan yang sedang bergelumang kesusahan dan keperitan hidup disebabkan kos sara hidup melambung naik.

Dia ni pun wakil rakyat parlimen Kuala Pilah .. warganya hampir 100% orang kampong yang hidup sebagai petani dan kerja-kerja kampong.

Apakah dia tidak sedar semuanya ini?.... Inilah akibatnya kalau terlalu rajin sangat lihat program Maharaja Lawak Mega di Astro. .. cakap lebih lawak dari peserta Maharaja Lawak Mega.

Kalau ya pun nak melawak apakah wajar nasib rakyat yang sedang menderita dijadikan bahan lawak????

Cish!!!! Jenis dapat jadi menteri cium tangan Najib!!!

Maliki: Saya bimbang rakyat dah tak nak bercakap
  • Mohamed Maliki Mohamed Rapiee Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
1 / 1
BANGI - Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyatakan kebimbangan dengan situasi penjawat awam yang dilihat tidak sensitif terhadap isu rakyat ketika ini terutamanya dalam menangung kos hidup.

Mengambil contoh satu kejadian baru-baru ini, Maliki berkata, seorang pegawai dari agensi awam berkata, sekiranya rakyat ingin membeli rumah teres bernilai RM300,000  sektor tersebut telah menyediakan banyak pilihan untuk dibeli.

"Pegawai berkenaan berkata, 'cuba cari di Dengkil. Kenapa mesti semua nak beli di kawasan KLCC, orang muda semua nak ‘enjoy’ begitu. Sedangkan saya ada dalam mesyuarat itu.

“Saya beritahu menteri, saya duduk di Bangi, saya merayau sampai ke Beranang, Pajam untuk cari rumah.  Saya cari, memang tak ada. Cuba cari sekarang ini rumah harga RM300,000 di Dengkil. Memang tak ada.

“Itu contohnya pemikiran seorang penjawat awam dengan hakikat yang sebenar rakyat bawahan, pelaksana dan pembuat dasar yang tak faham suasana sebenar di bawah. Jadi, kalau ini tak dapat ditemukan, jangan bercakap soal mendengar itu tadi,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual khas, hari ini.

Dalam pada itu, Maliki turut menyentuh soal pemikiran penjawat awam yang dilihat tidak faham situasi sebenar golongan rakyat bawahan.

"Saya bimbang kalau rakyat sudah tak mahu bercakap. Saya berharap rakan-rakan, tuan-tuan menteri yang bijak pandai ini, jangan melompat, melenting kalau rakyat bercakap.

"Menteri-menteri yang terlibat sepatutnya tidak melenting apabila rakyat menyuarakan kesusahan mereka.

“Kerana selagi mereka mahu bercakap, maknanya komunikasi masih wujud," jelasnya lagi.

Tambah Maliki, baik menteri mahupun penjawat awam lain perlu berubah menjadi pendengar yang baik.

Dalam hal ini, Maliki mengambil contoh paling hampir dengan masyarakat iaitu hubungan antara bapa dan anak.

“Kalau kita jadi bapa, anak kita merungut, merajuk, itu maksudnya dia masih menganggap kita sebagai tempat bergantung tetapi apabila dia sudah tidak merungut, kita masuk rumah dia keluar,  ajak makan tak mahu, itu apa petandanya?

“Sama ada dia masuk bilik ambil tali atau dia memberontak balik,” katanya.

Jelasnya, beliau bukan berniat untuk mengugut, namun itu hakikat yang berlaku pada masa kini.

“Saya bukan mengugut atau mengancam tapi di mana-mana begitu. Jadi, cubalah.

"Zaman selesa sudah berlalu maka kita kena ubah,” katanya.

Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

Riza_AzizKUALA LUMPUR 27 DIS: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.
Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.
Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankan sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.
Laporan Sarawak Report itu turut mendedahkan penglibatan Riza dibelakang pembikinan filem ‘The Wolf on Wall Street’.
Los Angeles Times melaporkan, filem ‘R-rate’ itu menelan belanja sekitar USD 100 juta.
Sarawak Report turut bertanyakan tentang soalan: ‘Dari mana wang ini datang?’
Malah, lebih mengejutkan penglibatan jutawan Taek Jho Low sebagai rakan rapat Riza Shahriz. Jho Low sebelum ini dilaporkan berkata bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah ‘kawan baik’ kepadanya.
Nama Jho Lho sebelum ini dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wanita Amerika Mempertahankan Islam, Tamparan Kuat Buat O...

Written By canang on Jumaat, 27 Disember 2013 | 12/27/2013 03:00:00 PTG


My Islam Media
TV Channel · 70,339 Likes
Seorang wanita Amerika memberi tamparan yang hebat ke muka Obama setelah menyuarakan bantahan terhadap pembunuhan orang-orang islam yang tidak berdosa. Begitu berani wanita ini sehingga dapat mematahkan ucapan presiden Amerika itu dan menyebabkan dia terdiam..


Tokoh Syiah Ini Usulkan Karbala Jadi Kiblat Umat Islam

Written By canang on Sabtu, 28 Disember 2013 | 12/28/2013 10:34:00 PG


Perdana Menteri Pemerintah Boneka AS di Iraq, Nuri al Maliki, menyatakan bahwa Karbala lebih layak utuk dijadikan kiblat shalat daripada Ka’bah di Mekkah.

“Karbala seharusnya menjadi kiblat umat Islam dunia. Karena di sana ada kuburan Imam Husain,” kata tokoh Syiah itu dalam sebuah acara peringatan Husein radhiyallahu 'anhu seperti dilansir Situs Komunitas Pembela Ahlul Bait dan Sahabat (Koepas), Kamis (26/12).

Dalam acara itu, Al-Maliki merencanakan untuk mengembangkan terus kota ini hingga layak untuk dijadikan tujuan ziarah umat Islam.

Pernyataan Al-Maliki yang memancing kemarahan sebagian umat Islam itu juga banyak beredar di jejaring sosial. Selain dalam berita teks, pernyataan itu juga diunggah dalam bentuk rekaman suara dan video, lansir Fimadani, Jum'at (27/12).

“Kita harus menyiapkan kota Karbala’. Karena kota ini tidak hanya dikunjungi saat hari Asyura’ saja, tapi juga setiap hari Jumat, bahkan setiap shalat lima waktu, karena Karbala’ adalah kiblat.”

Beberapa saat pasca statemnennya tentang Kiblat muncul, di jejaring sosial Syiah beredar gambar-gambar ejekan terhadap Ka’bah, dengan foto background tanah Karbala di belakangnya. Kemudian di atas Ka’bah tertancap bendera Syiah warna merah bertuliskan kalimat “Yaa Hussein”. [AM/Fimadani/Bersamadakwah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan