Selasa, 27 Ogos 2013

JANGAN ZALIM SANGAT...ZALIM PUN DAH TAK BOLEH

PRU13: PAS lapor polis isu Borang 14

Muhammad Faizal, 27 Ogs 2013


KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kesalahan membabitkan Borang 14 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tiga laporan polis tersebut dibuat oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membabitkan Parlimen Pulai, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bagi Parlimen Kuala Selangor dan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi untuk Parlimen Titiwangsa.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut hadir ke IPD Dang Wangi sebentar tadi menjelaskan, laporan tersebut dibuat apabila mahkamah mengatakan pemalsuan pengisian Borang 14 merupakan satu kesalahan jenayah.

Katanya, perkara ini timbul apabila PAS yang mengemukakan kesalahan berkaitan Borang 14 di dalam petisyen pilihanraya, namun mahkamah telah menolak dengan alasan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan mengenai kesalahan tersebut.

"Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memberitahu jika ada kepincangan pilihanraya boleh bawa ke mahkamah.

"Bila kita membawa kes berkaitan dengan pemalsuan pengisian Borang 14 tetapi telah ditolak oleh mahkamah dengan alasan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar aduan kesalahan tersebut dan mengatakan ia merupakan kesalahan jenayah.

"Atas alasan jenayah kita tampil membuat laporan polis dan berharap perkara ini akan disiasat oleh pihak polis," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, laporan tersebut dibuat berkait dengan pelanggaran Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihanraua 1954 mengenai pemalsuan pengisian di dalam Borang 14 yang dibuat oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Jelasnya lagi, laporan polis akan turut dilakukan di seluruh negeri khususnya negeri-negeri yang telah difailkan patisyen.

"Ini merupakan laporan polis pertama berhubung dengan kesalahan pemalsuan Borang 14 dan kita akan turut membuat laporan di seluruh negara terutamanya membabitkan tempat-tempat patisyen dikemukakan.

"Pihak peguam akan sentiasa berhubung dengan pihak polis bagi mengetahui perkembangan lanjut berkenaan dengan laporan yang telah dibuat ini, kita mahu ia disiasat denga adilm," jelas beliau yang juga merupakan seorang peguam.

Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pimpinan tertinggi PAS dalam masa terdekat berhubung dengan kesalahan pilihanraya dan juga kepincangan di dalam SPR.

Sebab rakyat Malaysia tidak memasang bendera sambut merdeka terbongkar

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 27 Ogs 2013

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang. 

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Baca di sini


Sebab Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!!


Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang. 

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya..

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik... negara jiran yang mana satu entahlah..

Sebenarnya Datuk Seri.. bukanlah rakyat menunggu bendera yang diberikan oleh Kerajaan.. atas semangat patriotik rakyat sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bendera itu...

Tetapi oleh kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari kalangan yang rajin membaca dan juga bukan terdiri dari kalangan yang mudah lupa seperti ahli UMNO itu..

Dan masih terngiang-ngiang dalam ingatan akan kata-kata seorang sejarahwan yang juga seorang Profesor sebelum PRU13 yang lalu.

Kerana beliau adalah seorang Proffesor maka rakyat berpegang dan menghormati akan kata-katanya itu..

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. 
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.  
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.  
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.  
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. 
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya pada 9 September 2011.  
Katanya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun... Videonya sila liha di SINI

Jadi.. bila Proffesor tu dah kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kita memasang bendera menyambut hari Merdeka?

Kita tak pernah dijajah.. jadi kenapa kita menyambut Hari Merdeka ni?.. kita Merdeka dari siapa?

Ni videoclip lagu tema untuk sambutan hari merdeka walaupun kita tak pernah dijajah tahun ini.. ada orang kata komposer yang cipta lagu menciptanya semasa berada dalam tandas...

Cuba korang dengar dan nilaikan..anaksungaiderhaka@gmail.com

Gambar terkini TG Haji Hadi semasa melawat TG Nik Aziz

http://kerabubersuara.blogspot.com, 27 Ogs 2013


Begitu hormatnya Tok Guru Haji Hadi kepada Tok Guru Nik Aziz.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka dalam mentadbir dan menguruskan agama islam di Malaysia tercinta.

Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang

Harakahdaily, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda  dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan.

Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan.

Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang.

Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat.

Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan.

Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang.

Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju.

Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat.

PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi.

Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak.

Penilaian  untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan.

Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak.

Keputusan bantahan petisyen Bukit Baru 5 Sept

Ahmad Danial, 27 Ogs 2013
MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya akan membuat keputusan 5 September ini berhubung bantahan PAS terhadap petisyen yang di kemukakan BN bagi Dun Bukit Baru.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong PAS menunjukkan solidariti kepada Adun PAS, Dr Md Khalid Kassim di mahkamah nanti.

BN telah mengemukakan petisyen terhadap kemenangan Md Khalid bagi Dun Bukit Baru, namun petisyen itu dibantah oleh PAS.

Mahkamah yang bersidang pada 22 Ogos lalu telah menangguhkan keputusan bantahan itu kepada 5 September ini.

PAS diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Zulkhairi Mohamad manakala pasukan peguam BN diketuai oleh Dato Hafarizam Haron.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka mengadakan solat hajat dan berdoa agar bantahan PAS ini diterima oleh mahkamah pilihanraya.

'Kita harap seluruh ahli dan penyokong mengadakan solat hajat dan mendoakan kejayaan Adun kita bagi memastikan khidmat kita dapat diteruskan," katanya.

Persidangan Tergempar Krisis Mesir 30 Ogos

Harakahdaily, 27 Ogs 2013



KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya.

Persidangan itu dianjurkan oleh Komiti Bertindak Bebaskan Mesir (REACT Free Egypt) dengan kerjasama, Mapim, Citizens International, Universal Justice Network dan rakan kerjanya termasuk Abim, Shura, PUM, Ilmuan, Salimah, Teras dan Lujnah Antarabangsa Parti Islam Se-Malaysia.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tema persidangan itu ialah ‘Hentikan Pembunuhan, Pulihkan Demokrasi Mesir’ ekoran tindakan ganas tentera Mesir terhadap kelompok pro Morsi dan anti kudeta yang membunuh dan mencederakan ribuan yang telah mengejutkan dunia.

“Senario ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindakan. Kemungkinan Mesir menjunam kepada perang sivil sangat besar jika keganasan tentera tidak dihentikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, objektif persidangan itu ialah untuk mendesak pembunuhan massa, penangkapan penunjuk perasaan aman dihentikan dan semua tahanan dibebaskan.

“Pemimpin Ikhwan hendaklah dibebaskan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah pembunuhan massa dihukum,” ujarnya.

Ia jugam katanya untuk melancarkan kempen antarabangsa di kalangan ahli parlimen dan NGO Asean untuk menuntut tentera berhenti dari meneruskan kezaliman terhadap rakyat Mesir selain membincangkan perkembangan terkini pergolakan Mesir dan merumuskan agenda bertindak untuk mengembalikan hak demokrasi  rakyat negara itu.

Persidangan juga, katanya untuk melancarkan kempen peringkat Asean untuk mendesak kerajaan interim Mesir memulihkan demokrasi dan mengembalikan semula kedudukan Morsi sebagai Presiden Mesir.

Menurutnya, 200 peserta di kalangan ahli parlimen Asean, pemimpin politik dan NGO, aktivis sosial, pemikir dan cendikiawan, ahli media dan jurnalis dijangka menyertai persidangan itu.

Syria: Perancangan barat serangan bom kimia?

Salmiyah Harun, 27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak menolak konflik berlaku di Syria mempunyai modus operandi yang diatur oleh pihak barat untuk menyerang negara itu.

Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir, Aiman Athirah Al Jundi suasana di Syria hari ini tidak ubah sepertimana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

"Misalnya isu di Syria, kita mengambil sikap berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan termasuk gas kimia yang dilepaskan menyebabkan lebih 2,500 rakyat termasuk kanak-kanak terbunuh," katanya.

Ini kerana, jelasnya penggunaan bom kimia itu dipercayai ada unsur-unsur sabotaj daripada pihak barat kononnya tindakan itu adalah kesalahan Basyar Al Assad dan tenteranya.

Ekoran itu, katanya US merancang untuk menyerang Syria kononnya tentera Basyar telah melancarkan serangan bom kimia menyebabkan ribuan terbunuh.

"Kita mendesak US jangan campur tangan dan kita mahu OIC mengadakan sidang khas berhubung konflik di Syria dengan segera," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang berlaku ini, katanya pihak OIC seharusnya menjalankan siasatan siapa dalang yang cuba menangguk di air yang keruh.

Serangan pada 21 Ogos  lalu itu dipercayai dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi.

Pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.

Kesemua mayat mangsa mengalami tanda-tanda terkena gas beracun itu iaitu salur darah mengembang, kaki sejuk dan mulut berbuih.

Tindakan tentera Assad itu menyebabkan seluruh dunia mengutuk tindakannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan