Jumaat, 26 Julai 2013

GRO....DIMANA HUKUM ALLAH...BAGAIMANA MAHKLUK YANG ALLAH CIPTAKAN TAPI INGKAR PERINTAHNYA....ADA YANG BERLAGAK MENOLAK HUKUM ALLAH....MEREKA NI CARI NAHAS....ORANG NI TAUHIDNYA MERAPU

GRO berasak dalam bilik sempit
GRO berasak dalam bilik sempit
Bilik sempit yang menjadi tempat persembunyian yang menempatkan GRO ketika menunggu pelanggan.
GRO berasak dalam bilik sempit
GRO yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya.
PERAI - Bilik menunggu yang men-jadi lokasi rahsia menempatkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing terbongkar dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Seang Tek, Georgetown, semalam.

Pengusaha premis menyediakan bilik berkenaan sebagai tempat persembunyian apabila menerima isyarat daripada tonto atau penjaga sekiranya terdapat kehadiran pihak berkuasa.

GRO terpaksa berhimpit di dalam bilik tersebut di mana pintunya telah diubahsuai bagi memudahkan mereka yang bersembunyi untuk keluar masuk.

Keadaan terlalu sempit menyebabkan mereka yang bersembunyi hanya boleh duduk atau membongkok sahaja sementara menantikan pelanggan.

Penjaga hanya akan mengeluarkan mereka dari tempat persembunyian dan dibawa ke bilik karaoke yang telah ditempah atas permintaan pelanggan.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, cubaan GRO untuk melepaskan diri gagal apabila penguat kuasa berjaya mengesan kewujudan bilik tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan rapi  kira-kira jam 1.10 pagi, terdapat enam wanita warga asing ditemui sedang bersembunyi di dalam bilik itu.

“Kesemuanya menyalahgunakan pas lawatan lawatan sosial ke negara ini dan secara keseluruhannya, seramai lapan orang berjaya ditahan dalam serbuan kali ini,” katanya.

Basri berkata, seramai 13 orang diperiksa termasuk seorang lelaki dan lapan daripadanya didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, melanggar syarat pas atau permit.

“Lima wanita warga China dan dua wanita Vietnam yang bekerja sebagai GRO di premis terbabit serta seorang lelaki warga Myanmar bekerja sebagai pelayan bar akan dikenakan tindakan mengikut kesalahan masing-masing.

“Lima lagi yang turut diperiksa  dibebaskan selepas masing-masing dapat mengemukakan dokumen sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, tugas anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terganggu dek tonto yang berkawal di premis terbabit.

Seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga pusat karaoke itu bukan sahaja naik angin malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakan-rakannya kerana gagal menghidu kehadiran anggota penguat kuasa terbabit.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian  tidak diingini berlaku dan kesemua ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.
17 GRO, empat pondan ditahan
17 GRO, empat pondan ditahan
GRO yang ditahan dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
PETALING JAYA - Seramai 17 wanita warga asing dan empat pondan warga Filipina ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan berhampiran Dataran Mentari, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, menerusi operasi yang bermula pada jam 9.45 malam itu, kesemua suspek yang ditahan tersebut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan terbabit.

Menurut Fadil, seramai 11 wanita warga Thailand, empat warga Taiwan, dan dua warga Filipina berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun ditahan setelah didapati menyalahgunakan pas lawatan ke negara ini.

“Selain itu, kami turut menahan empat pondan warga Filipina yang turut dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan ini,” katanya selepas operasi terbabit, kelmarin.

Menurut Fadil, ketika serbuan, terdapat beberapa GRO cuba melarikan diri mengikut pintu belakang pusat hiburan terbabit bagi menggelakkan dari ditahan.

“Kita berjaya menghalang cubaan melarikan diri dan turut menahan pengurus pusat hiburan terbabit yang juga dipercayai menjadi penjaga kepada GRO tersebut,” katanya.

Jelas Fadil, pihaknya sebelum ini pernah beberapa kali mengadakan operasi di pusat hiburan terbabit yang dipercayai menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan.

Tambahnya, pemilik pusat hiburan terbabit juga didapati melakukan kesalahan memandangkan premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.
GRO menyorok dalam tong sampah
GRO menyorok dalam tong sampah
Basri (kanan) memeriksa pasport warganegara asing yang ditahan dalam serbuan sebuah pusat hiburan di Jabatan Imigresen Seberang Jaya, kelmarin.
PERAI - Taktik pelayan pelanggan (GRO) yang menyorok di dalam tong sampah untuk mengelak dari dicekup gagal apabila 27 wanita warga asing itu  berjaya ditahan dalam serbuan, kelmarin.

Ada di antaranya turut menyembunyikan diri di sebalik pintu tandas dan bawah meja apabila Imigresen menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Perai Jaya di sini, jam 10 malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri, Basri Othman berkata, seramai 15 warga Vietnam dan 12 warga China ditahan dalam operasi itu.

“Cubaan untuk melarikan diri gagal apabila 20 penguat kuasa yang bertugas bertindak mengepung pusat karaoke yang ketika itu dipenuhi pelanggan.

“Semuanya yang berusia 20 hingga 38 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Imigresen Seberang Jaya.

Beliau berkata, serbuan dibuat selepas risikan dijalankan selama sebulan bagi memantau aktiviti di pusat hiburan terbabit.

“Ada anggota yang menyamar untuk mendapatkan maklumat lengkap dan didapati ada di antara GRO yang bekerja di situ baru tiba di negara ini minggu lepas.

“Premis terbabit diserbu sebanyak dua kali pada tahun lalu dan ini merupakan operasi kali pertama bagi tahun ini,” katanya.

Basri berkata, pihaknya turut mengambil keterangan pemilik premis dan pelanggan berada di situ ketika serbuan dijalankan.

“Kami masih menyiasat modus operandi yang digunakan memandangkan pusat hiburan terbabit memiliki banyak bilik karaoke dan timbul dakwaan yang mengatakan GRO terbabit dibawa oleh pelanggan sendiri.

“Semua ditahan bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut kesalahan masing-masing,” katanya.
GRO sembunyi bawah katil
GRO sembunyi bawah katil
Salah seorang wanita warga asing yang cuba bersembunyi di bawah katil.
JOHOR BAHRU - Seramai 12 wanita warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah premis di Taman Nusa Bestari, di sini, semalam
.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua wanita yang ditahan berusia antara 18 hingga 41 tahun.

Menurutnya, sembilan daripada jumlah keseluruhan yang ditahan merupakan warga Thailand, manakala selebihnya berasal dari Laos, Vietnam dan China.

“Bertindak atas maklumat, seramai 15 anggota melakukan serbuan di premis terbabit yang dipercayai menawarkan aktiviti urut dan pelacuran.

“Ketika serbuan, terdapat wanita warga asing ini cuba untuk melarikan diri malah ada yang bersembunyi di bawah katil, namun berjaya ditahan. Difahamkan, kadar urutan biasa dikenakan RM68, manakala pakej pula adalah RM168,” katanya, di sini, semalam.

Khairulanuar berkata, wanita warga asing terbabit ditahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang menjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka turut disiasat di bawah Akta Atipsom 2007. Wanita warga asing ini dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sanggup berhimpit dalam stor
Sanggup berhimpit dalam stor
Sebahagian daripada 27 GRO Thailand yang dicekup dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Puchong, malam kelmarin.
PUCHONG - Gara-gara tidak mahu ditahan, 27 gadis pelayan pelanggan (GRO) Thailand termasuk lima pondan sanggup berhimpit dan bersembunyi dalam stor, selepas menyedari pusat hiburan mereka bekerja diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.

Ketika serbuan dibuat di premis hiburan yang turut menyajikan persembahan 'live band' itu, kesemua GRO terbabit sedang asyik melayan pelanggan mereka.

Serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Shukri Abdullah itu, berjaya menahan semua GRO berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati semua GRO berusia antara 22 hingga 35 tahun itu dibawa masuk oleh ejen tertentu ke negara ini.

Katanya, semua GRO terbabit bijak mengumpul tips dengan menjual kalungan bunga berharga RM20 dan 'crown' berharga RM50 kepada pelanggan.

"Bagi satu kalungan bunga, biasanya tips diterima adalah RM8, manakala RM20 bagi hasil jualan 'crown' kepada pelanggan.

"Wang selebihnya akan diambil oleh seorang ibu ayam tempatan berusia 49 tahun yang menjaga mereka," katanya.

Mohd Shukri berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks, mereka boleh berunding sendiri dengan GRO pilihan mereka.

Menurutnya, semakan mendapati premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen sejak enam bulan lalu, pernah diserbu polis sebelum ini.

Katanya, semua GRO serta ibu ayam yang ditahan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan selanjutnya.

Dalam operasi berasingan yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais, seramai 15 GRO warga Vietnam termasuk dua bawah umur turut ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Taman Segar, Cheras, kelmarin.

"Semua GRO terbabit turut mengaut keuntungan mudah dengan memperoleh tips mencecah RM50 dengan hanya membuka tin atau botol minuman keras untuk pelanggan mereka.

Perkhidmatan seks kepada pelanggan turut ditawarkan dengan bayaran bermula pada harga RM300 hingga RM450," katanya.

Katanya, semua GRO itu dibawa ke Balai Polis Cheras, manakala dua GRO bawah umur yang ditahan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
GRO Vietnam sanggup sembunyi bawah meja
Sanggup sembunyi bawah meja
Wanita Vietnam yang disyaki sebagai GRO ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
SITIAWAN - Taktik pelanggan sebuah restoran di sini menyorokkan gadis pelayan pelanggan (GRO) di bawah meja tidak berjaya apabila sepasukan polis dari Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menghidu taktik berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPK Perak, Deputi Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan yang dibuat di sebuah restoran di dalam sebuah ladang kelapa sawit itu  berjaya menahan seramai 27 wanita Vietnam berumur 18 hingga 30 tahun dipercayai dijadikan sebagai GRO.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat, GRO berkenaan asyik melayan pelanggan dan tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Apabila mereka menyedari kehadiran kami, GRO berkenaan terus melarikan diri dan ada sebilangannya cuba disembunyikan di bawah meja namun kami berjaya menahan mereka.

“Akibatnya, ada sebilangan mereka mengalami luka-luka kecil kerana terjatuh semasa melarikan diri,” katanya.

Kata beliau, serbuan yang dilakukan pada jam 11 malam Jumaat lalu itu turut menahan seorang lelaki Vietnam dan seorang wanita yang mengakui menguruskan restoran berkenaan.

Jelasnya, kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

"Daripada pemeriksaan yang dibuat juga 27 wanita Vietnam itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Wanita yang mendakwa menguruskan restoran berkenaan juga gagal menunjukkan lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Hasbillah berkata, dalam serbuan itu mereka turut merampas 10 televisyen, set karaoke dan beberapa peralatan elektrik lain.

“Kes ini akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran kerana mengeksploitasi wanita menjadi GRO.

“Kami mengharapkan orang ramai terus menyalurkan maklumat mengenai perkara ini kerana melibatkan pemerdagangan manusia untuk tujuan tidak bermoral,” katanya.
GRO gagal loloskan diri
GRO gagal lolos diri
Antara GRO yang ditahan ketika operasi yang dijalankan di sebuah pusat hiburan berhampiran Mentari Court, kelmarin.
PETALING JAYA - Cubaan beberapa gadis pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri mengikut pintu belakang premis pusat hiburan gagal apabila dicekup polis yang membuat kepungan di luar premis itu dalam operasi serbuan yang dijalankan di sini, kelmarin.

Dalam serbuan yang bermula jam 11.45 malam itu, seramai 38 GRO warga asing terdiri daripada warga Thailand, Vietnam, Filipina dan China berjaya ditahan polis.

Ketua Unit Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam berkata, kesemua GRO yang ditahan berumur antara 21 hingga 35 tahun.

"Pelanggan kebiasaannya akan datang dan membuat tempahan GRO di dalam premis tersebut sebelum mendapat perkhidmatan seks yang disediakan pihak terbabit.

"Pengunjung hanya perlu bayar RM130 ke atas untuk mendapat layanan istimewa daripada GRO itu manakala bayaran sebanyak RM300 dikenakan sekiranya pelanggan ingin membawa pulang wanita berkenaan untuk satu malam,” katanya selepas operasi yang dijalankan di pusat hiburan berhampiran Mentari Court di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini pernah beberapa kali menjalankan serbuan ke atas premis terbabit hasil maklumat serta pemantauan yang dijalankan.

"Bagi mengelakkan kegiatan mereka itu dikesan pihak berkuasa, pusat hiburan itu telah beberapa kali menukar nama.

“Setelah menjalankan siasatan awal, kami dapati pusat hiburan ini mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan pemilik premis pusat hiburan terbabit bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit,” katanya.
19 GRO warga asing ditahan
19 GRO warga asing ditahan
Salah seorang GRO yang cuba bersembunyi ketika operasi dilakukan.
JOHOR BAHRU - Seramai 19 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah pusat hiburan terletak di Stulang Laut, di sini kelmarin.

Serbuan jam 11.50 malam itu disertai oleh 20 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul.

Masri berkata, seorang daripada 19 GRO berusia 16 hingga 43 tahun terbabit merupakan wanita warga Indonesia, manakala selebihnya adalah rakyat Vietnam.

“Bertindak daripada aduan awam, anggota ops melakukan serbuan di Stulang Laut. Kehadiran anggota ops tidak disedari oleh GRO warga asing ini kerana berpakaian preman.

“Bagaimanapun, ketika anggota ops memperkenalkan diri, GRO warga asing ini ada yang bertindak untuk cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di bawah singki di dalam bilik,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, kesemua ditahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan bekerja tanpa pas serta permit.
Pelaris kedai kopi
Pelaris kedai kopi
Wanita warga asing yang berjaya dicekup di sebuah kedai kopi di Pusat Bandar Puchong, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk berpelukkan.

Difahamkan, pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.

Kegiatan tidak bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.

Pegawai  D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lima wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan pelanggan masing-masing.

Beliau berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.

Jelasnya, pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan seks dengan pekerja mereka.

“Jika pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena ‘deal’ dengan pelayan dan perlu membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan meneruskan operasi perniagaan haram mereka,” katanya.

Roslin berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan