Isnin, 26 Ogos 2013

SEPATUTNYA YANG RAMPAS KUASA PENGANAS

‘Endless Possibilities’ sama Israel bukan kebetulan

Harakahdaily, 25 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kita ada bukti cukup. Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya PKR Lembah Pantai, hari ini.

Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul

“Sekarang lebih berat. Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar dipetik Keadilandaily.

Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen 1Malaysia, Endless Possibilities pada 17 September depan.

Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno BN.

“Dulu saya ada bawa di Parlimen, pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1Malaysia.

“Sampai sekarang dia kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.

Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam.

“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).

“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar.

Baru betul, penyokong bola sepak tanah air sokong rakyat Mesir

http://omakkau.blogspot.com, 25 Ogs 2013

INI BARU BETUL!!!!... KEPRIHATINAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR YANG MENYOKONG PENDERITAAN RAKYAT MESIR!!!


Rakaman-rakaman gambar di Stadium Larkin, Johor Bahru dan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah malam tadi dalam perlawanan bolasepak Piala Malaysia.

Jelas sekali rata-rata rakyat Johor dan Kedah memberikan sokongan padu kepada para pengikut pro Mursi di Mesir dan bukannya berjiwa macam "ulama" muda UMNO yang menyeru rakyat Mesir yang menyokong keganasan dan kezaliman tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral As Sisi agar semua penyokong pro Mursi balik ke rumah kerana haram menumbangkan kerajaan Mesir yang sedia ada.

Inilah bezanya rakyat yang berjiwa merdeka dan benci kepada kezaliman dengan individu yang ada ilmu agama tetapi sanggup putar belitkan segala nas-nas Islam demi jawatan dan kedudukan.
Nasir Sahlan shared Prihatin Mesir's photo.
Prihatin Mesir | TERKINI

Rakyat meneruskan perarakan dan himpunan bagi menolak pemerintah tentera dan membantah pembunuhan rakyat oleh kerajaan kudeta.

Rakyat berhimpun pada petang ini di wilayah Kaherah, Giza, Iskandariah, Bani Suef, Syarqiyah dan sebagainya. Mereka mahu menunjukkan kebersamaan di dalam kempen "Minggu Rakyat Memacu Revolusi" yang dianjurkan oleh Pakatan Kebangsaan Menyokong Syari'yyah.

Jalan Iniversiti Antarabangsa Arab di Mohandissin, Giza menyaksikan rantaian rakyat di sepanjang jalan yang menentang kudeta tentera. Mereka mengangkat simbol 4 jari sebagai tanda keteguhan medan Rabaah Al-adawiyah dan menuntut rejim kudeta tumbang serta mengembalikan hak syariyyah.

sumber : rassd.com

#prihatinmesir
Nasir Sahlan and Ezzy Freeman shared Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani's photo.
Apabila naib presiden Ikhwanul Muslimin, Muhammad Khairat Asy Syathir ini ditangkap oleh tentera mesir, maka terserlah satu rahsia yg di sembunyi oleh beliau melalui hard disk yang di rampas oleh tentera mesir itu bahawa ia telah menyumbang dan menderma sebanyak 30 juta pound Mesir (sekitar RM 15 juta) setiap bulan kepada 750 ribu keluarga miskin di Mesir. Ia salah seorang jutawan muslim di bumi Mesir yg secara sembunyi bersedekah kepada rakyat mesir bagi membantu kesusahan mereka. di zaman Mubarak ia pernah di penjara secara zalim selama 12 tahun, namun sifat yg warak dan alim yg di milikinya itu teruji lagi di zaman Jeneral Fatah Assisi ini. Yg hairan ada lagi yg bergelar Ustaz di Malaysia ini sanggup mempertahankan kezaliman Assisi itu...
Salam Ukhwah shared Cukuplah Allah bagiku's photo.
Jasa sumbangannya terselongkar...

Rahsia salah seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin, Muhammad Khairat Asy Syathir hanya diketahui umum dengan sumbangan tetapnya sebanyak 30 juta pound Mesir (kira-kira RM 13-14 juta) setiap bulan kepada 750 ribu keluarga miskin di seluruh Mesir.

Rahsia sumbangan yang sebegini besar baru diketahui umum setelah ahli perniagaan dan tokoh penting Ikhwan itu ditangkap oleh pemerintah tentera Mesir dan 'hard-disk'nya digelidah.

Di saat penangkapan Asy Syathir, pihak tentera telah menjumpai sebuah hardisk yang apabila diselidik ternyata isinya adalah data meneganai 750 ribu keluarga miskin yang dibantunya setiap bulan selama ini.

Kalau stiap keluarga itu mempunyai 4 orang ahli, maka beliau dianggarkan menaja sara hidup atau makanan untuk 3 juta rakyat Mesir pada setiap bulan.

Namun tokoh sehebat ini, kini merengkok di dalam tahanan pihak pemerintah tentera Mesir.

Baca lagi :

http://www.bersamadakwah.com/2013/08/gara-gara-ditangkap-rahasia-sumbangan.html

Anda mungkin boleh mencari sumber-sumber lain untuk mengenali tokoh ini dengan lebih dekat.

kredit : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Islam Bangkit shared Ainnurr Scha Shahara's photo.
30 TAHUN BERJIHAD AKHIRNYA DIA TEMUI SYAHID DI BUMI SYRIA.

Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.

Al-Jeghaiman,di khabarkan seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.

Sumber menceritakan kepada Al-Hayat press bahawa Al-Jeghaiman bahkan pernah memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin.Kemudian, ketika perang meletus di Bosnia, pemuda gagah berani itu bertolak ke sana untuk berjihad bersama-sama kaum Muslimin di sana.
Dia menetap di sana sehingga perang berakhir. Kerana tidak pernah puas dengan Jihad, dia memutuskan pergi ke Kashmir dan bergabung dengan barisan Mujahidin Kashmir.

Setelah itu dia pergi ke Syria pada 2002, beliau ditangkap dan dipenjara selama dua tahun. Al-Jeghaiman dibebaskan pada 2004 melalui orang tengah dari Arab Saudi.

Selepas dibebaskan dia kembali ke Arab Saudi dan menetap di sana. Ketika sebahagian pemuda pergi ke Iraq pada saat pencerobohan AS, namun Al-Jeghaiman memilih tidak pergi atas alasan peribadi.

Kemudian dia memilih untuk masuk ke Syria lagi pada 2011 dan bergabung dengan para Mujahidin di sana untuk mengejar cita-citanya di jalan Allah. Dia tidak akan kembali lagi ke tanah kelahirannya hingga menemui syahid di negeri Syam itu.

Mendengar kesyahidan Al-Jeghaiman, orang-orang kampung nya di Al-Ahsa, di Arab Saudi bergembira bahawa dia menemui syahid ketika sedang berjihad dengan para Mujahidin Syria. Keluarganya hanya mengatakan bahawa siapa sahaja yang ingin menyampaikan takziah, mereka harus pergi ke rumah ibunya.

Menurut sumber yang terdekat dengan keluarganya, Al-Jeghaiman adalah seorang pemuda yang selalu menginginkan mati syahid.

Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya ke dalam Jannah-Nya.


CDT: Generasi Al Ghuroba
Khairul Hilmi Che Ali shared Rozanna Halizza's photo.
Apa sebenarnya berlaku di Mesir...??

Pehe molek deh...kito jugo paparkan 2 situasi antara mursi n mubarak

kuliah maghrib yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hanif Haron.. beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Kaherah. Beliau salah satu daripada dua orang anak Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir. Semalam merupakan kuliah bulanan pertama yang diadakan. Pembacaan kitab belum disyarahkan dan semalam lebih kepada kepada kuliah umum..

Beliau menceritakan apa yang berlaku di Mesir sekarang dan dari mana puncanya. Semasa pemerintahan era Hosni Mubarak dan pemimpin sebelum beliau, rakyat Mesir hidup dalam keadaan yang amat2 serba kekurangan. Kehidupan mereka seolah2 tidak mempunyai ketamadunan. Mereka hidup secara melarat. Mereka membuang air kecil secara ikut suka di tepi2 jalan. Mesir merupakan negara yang kaya. Hasil daripada sektor perlancongan sahaja mencecah berbilion2 ringgit. Bahkan hasil daripada kapal2 yang lalu melalui Terusan Suez juga mencecah berbilion ringgit. Akan tetapi, rakyat hidup dalam keadaan miskin. Sumber kekayaan tidak diagihkan kepada rakyat. Rakyat yang miskin dan tidak mempunyai rumah tidur di tepi2 jalan sahaja. Kekayaan yang diperolehi oleh Mesir hanya dikecapi oleh barisan pemimpin dan kroni Mesir.

Permulaan daripada protes yang berlarutan sehingga sekarang adalah bermula daripada pengumuman kerajaan Mesir untuk menaikkan harga roti. Roti itu pula dikecilkan saiznya. Asbab inilah yang menjadi rakyat Mesir hidup dalam keadaan makin mendesak. Roti merupakan makanan asasi bagi rakyat Mesir. Selama 30 tahun rakyat Mesir hidup dalam keadaan tertekan. Jika dahulu, kita lihat Presiden Mesir menang 99.9 % undi. Sebenarnya itu adalah satu pembohongan. Bagaimana mungkin rakyat yang hidup menderita masih memelih kerajaan yang zalim untuk menjaga hak dan kebajikan mereka...?. Kerajaan Mesir juga menipu dalam pilihan raya sehinggalah pada pilihan raya tahun lepas diadakan secara demokrasi dan kemenangan telah terbukti yakni parti Ikhwanul Muslimin menang dan berjaya menjadi kerajaan.

Dunia luar melihat Mesir sebagai negara Islam walhal bukan. Negara Mesir sebelum pemerintahan Dr Morsi adalah negara yang mengamalkan sosialis dan liberal. Pemimpin Mesir pada waktu itu memisahkan agama dan kehidupan. Berbalik semula kepada protes yang mula2 dianjurkan. Protes bermula akibat kenaikan harga roti yang mana roti tersebut dikecilkan saiznya. Rakyat Mesir mula keluar berdemotrasi pada Hari Polis Mesir dengan membawa al-Quran tanpa ADA SENJATA SATU PUN.

Bermula dari situlah bermula kebangkitan rakyat Mesir sehingga jatuhnya Hosni Mubarak dan kuasa rakyat dikembalikan. Dr Morsi diangkat menjadi Presiden yang baru melalui pilihan raya yang berdemokrasi. Namun belum pun sampai setahun, pihak Amerika dan Israel terasa kebimbangan dengan Mesir. Mereka bimbang akan bangkitnya Islam secara Khalifah. Sekiranya dibiarkan, Palestin akan bebas, Syria akan bebas dan masalah dunia Islam lain akan bebas. Sehinggalah pihak Yahudi dan Amerika menawarkan habuan yang tinggi kepada tentera Mesir. Apabila berjaya digulingkan, pihak Amerika dan Yahudi menawarkan ganjaran kepada Fatah As Sisi yakni Presiden Mesir pada waktu ini. Asbab itulah, As Sisi bertindak kejam dengan membunuh rakyat yang pro Morsi agar kebangkitan Islam tidak dapat diteruskan. Rakyat Mesir pada waktu ini keluar tanpa mengeluarkan apa2 senjata pun tetapi kerajaan Mesir mendakwa mereka mempunyai senjata. Bagaimana?? Ambulan yang datang untuk mengambil peserta yang tercedera kerana tembakan sebenarnya dipandu oleh Polis Mesir. Di dalam itu, terdapat senjata tanpa peluru yakni bertujuan untuk mengaburi dunia luar dengan menyatakan rakyat Mesir keluar dengan senjata walhal tidak pun.

Semoga pencerahan yang amat bermakna ini dapat disebarkan. InsyaAllah.. Marilah kita mendoakan agar Islam menang dan rakyat Mesir mendapat keadilan dan nasib mereka terbela.

Arm Haji Abdullah (Mohammad Zamri Bin Abdullah) Pray For Mesir, Syria, Gaza
Pas Dun Tepoh shared Azri Al-fateh's photo.
Buletin Utama TV3 tak abis-abis menjadi lidah kepada tentera "Firaun Moden" El Sisi yang dilaknat untuk memutarbelit kebenaran..25 askar dibunuh oleh pengganas di #Sinai yang dilaporkan dibunuh oleh pengganas pro mursi versi ikhwanul muslimin adalah tidak benar dan ianya fitnah ! sebenarnya 25 askar itu dibunuh oleh tentera polis elsisi kerana tidak bekerjasama dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat mesir yang menentang.. #PrayForEgypt #SaveEgypt #AntiCoup
Khairul Hilmi Che Ali shared 大马政治《快讯》's photo.
Sunday, 25 August 2013
PANAS BERAPI: CILAKA!!Gengster dah tunjuk Belang,Kepung dan Serang Polis Di IPOH!!!!

IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

- Info PDRM
#cy
Nasir Sahlan shared Wong Mei Chew's photo.
Setuju sangat jika kes ini disiasat.. kerana dalam perbicaraan nama seseorang x dikaitkan langsung!!
Ismail Saad shared Mohd Amiruddin's photo.
Berikut adalah senarai Nombor Telefon Para Ustaz dan Ilmuan yang tinggi ilmunya untuk sebarang rujukan jika perlu :

Ustaz Dr Abd Basit Abd Rahman 019 – 944 1881
Ustaz Hanafi Abdul Malik. 013 – 668 2940
Ustaz Ghazali Ibrahim. 019 – 336 9949
Ustaz Dr Zahazan Mohamed. 019 – 353 8554
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 019 – 260 2700
Ustaz Mohamad Abdullah. 019 – 3641643
Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 019 - 2202355
Ustaz Dr.Danial Zainal. 019 – 456 6580
Ustaz Rohidzir Rais. 019 – 545 2750
Ustaz Roslan Mohammad. 012 – 383 1963
Ustaz Mohd Amri Abdullah. 013 - 3735293
Ustaz Abdul Hadi Bakri. 012 – 481 9378
Ustaz Halim Din. 012 – 270 1066
Ustaz Fauzi Mustafa. 019 – 266 1484
Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri. 012 – 682 2797
Ustaz Sabri Omar. 017 7060489
Ustaz Shukri Ali. 013 - 9222670
Ustaz Mohd Nazri Mat Zin. 013 – 920 7121
Ustaz Mohd Salahuddin Dato Mohamed DBP. 014-969 3959
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman 013-257 0400
Ustaz Zamri Zaunuldin. 019-270 7303
Ustaz Dato Zawawi Jusoh. 019 – 329 2757
Ustaz Zul Ramli. 013 – 226 0018
Ustaz Syed Abd Kadir. 017-777 0282
Ustaz Syed Nor Hisyam. 019 – 331 0719
Ustaz Wan Akashah. 019 – 357 6445
Ustaz Hasnil 013-397 4600
Ustaz Haslin 012 – 692 6446
Ustaz Jazlan 019-700 7667
Ustaz Adlan abd Aziz. 019-710 5167
Ustaz Badlishah. 013 – 933 0660
Ustaz Dr.Lokman Ibrahim. 013 – 935 5277
Ustaz Dusuki Ahmad. 013 - 321 3775
P/A Ustaz Azhar Idrus - +60199886160

Simpan nombor telefon ini untuk rujukan pihak tuan-puan bagi jemputan ceramah/program. Boleh kongsi kepada mana-mana AJK Masjid/Surau/JKKK tempat masing-masing. Wallahua'lam..

Sumber asal: Ustaz Haslin Baharim a.k.a Ustaz Bollywood
Nasir Sahlan and Khairul Hilmi Che Ali shared Sinar Harian's photo.
Siapakah dalang disebalik serangan ke atas penyokong Mohamad Mursi kini didedahkan...

Ikuti wawancara eksklusif Sinar Harian bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Muhammad Selim di akhbar Sinar Harian esok dan laporan bervideo di SinarTv. #SHMukaDepan

 

Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri PAS

http://telokbakong.blogspot.com, 25 Ogs 2013

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Di Kampung Baru KL Meriah Walaupun Hujan Lebat....

Persembahan pentas
Seawal jam 2 petang para pengunjung sudah mula ramai hadir
Beratur mengambil juadah yg disediakan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tuan Guru Hadi Awang serta beberapa pemimpin lain turut hadir pada majlis ini
Pengunjung beratur mengambil juadah makanan yang disediakan





Walaupun hujan lebat turun ia tidak menghalang pengunjung untuk terus hadir ke rumah terbuka Aidilfitri



Hujan lebat mulai turun



Kempen sejuta tandatangan kempen selamatkan Mesir


Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur berlangsung rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS. Lebih 20 menu makanan disediakan buat pengunjung yang hadir ke rumah terbuka hari ini. Antara menu yang menjadi pilihan utama pengunjung ialah satay dan lemang...walaupun hujan lebat turun dengan lebat pada jam sekitar 3 petang, ia tidak menghalang para pengunjung utk terus berpusu-pusu masuk  ke padang kelab ini ...

Tidak tahu bila perubahan sebenar boleh berlaku

Harakahdaily, 25 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli Umno hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.

“Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa,” tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com.

Baginya, sistem itu akan terus berlaku kerana rakyat merelakannya berlaku.

Menurutnya lagi, kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merubahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa.
Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Pemimpin yang sebenar dan yang 'natural', tidak akan bermatlamatkan untuk mengekalkan nama atau legasi mereka. Pemimpin seperti ini akan melaksanakan tanggungjawabnya secara jujur dan tidak akan melakukan sesuatu untuk legasinya sendiri. Legasinya akan dengan sendirinya wujud secara natural. Pemimpin seperti ini mempunyai sahsiah yang tinggi dan tidak akan mempunyai kesanggupan untuk menjatuhkan keunggulan negara dan rakyatnya serta nama buruk baginya selepas persaraan.

Pemimpin yang unggul bagi sesebuah negara itu tidak akan membenarkan dirinya dipengaruhi oleh unsur untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Pemimpin yang mempunyai unsur kepentingan peribadi yang tinggi ia akan membawa negara ke kancah perpecahan kerana setiap keputusannya tidak akan lagi keputusan yang betul dan tepat.

Selalunya pemimpin seperti ini adalah seorang yang ‘gentleman’ dan mempunyai etika yang tinggi. Pemimpin yang beretika itu tidak perlu bertindak atau tidak bertindak kerana takutkan kepada undang-undang kerana pemimpin yang beretika yang tinggi itu tidak akan mudah melanggar undang-undang. Etika yang tinggi itu dengan sendirinya mengelak mereka dari terlanggar undang-undang itu. Mereka seperti ini mempunyai maruah dan mempunyai sikap malu terutamanya kepada rakyat yang dipimpinnya itu.

Etika itu lebih tinggi dari undang-undang kerana ia terbit dari kemuliaan hati dan nuraninya dan sentiasa peka dengan apa yang baik dan yang tidak baik dalam segala tindakannya. Pimpinan yang mempunyai etika yang tinggi selalunya tidak menghadapi masalah besar kerana pemikiran mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi yang tinggi.

Sesungguhnya itulah yang membezakan di antara sebuah negara yang maju dan yang belum maju. Ia bukan terletak kepada bangunan yang tinggi sampai ke langit, atau jambatan yang terpanjang di dunia atau mempunyai tiang bendera di antara yang tertinggi didunia ini. Pembangunan fisikal seperti ini hanyalah merupakan sekelumit dari apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Pemimpin negara yang baik tidak diukur dari pembangunan fisikal yang besar dan cepat dialami oleh negara. Pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik dan terpuji itu tidak akan melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk kerana perlakuan pemimpin seperti ini akan melaksanakan pembangunan yang terlalu cepat itu akan terpaksa mengorbankan perkara dan elemen penting yang lain dalam negara itu.

Pimpinan negara yang beretika tidak tergesa-gesa berusaha untuk menunjukkan apa yang mereka boleh tunjukkan kepada rakyatnya. Mereka akan melaksanakan sesuatu itu mengikut kehendak waktu dan masanya. Mereka yang seperti ini mengakui jika dilaksanakan usaha pembangunan dalam masa yang singkat ia akan membawa masalah sampingan yang besar dan akhirnya memudharatkan negara.

Pemimpin yang tahu cara memimpin yang baik tidak akan mendongak ke langit sambil memberitahu rakyat, ‘aku sudah buat itu dan ini. Aku sudah membina bangunan tertinggi didunia, jambatan yang terpanjang di dunia dan segala-galanya yang pertama dan terhebat di dunia’. Pemimpin yang ‘natural’ tahu, melakukan pembangunan besar dengan kadar yang cepat itu akan membawa rakyat untuk bertanya satu persoalan yang sangat besar, iaitu “at what costs?”

Persoalan ‘at what cost’ inilah yang menjadikan salah satu isu besar bagi keseluruhan rakyat kini menilai kembali kewibawaan pimpinan itu dan rakyat sentiasa dalam pencarian (soul searching).

Pembangunan yang tidak terancang boleh mengakibatkan kerosakkan kepada keseluruhan fabrik politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Tun Dr Ismail jika dibaca kembali ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO terakhir bagi beliau sebelum meninggalkan kita, berkata, “Kita boleh membangunkan negara kita dengan ‘double digit growth’ tetapi jika pembangunan terlalu cepat dilakukan pertama, ia akan menambah jurang penguasaan ekonomi negara yang terdiri dari berbilang kaum, dan membuatkan kaum asal negara ini tidak mampu mencapai kemahuan pimpinan negara itu”.

Projek-projek pembangunan ‘express’ membawa bersamanya kegiatan rasuah yang sistematik terbentuk di dalamnya. Oleh kerana mahukan pembangunan melalui projek raksasa berjalan dengan pantas maka ‘tender-tender rundingan terus’ kerap dilakukan, maka terbitlah bibit-bibit rasuah terancang yang melibatkan wang negara dan rakyat dalam kadar yang terlalu besar. Banyak projek raksasa wujud kerana galakan kroni-kroni dan semuanya ini melibat wang rakyat yang tidak terhingga besarnya.

Ini juga telah mewujudkan budaya ingin menjadi kaya cepat dengan menggunakan dasar tidak terancang kerajaan ini melalui cadangan-cadangan projek raksaksa dan dilakukan melalui rundingan terus dengan pihak kerajaan. Harga dalam tender runding terus itu telah menambah kos yang melibatkan ‘kick-backs’ dan sebagainya yang akhirnya membebankan negara dan rakyat.

Tiada undang-undang yang mampu menangkap pesalah-pesalah di kalangan penggubal dan perlaksana dasar kerana kedua-dua pihak ini selalunya berkonspirasi untuk mendapatkan ‘duit luar’ dari projek raksasa secara runding terus ini. Semuanya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak ada siapa yang boleh mengetahui kandungan perjanjian dan dokumen yang berkaitan. Rasuah dilindungi oleh akta-akta ganas dan mungkin mengakibatkan pengadu sebagai pesalah.

Kalau ada pun bukti yang kita lihat hanyalah bukti yang ‘circumstantial’ dengan melihat rumah kediaman Menteri-Menteri dan pelaksana dasar yang berpangkat tinggi yang sebesar Istana Maharaja yang boleh kita lihat di Bukit Damansara dan tempat-tempat elit lain.

Politik negara dikuasa oleh ‘warlords-warlords’ ini dan ahli-ahli UMNO hanya dijadikan sebagai kaldai untuk memunggah segala kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.

Politik dikuasai oleh kumpulan feudal baru hasil dari rasuah yang dilakukan secara sistematik. Rakyat ramai hanya melihat sahaja tanpa berdaya melakukan apa-apa.

Sistem ini akan terus berlaku kerana rakyat merelakannya berlaku. Kadang kala apabila diselidik dan dikaji halus-halusan, tiada pihak yang mampu merobahnya kerana pihak yang membangkang pun sudah terbit sikap untuk berkuasa semata-mata untuk berkuasa dan mempunyai nilai moral yang sama seperti yang sudah lama berkuasa.

Hanya doa sahaja yang mungkin boleh memulihkan keadaan kerajaan yang bermoral seperti yang pernah kita alami dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan