Isnin, 29 Julai 2013

MEMBUAT KERJA2 FITNAH ADA AMALAN2 AHLI NERAKA

Penasihat Syeikhul Azhar Terus Mengkritik Syeikhul Azhar dan Kekejaman Tentera
Posted on Sunday, July 28 @ 22:57:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh SatuUmmat

Syeikh Hasan asy-Syafi’i, penasihat Syeikh Al-Azhar dan anggota Dewan Ulama Mesir, menyatakan pembantaian terhadap para peserta himpunan di  lapangan Rabiah al-Adawiyah, ibukota Kaherah pada Sabtu dini hari adalah kezaliman biadab yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Mesir, laporan TV Al-Jazeera.

Syeikh asy-Syafi’I menyatakan penjajah sekalipun tidak pernah melakukan kebiadaban seperti yang dilakukan junta militer Mesir pada Sabtu pagi. Beliau menyerukan kepada “orang-orang mulia” di Mesir dan seluruh dunia untuk bergerak guna menghentikan serial pembantaian massal di Mesir.
Dalam sambungan telepon dengan TV Al-Jazeera, Syeikh asy-Syafi’i mengatakan, “Lebih dari 100 orang gugur dan 400 orang cedera. Mereka [junta militer] tidak membunuh saat berperang melawan zionis yang merampas tanah suci Palestin, mereka justru membunuh kaum muslimin warga Mesir yang tak bersenjata.”
Asy-Syafi’i menjelaskan bahawa pembantaian pada Sabtu pagi adalah tragedi yang belum terjadi pada era diktator yang paling kejam sekalipun. Diktator Gamal Abdun Nasir tidak membunuh para pendemo yang menentangnya pada 1967. Teebunuhnya seorang pendemo dalam sejarah Mesir sudah cukup untuk menumbangkan kabinet dan mengubah rejim.
Asy-Syafi’i mendesak ulama Mesir, ulama dunia Islam dan “orang-orang mulia” di seluruh dunia untuk bergerak cepat guna menghentikan serial pembantaian massal di Mesir.
“Di mana organisasi-organisasi HAM yang bergerak kerana gugurnya seorang korban? Di mana doctor Muhammad al-Baradei yang mengatakan ketika seorang pendemo gugur pada era Mursi bahawa Mursi telah kehilangan legaliti kepemimpinannya?”
“Saya menyerukan kepada seluruh ulama Mesir, dan paling depan di antara mereka adalah fadhilah Syeikh al-Azhar yang sebelumnya mengumumkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bahawa darah seorang muslim di sisi Allah lebih suci dari kesucian Ka’bah dan bahawa runtuhnya Ka’bah lebih ringan dibandingkan tertumpahnya darah orang yang tak berdosa?”
Syeikh asy-Syafi’i juga menyerukan kepada orang-orang mulia di seluruh penjuru dunia “yang hati nuraninya tidak merasa tenang dengan pembantaian-pembataian yang terus berulang pada markas Garda Republik, monumen [Anwar] Sadat dan di sekitar masjid Al-Qaid Ibrahim di Alexandria, sehingga serial pembantaian massal tanpa alasan ini berhenti.”
(muhibalmajdi/arrahmah.com)
sumber

.......
http://satuumat.blogspot.com/

 Hassan Al Banna dan Said Hawa
Posted on Sunday, July 28 @ 22:51:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: TinBuruk

"Balik kerja saya terus ke surau untuk berjamaah asar. Sampai di surau dah nampak si Hassan.

"Macam tunggu aku" terdetik dalam hati saya. Hassan tak kerja ke hari ini? saya tertanya-tanya dalam hati. Belum sempat nak parking nampak pula si Wahab.

"Mampuslah hari ini..." (bahasa tempatan yang bermaksud nahaslah!)

Saya tak sapa pun mereka terus naik ke surau untuk tunai solat asar. Selepas sahaja solat dan kami jamaah surau nak beredar Hassan dan Wahab datang kepada saya.

Belum sempat mereka membuka mulut, saya terus cakap "Mari sini saya nak cakap" kata saya sambil menarik mereka ke baranda surau.

"Kenal Hassan Al Banna?"
"Eh takkan tak kenal" kedua-dua menyampuk.

"Kenal Said Hawa?"
"Kenal" jawab mereka agak pelahan dan nada tak jelas. Rasanya kurang 'kofiden' kot!


Said Hawa menantu Iman Hassan Al Banna pernah dipenjara di Syria sekitar tahun 70an. Dulu orang sebut juga Said Hawa antara yang cuba menguasai Parti (Jamaah) Ikhwanul Muslimin. Ini pun kira penguasaan anak menantu.

Ikhwan pada masa itu juga dikuasai oleh golongan profesional.

"Untuk hari ini saya bagi satu nama yang tak asing kepada awak Hassan, Mustafar Masyhur seorang ahli fizik." Hassan dan Wahab terdiam.

Dia bergiat dengan Ikhwan semenjak Ikhwan tertubuh lagi iaitu pada tahun 1936. (terkejut 'beruk' Hassan bila saya sebut tahunnya sekali)

Mustafar Masyhur dipenjara terlalu lama dan dibebas sekitar awal 70an oleh Anwar Sadat. Beliau melarikan diri ke Kuwait apabila cubaan memejarakannya semula.

Musfatar Masyhur akhir menjadi Mursyidur Am Ikhwan, saya tak pasti tahun bila tapi sekitar 90an.

"Apa kaitannya" sampuk Wahab.

Kaitannya musuh dalam selimut dalam gerakan Islam yang memang Allah telah janjikan melalui hati-hati ahli jamaah yang lemah juga membangkitkan perkara yang sama bahawa Said Hawa ingin menyingkir golongan profesional.

Sejarah gerakan Islam tak lari daripada perkara ini, jika kita mengkaji dan menelaah. Ulama difitnah dengan tamak dan lahoba.

Sebab itu Ikhwan Muslimin berpecah dengan beberapa kefahaman, akhirnya Said Hawa menubuh Ikhwan tempatan di Syria. Di Jordan pula ada Ikhwan Jihadi kerana suasana peperangan di sana.

Penguasaan politik menyebabkan fitnah tersebar dan ahli-ahli yang "bodoh" dan termakan fitnah akhirnya menyebabkan jamaah menjadi celaru.

Perkara yang sama juga berlaku di zaman sahabat sehingga Jamaah Islam pada masa itu berpecah antara Ali dan Muawiyyah.

Suasana politik di Syria juga menyebabkan hubungan Ikhwan dengan Syiah menjadi sangat teruk dan akhirnya Said Hawa mengarang buku mengkafirkan ayatollah Khomeini.

"Hassan soal kafirkan Syiah yang tersebar di internet sekarang ini bukan cerita baru" kata saya.

Sebab itu kita kena banyak membaca dan menelaah. Jangan kita tertipu sedang banyak perkara kita masih tak tahu. Sejarah untuk diteladani dan difahami agar kita menjalani kehidupan kemudian dengan lebih baik.

Saya terus bangun dan meninggalkan Hassan dan Wahab.

"Saya kena beli makanan untuk berbuka... nanti sambung lagi" saya terus turun daripada surau. Saya sudah pasti dua orang ini tak akan puas hati dengan saya. Spesis macam mereka ini ada banyak dalam jamaah bukan boleh dengar nasihat dan tunjuk ajar kerana mereka selalu merasa mereka betul sehingga mereka boleh melabel orang lain tamak, tak ikhlas dan bodoh!


Kena baca
Parti Anak Menantu



Tin Buruk
http://tin-buruk.blogspot.com/"


 Dalam Pas Atau Luar Pas: Tolak Golongan Suka Sebar Fitnah...!!
Posted on Sunday, July 28 @ 20:46:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata.

Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya.

PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.

PAS juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan.

Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini. Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah.

Ahli PAS juga diseru tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah. Ingat, semua di bawah payung PAS adalah keluarga ahli PAS yang tidak berbelah-bahagi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


 Fitnah Akhir Zaman
Posted on Sunday, July 28 @ 20:33:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh WTKO

Dalam arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."
Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga  dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam. Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.
Awaslah sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah tersebut boleh menghalang  dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :
1.     Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Mempelajari   Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman  mereka dengan ajaran Islam dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.
2.     Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?
Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."
Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
Sebenarnya  apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda, telahpun berlaku di dalam realiti kita hari ini. Ilmu telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ad-din atau ilmu syarak yang boleh memandu orang Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka di akhirat kelak. Selain itu berlaku pembunuhan di sana sini.
Di dalam realiti sekarang, sungguh kurang ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan dan ikutan mereka, beramal dengan panduan al- Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya  pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik bagi kamu" dan beramal dengan hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia."
Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’". Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?".  Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".
Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW bermaksud:
"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."
Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

 Kehebatan anak dan menantu dalam PAS
Posted on Sunday, July 28 @ 15:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh Nasruddin Hassan

1. Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk  "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS.  [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat  low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.

5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi s.a.w yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw]

6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila  berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.

7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.

8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana-mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.

9. Jika teori konspirasi  ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka.  Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Abdul Hadi?

10. Saya tidak percaya Tuan Guru Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.

11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya-tanya dan tercari-cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi kelak?

12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara oleh-Nya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.

13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafi kebenarannya bahkan ia adalah satu tohmahan yang tidak berasas. Jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh berbuat demikian tetapi mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.

.....
Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Temerloh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan