Ahad, 25 Ogos 2013

MATI TETAP MATI....MUDA PASTU TUA...SAKIT DAN MATI...CUMA ADA YANG TAK SAKIT TIBA2 MATI...MORALNYA JANGAN BUAT JAHAT ATAS DUNIA NI

Tazkirah : Penyakit Orang Berilmu
Posted on Sunday, August 25 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh ondastreet

Tazkirah ini ingin mengajak kita renungkan satu penyakit yang kita tidak sedari.. dan saya percaya, kadangkala ianya berlaku tanpa sedar… Sila baca, dan renung-renungkan

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal “air mata” ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu’ walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Al-Hijr
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka.” ( Al-Hijr: 39-40 )

Nukilan OnDaStreet: Saya ambil artikel ini untuk peringatan semua, terutama kepada diri saya sendiri kerana risau akan khilaf saya yang mungkin berlaku tanpa sedar. Jika ada, peringatkan saya, tegurilah saya.

Saya nak ulas panjang kali ini, saya risau didorong oleh rasa amarah kepada seseorang. Ambillah teladan, dan ambillah tindakan.

Semoga Allah tidak palingkan kita daripadaNya dan merahmati kita.

Wallahualam...

ondastreet.wordpress.com


Prominent names behind Genting bus company
Posted on Sunday, August 25 @ 12:57:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 

KUALA LUMPUR (Aug 23):  Two days after one of the country's deadliest bus accidents, the company that owns the Genting yellow bus that plunged down a ravine in Genting Highlands and killed 37 people has maintained a stoic silence.

Meanwhile, a visit to the Genting Highlands Transport Sdn Bhd office in Jalan Segambut this morning drew a blank.

A company representative closed the door on our reporter saying "we have not made any statements and will not be making any comments to the media".

Looking at who's behind the firm, may shed some light on her anxiety due to a possible public relations disaster if the information trickling out is not managed prudently.

While the company that was registered in 1970 has various stakeholders, one name raises eyebrows – the Noah Foundation (see SSM documents below).

At 86,433 shares, Noah Foundation – established in the name of Tan Sri Mohamed Noah Omar – the grandfather of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak – is the second biggest stakeholder in the company.

Another prominent name that cropped up in SSM-listed documents was Datuk Mohamad Ashfar Ali – the president of the Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA) – who is listed as one of the company’s four directors.

The other three named were Lee Hoi Chong, 72, from Kajang, Selangor;  Yee Kee, 64, and Chen Mei Kuan, 47, both from Bukit Damansara, Kuala Lumpur (at different addresses).

Mohamad Ashfar, 61, of Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, has been very vocal in calling for an end to government-designed monopolies which are muscling out traditional stage and express bus operators.

The other shareholders of Genting Highlands Transport are Syarikat Central Pahang Omnibus Bhd which owns the lion’s share of 189,000 shares; Omnifi Holdings Sdn Bhd which holds 262 shares and Lee Kam Yong, Lee Kee Chong and company director Chen with 100 shares each.

A Yap San Chik holds 2,000 shares, while Chong Soo Chye, Lee Ah Kong, Gui Shew Chan, Lee Hoi Chong and Phang Kit own one share each as listed in the company profile.

Mohamad Ashfar and Yee Kee are also directors of Syarikat Central Pahang Omnibus, along with three others. Yee Kee is one of three directors of Omnifi.

The Noah Foundation was established on March 1, 1973 when Mohamed Noah, the father of Najib’s mother Toh Puan Rahah was 76-years-old.

It gives out scholarships as well as disaster relief. Its chairperson is Datin Faridah Abdullah – Mohamed Noah’s eldest granddaughter and Najib’s first cousin.

The Foundation’s diversified investments include shares in Resorts World Bhd. The sole mosque in Genting Highlands, the Yayasan Mohammad Noah Mosque was built by the foundation in 1981.

Mohamad Ashfar, when contacted by fz.com, did not wish to comment.

Instead, he asked: "Am I? (the director of the company),” before stressing that he had nothing to say at this point in time.

The Prime Minister’s Office (PMO) meanwhile, has yet to respond to calls.

Yahoo! News/The Edge
  


EKSLUSIF! Penjelasan Stacy Isu Dia Dikatakan Memeluk Islam
Posted on Sunday, August 25 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Kini kecoh di laman-laman sosial dan beberapa blog hiburan apabila dikatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy telah memeluk Islam. Tambah mengejutkan apabila Stacy dikatakan memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi, Akim.

Namun, setelah diteliti isu tersebut, jelas Stacy yang dimaksudkan bukanlah Stacy AF6. Stacy yang dikatakan memeluk agama Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly. Malah, sekeping foto turut menunjukkan yang wanita yang bernama ‘Stacy’ itu bukanlah Stacy AF6.



"Kalau boleh saya tak mahu komen sebab perkara melibatkan agama ini sangat sensitif.

"Tapi saya cuma boleh menafikan khabar angin yang mengatakan saya memeluk Islam," jelas Stacy

Dia yang dikatakan teman tapi mesra Akim itu turut menafikan yang dia kini menjalin hubungan cinta bersama Akim.

"Kami tiada hubungan istimewa. Kami cuma kawan rapat sahaja," ujar Stacy.

Maka, terjawablah persoalan di laman-laman sosial berkenaan khabar angin Stacy yang memeluk agama Islam.

Sumber: abgteror.com
 


 JustDelete.ME – Direktori Pautan Untuk Memadam Akaun Web Anda
Posted on Sunday, August 25 @ 13:07:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai perkhidmatan web yang didaftarkan seseorang. Dan mungkin kadang-kala anda mencari pautan untuk memadamkan akaun web yang didaftarkan dan sebagainya.


Untuk memudahkan pengguna menemui pautan untuk memadam akaun mereka daripada pelbagai perkhidmatan web, sebuah direktori khas hadir, dikenali sebagai JustDelete.ME.

Melalui JustDelete.ME juga, ia memberikan penerangan ringkas, selain turut melabelkan semua perkhidmatan sama ada boleh dipadam, ataupun sebaliknya.

Jadi, sekiranya anda ingin memadamkan akaun anda, atau ingin melihat bagaimanakah prosesnya, mungkin boleh ke direktori web JustDelete.ME dan melihatnya sendiri.

Sumber Rujukan: TechCrunch

amanz.my


 EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara
Posted on Sunday, August 25 @ 12:34:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.

Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.

"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.

Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.

"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -25 Ogos, 2013.-TMI


 Kes Altantuya dan jenama ‘Endless Possibilities’
Posted on Sunday, August 25 @ 12:19:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

KUALA LUMPUR: Tiga peristiwa sejak bulan lalu menjadi tanda pelancaran yang hebat bagi jenama baru Endless Possibilities yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan slogan 1Malaysia yang tidak bermaya.

Pertama, kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang Endless Possibilites membuka lembaran baru apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memaksa DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi mengelakkan pendaftaran parti itu daripada dibatalkan.

“Walaupun ROS tidak mampu memberikan sebarang sebab mengapa ia ‘tidak berpuas hati’ dengan pemilihan parti DAP yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua, kata Ketua Parlimen DAP itu lagi, Endless Possibilities telah memulakan satu era baru dengan meluluskan tayangan filem Tanda Putera di pawagam seluruh negara pada 29 Ogos.

Katanya, filem itu mengandungi babak yang menunjukkan seorang pemuda Cina kencing di depan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor sehingga merangsang kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Tambahnya, tiada fakta sejarah, sama ada dalam bentuk gambar mahu pun dokumen lain, termasuk Kertas Putih yang dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara pada 9 Oktober 1969 yang berjudul ‘Tragedi 13 Mei’ dan buku Tunku Abdul Rahman May 13–Before & After, menunjukkan bahawa peristiwa kencing itu benar-benar berlaku dan bukannya satu pembohongan yang keji dan menghasut dalam sebuah masyarakat berbilang kaum.

Lim berkata, jika babak itu adalah rekaan dan khayalan sekali pun, untuk memaparkannya dalam sebuah filem yang dibiayai oleh agensi kerajaan adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana ia dapat merangsang kecurigaan, pecah-belah, dan kebencian antara kaum.

Tindakan itu, ujarnya memudaratkan usaha pembinaan bangsa, khususnya ketika negara ini sedang bersiap untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-56.

Hari ini, katanya jenama Endless Possibilities Najib dibawa ke tahap lebih rendah apabila tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan pegawai Unit Tindakan Khas Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar daripada tuduhan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

“Rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah tiga peristiwa ini adalah maksud contoh bagi slogan baru Endless Possibilities yang menggantikan slogan 1Malaysia.-HD


 We love Ustaz Zamihan! -Pencerahan Fakta Penting
Posted on Sunday, August 25 @ 12:03:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: hishamahmad

"Susulan daripada artikel bertajuk diatas yang telah dibuka (dibaca) sekitar lebih 4,000, terdapat beberapa komen yang tidak suka dengan pujian saya kepada Ustaz Zamihan. Mereka memberi atau mempunyai alasan tersendiri. Tidak tahu pula sama ada baki 4,000 lebih (pembaca artikel ini yang tidak memberi komen) itu menyukai pujian saya atau menyukai ustaz Zamihan atau sebenarnya mereka tidak ‘kuasa’ untuk memberi komen.

Mungkin juga ramai lagi yang tidak berpuashati dengan pujian saya cuma malas nak memberi komen. Baiklah bagi yang tidak berpuashati dengan pujian itu, maka disini saya membuat pencerahan fakta penting iaitu:-

(1) Sebelum ini terdapat beberapa perkara yang saya tidak berpuashati dengan pandangan t atau cara ustaz Zamihan dalam beberapa isu agama atau semasa. Ustaz ini agak famous samada dengan cara positif atau negatif, menurut kawan dan lawan, penyuka dan pembenci atau mereka yang neutral antara kedua pilihan itu. Maknanya, secara telus, saya boleh dikatakan lebih banyak tidak berpuashati dengannya daripada berpuashati dengannya tetapi saya memilih bersikap terbuka dan berlapang dada.

(2) Namun secara professionalnya, kita menghukum berdasarkan isu-isu yang timbul. Dalam isu Mesir (seperti rakaman ceramah Zamihan dalam web Al- Ahkam bertajuk ‘siapa khawarij wahai Fathul Bari’) beliau menunjukkan sokongan kepada pemerintahan Dr Mursi dan ikhwanul Muslimin serta Dr Yusuf Qardawi. Beliau juga menyarankan qunut nazilah mendoakan kehancuran rejim tentera Mesir. Beliau juga ada mengktitik Fathul Bari.

(3) Oleh itu dalam isu Mesir (bukan yang lain, dan merujuk isi ceramahnya (setakat yang terhad itu), maka saya menyokong Ustaz Zamihan. Pandangan dan ketegasannya dalam memberi sokongan itu tentulah suatu yang sangat baik dan saya sangat menyukainya.

Kerana itu sekiranya anda amati apa yang saya tulis (pujian) itu, ia ‘dibold’kan dan berbunyi :-

We love you Ustaz Zamihan atas pandangan anda itu dalam isu Mesir ini!

(4) Tentang Fathul Bari. Saya masih tidak begitu jelas kedudukan Fathul Bari, dalam hal Mesir ini, sebab itu saya belum bersedia untuk mengulasnya, Namun untuk mudah bicara, jika Fathul Bari menunjukkan pandangan yang boleh dianggap tidak baik atau memburukkan dari sudut kedudukan Ikwanul Muslim, Dr Mursi dan Rakyat yang berdemo menentang rejim tentera Mesir, maka tentulah kita perlu menentang pendapatnya itu dan saya sendiri tidak akan menerima dia sebagai ilmuan agama Islam yang perlu dan wajar dirujuk dalam isu politik semasa atau mungkin dalam hal-hal lain.

Sekali lagi mari kita ingatkan sesama kita bahawa mentaliti dan jenis pemikiran segelintir ilmuan agama yang tergamak menghukum khawarij atau menyiratkan unsur khawarij atau sesat terhadap ikhwanul Muslimin dan rakyat yang menyokong demonstrasi terhadap regim tentera dan menyifatkan atau berunsur menyifatkan kematian ribuan rakyat itu sebagai sia-sia atau rugi atau seumpamanya hingga memaknakan kepada kedudukan tidak ada harapan kepada syahid ….

… adalah mentaliti atau bentuk pemikiran yang merisaukan, berbahaya dalam sudut tertentu, merugikan dan ditakuti boleh menimbulkan kacau bilau dan ia juga sangat bertentangan dengan logik akal, kemunasabahan, rasional, hukum alam, sifat asasi kepada keadilan, rasa nurani kepada erti dan harga kehidupan dan rasa kasih sayang…

… baik bagi orang Islam dan orang bukan Islam yang sudah boleh memahami apa ertinya istilah-istilah ini “jahat, zalim, bunuh, rogol, kejam, seksa, sembelih dan lain-lain …

Bukankah terlalu mudah untuk membezakan antara

(1) Jenderal Fatah al sisi dan regim tenteranya yang bersenjata

(2) dengan Asmah, gadis muda yang ditembak mati kerana berdiri di dalam perhimpunan tanpa senjata

siapa yang termasuk golongan manusia yang berjiwa syaitan dan berselera karnivor dan siapa pula golongan manusia yang berjiwa mulia sekadar berdiri untuk meluahkan kecintaan kepada keadilan dan bantahan kepada kezaliman!

Duhai ustaz-ustaz yang mendukacita perbetulkan pandanganmu. Jangan nanti istilah ‘khawarij’ yang didakwa dan ditujukan kepada orang lain, bala ‘khawarij’ juga yang kembali memantul kepada mu….

Kita sedar mentaliti menghukum buruk dan ketahap menyesatkan ihkwanul muslimin ini adalah rentetan kepada ketidakpuashatian yang telah lama menanah dalam sebahagian golongan manusia sejak dari era al Banna, Syed Qutb. Mentaliti ini mungkinkah ada dikongsi oleh segelintir di dalam negara kita?. Kerana itu, dan dengan cara itu, mudahlah mereka mengunakan alasan ‘hukum’dan alasan ‘agama’ untuk mewajarkan kezaliman regim tentera Mesir ke atas ikhwanul muslimin dan rakyat yang menyokongnya.

Analisa:- Cuba kita duduk relax dan fikirkan betul-betul, adakah sokongan pemerintah negara-negara arab yang kaya raya (billion dollar) kepada regim tentera Mesir adalah disebabkan kerana rakyat Mesir telah berlaku ‘zalim’ kerana menyokong ikhwanul muslimin yang ‘sesat’ yang menentang pemerintah tentera yang ‘sah’ lalu menyalahi hukum agama Islam … atau sebenarnya ada sebab kepentingan diri dan bagi ‘survival’ dinasti keluarga atau keturunan sendiri justeru terdesak untuk melindungi kuasa pemerintahan autokrasi, pengaruh di dunia Islam dan sistem monopoli kekayaan emas hitam yang semua itu terlalu nikmat untuk dilepaskan dan berisiko untuk berakhir dan ditamatkan - dalam era kebangkitan rakyat menuntut keadilan dan demokrasi?

Adakah semua ini kerana agama atau sebenarnya kerana wang dan kuasa ….

Justeru, biarlah jika ada segelintir yang terpedaya, nasiblah kalau golongan ustaz pun jika membiarkan diri terkena, tetapi saya percaya tentu majoriti kita semua yang mampu berfikir dengan adil … tahu jawapannya!

[Rujuk surah Al-Baqarah (2), 269 maksudnya:

“Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya”.]

Ketahuilah! Tunisia, Turki kelak Syria dan kemudian diikuti Mesir … adalah bukti kebangkitan suara rakyat yang mahukan keadilan dan sistem yang adil dan bahawa pentadbiran kepimpinan negara perlulah bermandatkan persetujuan majoriti rakyat bukan dikuasai dan main-main waris mewarisi dari bapa kepada anak… Kalau demokrasi dilihat sebagai kaedah yang penting masakini untuk menyampai maksud itu… itulah yang ditagihkan.

Nasihat akhir: Anda tahu bila anda guna fikiran anda terpaksa tolak pandangan ustaz-ustaz yang pandangan mereka sangat bercanggah dengan nurani keadilan dalam diri anda. Anda juga jangan risau, hati nurani anda juga berdiri dibelakang hujah dan dalil golongan ustaz yang bersifat wasatiy seperti Dr. Abdul Basit, Dr Zulkifli al Bakri, Dr Asri dan sebagainya.

Justeru, kerana bentuk fikiran dan pandangan yang tidak dapat diterima dari segelintir golongan ustaz dalam soal paling penting iaitu isu keadilan di Mesir, maka ia menjadi ibarat benchmark, KPI atau test case – atau kayu ukur – untuk kita melaksanakan tugas berhati-hati dalam menilai pandangan-pandangan yang lain dari segelintir ustaz ini kerana ia akan berjalinan dan berterusan dalam membentuk idea dan buah fikiran lalu memberi kesan kepada pandangan-pandangan relevan dalam hal yang lain.

Ada tambahan isi dalam blog... bagi berminat!

Moga difahami dengan jelas dan terang. Wallahu taala alam.

hisham-ahmad.blogspot.com"


 Pelarian kanak-kanak Syria cecah 1 juta
Posted on Sunday, August 25 @ 01:03:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

GENEVA 23 Ogos - Jumlah kanak- kanak yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria mencecah satu juta orang hari ini, dengan dua juta lagi kanak-kanak berpindah ke kawasan sempadan negara itu berikutan konflik tersebut.

"Jumlah sejuta pelarian kanak- kanak ini bukan hanya satu angka. Mereka merupakan kanak-kanak yang meninggalkan rumah, malah mungkin daripada keluarga.

"Mereka mengharungi saat ngeri yang kita baru mula untuk memahaminya," kata Ketua Tabung Kanak- Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Anthony Lake dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak juga membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan pelarian Syria bagi tempoh lebih dua tahun setengah dalam konflik di negara itu.

Menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat kira-kira 740,000 pelarian Syria berumur di bawah 11 tahun, dengan kebanyakan mereka berada di Lebanon, Jordan, Turki, Iraq dan Mesir.

Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menegaskan bahawa sebarang serangan senjata kimia di Syria merupakan 'jenayah kemanusiaan' dan 'masa tidak harus dibuang' bagi menyiasat penggunaan gas beracun itu berhampiran Damsyik.

Dalam satu ucapan spontan pada satu majlis di Seoul, Ki-moon berkata, laporan penggunaan senjata kimia ke atas orang awam di Syria 'amat membimbangkan dan mengejutkan'.

"Sebarang penggunaan senjata kimia di mana-mana sahaja, oleh sesiapa sahaja, di bawah mana-mana keadaan adalah melanggar undang- undang antarabangsa.

"Pelaku jenayah terhadap manusia seperti itu seharusnya berdepan tindakan serius," katanya.- AFP/Utusan


  Kematian bekas exco Selangor disangka Sasterawan Negara cetus ‘keributan’ di internet
Posted on Sunday, August 25 @ 00:38:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SHAH ALAM 24 OGOS: Kematian bekas Exco Selangor, Datuk Sanad Said pagi semalam dikelirukan dengan khabar angin, kononnya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said meninggal dunia.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru jam 11.30 pagi dan berita itu kemudian ditweet Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar.

Sebaliknya, segelintir pengguna facebook mahupun twitter menyebar fakta tidak benar terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu, dipercayai akibat kekeliruan itu.

Ia dikatakan berlarutan beberapa jam sebelum pengesahan sebenar dibuat dan disebar bagi membetulkan fakta berkenaan.

Mengikut twitter seorang anaknya, Sasterawan Negara itu sihat, malah baru sahaja menukar blurb mentol di meja bacaan ketika negara heboh dengan berita palsu berkenaan.

Orang ramai diminta berhati-hati dan mendapatkan pengesahan ahli keluarga sebelum menyebar berita kematian mana-mana individu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.-selangorku



BONGKAR!!! Rahsia Khasiat Buah Tembikai [MESTI BACA...]
Posted on Sunday, August 25 @ 00:14:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.

Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Baca seterusnya...
"



BONGKAR!!! Rahsia Khasiat Buah Tembikai [MESTI BACA...]

BONGKAR!!! Rahsia Khasiat Buah Tembikai | Rahsia Khasiat Buah Tembikai [MESTI BACA...] 
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan. Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.


Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.
Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.


Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. 


Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah. - via FB


Ukashah Zubir... parok boh!
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT LELAKI dan SUAMI GEMBIRA :

1. jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefon beliau (Mesej)
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia,
seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. induk
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias a
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. a pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. olahraga
26. panas
27. perhatian
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. tender
33. kuat
34. pemahaman
35. toleran
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. mampu
39. berani
40. ditentukan
41. benar
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:
44. memberi pujian beliaukerap
45. Pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak menekankan keluar
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. memberikan banyak perhatian beliau

51. memberikan banyak masa beliau,terutama masa untuk dirinya

52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernahbimbang tentang di mana dia pergi.Namun yang paling penting

INI SANGAT PENTING

53. tidak pernah lupa* hari lahir* ulang tahun* dia
mesti alim dan .... dan tlg Buang Sampah... dan perkhidmatan hantar kereta dan Bayar cukai jalan dan bawa melancong dan ...jgn LEBIH Tidur.... dan makan habis2 Masakan dia.. dan bila nak Tidur Bila cakap i luv u,,, dan berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita, ...dan beberapa lagi dan oh ya u juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkan beliau .... !

Hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan