Rabu, 31 Julai 2013

PELBAGAI KHASIAT KURNIAAN ALLAH SWT....KHASIAT HUDUD NAPE TOLAK...ITULAH PENYEMBUHAN MASALAH JENAYAH DAN MORAL SERTA MAKSIAT2 YANG LAIN...NAPE KITA DEGIL TENTANG BAB NI...MAKA SYAITAN BERJAYA MENGHASUT KITA

Hukum Makan Belangkas

by Abu Nafis
Belangkas
Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan.. Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya.. Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya.. Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.
Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan  cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..S ekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.
Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.
Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas. Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa  keluarga saya pernah memakan belangkas.. Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam.. Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi, ada pula yang tanya belangkas tu macam mana.. saya jawab cuba google jumpa la nanti..
Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan, disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan. Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.
Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan. Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz. Tapi jawapan mereka berbeza.. Seorang ustaz lepasan al-azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan. Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan. Seorang lagi adalah Mudir  sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus.. aaaahh buntu saya dibuatnya. Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.
Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini. Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam. Secara ringkasnya, pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.

Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam. Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)). Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat. Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati.. Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik.. Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye.. Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Darah belangkas
Fakta darah belangkas :
Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…
Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.

Khasiat Air Kelapa Muda

by Abu Nafis
kelapa
Antara Khasiat Dan Kelebihan Air Kelapa Muda :
1. Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.
Sedar ataupun tidak sebenarnya setiap hari kita memakan makanan yang beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak..
2. Merawat santau dan batuk berdarah
Air kelapa muda yang diruqyah dengan ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa’(kesembuhan)yang sabit dari Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan menjadi penawar santau dan batuk berdarah.
3. Merawat Ketagihan Dadah\Rokok
Campurkan air kelapa muda dengan sedikit garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)
4. Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..i.Allah.
5. Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)

Kaedahnya sama untuk memerangi gangguan cacing dalam perut anak-anak kecil iaitu campurkan sedikit air perahan limau nipis
NOTA :
- Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya
- Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

Khasiat Serai

by Abu Nafis
Serai
Khasiat Serai Menurut Dr Hamid Arshat:
“Serai mengandungi satu bahan Citral yang anti kanser.2-3 batang serai direbus dalam satu liter air,sejukkan dan minum setiap hari selama seminggu sebelum chemotherapy.Citral membantu tindakan chemo”.
Antara Lain Khasiat Serai Ialah:
-Anti-Oksidan
Kajian terbaru dari ‘Food and Nutrition Research Institue’ dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin.Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser.
-Menstabilkan Tekanan Darah Dan Kolestrol
Ahli akademik di ‘Department of Nutritional Sciences’ dari University of Wisconsin telah melakukan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai setiap hari.Kesannya,purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294.Selepas 3bulan,kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.
-Membantu Masalah Sembelit
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas,hati,buah pinggang,dan saluran darah.Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

-Anti-Bakteria Dan Anti-Kulat
Serai mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat.Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam.
-Angin Di Dalam Perut
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.
-Ikhtiar Rawatan Gout Dan Sakit Sendi
-Mengatasi masalah sakit semasa menstruasi (haid)

Khasiat Lemon

by Abu Nafis
lemonTahukah anda bahawa Lemon dapat memberi banyak khasiat untuk kesihatan kita..Menurut pakar sakit Puan Dr Hamid Arshat,antara khasiat lemon dari segi sakit puan ialah ia boleh menghalang pertumbuhan cyst, febroid dan lain-lain lagi yang berkaitan masalah kesihatan wanita
..Dr Hamid Arshat menyarankan agar mencuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan.
Lemon juga juga dikatakan boleh membunuh sel-sel kanser bahkan ia juga lebih berkesan dari ubat-ubatan (ubat kanser/chemotherapy)
Di dalam buku Perubatan Sufi disebutkan bahawa setengah biji lemon dan sesudu madu dengan air suam boleh merawat selsema,batuk,berkahak dan sakit tekak..
Sebenarnya banyak lagi khasiat dan manfaat yang Allah jadikan pada lemon ini buat manusia seperti dapat menurunkan berat badan, membersihkan sistem tubuh balan lain-lain lagi..

Oleh itu jom kita amalkan minum jus lemon..Dapat minum seminggu sekali atau dua kali pun ok dah..Janji istiqamah..Caranya ialah dengan potong lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum..Kalau tak tahan rasa payau je letak la gula sedikit.

Fakta Tentang Durian Belanda

by Abu Nafis
Durian Belanda
Fakta Tentang Durian Belanda:
Durian Belanda dalam bahasa Brazil Graviola
Durian Belanda dalam bahasa Sepanyol Guanabana
Durian Belanda dalam bahasa Inggeris Soursop
Durian Belanda Di Indonesia disebut sebagai buah Sirsak
Khasiat Buah Belanda:
Dalam kajian saintifik ianya mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi.Dalam pengkajian ilmu Herba,ianya mempunyai unsur tanah yang tinggi,yang boleh dengan izin ALLAH meneutralkan segala masalah berkaitan dengan darah dan sel(sel dalam perubatan Islam digelar ma’ul habl).Dari pokoknya hingga ke buah,durian belanda amat berkhasiat dalam mencegah dan merawat penyakit..
Sumber:Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus(Pengasas Terapi Islam Al Fatah Malaysia)
Teh dari daun durian belanda ada khasiat anti kanser..
Boleh rebus daun basah atau kering 10 – 15 helai daun masukkan ke dalam sau liter air mendidih selama 15 – 30 minit.Sejukkan dan tapis air.Minum satu cawan 2- 3 kali sehari,untuk selama sebulan dan check balik tumbuhan.
Saya cadangkan mereka yang ada ovarian cyst dan endometriosis khususnys lepas bedah utk amalkan.Pokok Durian belanda mudah ditanam.Boleh buat industri air teh..

Sumber:Dr Hamid Arshat(Pakar Sakit Puan)
Info Tambahan:Kalau anda nak halau cik si tikus dari rumah anda letakkan daun Durian Belanda di tempat-tempat(laluan\lubang) yang disukainnya..insyallah.
Sumber:Petua orang tua

Madu Apa Terbaik Untuk Dibeli

by Minda Kini
Biasa tak apabila kita ke pasaraya atau ke kedai hendak membeli madu, kita sering bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan ini:
1. Madu yang mana kita nak dibeli?
2. Madu mana yang madu terbaik?
3. Brand apa yang patut dibeli?
4. Apa perbezaan madu asli dan madu mentah?
5. Adakah madu asli atau madu mentah lebih baik?
6. Di mana boleh dapatkan madu berkualiti tinggi dan madu terbaik?
7. Adakah madu tempatan atau import yang lebih baik?
8. Nektar debunga mana yang lebih baik?
Berdasarkan persoalan di atas, mari kita kenal serba ringkas tentang madu terbaik untuk dimiliki oleh setiap rumah di Malaysia.
Jawapan:
1. Madu Acacia sebagai pilihan
Madu terhasil dari 2 aspek utama iaitu nektar debunga dan jenis lebah. Nektar debunga terdapat dalam dua bentuk iaitu bermusim dan sepanjang tahun (tidak bermusim). Sedarkah kita 90% madu yang dihasilkan termasuk madu Tualang adalah dari nektar debunga bermusim.
Permasalahan di sini ialah madu tidak dapat dihasilkan secara konsiten dan kualitinya juga tidak konsisten berikutan hasil debunga-debunga yang berlainan. Oleh sebab yang demikian, banyak madu dipasaran tidak mempunyai dan mempamerkan nutrisi lengkap serta mempunyai tarikh luput akibat campuran bahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia.
Nektar debunga sepanjang tahun adalah seperti nektar dari pokok Acacia yang terdapat banyak di Johor dan Sabah. Nektar debunga sepanjang tahun dapat menghasilkan dan menjamin kualiti dan kuantiti madu yang baik dan terbukti dari segi saintifik seperti yang terkandung dalam ebook Rahsia Madu Acacia.
Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%.


2. Madu Acacia Madu Terbaik
Berdasarkan hujah di atas nyata tunjang dalam penghasilan madu berkualiti nyata milik Madu Acacia. Namun begitu mari kita selami lagi kehebatan madu acacia ini.

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu Acacia Mangium mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia (rujuk ebook Rahsia Madu Acacia).
3. Mentah lebih unggul dari asli
Apa yang dimaksudkan dengan asli? Dan apa yang dimaksudkan dengan mentah?

Asli sebenarnya bermaksud tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain tetapi melalui proses pemanasan di mana ianya adalah satu proses untuk membuang yis yang terdapat dalam madu. Proses pemanasan ini mengakibatkan jumlah mineral dan khasiat yang terkandung dalam madu berkurangan sehingga 30%. Ia adalah satu jumlah yang besar. Mentah pula bermaksud tidak dicampur dengan apa-apa bahan, tidak melalui proses pemanasan dan dibotolkan tanpa melalui sebarang proses.
Oleh itu mentah adalah lebih baik dari asli kerana ia mengekalkan kesemua zat, khasiat dan kelebihan yang terkandung dalam madu dan memberi yang terbaik seperti yang dikehendaki oleh tubuh manusia.

Berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium:
1.  Asma
2.  Haid tidak teratur
3.  Resdung
4.  Alahan
5.  Jerawat
6.  Rambut gugur
7.  Barah
8.  Letih & Lesu
9.  Sakit kepala
10. Buasir
11. Lendir kahak
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi
16. Batuk
17. Sakit mata
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi
20. Pening
21. Gastrik
Madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:
1. Menambahkan stamina
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus
Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah:
- Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan.
- Sangat digemari oleh kanak-kanak.
- Pengganti gula bagi pesakit diabetes.

Hukum Bermain Mercun

by Abu Nafis
hukum main mercun
Hukum bermain mercun pada asalnya adalah harus kerana tiada satu dalil pun yang mengharamkannya..Namun jika diperhatikan,bermain mercun ini boleh menyebabkan berlakunya kemudhratan pada diri sendiri dan memudharatkan orang lain seperti putus jari,buta mata,kecacatan dan kebakaran.. Menjadi prinsip penting dalam Islam Semua perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah DIHARAMKAN..
Firman Allah yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah,ayat 195)
Nabi s.a.w bersabda ertinya : “Tidak boleh seseorang memudhoratkan dirinya sendiri dan tidak boleh pula memudhoratkan orang lain”
Dalam hadis lain:

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya:”Barangsiapa yang membawa mudharat maka Allah akan memudharatkan dirinya sendiri,sesiapa yang menyusahkan orang lain,Allah akan menyuasahkannya pula”
(Riwayat Abu Daud,Ahmad,Tirmidzi:Hasan Gharib)
akibat main mercun
Alasan Lain Larangan\Pengharaman  Bermain Mercun ialah:
- Pembaziran
Bermain mercun adalah satu bentuk pembaziran kerana wang yang digunakan “DIBAKAR” begitu sahaja semata mata ingin menikmati BOOM! BOOM! bunyi letupan yang tiada membawa satu faedah pun..Islam menggalakkan kita memperbanyakkan sedekah terutama di bulan Ramadhan bukannya membeli mercun..Membazir terhadap harta itu haram kerana Nabi melarang dari melakukan hal yang demikian.
- Mengganggu Ketenteraman Awam
Nabi s.a.w bersabda ertinya :
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani)
Di dalam hadis riwayat Bukhari,disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w melarang kita menyakiti jiran sekeliling..Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka janganlah menyakiti jirannya.”
Islam mewajibkan kita agar memelihara hak sesama jiran,sedangkan bermain mercun boleh mengganggu jiran tetangga..Boleh jadi dikalangan jiran kita ada yang sakit,uzur,sedang berehat,dan boleh jadi ada anak kecil sedang tidur di rumah..Maka kerana bermain mercun kita telah mengganggu dan menyakiti hati jiran tetangga kita..
Dalam hadis lain disebutkan:

“Seorang muslim itu adalah seseorang yang selamat lisan dan tangannya dari (mengganggu) orang lain.”
(HR.Bukhari dan Muslim)
Kata Ibnu Batthal rahimahullah: “Maksud dengan hadis ini adalah dorongan agar seorang muslim tidak menyakiti kaum muslimin lainnya dengan lisan,tangan dan seluruh bentuk menyakiti lainnya.
- Larangan Undang Undang Akta Bahan Letupan 1957
Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang,memiliki dan mengimport mercun atau bunga api,boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendapat Dr.Mohd Asri Zainul Abidin@DrMAZA Berkaitan Hukum Main Mercun
Menurut Beliau:-
Pertama sekali,tidak boleh sesiapa pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya.Jika kepercayaan ini ada,ia termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara yang dianggap ibadah. Walaupun kepercayaan seperti di tempat kita tiada,namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.
Kedua,permainan secara umumnya termasuk dalam urusan am kehidupan.Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri atau orang lain,maka ia dibolehkan.Mercun yang membawa kepada kecederaan diri atau orang lain adalah haram.Haram itu bertambah apabila adanya arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut. Ketaatan kepada Ulul Amri dalam perkara yang baik adalah wajib.
Lebih buruk lagi apabila ada yang bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam,jamaah yang bersolat di masjid,bayi yang sedang tidur dan seumpamanya.Di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang tercetus.
Nabi s.a.w menyebut dalam hadis:
“Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”.(Riwayat Abu Daud dan Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani).
Namun jika bunga api atau mercun yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang,maka tidak menjadi kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang diizinkan.
Hukum Main Mercun & Bunga Api Ustaz Azhar Idrus :

Rawatan Batu Karang

by Abu Nafis
serai wangi segar
Petua Merawat Batu Karang
Bahan-Bahan:
1.Sediakan 7 batang serai wangi
2.7 helai daun limau purut
3.7 biji kurma (biji sahaja)
4.Gula batu
Cara-Caranya:
-Direbus dengan air
-Elak air dari mengelegak
-Rebus sehingga jadi pati,sentiasa kacau
-Patinya di campur dengan air RO water
Air ini di baca:
1.Al-Fatihah x3
2.At-Taubah 129 x7
3.Selawat Nabi 11 x
4.Doa kepada Allah
Sumber:Perubatan  Syifa Al-Ikhlas
Info Tambahan:
Bacakan juga pada air tersebut ayat pemecah iaitu Surah Al-Hasyr ayat 21-24 dan
Surah al Mukminun ayat 115-118.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan