Rabu, 24 Julai 2013

TERIMALAH JIKA PERINGATAN ITU MEMANG JELAS KEBENARANNYA...LEBIH2 LAGI DARI ALQURAN DAN HADIS

Ibu bapa bengang pentadbiran sekolah di Sungai Buloh
Posted on Wednesday, July 24 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh TINNA LEONG, KIMBERLY YEO dan DIYANA IBRAHIM
Kantin sekolah di Sungai Buloh yang dikatakan sedang diubahsuai.Kes kanak-kanak sekolah diarah makan di bilik persalinan ketika rehat di sebuah sekolah di Sungai Buloh mendapat perhatian meluas apabila seorang ibu prihatin melakukan siasatannya sendiri.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Guneswari itu mempunyai seorang anak perempuan yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristina itu diberitahu mengenai perkara itu oleh pemandu van sekolah anaknya pada Sabtu lalu.
Kantin sekolah di Sungai Buloh yang dikatakan sedang diubahsuai
.

Semalam, Guneswari melawat sekolah itu dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Murid bukan Islam diletakkan dalam bilik persalinan, yang bersebelahan dengan tandas.
"Pintu menuju bilik persalinan ditutup, tiada aliran udara. Bau dari tandas amat kuat," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berang kerana anaknya dilayan sedemikian, Guneswari menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa sekolah. Beliau bertemu dengan penyelia petang sekolah.
Bagaimanapun, selepas tiada maklum balas daripada sekolah, Guneswari membuat keputusan untuk mendedahkan perkara itu. Gambar yang dipamerkan di laman sosial Facebooknya itu tersebar luas di internet dan kini dikongsi oleh 3,000 orang.
Guneswari juga mendakwa kantin itu tidak ditutup untuk kerja ubah suai.
"Anda boleh lihat di Facebook saya. Tidak ada apa-apa pun yang berlaku di kantin," katanya.
Sementara itu, Mastura Abdullah Sani, 22, salah seorang ibu yang menghantar anak bersekolah di situ, berkata beliau terkejut apabila mengetahui murid bukan Islam diarahkan makan di bilik persalinan sekolah.
"Ada banyak lagi cara lain yang lebih baik dan jika ia bulan puasa sekali pun, tidak ada salahnya membenarkan murid bukan Islam makan di kantin,” katanya.
Ibu bapa yang menjemput anak mereka daripada sekolah petang tadi keliru mengapa pihak berkuasa sekolah bertindak sedemikian.
Bilik persalinan yang menjadi tempat makan murid bukan Islam ketika rehat.Bilik persalinan yang menjadi tempat makan murid bukan Islam ketika rehat.
Beberapa orang awam kelihatan datang ke sekolah petang tadi untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku selepas cerita mengenai murid bukan Islam sekolah berkenaan diarahkan menghabiskan masa rehat, makan di bilik persalinan tersebar di internet.
"Ini salah," kata seorang ibu yang ingin dikenali sebagai Zarimah.
"Saya tahu awalnya murid dibenarkan menggunakan kantin, tetapi tiba-tiba kantin tutup. Mereka sepatutnya boleh menggunakan bilik darjah berbanding bilik persalinan," katanya.
Beberapa ibu bapa mendakwa murid tidak dibenarkan masuk ke kantin selepas pengendalinya menutup kedai sempena bulan puasa. Pihak berkuasa sekolah kemudian mengikat pita merah di sekeliling premis itu bagi menghalang kanak-kanak menggunakan tempat itu.
Selepas gambar di Facebook itu tersebar luas, wakil rasmi Kementerian Pendidikan datang ke sekolah tengah hari tadi dan memeriksa bilik persalinan dan kantin selain bercakap dengan pentadbiran sekolah.
Timbalan menterinya, P Kamalanathan kemudian berkata, pihaknya sudah mengerahkan sekolah supaya tidak mengarahkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan itu.
Laporan polis berhubung kejadian itu turut dibuat di Balai Polis Sungai Buloh, petang ini. - 23 Julai, 2013.
Ibu bapa bengang pentadbiran sekolah di Sungai Buloh


 Penjelasan Guru Sekolah Berkenaan Pelajar Diarah Makan Dalam Tandas
Posted on Wednesday, July 24 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber NescafeAis.Com

>sss
Printscreen penjelasan seorang guru sekolah berkaitan kes tempat makan dalam Bilik Persalinan (yg diupgrade jadi tempat makan). Pada gambar ini, kelihatan seorang pelajar bertudung dan seorang pelajar melayu (duduk).


sss

Mereka berada dalam bilik yang sama. Maka tidak timbul soal pelajar bukan islam sahaja yang menggunakan bilik tersebut.Jadi maklumat awal yang tersebar, yang mengatakan ianya tandas adalah salah.
Penjelasan Guru Sekolah Tersebut yang diambil dari perbualan pada statusnya :
———————————
“susah nak explain.. sebab yg tersebarnya dah terlampau negatif… sbnarnya tempat tu dibuka bg menampung keperluan pelajar yg rmai dn untuk mengelakkan murid mkn di atas lantai dan di tepi2 jln sbb tak cukup kerusi meja wktu biasa…
itu inisiatif oleh ** sebelum bulan ramadhan lg.. dan sepnjag bulan ramadhn ni, disebabkan kntin tutup, jd murid2 non muslim atau muslim yg tak puasa dibenarkan makan di dalam bilik tu..
dan bilik tu ilah bilik perslinan yg tak digunapkai sbgai bilik persalinan pun.. tk de spe mndi or berak kat situ.. cum dah lengkap dgn sinki.. jd murid blh basuh tangn, n meja dibalut, bilik berhias jugak sbb nk jdkan betul2 bilik mkan..
ada dua bilik perslinan yg dibuat tempat mkn sbb dekat dgn kantin.. tu je.. kebetulan mungkin yg banyaknya mkan ms bulan puasa ni non muslim la.. walhal kalau hari biasa tak wujud racist langsung pun… anak cikgu pun mkan dlm bilik tu..
sbb skolah ni kecil.. tp murid rmai.. so harpnye, mungkin dapat lah tambah besar lg kantin i ke lps isu ni… huhu”
Penjelasan Guru Sekolah Berkenaan Pelajar Diarah Makan Dalam Tandas


  Peti undi Kuala Besut dibuka
Posted on Wednesday, July 24 @ 08:29:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh Malaysiakini



Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.

Jika Tengku Zaihan memang, status quo akan kekal.

Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya, situasi baru yang tidak pernah terjadi akan disaksikan apabila BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai kerusi sama banyak dalam DUN.

Keadaan itu, oleh kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, membolehkan segala kemungkinan.

Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Berikut laporan langsung oleh wartawan Malaysiakini di lapangan:

8am: SK Kampung Baharu - Calon PAS Azlan Yusof tiba bersama isterinya di pusat mengundi itu sejak 7.45 pagi.

Beliau disambut oleh sekumpulan penyokongnya yang menunggu lebih awal dengan laungan takbir.

Beliau juga ditemani oleh wakil calon, Hanafiah Mat dan Wan Azhar Wan Ahmad. 


 Jika 16:16, Speaker DUN Terengganu tiada kuasa penentu
Posted on Wednesday, July 24 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Keadilan Daily

Dr DzulKUALA BESUT, 15 JULAI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak lagi mempunyai kuasa penentu (casting vote)apabila Pas memenangi pilihan raya kecil (PRK) N01 Kuala Besut.
Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berrkata ,senario itu terjadi berikutan kedudukan 16 : 16 antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

“Speaker DUN Terengganu tidak ada kuasa (undi) penentu (casting vote) kerana bukan dipilih oleh rakyat.

“Dia dilantik oleh kerajaan Terengganu,” katanya dalam ceramah kelompok di Kampung Tok Saboh, 13 Julai lalu.
Bekas calon BN parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong yang tewas kepada calon Pas, Raja Kamarul Baharin dengan majoriti 10,785 undi dilantik sebagai Speaker DUN  Terengganu 16 Jun lalu.
Justeru kata Dr Dzulkefly, BN dilihat begitu terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam PRK Kuala Besut bagi mengekalkan majoriti dalam DUN Terengganu.
Sebelum ini, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai  di negeri itu.
Katanya, Sultan boleh membuat keputusan itu sekiranya BN dan Pakatan Rakyat menguasai  jumlah kerusi sama banyak.
Dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan Sultan yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54295
 Jika 16:16, Speaker DUN Terengganu tiada kuasa penentu »

 [Panas] Tabarruk: Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah SAW
Posted on Tuesday, July 23 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: hijabulcrewz

"Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami, lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif. Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti, atau mujtahid jadian, atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya. Berhati-hati apabila membicarakan sesuatu ‘isu’ berkaitan hukum yang anda bukan ahlinya.

Namun, saya kira kesalahan tidak sepatutnya diletakkan di bahu para artis hijrah ini cuma, penerbit-penerbit televisyen tanah air juga harus bertanggungjawab dalam isu ini.Jawapan berkenaan dengan isu air minum yg dicelup rambut Rasulullah SAW – Oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Perbuatan itu dinamakan sebagai tabarruk.

Apakah makna tabarruk?

Tabarruk berasal dari perkataan barakah. Makna tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dgn sesuatu yg mulia dlm pandanganNya.

Dipetik dari kitab Mafahim Yajibu an Tushahah oleh Dr. Sayyid Muhammad al Maliki, mafhumnya :

“Sewajarnya kita mengetahui bhw tabarruk itu tidak lain hanya suatu tawassul (jalan) menuju kpd Allah SWT samada ia suatu atsar (peninggalan), tempat atau orang perseorangan. Adapun org yg diberkati Allah hendaklah diyakini bhw dia mempunyai fadilat & taqarrubnya kpd Allah dgn keyakinan bhw dia tetap tidak mampu mendatangkan kebaikan atau menolak kejahatan (bala) kecuali dgn izin Allah SWT. Adapun atsar (peninggalan spt barang-barang dsbnya), maka adalah ia ada hubungan dgn org yg soleh yg diberkati tadi, maka ia adalah mulia kerana kemuliaan yg diberikan kpd org yg menggunakannya tadi. Ia menjadi mulia, diagung, dicintai kerana kemuliaan yg diberikan Allah SWT. Adapun tempat-tempat peninggalan, maka tidaklah ada kelebihan padanya hanya kerana zatnya yg ia semata mata tempat. Keutamaan & kemuliaan disebabkan oleh kebaikan & amal bakti yg selalu dilakukan di tempat itu.”

Dalil yg menunjukkan boleh bertabarruk :

Allah SWT berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s, mafhumnya : “Pergilah dgn membawa bajuku ini, kemudian letakkan pd muka ayahku supaya dia dpt melihat.” (Surah Yusuf : 93)

Selepas bertabarruk dgn baju Nabi Yusuf a.s, maka dgn izin Allah mata ayahnya yakni Nabi Yaaqub a.s pulih semula (dpt melihat)

Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya :

“Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata :Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami.”

Juga boleh rujuk dalil lain dalamsurah al Baqarah : 248, surah Hud : 48, surah an Naml : 8, surah as Saffat :113, surah Maryam : 31, surah Ali Imran : 98, surah al Isra’ : 1, surah al Qasas : 30, dan beberapa surah lain.

Kebenaran daripada Rasulullah untuk bertabarruk :

Disebutkan dalam hadith : “Rasulullah SAW membahagi bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk dengannya (rambut).” ( HR Bukhari & Muslim)

Hadith daripada Anas r.a : “Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kpd Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata : Bahagi bahagikan kpd org ramai ( Riwayat at Tirmidzi)

Ubaidah r.a berkata. “Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya.” (Riwayat al Bukhari)

Abu Bakar r.a berkata “Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya.”
Diketahui bhw kemudian dia meletakannya di ‘qalansuwah’ (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan (Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)
 
 
 Pesanan Penting daripada Polis Diraja Malaysia
Posted on Wednesday, July 24 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"
PERHATIAN.

Pesanan khas ini daripada Polis Diraja Malaysia PDRM untuk semua rakyat terutama pengguna-pengguna media sosial.

Elakkan daripada sering memuat turun gambar-gambar harta benda yang berharga seperti barangan kemas, kenderaan mewah, wang di laman sosial serta sering mengupdate lokasi di mana anda berada, kerana TARGET UTAMA penjenayah kini adalah melalui media sosial. 
Elakkan dari mempamerkan no.plat kenderaan anda. Semakin kerap anda mengupdate status berkenaan barangan berharga dan memuat turun gambar harta benda serta wang anda, semakinpenjenayah akan sering mengikuti perkembangan anda. Jadi, sila ambil langkah berhati-hati apabila anda ingin memuat turun dan mengupdate status dan lokasi anda di media sosial.
*Tolong sebarkan peringatan ini. Dunia kini semakin tidak selamat.

 
 Canonical Memulakan Pengumpulan Dana Untuk Ubuntu Edge
Posted on Wednesday, July 24 @ 00:28:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber linuxmalaya



Dengan pelbagai platform operasi pada hari ini, pembangun Ubuntu tidak ketinggalan dan telah memperlihatkan Ubuntu Touch beberapa kali sebelum ini, dan pada bulan Julai 2013 lepas, Canonical turut sama telah memperkenalkan telefon pintar Ubuntu Edge yang didatangkan dengan sistem operasi Ubuntu Phone OS dan juga Android.



Telefon pintar tersebut dibangunkan oleh mereka dengan menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, disamping menggunakan kaedah pengumpulan dana secara terbuka melalui IndieGogo. Selesai pengumpulan dana, pihak Canonical akan membangunkan peranti berkenaan dan menghantar kepada mereka yang menyumbang bermula Mei 2014 kelak.

Ubuntu Edge ini membawakan dua sistem operasi terbina, dimana ketika digunakan sebagai telefon, pengguna boleh memilih antara Android atau Ubuntu Phone OS, dan apabila disambungkan sebagai komputer, ia akan menjalankan sistem operasi Ubuntu sepenuhnya.







Pembangunan Ubuntu Edge Akan Dihentikan Sekiranya Pengumpulan Dana Gagal

Canonical kelihatan memfokuskan sepenuhnya pada pengumpulan dana melalui IndieGogo, dimana mereka mensasarkan pengumpulan dana sehingga $32 juta melaluinya.



Tetapi bagaimana sekiranya ia gagal?

Melalui halaman FAQ pada IndieGogo, pihak Canonical mengatakan mereka akan menghentikan pembangunan peranti Ubuntu Edge ini, dan hanya akan menyokong kepada sokongan komersial untuk peranti berasaskan Ubuntu Phone OS yang lain.

Ubuntu Edge membawakan beberapa perubahan berbanding peranti pada hari ini, dimana ia turut menyertakan sokongan dual-boot antara Ubuntu Phone OS dan juga Android, selain menyertakan sokongan sistem operasi Ubuntu penuh apabila di dock.

Sumber: linuxmalaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan