Isnin, 26 Ogos 2013

HATI2 JANGAN TERSILAP LANGKAH


Catatan 004: Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat
Posted on Monday, August 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."


Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
 


Endless Possibilities Versi Mongolia

Posted on Monday, August 26 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



O.M.G! Now if THIS isn't 'KARMA', or a Sign from above then I don't know WHAT is...

PM Najib's plan to introduce the new "ENDLESS POSSIBILITIES" as a Slogan to promote Malaysia and so called 'compliment' the '1Malaysia' moto in-fact is NOT even 'ORIGINAL'...

The "ENDLESS POSSIBILITIES" slogan has been used before to promote guess WHICH country???

..."MONGOLIA!"

PS. Najib must be 'subliminally' thinking of someone WITHOUT even 'realizing' it :-)



Facebook Curi-curi Wang Malaysia


 Sistem Bas Transit Pantas Dan Cekap Di Brazil
Posted on Monday, August 26 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Pen Patah

Kebanyakkan bandar moden dunia kini mempunya pengangkutan massa awam mereka yang tersendiri. Majoriti memilih untuk membina sistem rel massa yang mengambil masa untuk dibina dan menelan belanja yang tinggi. Di Malaysia sistem MRT fasa baru sedang dibina dan ia mengakibatkan berlakunya kesesakan jalan raya. Di Curitiba, Brazil mereka menggunakan sistem Bus Rapid Transit. Malah sistem BRT ini dicipta di bandar ini oleh datuk bandar Curitiba Jaime Lerner pada tahun 1974.

Melalui sistem BRT, bas berfungsi seperti sebuah kereta bawah tanah dengan laluan khas mereka sendiri. Setiap bas panjang yang diberi gelaran"accordian" BRT mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa. Stesen bas BRT berfungsi seperti stesen keretapi dengan sistem bayaran pada pintu masuk dengan akses kepada pengguna kerusi roda. Bas akan mengambil penumpang sekerap setiap 90 saat.

Sistem ini jauh lebih murah dari membina sistem keretapi massa yang sedia ada. Sistem BRT kini digunakan di Bangalore, Panama, Buenos Aires dan Mexico City.









Laporan asal Observing Exploring dan Wikipedia

penpatah.blogspot.com

Video


 

 

 Tahukah.. UMNO Haram Purdah? Karpal Singh Pembela!
Posted on Monday, August 26 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Kuala Lumpur - Pada awal tahun 80an dahulu, parti UMNO telah mengharamkan pemakaian purdah oleh para muslimah. Keratan akhbar berkenaan pengharaman purdah adalah seperti dibawah oleh the star 1985, Arakian seorang muslimah bernama Hajah Halimatus saadiah yang bertugas sebagai kerani di pejabat SUK Perak telah DIPECAT oleh Umno & Barisan Nasional kerana memakai purdah.

Muslimah ini telah membawa kes pemecatan beliau ke mahkamah. Peguam yang mewakili Hajjah Halimatus saadiah ini tidak lain tidak bukan adalah Encik KARPAL SINGH iaitu PENGERUSI DAP! Benar, Karpal Singh yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin  Barisan Nasional kononnya Karpal ini anti Islam.

yang amat menghairankan adalah, ada dua hakim ahli umno yang di katakan bermazhab ahlul sunnah wal jemaah yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Abdul Hamid Omar dan Hakim Dzaiddin juga telah turut sama menzalimi muslimah yang hanya mahu memakai purdah. 

Hakim hakim yang mengaku Islam pengikut mazhab ahlul sunnah wal jemaah. Di waktu yang sama, tiada pula arahan dari umno dan barisan nasional untuk memecat atau membuang pekerja yang tidak menutup aurat ataupun memakai pakaian seksi yang bermazhab ahlul sunnah wal jemaah. 

Kes Hajjah Halimatus sadiah ini adalah salah satu bukti permusuhan umno dengan agama Islam sehingga sanggup menzalimi seorang Muslimah yang hanya mahu memakai purdah. Walaupun purdah itu hukumnya hanya sunat, tapi BN tiada hak untuk mengharamkan pemakaiannya.

Karpal yang dihina dan dicaci BN kononnya anti Islam telah bertungkus lumus membela muslimah yang dizalimi kerajaan Barisan Nasional ini. Kes ini jelas menunjukkan bahawa umno itu lebih anti Islam dari Karpal Singh. Dan berbeza dengan Karpal singh yang telah meminta maaf atas kenyataan beliau mengenai islam, 

UMNO sehingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana mengharamkan purdah. 1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

KERATAN AKHBAR THE STAR 1985.


by @tiewnama - Kita Tahu Hudud itu undang undang Tuhan, tapi kita takkan laksanakan Hudud - Najib Razak pemimpin ahlul punah ranah umno. kahkahkahkah. (Diangkat dari Era Pasca)
 Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”
Posted on Monday, August 26 @ 08:48:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Saya mendapat edaran video youtube tentang satu acara zikir macam menari serta dirasuk. Saya rasa ini adalah satu daripada tariqat. Tapi oleh kerana isu terkini adalah syiah ramai yang komen pasal syiah. Saya pun sebenarnya tak mahir, tapi suka saya sertakan satu pandangan daripada orang yang lebih berkolehan mengulas dalam hal ini. Saya tak arif saya lebih suka berdiam diri.
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.


Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Timbalan Mursyidu Am PAS

 Pakatan akan berbincang dengan BN, tetapi bukan untuk Kerajaan Perpaduan, kata Anwar
Posted on Monday, August 26 @ 08:14:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (gambar) memberitahu Pakatan Rakyat (PR) akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu berkaitan kepentingan rakyat akan tetapi menafikan berkenaan dengan Kerajaan Perpaduan.


Beliau menjelaskan antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan adalah dari segi ekonomi, jenayah dan kewibawaan badan kehakiman.

“Kami belum berbincang tentang kerajaan perpaduan namun PR sememangnya terbuka bagi membincangkan isu yang berkaitan rakyat,” katanya semasa ditemui pemberita di majlis sambutan Aidilfitri di Bangsar hari ini.
Anwar semasa ditemubual portal berita asing Asia Sentinel mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan di antara Umno dan PR.
Dalam wawancara itu Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India.
Ketua pembangkang itu menjelaskan isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia memerlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan.
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.
Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan Anwar berhubung wujudnya rundingan kerajaan perpaduan di antara pihak kerajaan BN dan PR.
Menurut Najib, dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan tersebut.
Najib menjelaskan satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya.
Perdana Menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.

HASBULLAH AWANG CHIK- 25 Ogos, 2013.
Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan