Ahad, 29 September 2013

PENIPU DAN ORANG SUKA MENIPU ADALAH SALAH SATU PERANGAI SYAITAN

Kedai tomyam berbau kencing tikus diarah tutup

Mohd Sabri Said, 28 Sep 2013
GEORGE TOWN: Sejumlah 17 daripada 28 premis menjual makanan Thai yang diperiksa  Bahagian  Keselamatan dan Makanan, Jabatan  Kesihatan Negeri Pulau Pinang diarah tutup kerana didapati mempunyai  bau kencing tikus dan tahi tikus, kehadiran tikus dan  lipas serta menggunakan makanan dalam tin yang berkarat.

Sehubungan itu, Pengerusi Pertanian dan Asas Tani,  Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin (gambar) memuji langkah tegas jabatan terbabit yang mengarahkan premis makanan itu ditutup kerana gagal mematuhi amalan kebersihan dan peraturan ditetapkan.


Beliau berkata, usaha ini juga membuktikan kerajaan negeri cukup prihatin terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan rakyat  dapat menikmati  makanan yang bersih dan selamat.

"Sebagai negeri yang menitikberatkan  aspek kesihatan, kita bukan sahaja memantau kebersihan  alam sekitar bahkan kualiti makanan.  Ini penting bagi mencegah kes keracunan makanan terjadi, " jelasnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya itu juga mahu premis yang diarahkan tutup segera melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.


Sekiranya  gagal berbuat demikian, pemilik premis boleh dikampaun sebanyak RM10,000 di bawah  Akta Kebersihan Makanan (2009).

Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh

Harakahdaily, 28 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam  mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

“Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR,” jelas Hasmy.

Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.

Tambah beliau, Suhakam  berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1)  Perlembagaan Persekutuan.

“Suruhanjaya juga melahirkan rasa kecewa ke atas cadangan Seksyen 15A yang menghalang semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur seterusnya menafikan hak seseorang individu untuk mendapatkan akses kepada mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.

“Dalam usaha kerajaan memerangi jenayah, adalah penting untuknya memastikan bahawa undang-undang yang digubal adalah progresif dan tidak mundur, menyedari akan kedudukan Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mengkehendakinya menegakkan piawaian tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini,” tegas beliau.

Sehubungan itu, Suhakam jelasnya menyarankan kerajaan menangguhkan pembentangan kali kedua rang undang-undang tersebut dan menjalankan kajian semula ke atas cadangan-cadangan pindaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu penahanan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya; penahanan mestilah berdasarkan sebab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang; maklumat tentang sebab-sebab penahanan mesti diperuntukkan; dan hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada perwakilan undang-undang mesti diperuntukkan.

“Suruhanjaya berpendapat bahawa selaras dengan matlamat ternyata kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah penting untuk Malaysia menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan norma-norma hak asasi manusia di samping memastikan penglibatan yang bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan di dalam proses kajian semula undang-undang dan perancangan dasar yang mana kerajaan komited untuk menjalankan,” tegas beliau lagi.

Pemuda PAS ikrar pertahan Dun Sg Limau

Harakahdaily, 28 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat berikrar akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau bagi menghargai jerit perih perjuangan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang juga bekas Adun kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dun itu.

“ Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihan raya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS, jelas beliau mahu jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu PAS  Kedah di dalam misi mempertahankan penguasaan PAS di Dun Sungai Limau.

Sementara itu, Mohd Sany turut merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang kembali ke rahmatullah, Khamis lalu.

“Kami merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan menegakkan daulah Islamiyah di negara ini. Semoga roh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia, orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala,” ujarnya.

Beliau menambah,  Pemuda PAS menyifatkan Allahyarham  Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya kepimpinan yang berkarismatik, berpandangan jauh untuk kebaikan jamaah dan rakyat.

Kisah sahabat yang jenazahnya dilindungi lebah

http://detikislam.blogspot.com, 28 Sep 2013
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ' anhu dia berkata , "Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam mengutus 10 mata-mata yang dipimpin Ashim bin Tsabit al -Anshari datuk Ashim bin al -Khaththab. Ketika mereka tiba di daerah Huddah antara Asafan dan Mekah mereka berhenti di sebuah kampung suku Hudhail yang biasa disebut sebagai Bani Luhayan .

Kemudian Bani Luhayan menghantar kira-kira 100 orang pasukan memanah untuk mengejar para mata-mata Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka berjaya menemui sisa makanan berupa biji kurma yang mereka makan di tempat rehat itu. Mereka berkata , 'Ini adalah biji kurma Madinah, kita harus mengikuti jejak mereka. '


Ashim merasa rombongannya diikuti Bani Luhayan, kemudian mereka berlindung di sebuah kebun. Bani Luhayan berkata, ' Turun dan menyerahlah, kami akan membuat perjanjian dan tidak akan membunuh salah seorang di antara kalian. ' Ashim bin Tsabit berkata , 'Aku tidak akan menyerahkan diri pada orang kafir. ' Lalu memanjatkan doa, 'Ya Allah, beritakan keadaan kami ini kepada Nabi -Mu shallallahu 'alaihi wa sallam. '

Rombongan Bani Luhayan merejam utusan Rasulullah dengan tombak sehingga Ashim pun terbunuh. Utusan Rasulullah tinggal tiga orang, mereka bersetuju untuk membuat perjanjian. Mereka itu adalah Hubaib, Zaid bin Dasnah dan seorang lelaki yang kemudian ditombak pula setelah mengikatnya. Lelaki yang ketiga itu berkata, 'Ini adalah pengkhianatan pertama. Demi Allah, aku tidak akan berkompromi kepadamu kerana aku telah mempunyai teladan ( sahabat- sahabatku yang terbunuh ) . '

Kemudian rombongan Bani Hudhail membawa pergi Hubaib dan Zaid bin Dasnah, mereka berdua dijual. Ini berlaku setelah peperangan Badar. Adalah Bani Harits bin Amr bin Nufail yang membeli Hubaib. Kerana Hubaib adalah orang yang membunuh al -Harits bin Amir pada peperangan Badar. Kini Hubaib menjadi tawanan Bani al -Harits yang telah bersepakat untuk membunuhnya.

Pada suatu hari Hubaib meminjam pisau cukur dari salah seorang anak perempuan al-Harits untuk mencukur misainya, perempuan itu meminjamkanya. Tiba-tiba anak lelaki perempuan itu mendekati Hubaib bahkan duduk dipangkuannya tanpa sepengetahuan ibunya. Sementara tangan kanan Hubaib memegang pisau cukur. Wanita itu berkata, "Aku sangat terkejut". Hubaib tahu. Hubaib berkata, "Apakah kamu risau aku akan membunuh anakmu? Aku tidak mungkin membunuhnya"

Wanita itu berkata , "Demi Allah aku tidak pernah melihat tawanan sebaik Hubaib. Dan demi Allah pada suatu hari, aku melihat Hubaib makan setangkai anggur dari tangannya padahal kedua tangannya dibelenggu dengan besi, sementara di Mekah bukan musim buah. Sungguh itu merupakan rezeki yang dianugerahkan Allah kepada Hubaib."

Ketika Bani al-Harits membawa keluar Hubaib dari tanah haram untuk membunuhnya, Hubaib berkata, ' Berilah aku kesempatan untuk mengerjakan solat dua rakaat" Mereka membenarkan solat dua rakaat. Hubaib berkata, "Demi Allah, sekiranya kalian tidak menuduhku berputus asa pasti aku menambah solatku" Lalu Hubaib memanjatkan doa, "Ya Allah, susutkanlah jumlah bilangan mereka, musnahkanlah mereka, sehingga tidak ada seorang pun dari keturunannya yang hidup" lalu mengucapkan syair :

Mati bagiku bukan masalah , selama aku mati dalam keadaan Islam
Dengan cara apa saja Allahlah tempat kembaliku
Semua itu aku kurbankan demi Engkau Ya Allah
Jika Engkau berkenan,
berkahilah aku berada dalam tembolok burung kerana lukaku ( syahid )

Lalu Abu Sirwa'ah Uqbah bin Harits tampil untuk membunuh Hubaib. Hubaib adalah orang Islam pertama yang dibunuh dan sebelum dibunuh melakukan solat.

Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu para sahabat pada hari diseksanya Hubaib, bahawa kaum Quraisy mengutus beberapa orang untuk mencari bukti bahawa Ashim bin Tsabit telah terbunuh dalam peristiwa itu, mereka mencari potongan tubuh Ashim kerana Ashim adalah yang membunuh salah seorang pembesar Quraisy. Tetapi Allah melindungi jenazah Ashim dengan menghantar sejenis sekawan lebah yang melindungi jenazah Ashim , sehingga orang- orang itu tidak berjaya memotong bahagian tubuh jenazah Ashim sedikit pun. " (HR. Al- Bukhari , no. 3989 ; Abu Dawud , no. 2660. )

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber kisahmuslim.com

Kita ditipu oleh Yahudi tentang daging kambing

http://detikislam.blogspot.com, 28 Sep 2013
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.

*Sumber dari facebook.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan