Selasa, 27 Ogos 2013

KAKI FITNAH MANA2 ADA

Tok Guru Nik Aziz semangat cerita isu Mesir

Atiff Idris, 27 Ogs 2013



KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan bersemangat sambil meluah rasa kesal terhadap pergolakan politik di Mesir.

“Segalanya bermula kejahatan Yahudi. Sejak zaman Rasulullah s.a.w. orang Yahudi sudah memusuhi Islam.

“Pakatan jahat Amerika dan Yahudi di belakang krisis penggulingan Presiden Dr Mohammad Morsi yang dilantik secara demokrasi.

“Ini semua dalam usaha mereka menggagalkan kebangkitan Islam di Timur Tengah dan Mesir khususnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini.

Sebelum itu beliau menerima kunjungan beberapa NGO yang datang bertanya khabar mengenai keadaan kesihatannya.

Beliau keluar wad kelmarin. Beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian selama seminggu kerana sedikit gangguan kesihatan.

Semalam beliau juga dikunjungi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS terbabit muncul di hadapan pintu rumahnya dengan wajah tenang dan ceria sambil menjemput tetamu yang datang naik ke atas rumahnya.

Sambil memberitahu sudah beransur pulih beliau juga sempat bergurau senda dengan cucunya.

“Cuma ada sedikit sebanyak rasa kurang selesa ketika dalam keadaan tertentu, biasalah baru keluar hospital,” ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau juga berharap seluruh umat Islam agar memainkan peranan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat Mesir yang sedang berdepan rejim tentera pimpinan As Sisi.

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept

Harakahdaily, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.

Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.

“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.

Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.

Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini

Jenayah: Waythamoorthy wajar letak jawatan

Hazayani Zakaria, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Percanggahan pendapat antara Menteri-menteri Kabinet hanya akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bukan menyelesaikan masalah jenayah yang semakin berleluasa, kata Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS N. Balasubramaniam.

Beliau berkata, P Waythamoorthy wajar meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang bercanggah dengan dasar BN.

"Waytamoorthy dilantik mewakili BN, jadi dia wajar ikut segala dasar BN.

"Kita tak kisah kalau dia bersuara sebagai mewakili NGO tapi sekarang dia kena sedar dia mewakili BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, kaum India sendiri tidak bersetuju Waythamoorthy dilantik sebagai timbalan menteri dan tindakan beliau itu semakin menimbulkan ketidakyakinan bahwa beliau boleh membela kaum itu.

"Orang India memang tidak suka Waythamoorthy jadi timbalan menteri.

"Jadi keadaan sekarang ini, memang betullah orang India tak suka dia jadi timbalan menteri," katanya lagi.

Tambah beliau juga, tindakan kerajaan BN melantik Waytharmoorthy sebagai timbalan menteri hanya ingin mengambil hati kaum India.

Namun katanya, belum sampai setahun Waythamoorthy dalam kabinet, kerajaan bersungguh-sungguh pula mahu beliau meletakkan jawatan.

"Ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya Waytharmoorthy berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Multaqa Ulama 914: Ulama Haraki Benteng Izzah Islam

., 27 Ogs 2013
1. Saya sangat gembira melihat perkembangan ini. Jelasnya ulama' yang melibatkan diri dengan Gerakan Islam [PAS] ini mestilah aktif dan meletakkan diri mereka sebagai penggerak utama segala aktiviti Amal Islami ke arah mendaulatkan Islam dan menobatkan gerakan perjuangannya. Justeru inilah tanggungjawab dan amanah penting yang digalaskan oleh al Mustafa saw ke atas bahu ummatnya yang berilmu sebagai pewaris mutlak untuk meneruskan perjuangan Islam ini merentas zaman.

2. Amanah ilmu yang sedia terpikul di pundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya.

3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw.

4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah:

~ Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.
~ Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.
~ Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.
~ Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.
~ Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.
~ Ulama' yang kental menghadapi fitnah  lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.
~ Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.
~ Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.
~ Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.
~ Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.

5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS.

6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.

7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.

8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt.?  Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang  untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.

9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh-tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.

10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini.

[Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti.

Insyaallah pada 4,5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan  salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor]

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dakwaan Zahid buktikan pihaknya ketagih EO

Abdul Aziz Mustafa, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya rumah beliau diganggu samseng membenarkan pendedahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa pihaknya ketagih dengan Akta Ordinan Darurat (EO).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin, tujuan Zahid membuat dakwaan sedemikian adalah untuk mempengaruhi rakyat supaya mewajarkan penggunaan EO.

"Kita memahami keinginan Zahid dan pihaknya supaya dikembalikan EO, tetapi janganlah buat dakwaan tidak masuk akal kononnya samseng pergi ke rumah terbukanya di Bagan Datoh meminta wang perlindungan.

"Kedai makan polis pencen pun gangster tidak berani datang memeras ugut wang, tidak masuk akal langsung samseng berani minta wang perlindungan dari menteri yang menjaga urusan dan pasukan polis," katanya.

Kalaupun benar mahu memperbodohkan rakyat, Mahfuz berharap Zahid tidak melampau sangat sehingga dia pula yang kelihatan bodoh.

"Saya berharap Menteri Dalam Negeri sudi menerima nasihat yang ikhlas ini supaya beliau tidak kelihatan begitu bodoh di mata rakyat dengan dakwaan yang langsung tidak masuk akal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bersetuju dengan pendedahan Peguam Negara bahawa tahanan tanpa bicara di bawah EO gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis tetap menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Abdul Gani berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap EO untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Mengulas lanjut pendedahan Peguam Negara itu, Mahfuz berkata: "Saya telah sebut sebelum ini, apabila Zahid mendakwa  wujudnya beratus ribu orang kanan dan pengikut tegar penjenayah-penjenayah yang dibebaskan, ia dengan sendiri mendedahkan bahawa EO tidak berkesan dan lebih dari itu mendedahkan kelemahan polis sendiri".

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa EO sebenarnya menunjukkan kelemahan cara dan prosedur siasatan polis sehingga terpaksa menggunakan tindakan penahanan tanpa bicara untuk memenjarakan penjenayah.

"Perkara itu diakui oleh Menteri Belia dan Sukan yang Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) apabila beliau menyatakan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama polis dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru menggantikan EO yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara," kata Mahfuz.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

PAS Bera kesal SPR tidak jawab aduan

Khairil Abdul Rahim, 27 Ogs 2013
BERA: PAS Kawasan Bera kesal dengan respons Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memahami tujuan sebenar satu aduan yang dibuat berkaitan salah laku ketua tempat mengundi (KTM).

Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Musaniff Abdul Rahman (gambar) berkata, pada 29 Jun lalu PAS Kawasan Bera telah menghantar laporan berbentuk aduan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Pahang berkaitan salah laku KTM yang tidak mengembalikan Borang 14 semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu kepada agen PAS.

Beliau yang calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai berkata dalam aduan tersebut, PAS Bera menyatakan KTM telah menyalahguna kuasa dengan tidak menyerahkan borang laporan mengenai Penyata Keputusan Rasmi itu di N.37 Guai pada hari mengundi itu.

“Pada 30 Julai kami menerima suarat daripada SPR daripada Timbalan Pengarah SPR Pahang yang menyertakan bersama enam salinan Borang 14. Sedangkan aduan kami sebelum itu ialah memohon SPR mengenakan sebarang tindakan yang perlu terhadap KTM.

“Jadi lain yang kami adukan lain pula yang dijawap SPR. Borang 14 itu kami minta pada hari pilihan raya dulu. Itu yang kami kesalkan dengan respons ini,” katanya.

Menurut Musaniff, pada hari mengundi 5 Mei lalu sebanyak tiga kes tersebut berlaku (dalam Dun Guai) iaitu di Saluran 6 Pusat daerah Mengundi (PDM) Purun, Saluran 5 PDM Kumai dan Saluran 4 PDM Bukit kepayang.

Sedangkan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, jika KTM tidak menyerahkan Borang 14, KTM bersalah di bawah Peraturan 25 (12) (b) (ii) PPP dengan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 seperti termaktub dalam Seksyen 4 (g) AKP.

“Berdasarkan kesalahan yang jelas ini, kami berpendapat sudah sampai masanya SPR melantik pegawai-pegawai pilihan raya di peringkat parlimen bekerja terus di bawah SPR, bukan lagi diambil dari kalangan kakitangan awam.

“Pada masa ini pegawai SPR hanya wujud di peringkat negeri. Ada kemungkinan petugas SPR yang diambil secara sambilan dari kalangan JPA, kurang mendapat latihan cukup termasuk dalam aspek undang-undang sebab ada kes petugas polling agent PAS yang membantu menunjuk ajar KTM,” katanya.

Bendahari PAS Pahang itu berkata, akibat langsung kepada calon jika Borang 14 tidak dikembalikan ialah berkemungkinan keputusan undi boleh diubah.
Gesaan tersebut disokong penuh dan turut diperjuangkan oleh Menteri Dalam Negeri.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau berharap dikembalikan dikembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO untuk membantu pihaknya menangani jenayah dengan lebih berkesan.

Pensyarah fitnah penyokong Morsi

Harakahdaily, 27 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis pelajar Mesir, Muhd. Abdul Malik Abdul Karim menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan.

Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.

"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.

"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.

Dalam temubual itu, Mohammed Salem dilapor berkata, para peserta himpunan yang membantah rampasan kuasa di Mesir didapati bersenjata dan mengancam pihak keselamatan.

Penyarah itu juga mendakwa penyokong Morsi menghalang laluan jalan raya di sekitar Rabaah dan Nahdhah.

Antara petikan temubual akhbar itu menyebut:

Soalan: Adakah mereka melakukan perhimpunan secara aman?

Salem: Bagaimanapun kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis.


Mengulas lanjut, Abdul Malik mempersoal, jika himpunan yang dilakukan oleh penyokong Mursi kerana menghalang laluan dan jalanraya, adakah situasi ini tidak berlaku di dataran Tahrir dan hadapan Istana Ittihadiyah, dua lokasi himpunan anti-Morsi sebelum dan selepas 30 Jun?

"Berulang kali saya jelaskan dalam siri ceramah bahawa perancangan jahat polis memasukkan senjata api dan peluru ini dilonggokkan di dalam khemah-khemah sementara penyokong Morsi selepas mereka berjaya membunuh tuan khemah.

"Lalu dipanggil media-media tempatan bagi menunjukkan 'bukti' bahawa rakyat di Raba'ah memiliki senjata api dan ia didedahkan oleh Al-Jazeera bahawa operasi memunggah masuk senjata-senjata ini ke dalam Raba'ah menggunakan ambulans pada pagi operasi 14 Ogos lepas," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan