Jumaat, 26 Julai 2013

INI KANTOI DIDUNIA....BAGAIMANA JIKA KANTOI DIAKHIRAT...DIPADANG MAHSYAR ALLAH SWT...BERHENTI2LAH BUAT MAKSIAT...MENIPU..LAWAN AGAMA ALLAH...AKHIRAT KANTOI

Kantoi curang
Kantoi curang
Keng Siuk (kiri) menunjukkan gambar yang dirakam kepada Way Keng ( tengah) semalam.
AMPANG  - Seorang isteri yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak terkejut apabila melihat suami separuh bogel bersama seorang perempuan warga Vietnam di atas katil biliknya.

Cheang Keng Siuk,31, berkata,dia tergamam dan terkejut apabila melihat suaminya sedang tidur bersama dengan perempuan lain dalam bilik tidurnya baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa dia pulang ke rumah untuk mengambil pakaian kerana tinggal di rumah emaknya apabila masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak yang baru berusia 12 hari.

“Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah saya dan saya sempat merakam gambar mereka berdua dalam keadaan separuh bogel.

“Bagaimanapun, tindakan saya disedari oleh perempuan tersebut yang terus mengejutkan suami tetapi saya sempat keluar dari rumah dan menyelamatkan diri apabila cuba dikejar oleh suami” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Dun Teratai, semalam.

Keng Siuk berkata, dia berasa perkahwinannya tidak boleh diselamatkan lagi dan ingin berpisah dengan suaminya kerana hubungan mereka sudah tiada masa depan lagi.

Katanya lagi, dia sudah putus asa dan mahu berpisah serta menuntut nafkah yang setimpal bagi perbelanjaan dua anaknya setelah berhenti kerja apabila dipaksa oleh suami sebelum ini.

“Suami saya juga tidak mahu bersama dengan saya lagi dan mahu memberi duit nafkah sebanyak RM500 tetapi saya tidak bersetuju dengan jumlah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Adun Teratai, Tiew Way Keng berkata, sebelum ini, kedua-dua pihak tersebut telah berjumpa dengannya dan berbincang berhubung masa depan perkahwinan mereka.

Katanya, isu di sini adalah campur tangan oleh pihak ketiga iaitu perempuan warga asing dalam rumah tangga pasangan ini dan kedua-duanya mahu berpisah setelah tiada kepercayaan lagi antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, saya menasihati pasangan ini supaya bertenang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru kerana mereka mempunyai anak yang kecil,” katanya.

Way Keng berkata lagi, dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya menggariskan satu panduan atau undang-undang berhubung isu sosial yang semakin berleluasa terutamanya kehadiran warga asing ke negara ini.
Pengedar dadah kantoi
Pengedar dadah kantoi
Zundin (tengah) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh, Asisten Superintendan Jasmi Aizan (kanan) dan pegawai penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media semalam.
TEMERLOH - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh menahan seorang pengedar dadah dan merampas 202.55 gram dadah pelbagai jenis dalam serbuan ‘Ops Tapis’ jam 5.15 petang kelmarin di tempat letak kereta sebuah resort di Mentakab.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, semasa pemeriksaan dilakukan terhadap suspek berusia 57 tahun itu, polis menemui 101.70 gram dadah jenis syabu yang disimpan dalam beg berwarna hitam.

Menurutnya, turut ditemui dalam beg yang sama ialah dadah jenis heroin seberat 22 gram, 200 biji pil eramin 5 seberat 59.20 gram dan 172 biji pil kuda.

“Turut dirampas ialah botol yang diubahsuai disyaki alat untuk menghisap dadah dan hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau di bawah kesalahan narkotik.

“Dia disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama yang boleh membawa hukuman penjara dan sebatan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Zundin berkata, suspek yang dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah untuk pasaran Mentakab dan Temerloh itu direman sehingga 24 Julai depan.

Beliau berkata, kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM24,500 di mana setiap biji eramin 5 berharga RM20 dan pil kuda berharga RM40 sebiji.
Kaki ponteng puasa kantoi
Kaki ponteng puasa kantoi
Pegawai penguat kuasa meninjau sebuah kedai makan bukan Islam di Indera Mahkota 3, Kuantan, semalam.
Kaki ponteng puasa kantoi
Poster amaran ditampal di salah sebuah ‘port’ kaki ponteng puasa membeli makanan pada Ramadan.
KUANTAN - Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku seorang kaki ponteng puasa beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Jalan Besar, kira-kira jam 9.10 pagi, di sini, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu kantoi dengan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) apabila ditemui sedang menikmati mi goreng dan nescafe ais di bahagian belakang kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu cuba memberi alasan tidak sempat bersahur dan sakit perut ketika ditahan penguat kuasa dalam operasi pada hari pertama Ramadan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata, lelaki itu berasal dari Pekan dan bekerja di sebuah kilang di daerah sama.

“Pelbagai alasan diberikan namun kita cukup faham dengan helah kaki ponteng puasa ini.

“Operasi memantau kaki ponteng puasa ini dimulakan sejak awal pagi dan ‘port’ yang menjadi tumpuan diberi keutamaan,” katanya.

Ahmad Raffli berkata, sebanyak 10 lokasi termasuk kaunter pandu lalu restoran segera dipantau dalam operasi pagi semalam membabitkan 12 penguat kuasa yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

“Kita akan terus bergerak melakukan pemantauan sepanjang Ramadan supaya kaki ponteng puasa tidak terlepas daripada hukuman.
“Selain itu, ketika operasi dijalankan, kita turut menampal poster peringatan di kedai makan bukan Islam supaya tidak menjual makanan kepada orang Islam pada Ramadan ” katanya.
Lelaki yang ditahan itu akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 137 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1980 iaitu denda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 48 tahun turut ditahan ketika membeli nombor ekor di premis judi di Jalan Pasar, kira-kira jam 9.30 pagi.

Lelaki berkenaan ditahan penguat kuasa ketika sedang khusyuk menulis nombor pada borang yang dibeli.

Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM2,000 atau dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Dua beradik durjana kantoi
Dua beradik durjana kantoi
Anggota polis menaikkan rangka motosikal yang dibuat ke dalam gaung.
BALING - Kegiatan dua beradik yang aktif mencuri motosikal di sekitar daerah ini akhirnya tumpas apabila mereka ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling.

Hasil soal siasat mendapati dua beradik berumur 25 dan 19 tahun itu dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di pasar malam Kuala Ketil.

Penahanan kedua mereka akhirnya berjaya menemukan semula rangka motosikal yang dipercayai dicuri awal tahun ini yang dibuang ke dalam gaung berdekatan Kuari Pasir di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kedua mereka mereka amat licik kerana berjaya melepaskan diri dari anggota polis yang cuba menahan mereka sebelum ini.

Menurutnya, operasi Ops Lejang itu disertai empat anggota dan diketuai Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Inspektor Abd Aziz Md Resof.

“Hasil siasatan, lelaki berusia 19 tahun itu mengaku membuang rangka motosikal itu ke dalam gaung bersama seorang lagi rakannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, polis sedang giat memburu beberapa lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Om dan Mat Singa dipercayai terlibat dan kegiatan mencuri motosikal ini.

“Kita yakin semua mereka ini akan ditahan tidak lama lagi. Tiada seorang yang akan terlepas, kita akan siasat, intip dan tahan.

"Kita tidak sama sekali akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kegiatan ini,” katanya.
Sebelum ini, IPD Baling berjaya menahan remaja berusia 16 tahun yang nekad menanam rangka motosikal di belakang rumahnya.

“Remaja terbabit memang pakar dalam meleraikan motosikal yang dicuri malah bertindak menjual komponen motosikal itu kepada rakan-rakannya dengan harga yang murah,” katanya.

Penahanan remaja terbabit juga membongkar kes berangkai kes kecurian motosikal yang melibatkan tujuh remaja termasuk remaja terbabit.

Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Pencuri kantoi dalam bilik air
Pencuri kantoi dalam bilik air
Suspek sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya kerana terperangkap di dalam rumah Kamaruddin dan Che Norma (gambar) ketika bersembunyi di bawah katil.
Pencuri kantoi dalam bilik air
Kamaruddin menunjukkan tempat suspek berdiri ketika dia mahu masuk ke dalam bilik air.
MARANG – Malang si pencuri. Itulah nasib seorang pemuda yang gagal keluar dari sebuah rumah dengan sejumlah wang hasil curian apabila terserempak dengan tuan rumah ketika bersembunyi di dalam bilik air rumah mangsa.

Sebelum itu, suspek juga dikatakan sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya untuk memaklumkan dia terperangkap dalam rumah itu ketika bersembunyi di bawah katil sebelum keluar untuk bersembunyi di dalam bilik air.

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 20 tahun itu akhirnya disedari mangsa, Kamaruddin Baharom, 51, juga juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perkaya, di sini, ketika dia masuk ke dalam bilik air terbabit.

Kamaruddin yang menguruskan syarikat pembinaan sendiri berkata, suspek dipercayai memasuki rumahnya antara jam 10 hingga 11.30 pagi selepas dia keluar ke tempat kerja, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

“Saya keluar sekitar jam 10 pagi untuk ke tempat kerja dan pulang semula lebih kurang jam 12 tengah hari dan ketika mahu masuk ke dalam bilik air, saya terkejut lihat ada seorang lelaki di dalam bilik air tersebut.

“Saya kemudiannya menutup pintu sambil memegang tombol pintu bilik air, manakala isteri mendapatkan bantuan. Kami berjaya menangkapnya dengan bantuan dua anggota polis yang kebetulan melalui jalan depan rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati, wang tunai isterinya, Che Norma Salleh, 42, berjumlah RM441 diletakkan di dalam dompet hilang dan pemeriksaan polis pula mendapati wang itu disorok di dalam seluar dalam suspek.

Kamaruddin membuat laporan polis mengenai kejadian itu, di Balai Polis Merchang, Ahad lalu.

Kamaruddin ketika ditemui Sinar Harian menyifatkan tindakan suspek sebagai nekad kerana isterinya berada di dalam rumah ketika suspek memasuki rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan dan kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah siang hari.

Menurutnya, suspek juga positif dadah dan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kantoi sebelum sempat edar
Kantoi sebelum sempat edar
Yahaya (tengah) menunjukkan bungkusan dadah serta semua barangan dan wang dirampas dalam serbuan berkenaan.
PEKAN – Empat lelaki yang sedang asyik membungkus bekalan dadah untuk diedarkan kepada pelanggan tergamam  apabila  port  yang juga rumah ketua kumpulan mereka diserbu sepasukan anggota polis di sebuah rumah di Kota Perdana.

Apa yang lebih mengejutkan, seorang  daripada  mereka yang  juga ketua  kumpulan  tersebut berusia 41 tahun baru ditahan tiga bulan lalu dan kini sedang menjalani prosiding kes dadah yang dihadapinya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kesemua suspek berusia 41, 38, 31 dan 25 tahun itu juga didapati positif  dadah  dalam  ujian  air kencing yang dilakukan terhadap mereka

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan terdapat empat lelaki di dalam rumah tersebut ditemui  bersama beberapa paket lutsinar berisi syabu dan satu tiub straw kecil berisi dadah jenis heroin.

“Hasil pemeriksaan mendapati  sebanyak 47.9 gram heroin, 3.40 gram syabu serta lapan biji pil eramin 5 ditemui dalam serbuan tersebut.

“Polis juga merampas wang tunai RM5,000 serta peralatan yang digunakan bagi membungkus bekalan dadah mereka sebelum membawa semua suspek ke balai polis untuk  ditahan reman,” katanya ketika  ditemui Sinar Harian.

Dalam pada itu Yahaya berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati kesemua  suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Mengikut  maklumat  yang diperoleh menurutnya,  polis  turut mengesan pergerakan pengedaran dadah yang berlaku di kawasan tersebut sekali gus  berjaya  melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Pekan dan Rompin.

“Kesemua suspek kini ditahan ini  akan didakwa di atas kesalahan memiliki dadah  di bawah  tiga seksyen iaitu Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1) serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Kantoi cuba lari dari sekatan jalan
Kantoi cuba lari dari sekatan jalan
Suspek mempunyai rekod lampau dan dikehendaki polis.
KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau ditahan anggota Polis Trafik Kulim di Lebuhraya Butterworth Kulim Express (BKE) kira-kira jam 4 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, anggota terlibat dalam perjalanan balik ke sini setelah mengiringi Menteri Besar Kedah ke Tol Sungai Dua sebelum berpatah balik.

Menurutnya, apabila tiba di Tol Kubang Semang, polis ternampak suspek menunggang motosikal melepasi sekatan tol dan memecut masuk ke laluan kereta di sebelah kanan serta tidak memakai topi keledar.

Menyedari diekori polis, suspek memecut motosikal ditunggang dan cuba melarikan diri bagaimanapun, berjaya ditahan sebelum masuk ke Tol Lunas.

“Walaupun sudah diarahkan berhenti oleh polis, suspek masih cuba melarikan diri. Suspek tiada pilihan dan terpaksa berhenti apabila unit trafik menghampirinya.

“Ketika ditahan, suspek menyerahkan dua keratan lut sinar berwarna kekuningan berisi bahan dipercayai dadah kepada polis," katanya.

Siasatan mendapati, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD) untuk siasatan lanjut.
Kantoi curi tiga peket kopi
Kantoi curi tiga peket kopi
Suspek menjadi perhatian orang ramai selepas diikat pada sebatang tiang elektrik.
Kantoi curi tiga peket kopi
Na menunjukkan rak menempatkan peket kopi yang dicuri suspek di kedai runcitnya.
JERTIH - Seorang lelaki yang kantoi selepas cuba mencuri tiga bungkus kopi menerima akibatnya apabila bukan sahaja terpaksa menahan sakit dibelasah orang ramai tetapi turut menanggung malu kerana diikat pada sebatang tiang elektrik.

Lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Air Tawar, dekat Kampung Raja itu diikat di tepi jalan Kuala Besut –Jertih dekat Kampung Dengir, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek ditangkap penduduk kampung selepas perbuatannya di sebuah kedai runcit depan Masjid Kampung Dengir disedari pemilik kedai terbabit.

Pemilik kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Na, 23, berkata, dia yang ketika itu seorang diri di dalam kedai ternampak suspek memasukkan bungkusan berkenaan ke dalam seluar dalamnya.

Menurutnya, menyedari perbuatan suspek, dia keluar memberitahu beberapa lelaki yang kebetulan berada di kedai berhampiran.

“Selepas mengambil barangan curi itu, dia datang ke kaunter untuk membayar sebatang aiskrim berharga 50 sen dan ketika itu saya bertanya kepadanya apa yang dia curi, namun dia tidak mengaku,” katanya.

Menurutnya, sejurus kemudian penduduk kampung keluar beramai-ramai dan menangkap suspek.

"Bimbang suspek meloloskan diri, penduduk kampung terpaksa mengikatnya pada sebatang tiang elektrik sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

"Barang yang dicurinya dirampas dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphertamine (pil kuda).

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
GRO pusat hiburan kantoi
GRO pusat hiburan kantoi
Pintu terpaksa dipecahkan selepas penjaga premis enggan beri kerjasama.
GRO pusat hiburan kantoi
GRO yang dikesan sembunyi dalam bilik diarah menunjukkan dokumen masing-masing.
JOHOR BAHRU - Taktik gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China bersembunyi di dalam bilik untuk mengelak daripada ditangkap berjaya dikesan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor ketika menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Pelangi di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan Ops Sayang itu, 15 GRO berusia antara 28 hingga 45 tahun dan seorang lelaki Myanmar berumur 27 tahun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 11.15 malam itu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, kesemua warga asing yang ditahan di dapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1953.

“Bertindak atas aduan awam, sekumpulan anggota dan pegawai melakukan serbuan dan setibanya di lokasi, anggota ops terpaksa memecahkan pintu masuk selepas enggan dibuka oleh penjaga premis berusia 40 tahun.

“Selepas memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan, tiada kelibat GRO di dalam kecuali pelanggan lelaki yang berada di dalam premis.

“Bagaimanapun, anggota ops menemui 15 GRO yang bersembunyi di dalam bilik khas dibuat oleh penjaga premis bagi mengelirukan pihak berkuasa semasa serbuan,” katanya, di sini, semalam.

Masri berkata, kesemua warga asing terbabit ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 17(b) dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

“Turut dirampas barang-barang geledah. Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika serbuan dan pemeriksaan tamat pada jam 12.20 tengah malam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan