Khamis, 19 Disember 2013

BILA NAMPAK DUNIA SAJA....BERERTI LUPA SYURGA DAN NERAKA...LUPA MATI DAN ALAM BARAZAH YANG GELAP GULITA...TINGGAL SORANG DIRI....LUPA HARI DIBANGKITKAN SEMULA...BERMAKNA ORANG NI TAK CERDIK/JAHIL

KUALA LUMPUR: Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar)  kononnya  Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.

"Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.

"Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah  BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.

"Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh," jelasnya.

Dr  Hatta menambah, Kelantan selama ini telah melahirkan pelajar yang mempunyai pendidikan terbaik serta golongan profesional serta usahawan yang berjaya.

Malah turut menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin mendalami pendidikan Islam sehinggakan dapat menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara dalam bidang pendidikan Islam.

"Selama ini kita melihat Kelantan telah melahirkan ramai pelajar yang terbaik dalam segala  bidang termasuk pendidikan agama dan mampu melahirkan ilmuwan dalam pendidikan Islam.

"Malah ramai golongan profesional dan korporat yang juga berasal dari negeri ini termasuk mereka yang memegang jawatan tinggi di sektor awam.

"Bukti ini jelas menunjukkan Kelantan bukan sebuah negeri yang mundur jika dibandingkan negeri lain, malah lebih maju lagi. Kalau mundur mana mungkin kita dapat melahirkan individu yang hebat," sambungnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat meminta Kamaruddin lebih berhati-hati dalam percakapannya dan jika ingin membuat perbandingan dari segi fizikal perlu membandingkan Sabah dan Sarawak yang sejak dahulu di bawah pentadbiran BN.

Katanya lagi, Kamaruddin tidak perlu bercakap seperti ‘tong kosong’ hanya semata-mata ingin mendapat tempat dalam BN.
PERKEMBANGAN  pasca Perhimpunan Agung Umno ke-67 yang lalu, termuat satu rencana bertajuk “Menjana pewaris beridealisme Islam” (Berita Harian, 16 Disember 2013). Penulisnya ialah Yang Dipertua YADIM, Dr Asyraf Wajdi Dusuki bekas pensyarah UIAM dan juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 2008 di parlimen Tumpat.
Tujuan rencana tersebut, pertama sebagai penegasan betapa Umno sebuah parti yang membawa agenda membela bangsa dan agama, dan keduanya sebagai sesi muhasabah atas ucapan Presiden Umno akan pentingnya perkaderan sebagai teras perjuangan.
Wajar dinyatakan, sebagaimana penegasan ucapan dasar Presiden Umno (dileterkan sebagai pengisian transformasi), isu membela bangsa Melayu (baca: memperteguh ekonomi Melayu) adalah transformasi pertama, membela agama (baca: mempertegak maqasid syariah) adalah transformasi kedua dan perkaderan (baca: memperkukuh perkaderan parti) adalah transformasi ketiga.
Ini antara tiga daripada lima transformasi Umno (dua transformasi lagi adalah mempersiaga jentera dan menetap petunjuk prestasi utama). Semuanya dileterkan secara retorika demi menampilkan kepimpinan Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib) sebenarnya boleh diyakini ke arah memenuhi masa depan Umno.
UMNO PENGASAK UTAMA KEMARAAN PAS
Topik ini sengaja direncanakan bertujuan menghidupkan idea ucapan dasar Presiden Umno kepada suatu pembikinan strategi menuju realiti. Begitu pula, penulis berminat menelitinya kerana ia boleh dijadikan titik pemikiran bersama (para pemimpin dan jentera petugas PAS) untuk memahami perjalanan parti pesaing. Ini kerana Umno sebagai pengasak utama kemaraan PAS, khususnya di kawasan dominasi Islam-Melayu adalah sentiasa sedar bagi memastikan hegemoninya berada dalam situasi kukuh.
Sehubungan itu, PAS sewajarnya mengambil perhatian (dan tindakan) serius atas keazaman parti pesaingnya. Terutama dalam meneliti apa yang dileterkan Presiden Umno, antaranya menyebutkan tujuan perkaderan adalah, “untuk melahirkan pemimpin masa depan mengambil tempoh yang lama, maka parti Umno perlu mengkader ahli-ahli baru dan orang-orang muda supaya parti Umno ini menjadi sebuah parti yang lestari sampai bila-bila”.
Dalam hal ini, maksudnya sama dengan apa yang diolah oleh Dr. Asyraf Wajdi, iaitu “perkaderan bukan sekadar program menarik lebih ramai warga masyarakat khususnya dari kalangan generasi muda untuk menyertai Umno. Perkaderan juga tidak hanya berbentuk program indoktrinasi parti...sebaliknya...adalah satu pendekatan segar, dinamik dan komprehensif untuk melahirkan lebih ramai pewaris perjuangan parti yang benar-benar mampu menjiwai perjuangan berteraskan agama, bangsa dan tanah air”.
Di sini agak jelas, idea utama perkaderan cuba diterapkan ke dalam Umno adalah impian untuk menjadikan generasi pewaris Umno kental komitmen agamanya, tegar kebangsaannya dan mendalam mencintai negaranya. Malah mereka cuba menerapkan agenda Melayu-Islam (sepatutnya agenda umat Islam) menerusi konsep idealisme Islam sebagai teras perjuangan Umno.
Jika demikian maksudnya, sudah pasti Umno sekarang sedang bergerak (sebenarnya bersaing) rapat dengan PAS dari segi teras perjuangan. Justeru PAS tidak seharusnya memandang sepi dengan gelagat dalaman Umno (segelintir golongan muda) yang sedang bekerja keras untuk menampilkan keIslamannya di muka masyarakat.
Sementara PAS, sebagaimana hangat dibahaskan dalam Muktamar ke-59 lalu, kelihatan terperangkap dengan isu-isu untuk memenangi hati pengundi Melayu ekoran kemerosotan undi Melayu dalam pilihan raya lalu. Meskipun isu pengundi Melayu ini adalah sebahagian daripada sasaran untuk menang, namun isi sebenar bagi memenangi hati orang Melayu adalah perjuangan yang tetap di atas landasan Islam.
MENJUARAI ISU-ISU ISLAM
Dalam hal ini, komitmen tinggi PAS seharusnya berkupayaan dalam menangani dan menjuarai isu-isu Islam yang melingkungi kehidupan orang Melayu. Sebagaimana dicatatkan oleh Dr Hamdan Mohamed dalam kajian doktor falsafahnya, sebenarnya PAS selama ini begitu terserlah dalam membangkit, memperjuang dan melaksanakan isu Islam. Terutama dalam usaha meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pelaksanaan sistem masyarakat dan negara berteraskan Islam.
Justeru kajian ini telah dibukukan, maka dirasai amat relevan dan wajib dibaca oleh semua pimpinan dan ahli strategis PAS. Di dalamnya banyak idea segar ke arah memastikan pendekatan terbaik bagi menjuarai isu-isu keIslaman. Sekaligus dapat memperkukuhkan keyakinan orang Melayu (baca: umat Islam) kepada PAS.
Sehubungannya, munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi nanti seharusnya dapat memberi tumpuan kepada isu-isu Islam. Ia perlu diperhalusi dan dijadikan ramuan utama bagi menggerakkan aktiviti PAS sebagai sebuah jamaah Islam yang sedia membawa rahmat untuk semua.
______________
Wan Nik Wan Yussof  ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
ALOR SETAR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memandang enteng tuduhan Syiah yang dibuat pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadapnya dengan menganggap seolah-olah 'kemuncup yang melekat di seluar' sahaja.

"Saya sedar apa yang dilakukan oleh mereka adalah bertujuan untuk menyibukkan kita (PAS) dengan kerja menjawab tuduhan atau membuat penafian.

"Dengan itu pemimpin Umno/ BN berharap usaha kita menggerakkan penentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, tarif elektrik, tol dan sebagainya akan dilupakan," ujarnya.

Sedangkan, katanya, 10 tuduhan yang dibuat KDN untuk mengaitkannya dengan ajaran Syiah langsung tidak berasas dan hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.

Mohamad yang ditemui di majlis Taklimat dan Dailog Menuntut Kenaikan Harga Padi anjuran Belatani di sini berkata, beliau tidak akan melayan atau menjawab semua tuduhan tersebut sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk menguruskan dakwaan Menteri Dalam Negeri mengikut saluran keadilan.

"Saya akan teruskan kerja saya membela rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga minyak, elektrik, tol... isu peningkatan kos hidup, isu GST, TPPA, walaupun pemimpin Umno/BN cuba untuk mengalih fokus saya," tegasnya.
MUNGKIN Haji Mohamad Sabu ialah pemimpin PAS  paling kerap diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang Umno tidak lakukan bagi mendepani Mat Sabu. Di tahan ISA dua kali Mat Sabu tetap istiqamah. Ditangkap dan ditahan dilokap terlalu banyak dan kerap.

Didakwa di mahkamah, dulu, kini dan tidak tahu sampai bila. Siapakah pemimpin PAS yang terpaksa berhadapan dengan lebih 1000 laporan polis selain Mat Sabu? Mungkin laporan sebanyak itu boleh tersenarai dalam Buku Rekod Guiness sebagai laporan yang paling banyak di Malaysia atau di Asia atau mungkin juga di dunia.

Semasa kes Almarhum Mat Indera dahulu, ada yang minta Mat Sabu ditarik  kerakyatan, di buang negara, diancam dengan simbahan asid ke atas beliau dan keluarga, dicuba bakar rumahnya, diganggu ceramahnya, dipotretkan gambarnya dengan bintang tiga dan akhirnya didakwa di mahkamah.

Kita tidak pasti adakah Umno masih mempunyai senarai tuduhan baru di dalam stoknya untuk dilabelkan ke atas Mat Sabu selepas label Syiah. Tidak peritkah insan bernama Mat Sabu jika musuh di luar dan juga kawan di dalam berkongsi menuduh beliau dengan tuduhan Syiah.

Tapi itulah Mat Sabu. Dalam keadaan orang ramai beristirehat di rumah beliau berceramah di seluruh pelosok daerah dan kampung menyedarkan rakyat betapa bobroknya Umno dalam memerintah negara. Jika orang lain gembira meraikan perkahwinan anak gadis mereka, Mat Sabu pula dikepung , dipecah cermin keretanya dengan ganas, digari, ditangkap dan diaibkan saat beliau dan keluarga ingin meraikan perkahwinan anak gadisnya. Untuk Umno, adakah kamu fikir Allah melupakan segala kezaliman yang kamu lakukan ke atas Mat Sabu?

Sebagai peguam beliau, saya hanya boleh menitiskan air mata mengenang bagaimana Timbalan Presiden PAS itu terpaksa tidur di kerusi di luar mahkamah seawal pukul 8 pagi dan dikejut oleh pengawal keselamatan. Apabila ditanya mengapa tidur di situ, beliau memberitahu balik dari berceramah hampir dini hari dan kerana gusar akan lewat menghadiri perbicaraan jika balik ke rumah, maka beliau terus ke mahkamah.

Saya tidak lupa seorang hakim bukan Islam memberitahu saya betapa hormatnya dia kepada Mat Sabu kerana meskipun sibuk, beliau masih menghormati mahkamah dengan selalu hadir ke mahkamah mengikut masa yang ditetapkan.

Pemimpin Umno tersilap besar jika merasakan Mat Sabu akan lemah dengan serangan yang bertubi-tubi dan tidak pernah berhenti. Jika Umno berfikir begitu, jelas Umno belum kenal siapa Mat Sabu. Mat Sabu adalah insan yang makin dituduh makin dirempuh Umno. Makin diancam makin geram beliau kepada Umno. Makin ditangkap makin cekap dia menyerang Umno. Makin didakwa , makin berstamina beliau untuk terus melawan kezaliman Umno.

Bagi saya tuduhan Zahid Hamidi bahawa Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah dan dikatakan Syiah adalah sesat dan mengancam keselamatan negara adalah tuduhan yang paling memualkan saya. Mana tidak mualnya apabila pemimpin Umno bercakap tentang isu sesat. Isu sesat ada kaitan dengan agama dan sejak bila Umno benar benar serius dengan agama? Apabila Zahid bercakap tentang kesesatan Syiah saya terpaksa menutup mulut agar tidak termuntah.

Sejak bila pula pemimpin Umno seperti Zahid seorang yang arif tentang mazhab? Sejak bila pula Umno tiba tiba berminat bercerita tentang akidah ahli sunnah wal jamaah?  Kenapakah apabila pemimpin Umno bercakap menghina hukum dan syariat Islam tidak pula kita dengar Zahid Hamidi bercakap tentang perlunya kita menjaga akidah ahli sunnah wal jamaah? Apabila ada pemimpin Umno menghina janggut Nabi tidak pula timbul isu akidah ahli sunnah wal jamaah? Adakah kini wujud kesesatan terpilih selepas pendakwaan terpilih?

Apabila Zahid Hamidi berucap di Melaka dan meminta polis tembak sahaja para penjenayah tanpa perlu mereka dibicara dan diberi hak membela diri, maka kita ingin tahu adakah ini proses keadilan yang dianjurkan oleh penganut Islam yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah?

Apabila wang negara dibazirkan dengan rasuah, pembaziran, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa adakah akidah ahli sunnah wal jamaah tidak ada masalah kepada hal tersebut?

PENDIRIAN UMNO TENTANG SYIAH

Semasa di Parlimen saya pernah menyuarakan kepada Menteri Luar apakah sebenarnya pendirian Umno tentang Syiah?  Jika semua firqah dalam Syiah adalah sesat mengapakah Kerajaan Malaysia melalui Tun Abdullah Badawi, Dato Seri Shahidan Kasim dan Khairy Jamaluddin menandatangani Amman Message yang berpusat di Jordan yang mengiktiraf mazhab Syiah Jaafariyyah dan Zaidiyyah di samping mazhab Ibadhi dan sunni sebagai mazhab yang diiktiraf sah oleh Islam? Malangnya Menteri tidak dapat menjawab soalan saya sehingga kini.

Untuk makluman Amman Message yang mengiktiraf mazhab Jaafari dan Zaidiyyah sebagai sah di dalam Islam bukan sahaja ditandatangani oleh Malaysia malahan banyak negara Islam lain termasuk ulama besar dari pelbagai mazhab seperti Syaikh Abdullah Al Bayyah, ulama tersohor dari Mauritania.

Jika Umno benar-benar yakin semua firqah dalam Syiah adalah sesat maka paling kurang tunjukkan satu sikap yang konsisten . Janganlah terus menerus menjadi bahan ketawa di dalam dan di luar negara. Tidak malukah kamu , jika di luar negara pemimpin kamu sendiri mengakui mazhab Syiah tiba tiba di dalam negara kamu mengambil pendirian berbeza?

Jika Umno yakin semua firqah dalam mazhab Syiah adalah sesat dan Mat Sabu dikira Syiah kerana memuji pemimpin besar Iran iaitu Ayatullah Khomeini, maka kita minta Zahid Hamidi tolong jelaskan isu berikut.

Mengapakah Malaysia tidak melarang mana mana qari Iran menyertai majlis tilawah Al Quran yang dianjurkan negara ini setiap tahun? Jika Iran adalah negara Syiah dan jika qari Iran adalah bermazhab Syiah dan Syiah pula dikira sesat dan mengancam Negara, mengapakah qari yang dikira sesat itu dibenarkan membaca al Quran di Malaysia dan dibenarkan pula menjadi johan oleh para juri?

Adakah masuk akal qari yang bermazhab sesat dibenarkan membaca Al Quran? Tidakkah ini satu penghinaan kepada Al Quran apabila qari yang dikatakan sesat dinobatkan sebagai pembaca Al Quran yang terbaik di dalam majlis tilawah? Bukankah membenarkan qari yang dikira sesat datang ke negara kita akan meletakkan negara kita kepada ancaman kesesatan?
Nampaknya saya dan keluarga kenalah ikat perut. Hal ini kerana harga barangan keperluan harian semakin hari semakin membimbangkan melambung naik. Bayangkan harga ikan kembung, selar dan berjenis ikan lain yang manusia boleh makan sudah naik harganya hingga mencecah RM20 sekilogram dan udang yang kecil saja saiznya dahulunya RM10 sekilogram kini sudah RM28 sekilogram.

Adakah kita akan menghadapi inflasi atau mata wang kita sudah susut nilainya ataupun keadaan terpaksa kerana fenomena di seluruh dunia menghadapi ancaman dan turut terlibat menghadapi situasi sebegini? Ataupun adakah negara kita saja berhadapan dengan masalah kerana tidak bijak menanganinya.

Apa akan jadi nilai RM100 pada tahun 2020 nanti? Adakah dengan nilai sebegitu pada masa itu hanya mampu beli sekilo udang atau sotong? Atau dengan nilai wang kertas RM100 hanya boleh bertahan makan nasi lemak di sebelah pagi dan untuk makan tengah hari sahaja tetapi untuk makan malam sudah tidak mampu lagi?

Inilah yang merisaukan kita kalau tidak berhati-hati menangani secara bijak untuk mengatasi segala masalah yang kita hadapi sekarang ini. Perlukah dalam keadaan sebegini harga tarif eletrik, harga minyak dan bahan api yang lain serta harga tol hendak kita naikkan lagi dalam keadaan tergesa-gesa dan agak serentak itu?

Diharap ia dapat ditangguhkan sehingga rakyat bersedia dan pendapatan rakyat lebih terjamin lagi. Kalau sekiranya kita mampu berikan gaji sekurang-kurangnya sekali ganda apa yang pekerja dapat dinegara ini ketika ini silakan kerana ia bolehlah dikatakan seimbang tetapi kalau sebaliknya risiko untuk ikat perut sampai terjerut itu berpotensi sangatlah.
KUALA LUMPUR: Jika kerajaan boleh mengambilalih pengendalian Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), mengapa kerajaan tidak boleh mengambilalih syarikat-syarikat konsesi tol, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar serius mahu membantu rakyat daripada tekanan kenaikan tol, mengapa tidak ambilalih pengendalian tol dari syarikat-syarikat yang diberikan konsesi seperti yang dilakukan ke atas pengendalian AES?

"Jika kerajaan ambil alih, tidak timbul lagi soal perjanjian atau apa sahaja yang menjadi alasan kerajaan untuk membenarkan kenaikan tol," kata beliau.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Bagi Mahfuz, hujjah kerajaan itu tidak boleh diterima memandangkan badan-badan kerajaan seperti  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham utama hampir kesemua syarikat konsesi tol.

"Dengan pegangan sedemikian besar, kerajaan boleh mencari jalan untuk mengelakkan kenaikan tol. Perjanjian itu bukannya al-Quran sehingga tidak boleh disemak semula kewajarannya," kata beliau.

Mahfuz juga menolak alasan kononnya tindakan menghalang kenaikan tol akan mengurangkan jumlah dividen yang bakal diterima pencarum KWSP yang mempunyai pegangan besar dalam syarikat-syarikat tol.

"Alasan itu tidak boleh digunakan untuk mewajarkan tekanan syarikat-syarikat konsesi tol ke atas rakyat. Bukan semua rakyat menjadi pencarum KWSP.

"Malah bagi rakyat yang menjadi pencarum KWSP pun, tol yang mereka bayar jauh lebih banyak dari dividen yang mereka terima," kata beliau.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kerajaan BN kelihatan tidak mahu bertanggungjawab melindungi rakyat daripada tekanan syarikat-syarikat konsesi tol yang hampir kesemua dilaporkan membuat untung besar setiap tahun.

"Walaupun ada Akta Persaingan 2010 yang kononnya hendak menghalang amalan-amalan perdagangan tidak adil, tetapi nampaknya ia tidak relevan langsung untuk melindungi rakyat dari tekanan syarikat-syarikat konsesi tol," katanya.

Ditanya mengenai janji manifesto BN menjelang pilihan raya umum yang lalu yang berjanji untuk "mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat," Mahfuz terus menjawab: "BN dan bohong berpisah tiada".

"Pembohongan bukan sahaja menjadi cara hidup Umno dan BN malah mereka juga mempunyai sikap yang sangat buruk terhadap rakyat.

"Contohnya, baru-baru ini dengan angkuh sekali Abdul Wahid menyuruh rakyat yang tak mahu membayar tol menggunakan jalan biasa.

"Ini sebenarnya trend menghina rakyat yang sudah menjadi cara hidup Umno. Kalau harga ayam naik, jangan makan ayam. Harga rumah naik, jangan beli rumah. Harga tol naik, jangan guna jalan yang ada tol dan lehatlah nanti, trend menghina rakyat ini akan berulang lagi dan lagi," katanya.

Abdul Wahid baru-baru ini berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol pada tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," katanya.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pengguna jalan raya disarankan menggunakan jalan biasa bagi menggelak membayar tol membuktikan kerajaan BN langsung tidak sensitif dengan penderitaan rakyat.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof apa yang diperjuangkan oleh kerajaan BN hanya untuk kepentingan dan keuntungan poket sendiri dan kroni mereka.

Katanya, kenyataan itu jelas tidak bertanggungjawab dan sebagai kerajaan seharusnya mereka memikirkan dan menyelami kemampuan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan bertambah mahal.

Beliau menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan pendapatan rakyat masih ramai yang berada di bawah garis kemiskinan ditambah dengan isu pengangguran yang belum dapat diselesaikan oleh kerajaan BN.

"Kerajaan seharusnya melihat beban yang ditanggung oleh rakyat begitu besar terutama mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berharap kerajaan BN dapat menilai semula kenaikan harga tol memandangkan ramai warga kota yang mengeluh dengan pengumuman kenaikan tol.

"Bayangkan sehari berbelas ringgit dihabiskan untuk pergi kerja membayar tol. Itu tidak termasuk duit minyak serta anak dan isteri yang menggunakan jalan yang sama dengan kereta berlainan," tegasnya.

Menurut beliau, seharusnya Perdana Menteri dan Menteri Kabinet menjadikan negara Thailand sebagai contoh yang mempunyai jalan yang baik tetapi tol tidak banyak.

Begitu juga tambah beliau di United Kingdom mempunyai jalan yang baik tetapi sukar untuk mencari tol manakala di Malaysia pula mempunyai 23 buah syarikat konsesi tol.

Sehubungan itu beliau mengingatkan seluruh rakyat bahawa sudah tiba masanya mereka menggunakan kuasa untuk menjatuhkan kerajaan BN yang kejam dan tidak berperikemanusiaan membela nasib rakyat.

"Kita mesti menolak sistem dasar yang membebankan rakyat. Slogan BN rakyat didahulukan perkhidmatan diutamakan itu sebenarnya rakyat didahulukan untuk terus memikul beban," katanya.

Beliau kesal dengan sikap dan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menepati janji kerana dalam pembentangan Bajet 2014 beliau berjanji tidak akan ada kenaikan tol.

Malangnya kata beliau kenyataan Najib itu hanya setakat janji-janji kosong untuk mendapatkan sokongan undi pada pilihan raya.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan