Isnin, 29 Julai 2013

MEMBUNUH DENGAN ZALIM MAKA SATU HARI KITA AKAN TERBUNUH...TU BAYAR CASH DARI ALLAH SWT

Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir

., 28 Jul 2013
Barat dakwa mereka guru demokrasi dunia. Akhirnya mereka bersama autokrasi membunuh rakyat Mesir. Mereka takut umat Islam jadi guru demokrasi sebenar.

Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat.

Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat.

Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya.

Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja.

Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan.

Samalah di negara kita. Selagi kita berdegar-degar melaung demokrasi tanpa taqwa, hakikatnya kita beri laluan buat penguasa terus menipu rakyat miskin.

Ringkasnya, pelajaran dari Mesir banyak. Allah sedang mengajar kita siapa barat, agar kita kenal siapa kita! Terus belajar menuju Allah.

Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mohon maaf pada Ani Arope

Subky Latif, 28 Jul 2013
Seorang pembaca telah menegur saya tentang sentuhan terhadap penamatan khidmat Tan Sri Ani Arope daripada menerajui TNB dalam  satu  tulisan saya di ruang ini sedikit hari lalu.

Dinasihatkan saya minta maaf kepada Tan Sri Ani Arope yang sekarang sedang dirawat kerana satu sakit yang  serius.  Dicadangkannya supaya saya menziarahinya.

Yang pertama saya menerima nasihatnya dengan ini minta maaf atas kekeliruan atas tulisan saya itu. Moga-moga Tan Sri dan keluarganya menerima permintaan maaf saya.

Saya sebenarnya menumpukan fokus terhadap khidmat cemerlang beliau sebagai pegawai kanan kerajaan. Kerana kecekapan pentadbirannya, maka setelah bersara daripada perkhidmatan dalam kerajaan, maka beliau diamanahkan antara lain mengepalai TNB.

Saya suka nyatakan bahawa saya tidak dekat sangat dengannya tetapi saya tahu tentang kecemerlangan  perkhidmatannya.

Entah mengapa dalam tulisan saya itu saya tersentuh tentangnya yang tamat perkhidmatannya di TNB setelah berlaku blackout atau power failure agak panjang hampir seluruh Semenanjung.

Apabila putus tenaga selama itu memang boleh mengganggu keselamatan negara. Alhamdulilah tiada apa berlaku.

Tetapi saya telah menggunakan kalimah dia dipecat  daripada jawatannya di situ. Kalimah itu dikira keras dan telah menimbulkan kekeliruan yang boleh diertikan menyalahkannya. Mungkin boleh dilembutkan kiranya digunakan kalimah lain seperti khidmatnya berakhir.

Memang khirmatnya di situ berakhir lepas kejadian itu. Apakah dia sendiri tidak mahu meneruskan khidmatnya, atau kontraknya tamat, atau khidmatnya tidak sambung lagi, tidak berbangkit sangat. Tetapi dari jauh orang tidak nampak dia bermasalah. Jika dia boleh berkhidmat dengan baik sejak zaman Tunku Abdul Rahman, maka boleh diberkhidmat lagi kecualilah kalau  uzur.

Tiba-tiba lepas kejadian itu dia berhenti. Memang persepsi orang penamatan khidmatnya gara-gara kejadian putus bekalan yang lama  dan merata itu. Penamatan itu boleh dilihat sebagai pemecatan atau hukuman dan tidak pula mustahil satu pengainayaan.

Kita dari luar tidak melihat apa yang berlaku itu sebagai satu kelemahan dan kegagalannya. Tentulah ada punca dan ada sebab kejadian itu berlaku. Ia boleh disebabkan kecuaian manusia. Tetapi tidaklah boleh kejadian itu diletakkan ke bahunya saja.

Semua kaki tangan di situ bertanggungjawab atas segala kelemahan dan kebaikan perkhidmatan itu. Sebagai ketua di situ tentulah Tan Sri Ani memikul tanggungjawab yang besar. Jika berlaku di Jepun atau Korea Selatan akan ada orang yang menawar berundur. Tetapi berundur itu bukanlah dia salah atau dialah punca kejadian itu.

Orang masa itu berandaian Perdana Menteri Mahathir menjadikannya kambing hitam. Ada persepsi seperti itu. Orang terasa dia dipecat.

Memang dalam pentadbiran Dr Mahathir ada kejadian yang dikira dilakukan secara keras dan tindakan Perdana Menteri. Orang melihat kerajaan telah mengenakan tindakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan beberapa orang hakim kerana pendirian yang tidak disukai oleh Perdana Menteri.

Dan orang terasa bahawa Tan Sri Jamil Jan sebagai penegak asal Proton tiba-tiba terlucut kedudukannya di Proton kerana semuanya diserah kepada Tan Sri Yahya Ahmad, tokoh korporat yang terkenal pada masa itu.

Semua terasa Tan Sri  Jamil  Jan telah menjadi mangsa keadaan. Orang tidak tahu  apa yang berlaku di dalam, tetapi persepsi orang Jamil Jan jadi mangsa. Maka dalam keadaan seperti itu orang tidak menulak Tan Sri Ani mengalami keadaan itu. Mungkin sudah ada perbezaan antaranya dengan kerajaan tetapi kejadian yang berlaku itu adalah kesempatan yang baik bagi menggantikannya dengan orang lain.

Mungkin persepsi saya silap tetapi bukan hendak meletakkan Tan Sri Ani Arope di tempat orang yang bersalah. Dia seorang yang dihormati.

Program kebajikan tanpa peruntukan kerajaan

Ahmad Danial, 28 Jul 2013

MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek menegaskan walaupun PAS dan wakil rakyatnya tidak mendapat peruntukan dari kerajaan negeri namun program kebajikan terus dilaksanakan sebagai merealisasikan slogan Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

'Kita telah masukkan dalam manifesto PRU13 antaranya ingin meningkatkan bantuan kepada fakir miskin dan golongan tidak bernasih baik.

'Peruntukan dan bantuan yang diberikan kepada fakir miskin sekarang tidak cukup untuk meringankan beban mereka kerana ianya mengambil kira keadaan semasa 15 tahun dahulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Sutera Kasih Tautan Hati bantuan kepada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal anjuran bersama Pusat Khidmat Adun Bukit Baru dan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka di pekarangan Pejabat Adun Bukit Baru, Taman Bukit Katil di sini pagi ini.

Beliau juga menyeru anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal supaya berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan menambah ilmu dan sentiasa taat kepada perintah Allah.

'Jika kita taat kepada Allah, insya Allah kita akan dibantu oleh Allah dalam urusan kehidupan kita," tambah beliau.

Seramai 115 anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal diraikan pada majlis yang menjadi acara tradisi PAS pelbagai peringkat bagi meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.

Mereka adalah antara golongan yang sentiasa dibantu oleh PAS dan PR melalui wakil rakyat dan organ parti.

Sementara itu Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program yang penuh makna tersebut.

"Kami menyumbangkan sedikit sumbangan berupa beras, barang makanan dan wang bagi meringankan beban mereka khususnya menjelang hari raya.

"Program ini akan dijadikan acara tahunan sebagai salah satu cara kita membantu rakyat yang tidak bernasih baik" ujarnya.

Ketua Dewan Muslimat negeri, Kintan Man berkata penerima-penerima bantuan tersebut datang dari seluruh pelosok negeri ini.

''PAS sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat khususnya mereka yang terdiri dari anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal.

“Program Sutera Kasih Tautan Hati ini kita anjurkan setiap tahun sebagai tanda ingatan kita kepada golongan tersebut," katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; dan Ketua Dewan Pemuda negeri, Yuhaizad Abdullah.

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

., 28 Jul 2013


Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:

1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .

Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.

Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?

Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?

Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin.

Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.

Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب

"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".

YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Erdogan kecam keras serangan polis Mesir

http://agendsai.blogspot.com, 28 Jul 2013

Terkini!!! Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir


Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.

“Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.

Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?

Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.

D imana Eropah? Di mana Amerika? Di mana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Di mana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?

Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…”

Sumber: Islamedia, AlJazeera

Memberi, menambah makna kepada diri

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 26 Jul 2013
“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batuk di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beria-ia sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan.” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini.” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

Erti Hidup Pada Memberi

Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh,” asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.

Hakikatnya kehidupan tidak begitu.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Israa' : ayat).

http://saifulislam.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan