Ahad, 25 Ogos 2013

JANGAN KITA CARI PASAL...KAUM YANG BERBEZA...DITAMBAH AKIDAH YANG BERBEZA...ELOK KITA KEKALKAN HARMONI

Tiru Israel: Tiada PM sehebat Najib, kata Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 25 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan "rasa kagum" dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan "Endless Possibilities".

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

"Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.

"Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel," katanya sinis.

Tambah Mahfuz lagi, tidak ada mana-mana pemimpin negara umat Islam yang lain yang seberani Najib meniru dan menghayati slogan dan falsafah Israel.

"Falsafah 1Malaysia dia tiru dari One Israel setelah Dewan Rakyat diberitahu jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk khidmat  firma Israel, Apco Worldwide.
"Sekarang 'Endless Possibilities' pula dia tiru.

"Berapa juta ringgit pula wang rakyat beliau habiskan untuk mendapatkan slogan tiru itu, kita tidak tahu," katanya.

Malay Mail semalam melaporkan, laman web rasmi Kementerian Pelancongan Israel mempunyai pautan (link) kepada "Conference and Incentive Tourism" di bawah tajuk "Our Websites".

Pautan itu membawa kepada laman web yang memaparkan dengan begitu menonjol tagline "Israel: One Place. Endless Possibilities" di sudut kiri bahagian atas.

Tagline yang sama juga menjadi tajuk kenyataan akhbar Kementerian Pelancongan Israel pada 22 April 2013 di dalam laman web IMEX 2014, iaitu ekspo pelancongan dunia yang akan diadakan di Frankfurt, German tahun hadapan.

Simbol 4 jari, protes terhadap tentera Mesir

Abu Marwan, 25 Ogs 2013

KAHERAH: Simbol 4 jari yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recap Tayyib Erdogan sewaktu berucap dalam satu himpunan kini menjadi lambang protes seluruh rakyat Mesir terhadap kekejaman junta tentera yang membunuh rakyat awam.

Himpunan yang diadakan di Istanbul itu, bagi mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Mesir di Dataran Rabaa Adawiya juga merupa tanda sokongan kerajaan Turki terhadap kerajaan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir sendiri.

Sekarang ini, kemana-mana sahaja kita pergi di seluruh Mesir, lambang ‘4 jari Rabaa’ ini dapat dilihat ditampal di merata-rata tempat termasuk juga yang dibawa oleh rakyat awam di dalam demonstrasi-demonstrasi aman yang dianjurkan hampir setiap hari.

Penyokong Presiden Morsi serta NGO-NGO yang menentang rampasan kuasa tentera di Mesir melihat lambang ‘4 Rabaa’ ini sebagai sumber inspirasi dan kekuatan mereka bagi berhadapan dengan kekejaman junta tentera.

Perdana Menteri Erdogan yang mencetus simbol 4 jari tersebut, menyebutnya sebagai simbol bagi mengenang medan Rabiatul Adawiyah (Raba’ah) yang telah dihancurkan oleh rejim tentera Mesir secara rakus.

Simbol 4 jari ini memberi maksud Rabi’ah. Rabi’ah/arba’ah bererti Empat. Oleh sebab itu, angka 4 dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabaah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan serta solidariti terhadap rakyat Mesir yang dibunuh dengan kejam.

Simbol ‘4 jari Rabaa’ ini juga kini menjadi minat anak-anak muda di seluruh dunia yang membantah kekejaman junta tentera Mesir dan ia tersebar luas melalui media sosial seperti Facebook dan twitter.

Lambang ini menjadi simbol tanda sokongan anak-anak muda seluruh dunia terhadap rakyat Mesir yang menentang rampasan kuasa junta tentera serta tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Dataran Rabaa.

Di Dataran Rabaa inilah pasukan tentera dan polis dilaporkan telah menyerang dan membakar bangunan hospital yang terletak dalam kawasan Masjid Rabaah. Hospital itu menjadi pusat rawatan kepada para mangsa yang cedera dan mayat para syuhada’ ditempatkan.

Jumlah angka korban di Dataran Rabaa sahaja dianggarkan melebihi kepada 2,000 orang termasuk 65 orang kanak-kanak dan lebih dari 10,000 rakyat awam yang cedera.

Inilah realiti politik Mesir terkini. Simbol ‘4 jari Rabaa’ yang di tunjukkan oleh rakyat kini menjadi sumber inspirasi dan senjata bagi mereka untuk berhadapan dengan seluruh kekuatan junta tentera dan polis yang menggunakan gas-gas pemedih mata dan peluru-peluru hidup terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Lebih 200 hadiri syarahan Datuk Fadzil Noor

Anis Nazri | Foto: Nasir Sudin, 25 Ogs 2013


AMPANG: Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berjaya menganjurkan majlis makan malam amal dan syarahan perdana Datuk Fadzil Noor, bertempat di Hotel De Palma, malam tadi.

Syarahan perdana bertajuk Malaysia Pasca PRU-13 – Masa Depan Politik Melayu, Ekonomi Rakyat & Toleransi Agama itu disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Ia bertujuan untuk menjadi medium kepada pimpinan PAS, wakil NGO dan masyarakat awam untuk membincangkan dan mengupas polisi-polisi atau dasar-dasar negara serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi PAS pada masa akan datang.

Selain itu, majlis yang bermula jam 8 malam itu turut bertujuan mengutip dana bagi melancarkan gerak kerja PPP dalam mendepani pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Tambah memeriahkan suasana, hasil seni seorang pelukis turut dilelong pada majlis tersebut, di mana potret terbaru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya dijual dengan harga RM1,200. (Gambar atas)
Turut serta pada majlis yang berakhir jam 11.30 malam itu Pengarah Eksekutif PPP, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat; Pengasas bersama NGO Bantah TPPA, Anas Alam Faizli; dan wakil Juham.

Program tersebut adalah anjuran Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dengan kerjasama Persatuan Graduan United Kingdom & Eire, Malaysia (iPro).

Presiden PAS lancar Tabung Kemanusiaan Mesir

Salmiyah Harun, 25 Ogs 2013
(TG Abdul Hadi (kiri) menunjukkan simbol R4BIA tanda solidariti buat rakyat Mesir)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Mesir khususnya bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan dengan rejim tentera Mesir.

Pelancaran itu dibuat sejurus selepas mesyuarat Ajk Harian PAS Pusat di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, PAS telah menghantar sebanyak USD10,000 kepada rakyat Mesir hasil daripada sumbangan orang ramai sebelum ini.

Katanya, sumbangan itu telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dr Syed Azman Syed Nawawi kepada rakyat Mesir baru-baru ini.

"Hasil sumbangan itu, kita agih-agihkan kepada merekan yang amat memerlukan. Dan kita hantar wang tunai kerana ia memudahkan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa bunuh rejim Mesir," katanya ditemui Harakahdaily.

Malah Kamarudin turut mengalu-alukan sumbangan yang lebih banyak lagi dari seluruh rakyat negara ini kerana Umat Islam Mesir yang menjadi mangsa jenayah perang amat memerlukan sumbangan ini.

Beliau turut memetik sabda Nabi Muhammad SAW 'barangsiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal kaum muslimin yang lain bukanlah daripada golongan kami".

PAS juga konsistan dalam memantau situasi di Mesir bersama-sama dengan gerakan Islam yang lain.

Malah jelasnya, beberapa siri perjumpaan telah diadakan di luar dan di dalam Mesir untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani krisis ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada Mesir bolehlah disalurkan ke akaun Maybank 564070703248 atas nama Parti Islam Se Malaysia.

Ekoran krisis Mesir itu, PAS dengan kerjasama Mapim akan menganjurkan Seminar Hentikan Keganasan  Kembalikan Demokrasi Untuk Mesir pada 30 Ogos 2013 (Jumaat) di Dewan Seminar Masjid Al-Falah USJ, Jalan USJ 9/5 Persiaran Kewajipan Subang jaya bermula jam 8.00 pagi  hingga 5.00 petang.

Antara mereka yang akan terlibat dalam seminar itu Ahli Parlimen Negara Asean, Ngo Asean, media tempatan dan antarabangsa, akademik, Ulama, wartawan dan pelajar serta aktivis sosial.

Sehingga ke hari ini dipercayai sudah lebih 4,000 nyawa yang tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Mesir walaupun pihak tentera cuba menutup kekejaman ini dengan mengeluarkan angka rasmi kematian sekitar 830 orang sahaja.

Lanjutan daripada rampasan kuasa yang menggulingkan Dr Muhammad Morsi selaku Presiden Mesir yang dipilih secara sah membuatkan rakyat Mesir bangkit untuk membantah tindakan demokratik tersebut, akibatnya suasana tegang mengundang pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di sana mutakhir ini.

Kempen sejuta tanda tangan selamatkan Mesir

Salmiyah Harun, 25 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melancarkan kempen sejuta tanda tangan kesedaran Selamatkan Mesir di rumah terbuka PAS hari ini.

Para pengunjung rumah terbuka menurunkan tanda tangan mereka di atas kain rentang berwarna putih sebaik sahaja memasuki pekarangan padang Kelab Sultan Sulaiman.

Menurut Penyelaras Kempen Selamatkan Mesir Aiman Athirah Al Jundi berkata, kempen ini sebagai inisiatif Muslimat sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Mesir.

Bahkan katanya, pelancaran ini akan disusuli dengan beberapa siri program yang berkaitan dan kutipan tanda tangan akan diteruskan di peringkat negeri.

"Acara kemuncak program ini, kita akan teruskan dalam Muktamar Muslimat PAS akan datang," katanya.

Pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff di mana beliau turut mengedarkan kad 'Doa Qunut Nazilah' erta button 'Save Egypt' kepada pengunjung rumah terbuka.

Athirah turut menjelaskan, kempen ini bukan hanya untuk selamatkan Mesir tetapi sebagai cabaran kepada pimpinan Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk bertindak segera ke atas nasib rakyat Mesir yang akan dimulai oleh Malaysia.

"Kita desak pemimpin-pemimpin lelaki OIC untuk bertindak segera hapuskan kuasa-kuasa anasir yang bertindak keterlaluan tanpa perikemanusiaan terhadap umat Islam Mesir," katanya ketika ditemui.

Zambry digesa elak projek membazir

Muhammad Faeez Azahar, 25 Ogs 2013
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan negeri agar menguruskan ekonomi dan kewangan negeri secara berhemah.

Menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Isnin ini, bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar mengharapkan kerajaan negeri mengutamakan perancangan yang lebih praktikal merangkumi ketelusan, integriti dan kecekapan khususnya berkaitan pengurusan wang kerajaan.

Menurutnya, Pemuda PAS tidak mahu sebarang kelulusan projek mega dan dasar yang merugikan wang rakyat.

Kata beliau, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri dibawah pimpinan Dato' Seri Zambry Kadir sesi lalu, Pemuda PAS melihat terdapat perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan negeri bersifat pembaziran dan hanya menguntungkan segelintir pihak.

Pendekatan sedemikian katanya tidak seharusnya diulangi oleh Zambry dan berharap pemerintahan pimpinan beliau kali ini lebih telus dan wibawa.

"Saya berharap kerajaan dapat mengemukakan satu perancangan ekonomi yang praktikal.

"Kami tidak mahu apa-apa kelulusan yang merugikan wang kerajaan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, setiap perkara yang ingin diluluskan seharusnya mengambil kira aspek kewajaran serta keperluan yang akan mewujudkan perolehan manfaat kepada rakyat.

"Pemuda PAS Perak tidak mahu sebarang kelulusan dan dasar yang memberi keuntungan kepada sekelompok pihak yang berkepentingan.

"PAS sangat mengalu-alukan usaha yang akan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat seperti pembangunan negeri dan ekonomi rakyat," jelasnya lagi.

Fakhrulrazi menyatakan, kerajaan negeri Perak memperoleh sumber kewangan yang mencukupi memandangkan negeri tersebut mempunyai hasil mahsul yang pelbagai termasuklah getah, balak, sawit dan sebagainya.

Pemuda PAS katanya yakin pendapatan kerajaan mencukupi untuk disalurkan kepada seluruh rakyat pelbagai lapisan melalui perancangan yang efisyen daripada kerajaan.

"Kami yakin ekonomi rakyat akan meningkat dan masalah kemiskinan tidak wujud lagi sekiranya pendapatan kerajaan diuruskan secara adil dan saksama," jelasnya lagi.
Polis rampas bom, tahan enam suspek
 
Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini.

"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan.

Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.

"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.

Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.

Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.

Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.

Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

- Bernama
Pengulas dakwa filem Namewee hina Melayu

  • 4:20PM Ogos 25 2013
 
Satu ulasan disiarkan akhbar Mingguan Malaysia mempersoalkan adegan dalam filem terbaru karya pengarah kontroversi, Namewee, yang didakwa menunjukkan watak satu pasangan Melayu terkena air kencing.

Penulis ulasan tersebut, Rasdan Ahmad dalam tulisannya menyebut, filem tersebut membawa agenda tersendiri dan pengara didakwa "menunjukkan rasa tidak puas hati ke atas orang Melayu".

Menurut Rasdan, filem berkenaan menunjukkan watak yang dilakonkan Namewee, atau nama sebenaranya Wee Meng Chee,
sedang membuang air kecil di tepi jalan selepas cuba merasuah seorang anggota polis.

Menurut ulasannya, air kencing itu kemudiannya terkena pasangan Melayu tersebut yang sedang menunggang motosikal.

Beliau seterusnya mempersoalkan tindakan Lembaga Penapisan Filem yang meluluskan adegan dalam filem Kara King itu.

"Kemungkinan LPF masih buta dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namewee yang menghina orang Melayu dalam filem ini?

"Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?," soalnya.

Ulasan tersebut disiarkan dalam sisipan Pancaindera dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Khairy: Najib tak akui laporan Utusan
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memperakui laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' yang mencetus kontroversi sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, laporan berhubung peralihan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat itu berbeza dengan kenyataan Najib ketika mengulas keputusan pilihan raya tersebut, kata Khairy.

Khairy berkata demikian dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.

"Beliau hanya membuat pemerhatian dan tidak menyalahkan mana-mana komuniti. Tajuk utama akhbar itu dan pendirian perdana menteri adalah berbeza," katanya.

Mengulas perkara tersebut, Khairy menegaskan bahawa Utusan bertindak dengan salah apabila menyiarkan laporan seperti itu.

"Perdana menteri komited dengan pendekatan 1Malaysia sehingga ke hari ini.

"Beliau boleh berkata yang kita tidak dapat sokongan Cina dan perlu melupakan 1Malaysia dan hanya beri tumpuan kepada mereka yang menyokong kita.

"Tetapi beliau konsisten agar kita kekal dengan dasar yang bersifat menyeluruh," katanya.

Khairy ditanya mengenai tindakan perdana menteri yang tidak mengambil tindakan ke atas Utusan ekoran laporan yang didakwa ramai pihak sebagai bersikap perkauman itu.

Najib sendiri ketika ditanya mengenai laporan kontroversi tersebut pada 7 Mei lalu mempertahankan laporan berkenaan.

"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib.

Najib menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis
berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

Kebanyakan manusia dilanda kebimbangan

Tuan Ibrahim Tuan Man, 23 Ogs 2013

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan...

1. Risau pasal kerja
2. Risau pasal anak
3. Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan

Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu....

Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..."

Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan.
Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit....

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut...

Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan.

Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi.

Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi.

Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan?
Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita.

Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada.

Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat membaca mesej ini.

Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita.

Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan