Selasa, 18 Jun 2013

KALAU BOLEH MENGAJAR ILMU...TAK PUN PI BELAJAR ILMU...ATAU SUKA KEPADA ORANG YANG BELAJAR ILMU...JANGAN JADI ORANG YANG PALING TERUK IAITU TAK SUKA MAJLIS ILMU...LAGI MALANG MENGHALANG MAJLIS ILMU...TUNGGU SAJA BALA DARI ALLAH SWT

Kadar 30% hanya perangkap untuk naikkan tambang
Posted on Monday, June 17 @ 14:59:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Salmiyah Harun

KUALA KUMPUR: Lujnah Pengguna PAS Pusat menyifatkan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30 peratus adalah strategi untuk memerangkap pengguna.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak wajar kenaikan harga tambang bas berlaku dalam keadaan harga minyak dan tol tidak diturunkan.

Malah katanya, banyak cara lain yang boleh mengelakkan kenaikan harga tambang sama ada tambahkan subsidi ataupun kurangkan kos sama cukai tayar dan alat ganti kepada pengusaha bas.

"Yang paling penting turunkan harga minyak, tol dan tambahkan subsidi kepada pengusaha bas, ini akan membawa kepada tidak perlu kenaikan harga tambang," katanya.

Jelas Mahfuz, tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu turunkan harga minyak dan tol sekali gus pengguna akan menikmati kadar tambang yang lebih murah.

"Hari ini jelas membuktikan kenaikan harga tambang akhirnya ditanggung oleh pengguna. Kerajaan sengaja bermain dengan istilah 30 peratus ini," katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.

Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.

Bagaimanapun pihak PMBOA, menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) untuk mengumumkan kenaikan harga tambang baru.

PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.

Harakahdaily


 Perebutan Speaker: Bukti BN Perak berpecah
Posted on Monday, June 17 @ 14:29:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog Perakite Daily

IPOH: Isu ugutan oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel apabila Umno ingin merampas kembali kerusi speaker Dun Perak yang sebelum ini milik MIC telah membuka pekung pergolakan dalaman BN di Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MCA hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan.

Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini.

Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri.

“Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum,” katanya.

Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum.


“PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain,” tegasnya.

Perakite Daily



BN ‘bunuh’ kemakmuran masjid Kota Putera
Posted on Monday, June 17 @ 16:12:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Di kesempatan berada di Besut minggu lalu, penulis berpeluang mengikuti dua kuliah oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Adam Mat Said. Pertama, pada hari Isnin malam Selasa di Masjid Darul Iman, Kampung Lahar, sebuah masjid persendirian yang kelihatannya dikuasai oleh para pendukung PAS.


Kali kedua, pada Rabu malam Khamis di sebuah surau di kawasan perumahan di Alor Lintang. Melihatkan bebera
pa bahan bercetak yang ditampal secara terbuka di papan kenyataannya, surau ini juga nampaknya ‘ditakluki’ pendukung parti Islam.
Kedua-dua premis tersebut terletak di dalam kawasan Dun Kota Putera, salah satu kawasan pilihan raya di Parlimen Besut. Difahamkan kuliah di kedua-dua premis ini hanya bermula selepas PRU13 lalu, sebagai ganti kepada kuliah pada malam-malam sama di dua masjid kerajaan berdekatan.
Subhanallah! Bagi sesiapa yang belum pernah mengikuti kuliah Ustaz Adam pasti akan terasa kagum dan bangga dengan keupayaannya memaut kehadiran sebegitu ramai pendengar. Kedua-dua majlis itu dihadiri ratusan pencinta ilmu Islam, sehingga melimpah ke luar bangunan. Difahamkan mereka itu bukan hanya yang tinggal di sekitar rumah-rumah ibadat tersebut. Mereka malah dari belasan kampung sekitar daerah Besut.
Dapat penulis simpulkan bahawa ulama muda ini mempunyai pendekatan dakwahnya yang tersendiri. Butir bicaranya sangat bertertib. Bait-bait ucapannya padat dengan ilmu dan nasihat, terutama untuk membina keperibadian muslim yang beradab, lebih-lebih lagi dengan Allah Ta’ala.
Seperkara agak nyata, bersalahan dengan imej aktivis PAS yang melekat kuat pada batang tubuhnya, butir-butir pengajarannya tidak langsung menyentuh hal-hal politik kepartian. Hal itu dengan sendirinya menjelaskan mengapa setiap masjid atau surau dikunjungi beliau mampu menggamit kehadiran pendengar yang begitu ramai. Popularitinya melangkaui batasan parti. Yang datang menadah telinga mendengar kuliahnya bukan sahaja penyokong PAS, tetapi juga khalayak ‘atas pagar’ dan pendukung Umno.
Ustaz Adam adalah bekas calon PAS bagi kerusi Dun Kota Putera pada PRU13 baru-baru ini. Meski pun tidak mampu mengatasi jumlah undi diperolehi calon parti lawan, pengasas Pusat Tarbiah Nurul Iman di Kampung Kubang Ikan ini telah berjaya melonjakkan undi buat partinya. Berbekalkan majoriti kekalahan lebih 3,300 undi pada 2008, beliau berjaya menyusutkan kemenangan BN kepada hanya lebih 1,400 undi.
Walau pun lonjakan itu tidak cukup besar untuk menghasilkan kemenangan buat PAS, ia merupakan kemaraan yang boleh dibanggakan. Mengambilkira betapa Dun Kota Putera adalah salah satu kerusi yang tidak pernah diberikan harapan tinggi untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS Terengganu sendiri, pencapaian itu diluar jangkaan banyak pihak.
Tidak syak lagi saham utama peningkatan sokongan terhadap PAS di situ ialah keperibadian Ustaz Adam sendiri. Kesungguhan dan keikhlasannnya mencurahkan ilmu kepada masyarakat menjadi bahan pertuturan. Di mana sejak beberapa tahun sebelum disahkan menjadi calon PAS, Ustaz Adam adalah tenaga pengajar paling popular di beberapa masjid mukim (masjid kerajaan), jika pun tidak di seluruh daerah Besut. Dikatakan pada setiap malam beliau memberikan kuliah, jumlah hadirin sangatlah ramai, bahkan paling ramai berbanding kuliah-kuliah oleh lain-lain tenaga pengajar di premis sama.
Kebetulan pula tumpuan aktiviti kuliahnya ialah di masjid dan surau di Kota Putera. Maka, apabila mula disebut-sebut namanya sebagai bakal calon seawal 2011 lalu, ia amat tidak disenangi kalangan pendukung Umno. Usaha berterusan dikatakan dibuat, termasuk oleh penyandang Adun Kota Putera ketika itu agar kuliah-kuliah Ustaz Adam dihentikan di masjid-masjid mukim.
Difahamkan pada setiap Isnin malam Selasa, beliau berkuliah di Masjid al-Muqorrobin, Gong Kepas. Manakala Rabu malam Khamis giliran di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja. Sepertimana disebutkan tadi, penerimaan terhadap pengajarannya bukan lagi terbatas kepada penyokong PAS atau pembangkang sahaja. Populariti Ustaz Adam sudah melangkaui batasan parti.
Sebab itu biar pun berkali-kali penyandang Adun ketika itu cuba menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk memaksa kuliah Ustaz Adam di dua masjid kerajaan itu ditamatkan, ia mendapat bantahan hebat, termasuk oleh jawatankuasa masjid-masjid terbabit sendiri. Bahkan, pihak Pejabat Agama Daerah Besut sendiri dikatakan tidak menemui sebarang masalah dengan isi kuliah beliau yang langsung tidak menyentuh hal-hal politik kepartian.
Dikatakan kegagalan itu juga antara faktor besar mendorong penyandang Adun itu ‘berpindah’ ke kerusi Dun Jertih dalam PRU13 baru-baru ini. Kata orang Besut, dia “terlekat kuong” kekalahan dengan Ustaz Adam apabila gagal dalam usahanya memadamkan populariti ulama itu, termasuk di kalangan penyokong Umno sendiri.
Kini usaha dimulainya itu membuahkan hasil. Ustaz Adam tidak lagi dibenar meneruskan kuliah-kuliahnya di dua masjid tersebut. Peliknya, sekatan itu bukan datang daripada Pejabat Agama Daerah Besut, sebaliknya daripada pemenang PRU13 yang mengambilalih jawatan Adun Kota Putera. Tanpa sebarang surat atau arahan rasmi daripada jabatan yang bertanggungjawab terhadap tauliah kuliah, beliau sendiri mengumumkan sekatan itu sejurus sebelum majlis kuliah sepatutnya bermula di Masjid Al-Muqorrobin.
Sekatan sama dibuat pula ketika giliran Ustaz Adam berkuliah di Masjid Nasiruddin Shah pada minggu berikutnya.
Tidak dinafikan selaku Adun, beliau ada kedudukan untuk memaksa jabatan agama mengeluarkan surat pemberhentian itu. Beliau juga boleh memberikan alasan kononnya kuliah itu akan diambilalih oleh tenaga pengajar lain yang disenangi pemerintah.
Cuma yang sangat mendukacitakan anggota masyarakat setempat ialah apabila itu semua akhirnya terbukti hanyalah alasan untuk mengenepikan Ustaz Adam daripada terus berkuliah di situ. Sehingga rencana ini ditulis, selepas hanya sebulan PRU13 berlalu, kedua-dua malam yang dikatakan akan dihidupkan oleh pengkuliah lain itu menjadi malam sangat suram dan sepi buat jemaah masjid-masjid terbabit.
Terbukti sudah bahawa kemenangan BN telah membunuh kemakmuran masjid-masjid tersebut. Ingatlah, setiap yang mengundi BN di Kota Putera sudah tentu tidak terlepas saham atas ‘pembunuhan’ ini.http://padredeumares.blogspot.com/
 
 Hampir Putus Tekak Diserang Perompak
Posted on Monday, June 17 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog TempayanRetak

Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.
 


Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

_________
http://tempayanretak.blogspot.com
 
  Muka Macam Manusia Pun Orang Tak Nak
Posted on Monday, June 17 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog PenjualCendol



Disebabkan wajahnya yang mirip dengan manusia, tidak ada yang mahu mengambilnya sebagai haiwan peliharaan Iya, mirip manusia, anjing yang berasal dari penampungan haiwan di Indiana, Amerika Serikat ini memiliki wajah yang menyerupai manusia, sehingga dianggap menyeramkan.


 
Namanya adalah Tonik, anjing campuran poodle dan Shih Tzu masih menunggu seseorang baik hati yang mahu meemelihara dan merawatnya. Sekarang Tonik dirawat di tempat penampungan haiwan Homeward Bound Animal Welfare Group.

Sebelumnya Tonik hampir disuntik mati kerana tidak ada yang mahu untuk memeliharanya.


_______
http://penjualcendol.blogspot.com
 
  Sudah Sampai Masa Mustaffa Ali Keluar Daripada Harakah
Posted on Monday, June 17 @ 12:07:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: PolisPencen

" Bercakap pasal Harakah, saya rasa dan muak dan nak muntah. Banyak kali disebut tetapi itu yang akan berlaku. Ini kerana Harakah masih dipegang oleh Dato' Mustaffa Ali.

Kalau dikumpul semua tulisan-tulisan mengkritik pengurusan Harakah, saya rasa sudah mampu untuk dibuat novel yang mengandungi beberapa siri.

Muktamar PAS kali ini harus mengambil perjalanan tentang Harakah. Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah harus dikeluarkan kerana sangat tidak produktif. Semenjak Harakah ditubuhkan dan ada Lembaga Pengarah daripada tahun 1987 sehingga sekarang Dato' Mustaffa Alilah satu-satunya pengerusi Harakah.

Seolah-olah dalam PAS tak ada orang lain yang berkelayakan untuk mengurus Harakah.

Semalam saya baca tulisan Libang Labu berkenaan "Harakah Dah Kontang Idea". Saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Libang Labu. Harakahdaily dikendalikan oleh Zulkifli Sulong.

Harakahdaily sekarang bukan lagi bersifat seperti akhbar tetapi lebih seperti blog. Hendak dikatakan blog pun susah juga kerana kebanyakkannya tulisan daripada blog lain yang ditambah suai sahaja. Ini tak lain kerana mengejar rangking alexa.

Setiap minggu diadakan hadiah kepada penulis yang mendapat rangking tinggi.

Amat memalukan penulis harakahdaily yang mendapat hadiah itu adalah bukan artikelnya sendiri tetapi artikel daripada blog-blog yang disalin berita sensasinya.

Maka berlumba-lumbalah mereka menyalin berita-berita sensasi daripada blog dan laman lain.

Apa yang ditegur oleh Liang Labu sebenar adalah berpunca daripada sifat berebut rangking tanpa rasa malu sebagai akhbar utama parti. Jangan hairan berita dalam kain menjadi berita harakah seperti apa yang dibicarakan oleh Liang Labu.

Saya amat mengharap Muktamar PAS kali ini ada satu pembentangan Khas berhubung Harakah secara lisan atau bertulis. Perwakilan juga harus mendesak agar Harakah perlu dikendalikan seseorang yang lebih telus.

Polis Pencen
http://polispencen.blogspot.com "
 
 Zubir Embong dilantik Speaker Dun Terengganu
Posted on Monday, June 17 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Blog TempayanRetak

KUALA TERENGGANU, 16 Jun — Seramai 32 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu hari ini mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri pertama sesi penggal ke-13 di Bangunan Wisma Darul Iman di sini, Isnin ini.

Kesemua 32 Adun daripada Barisan Nasional dan pembangkang itu mengangkat sumpah taat setia sebagai Adun dalam melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri Terengganu.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baharu dilantik, Mohd Zubir Embong.
Ahmad Said yang mengemukakan nama Mohd Zubir sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Mohd Zubir, bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kualal Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu namun kalah kepada calon PAS Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada pukul 9.42 pagi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah 32 Adun tersebut yang diketuai Ahmad yang juga Adun Kijal pada pukul 9.50 pagi di depan Speaker DUN yang baharu.

Mohd Zubir ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Menteri Besar yang melantiknya menjawat jawatan itu dan berjanji akan mengendalikan persidangan DUN dengan baik.

Persidangan DUN itu yang berlangsung sehingga Rabu ini akan dirasmikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada pilihan raya lalu, BN membentuk kerajaan negeri apabila menang mudah dengan memenangi 17 kerusi manakala PAS menang di 14 kerusi dan PKR (satu kerusi).

Kerusi DUN yang dimenangi BN ialah Hulu Besut, Jerteh, Kota Putera, Kuala Besut, Langkap, Permaisuri, Jabi, Batu Rakit, Seberang Takir, Kuala Berang, Telemong, Ajil, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Kijal, Kemasik dan Air Putih. — Bernama


________
http://tempayanretak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan