Selasa, 18 Jun 2013

IBLIS MAU SUJUD PADA ALLAH SWT...CUMA IBLIS TAK MAU SUJUD PADA NABI ADAM A.S....SEDANGKAN ADA MANUSIA TAK MAU SUJUD PADA ALLAH@TAK MAU SOLAT ....AGAK2 MANA LEBIH TERUK....LAGI TERUK DENGAN DITAMBAH MENYOKONG AGAR HUKUM ALLAH TAK DILAKSANAKAN MUKA BUMI NI

Kanak Kanak sekolah diajar menghormati lagu kebangsaan,Banglasia?
Posted on Tuesday, June 18 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum, Dalam usaha melahirkan generasi warganegara yang sayangkan negara, sistem pendidikan negara menekankan peri pentingnya anak anak sekolah diajar meghormati lagu kebangsaan "Negaraku".

Anak anak diajar supaya menghafal lagu kebangsaan sekalipun mereka yang beragama Islam tidak boleh menghafalkan satu surahpun dari ayat ayat Lazim, AlQuran.Demikianlah pentingnya lagu "Negaraku" kepada warga negara Malaysia, tetapi ada satu kelompok etnik warganegara yang dikecualikan menyanyi atau menghafal lagu "Negaraku" ia itu etnik Banglasia. 

Etnik Banglasia ditemui dengan jumlah yang begitu besar di hari mengundi PRU 13 yang diantara mereka berjaya ditahan oleh rakyat keturunan lain di tempat mengundi.Mereka yang ditahan disuruh menyanyikan lagi NegaraKu tetapi ternyata tidak seorangpun tahu menyanyikan lagu NegaraKu tetapi lagu yang mereka tahu ialah BN,BN,BN........
Timbalan Pengerusi SPR menafikan mereka ini warga asing kerana semua mereka ada IC dan didaftarkan sebagai pengundi.Sebaliknya mereka adalah warga negara yang dikenali sebagai Banglasia.Warga negara segera yang tidak diwajibkan menyanyikan lagu NegaraKu tetapi lagu yang diwajibkan ke atas mereka ialah BN,BN,BN.........
Najib juga menafikan mereka ini warga asing malah mencabar orang yang mendakwa mereka warga asing supaya menunjukkan di mana Mat Bangla mengundi.Sekali lagi Najib mahu memberitahu rakyat, mereka yang keluar mengundi dengan rupa bangla dan tidak tahu menyanyikan lagu NegaraKu itu adalah warga negara dari etnik Banglasia yang tidak diwajibkan menyanyikan lagu Negaraku sebaliknya diwajibkan menyanyi lagu BN,BN,BN...............
Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh para guru terlatih untuk melatih anak anak sekolah menyanyikan lagu Negaraku tidak terpakai kepada etnik Banglasia yang hanya perlukan agen agen rekrut yang hanya pandai mengajar lagu BN,BN,BN......... 

 Politik dunia ketiga
Posted on Tuesday, June 18 @ 06:19:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hishamuddin Rais



Biar saya mulakan dengan tiga tuntutan rakyat yang kini telah menjadi asas Tuntutan Gerakan Anti Tipu 505.

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13.

Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru.

Ketiga: Mengadakan pemilihan semula dikawasan berlaku penipuan.

Tiga tuntutan ini adalah tuntutan minima dari rakyat yang semakin marah kerana undi mereka telah ditipu. Kemarahan para pengundi ini sedang diterjemahkan dengan gerakan anak muda yang mahu turun ke jalan raya. Turun ke jalan raya ini adalah manifestasi bahawa para pengundi tidak mahu ditipu. Paling menjolok mata ialah kehadiran ratusan ribu anak anak muda di jalan raya - walau pun mereka mungkin belum mengundi - tetapi mereka tidak mahu menerima penipuan.

Ramainya orang turun ke jalan raya itu adalah bukti sahih bahawa penipuan telah berlaku. Jika penipuan tidak berlaku mustahil ratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya. Mereka yang turun ke jalan raya ini bukan diupah. Mereka bukan dibawa dengan bas. Mereka bukan pegawai kerajaan yang dipaksa datang. Mereka bukan murid sekolah yang dibawa oleh guru. Mereka bukan anak muda dari sekolah asrama penuh. Mereka tidak dibekalkan dengan nasi bungkus.

Mereka ke jalan raya dengan kesedaran. Beratus ribu turun ke jalan raya kerana mereka sedar bahawa SPR telah menipu. Mereka sedar bahawa kemenangan United Malays National Organisation adalah kemenangan melalui jalan tipu. Mereka sedar bahawa SPR telah menjadi alat untuk memastikan Parti Ketuanan Melayu akan terus berkuasa.

Bermula dengan Himpunan #Tipu505 di Kelana Jaya kini telah merebak ke seluruh negara. Turun ke jalan raya ini kini telah menjadi ampuh dan sedang mendobrak lembaga-lembaga yang bersekongkol dalam merancang penipuan PRU13. Tidak dapat tidak rakyat Satu Malaysia akan menunggu ‘grande finale' gerakan jalan raya ini.

Jelas terbukti bahawa kesedaran wujudnya PENIPUAN dalam PRU13 adalah pemangkin orang ramai dan anak anak muda untuk turun ke jalan raya. Menolak penipuan dalam PRU13 menjadi motivasi utama. Penipuan PRU13 adalah penyebab rakyat turun ke jalan raya. Turun berdemo ke jalan raya bertujuan untuk mengembalikan yang hak.

Seluruh dunia tahu PRU13 telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PRU13 ini telah dicuri. Kemenangan PRU13 telah dicuri oleh United Malays National Organisation. Justeru perjuangan untuk mengembalikan kemenangan ini telah memanggil anak-anak muda ini turun ke jalan raya. Jika TIDAK ada penipuan mustahil beratus ribu orang ramai akan turun ke jalan raya.

Anak anak muda bukan bodoh. Anak anak muda bukan bangang boleh ditarik hidung. Anak muda turun ke jalan raya melawan kezaliman kini sedang menjadi tren dan fesyen seluruh dunia. Dimulakan oleh anak muda dari Tunisia, kemudian ke Mesir, ke Paris, ke London, ke Bahrain, ke New York - dan terakhir ke Turki.

Rejim-rejim zalim satu demi satu telah disingkirkan oleh gerakan anak muda di jalan raya. Anak muda tahu akhirnya dunia ini adalah milik mereka. Justeru mereka wajib bertindak untuk melakar masa depan mereka. Ini hakikat.

Masih ada yang bertanya : Kenapa kita ke jalan raya? Apa salahnya pilihan raya kita?

Dua soalan ini adalah soalan yang amat adil. Ini soalan berhemah. Ramai yang telah menyuarakan soalan ini. Justeru di sini saya cuba memberi jawapan sejelas mungkin.

Awal wahid kita mesti menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Dunia Ketiga. Dalam sejarah Negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan rejim melalui pilihan raya. Hukum-hukum dan syarat dalam Negara Dunia Ketiga ini amat berbeza dari hukum dan syarat politik di Amerika, di Eropah , di New Zealand, di Australia atau di Kanada. Ada perbezaan hakiki antara Negara Dunia Ketiga dengan negara kuasa imperial Anglo-Amerika dan egara Kedua di Eropah.

Kesemua Negara Dunia Ketiga muncul hasil dari pertembungan dengan negara imperial. Tanah Melayu ini wujud kerana British. Malaysia wujud kerana perancangan British. India, Burma, Pakistan, Iran, Iraq dan dan dan... semua diwujudkan oleh kuasa imperial British. Malah Siam yang tak pernah dijajah itu pun diwujudkan oleh dua kuasa kolonial. Siam dijadikan negara pemisah dengan perjanjian kuasa imperial Perancis yang menjajah Indo-China dengan kuasa imperial British yang menjajah Tanah Melayu. Hakikatnya Negara Dunia Ketiga ini muncul kerana kuasa kolonial.

Sejarah Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia adalah sejarah kolonial British. Kuasa penjajah British ini telah memilih United Malays National Organistaion untuk mengambil alih pentabiran Bristish pada 31 Ogos 1957.

Salah satu ciri yang amat penting dalam Negara Dunia Ketiga ini ialah kaum kapitalis dan kaum pemodal nasional amat lemah. Mereka hanya menjadi orang tengah untuk kaum pemodal internasional. Kerana mereka lemah maka mereka bergantung kuat dengan kuasa politik. Justeru kita melihat Daim Zainuddin, Vincent Tan, Syed Mokhtar, Halim Saat, Cucu Iskandar Kutty, Ananda Krishna semuanya bergantung dengan kuasa daulah United Malays National Organisation untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Tanpa sokongan daulah kaum kapitalis ini akan reput.

Ini perbezaan politikal ekonomi yang wajib difahami. Inilah sebab utama kenapa pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga tidak akan pernah menukar kerajaan. Kaum kapitalis ini bergantung kuat dengan kuasa daulah. Malah tidak ada garis pemisih antara kuasa daulah dan kuasa kaum kapitalis nasional ini. Kepentingan ekonomi kaum kapitalis nasional ini dijaga dan dibentuk oleh kuasa daulah.

Menteri jaga politik - menteri yang sama juga jaga kroni. Menteri ada kepentingan dalam syarikat milik kroni. Yakinlah di belakang syarikat kroni ini ialah para menteri. Ini politikal ekonomi Negara Dunia Ketiga.

Justeru ikatan ini memustahilkan berlaku apa-apa perubahan melalui pilihan raya. Cukong-cukong ini semua sedar jika United Malays National Organisation tutup kedai mereka bukan sahaja mereka akan hilang harta malah ramai antara mereka akan diheret ke penjara. Anak Suharto masuk penjara. Anak Husni Mubarak masuk penjara. Ini hakikat politik Negara Dunia Ketiga.

Ini tidak akan berlaku di Kanada, New Zealand, Australia, Jerman , Sweeden atau Britain atau Amerika. Dalam Negara Dunia Pertama dan Kedua ini - kaum kapitalis telah kukuh bertapak. Kepentingan ekonomi mereka berselirat di dunia. Sama ada Parti Konservatif menang atau Parti Buruh menang di Britain - perniagaan Mark and Spencer saperti biasa. Sama ada Demokrat menang atau Republican menang Esso dan General Motors akan terus berniaga.

Pilihan raya dalam Negara Pertama dan Kedua adalah tentang dasar. Dasar parti politik mana yang akan dapat membawa keuntungan untuk kaum pemodal. Dasar parti mana yang akan membawa kestabilan ekonomi. Tidak seperti di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia ini akan menentukan saudara mara siapa atau syarikat kroni menteri yang mana yang akan dapat kontrak, dapat tanah atau dapat lesen cari gali. Politikal ekonomi inilah yang menjadikan pilihan raya dalam Negara Dunia Ketiga ini satu sandiwara.

Untuk saya PRU13 ini cukup cantik sebagai satu sekolah politik. Bertahun-tahun saya telah memberi kuliah/menulis tentang penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan dalam pilihan raya. Ada yang percaya dan ramai yang TIDAK percaya. Tetapi PRU13 ini telah membuktikan bahawa apa yang saya tulis selama ini adalah tepat dan benar.

Akhirnya saya akan ditanya apa kesudahannya? Ini juga satu soalan yang berhemah. Saya yakin ramai yang bertanyakan soalan ini. Apa seterusnya?

Dari apa yang kita semua baca kita dapat mengetahui bahawa kedudukan Najib Razak amat lemah. Kita juga melihat bahawa kerajaan Najib ini lebih lemah dari kerajaan Dolah Badawi. Dari segi politik ini amat penting untuk kita menilai kekuatan musuh kita.

Seluruh dunia - dari Obama di Rumah Putih - dari akhbar di Austarlia, New Zealand, Hong Kong, Jepun, United Kingdom, Jerman, Perancis dan dan dan... malah The New York Times telah membuat kartun memperli Najib menipu dalam PRU13. Semua ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia. Rakyat dunia telah tahu bahawa kerajaan Najib Razak ini kerajaan haram.

Najib dan United Malays National Organisation juga tahu bahawa mereka menang kerana penipuan. Justeru kita lihat bagaimana agama telah digunakan untuk melobi agar rakyat menerima keputusan PRU13. Kita juga melihat bagaimana mufti telah direkrut untuk menghalalkan penipuan. Kita melihat para penjual agama yang berjanggut dan berserban meminta agar orang ramai menerima keputusan PRU13.

Akhir ini kita melihat bagaimana Yang di-Pertuan Agong dikaitkan dengan rayuan kepada orang ramai agar menerima keputusan PRU13.

Ini ertinya penolakan keputusan PRU13 adalah tepat. Garis turun ke jalan raya itu tepat dan membawa hasil. Apabila Najib mula berkelentong untuk membawa SPR ke bawah jawatan kuasa Parlimen - memberi tanda bahawa Najib sedang terdesak. Bila musuh terdesak adalah masa yang tepat untuk mengasak.

Justeru pengumuman Anwar Ibrahim bahawa pada petang Sabtu 22 Jun 2013 ini rakyat akan berhimpun adalah langkah tepat. Perhimpunan ini adalah sambungan #Blackout505 dengan tiga tuntutan. Kemarahan orang ramai kerana ditipu tidak akan dapat diredakan hanya dengan satu ucapan Agong. Tiga Tuntutan wajib ditunaikan. 


 Isu Kepincangan Solat Jemaah Di Masjid dan Surau?
Posted on Monday, June 17 @ 20:40:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hishamahmad

"Sifat Solat Nabi adalah suatu aspek keilmuan yang  begitu disukai. Pada satu ketika, kempen seruan kearah sifat solat nabi begitu mendapat sambutan. Kursus sifat solat nabi begitu laris dipasaran. Sehingga seolah-olah timbul pertentangan antara istilah ‘sifat solat nabi’ vs. ‘ solat versi mazhab syafie’.


Bagaimanapun, akhirnya kita sedar ia sekadar istilah, semua orang ingin bersolat mengikut nabi, seboleh-bolehnya setiap aspek kecil dan besar menepati gaya solat nabi. Untuk itu, ia perlukan mujahadah ilmu dan amalan. Sekiranya ada perbezaan dalam pandangan dan masih bersandarkan hadis sahih, kita masih dalam amal perbuatan solat yang sahih.  Justeru, atas apa jua istilah dan terminologi yang kita cuba labelkan, yang penting ialah isi substantif pada lafaz, perlakuan dan penghayatan, bukan sekadar ikut-ikutan tanpa kefahaman.

Namun tentulah tidak menepati sunnah, kiranya sifat solat didakwa seperti nabi, sedangkan solat jemaah selalu dicuaikan, kononnya lebih kusyuk solat bersendirian.
Solat jemaah adalah antara sunnah yang paling utama. Di surau dan masjid tempat perlaksanaannya. Namun di sini saya ingin mengemukakan sedikit hasil penilaian saya untuk dinilai oleh pembaca semua.
[Penting- Hasil penilaian ini saya drafkan dalam bentuk surat untuk saya hantar ke masjid-masjid berkaitan untuk dipertimbangkan, tetapi mengharapkan pembaca dapat memberi komen  pandangan untuk pembaikan sebelum surat ini dikirimkan….  ]
REALITI-REALITI MENGGUSARKAN PADA AMALAN SOLAT (FARDU) JEMAAH DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU
Kepada:-
Imam (dirahsiakan)
Masjid (dirahsia)
Mukim (dirahiskan), Melaka.                                                             
Tarikh:  _/ 7/2013
Tuan Imam Yang Di Muliakan Allah,
Surat  ini bukanlah saya tujukan khusus kepada tuan tetapi anggapkanlah sebagai satu salinan kepada tuan sekadar untuk tuan sudi membaca pandangan saya ini mengenai hal perkara tersebut di atas, sekiranya ada sedikit sebanyak berlaku di masjid/surau pihak tuan.
Tiadalah niat lain dalam menghantar surat ini melainkan atas rasa perlu dan ingin melakukannya, atas nama dakwah tanpa langsung terlintas hasad untuk memperkecil dan menghina sesiapapun apalagi sekelian Imam yang tugasnya tidaklah ada yang lain melainkan melakukan kebaikan di rumah-rumah Allah.  
Pun begitu, terlebih dahulu saya memohon maaf atas segala kesilapan dan kelemahan yang ada dalam surat ini dan atas kesan buruk yang tidak dihajati, jika timbul daripadanya. Terserahlah sepenuhnya kepada para Imam untuk menerima atau menolak, sebahagian atau semuanya. Saya hanya mengorbankan sedikit masa dari limpahan nikmat yang telah diberikan Allah Azza WaJalla, untuk menyampaikan apa yang saya yakini benar dari pemerhatian saya di beberapa masjid dan surau.
Benar, ikhlasnya sebahagian pemerhatian ini dibuat ketika mana saya bersolat di masjid atau surau tersebut, maka ia mungkin termasuk masjid atau surau pihak tuan.   
Tuan Imam,
Sejak beberapa masa terdahulu, saya berusaha menyahut seruan untuk mengerjakan solat jemaah bilamana azan dilaung sama ada di masjid-masjid dan surau-surau termasuklah di masjid tuan. Namun ada suatu perasaan terkilan yang saya alami di mana saya merasakan seperti sukar untuk mendapatkan satu jemaah solat fardu yang sempurna sama ada di masjid atau surau, atau  mungkin saya sendiri yang belum ketemu lagi. Dalam hati saya resah, mengapa tidak dilakukan sesuatu mengenainya sedangkan ia mungkin tidak sesukar mana.
Perubahan yang tidak sukar ini perlu dilakukan dan di sisi Allah, saya percaya besar ganjarannya.
Justeru, berikut inilah antara permasalahan-permasalahan yang diketengahkan beserta cadangan-cadangan untuk penyelesaian yang seadanya. 
Permasalahan 1: -
Imam Yang Pantas Bacaan dan Pergerakannya  Dalam Solat. Dalam solat zohor dan asar, terdapat Imam yang agak cepat bergerak dari berdiri tegak selepas takbir ke rukuk. Saya kekadang terfikir mungkin Imam membaca doa iftitah yang pendek, fatihah, dan surah pendek. Begitu juga dalam rakaat ke-2 dan ke-3, yang turut dirasa kesegeraannya. Saya perlu membaca fatihah dengan agak cepat supaya tidak ketinggalan walaupun lazimnya masih tertinggal. Saya yakin saya tidak silap kerana apabila imam rukuk, beberapa makmum tidak lagi rukuk. Kesannya pergerakkan jemaah menjadi tidak seragam, tidak sama. Begitu juga dalam solat secara jahar (baca kuat), kita dapati kelajuan bacaan fatihah dan surah adalah munasabah namun masalah timbul apabila tiba rakaat ketiga dan/atau keempat. Kenapa berlaku demikian, adakah bila baca secara senyap kita membaca fatihah secara bersambung (wasal) dan dengan cepat, jika begini takut timbul tanggapan bahawa kita semasa baca kuat orang dengar maka terlintas dihati kita terasa perlu menjaga kualiti bacaan, bila baca secara senyap, bacalah cepat dan sambung. Tiada siap dengar.  Saya pernah bertanya dengan seorang imam muda tahfiz selesai selesai solat asar, sebab saya tengok kadar masa qiyam pada rakaat pertama dan kedua sama lama dan agak cepat. Ramai makmum kelamkabut dibelakang. Dia mengatakan dia membaca doa iftitah yang lazim (mazhab syafie) tapi disingkat bermula dari wajjahtu…., fatihah yang diwasal (4 kali berhenti termasuk basmalah), dan surah pendek – iza ja (surah annasr). Begitu juga dalam hal rukuk dan sujud. Kadar tempoh masa yang di ambil bagi rukuk dan sujud, agak segera dan cepat. Sehingga saya dapati banyak kes makmum masbuk sebenarnya tidak sempat mendapat rukuk bersama imam walaupun patutnya boleh dapat (baca dengan sangka baik kerana perlukan perincian dan perbezaan pandangan).
Cadangan 1: Saya maklumi kefasihan hafazan imam. Namun saya pohon agar Imam dapat memberi masa sikit, agar mana bila sahaja Imam Rukuk, kesemua makmum telah bersedia untuk rukuk secara bersama dan seragam. Jika ada yang masih lambat, mungkin seorang dua yang mempunyai masalah (dalaman) tersendiri (special case). Fatihah diharap tidak diwasal. Bacalah satu persatu ayat.
Begitulah juga dalam perihal rukuk dan sujud, jika Imam memberikan sedikit masa, akan menyebabkan semua makmum bergerak serentak dan sama. Alangkah indahnya!. Bahkan banyak situasi makmum masbuq berkejar untuk mendapatkan rukuk bersama imam, tetapi baru sahaja hendak diletakkan tangan atas lutut, imam sudah bangun untuk iktidal. Makmum ini pula menganggap dirinya telah mendapat rakaat. Bukahkah kedudukannya bermasalah mengikut mazhab kita. 
Permasalahan 2:-
Saya di sini bukan membicarakan mengenai kesahan, tetapi kesempurnaan solat berjemaah. Kekadang saya merasakan bahawa solat fardu jemaah kita diselesaikan dalam masa yang agak cepat sehinggakan ada yang sekadar sekitar tidak sampai 5 minit (bagi solat 4 rakaat) sedangkan kemudiannya saya menyaksikan masa yang kelihatan lebih lama diberikan untuk berzikir bersama-sama dan berdoa.
Cadangan saya :- Saya hanya merasakan bahawa sewajarnya penunaian solat jemaah itu dilaksanakan semaksimum sunnah yang boleh, sesempurnanya kerana ia fardu, wajib dan lebih aula dan utama berbanding majlis zikir dan doa bersama yang bukan fardu dan wajib dan boleh dilakukan dalam banyak masa yang lain mahupun secara berasingan dan bersendirian. Untuk itu berikan sedikit masa untuk rukuk iktidal dan sujud. Bacalah fatihah secara tartil dan jangan disambung antara satu ayat dengan satu ayat. 1 rakaat pertama mengandungi satu doa iftitah sama ada jenis biasa atau pendek, satu fatihah dibaca secara kemas dan dan surah sederhana.
Permasalahan 3:-
Terdapat segolongan makmum yang tidak mematuhi peraturan menjadi makmum. Mereka merasakan ianya remeh lalu mencuaikannya. Antaranya (1)saf tidak betul-betul rapat (2) tumit belakang kaki tidak sebaris (3) tidak penuhkan sah pertama (4) tidak mengikut pergerakan imam secara betul dan tepat. (5) dan paling teruk ialah ‘berkejar-kejar’ dengan imam dalam pergerakan rukun sehingga boleh menyebabkan mendahului imam. Masalah ini mungkin telah lama wujud dan berterusan berlaku tanpa usaha mencukupi dilakukan mana-mana pihak termasuk pihak Imam, pihak masjid atau surau.    
Cadangan saya :- Imam, Jangan malu! Ingatkan makmum dengan kata-kata yang jelas agar berdiri secara lurus yang betul dan merapatkan saf. Sekali sekala? Bukan…, selalulah lihat dan periksa barisan makmum sehingga imam puashati. Jangan terus dimulakan solat. Jangan terus di mulakan takbir. Periksa dulu makmum hingga imam puashati. Periksa tumit-belakang kaki sama baris.
Gunalah keluasan kebijaksanaan budibicara imam dalam memberi nasihat yang menyejuk hati bukan menyakiti, dalam mempelbagaikan kata nasihat supaya tidak membosankan.
Bagi sesetengah masjid/surau, saya dapati faktor karpet tambahan berupa sejadah telah menimbulkan masalah apabila ia mewujudkan keadaan tidak rata dan tebal sehinggakan makmum-makmun berdiri mengikut keselesaanya bukan mengikut belakang kaki bilal. Ada yang merasa karpet itu tidak cukup panjang maka dia berdiri dibelakang karpet itu, ada yang berdiri atas separuh karpet dan ada yang berdiri sepenuhnya atas karpet sedangkan ketinggian mereka lebih kurang sama sahaja. Mungkin mereka terlupa asas kesamaan baris itu bukan diukur pada warna karpet atau kedudukan karpet tapi pada perapatan bahu atau ukuran belakang tumit kaki bilal. 
Ada setengah tempat itu, makmum-makmum memberatkan sebelah kanan sehingga pengkar dan pincang barisan saf makmum. Berat sebelah. Tak seimbang. Seorang datang lagi dan pergi sebelah kanan lagi sedangkan makmum semakin senget sebelah kanan. Imam tidak pula menegur dan memesan sebelum angkat takbir. Katakanlah kepada mereka, Imam, bahawa ini tidak betul. Walaupun kita mengutamakan kanan, tetapi bila kanan yang pertama telah dipenuhi orang, kita imbangkan yang kiri, biar orang lain ambil kanan kedua, maka yang datang berikutnya, berdirilah sebelah kiri. Ini sepatutnya, bukankah begitu imam?  
 Masalah tawaruq.  Sebahagian ahli jemaah kita pula telah melonggarkan saf, mungkin dengan niat agar dapat tahiyat akhir secara duduk tawaruq. Sewajarnya saf yang rapat, jika tak dapat kaki merasa kerapatan kaki orang sebelah, bahu seharusnya merasa bahu orang sebelah. Sebahagian melonggarkan barisan sebab nak duduk tawaruq kerana merasa badan kurang langsing manakala yang lain sekadar mencuaikannya.
Katakanlah kepada mereka, bahawa pengorbanan mereka lakukan untuk merapatkan saf dengan cara yang betul lebih disukai Allah, biarpun mungkin mereka terpaksa duduk secara secara iftirasy. Bukankah begitu, duhai Imam? Duduk iftirasy adalah duduk yang diterima pada mazhab Ahlul sunnah kita.
Masalah berkejar-kejar dengan imam. Tahukah pihak tuan bahawa di masjid di sebuah universiti di Bangi, ada berlaku atau mungkin telah dijadikan praktis (wallahu alam) di mana Imam hanya menyebut takbir intiqalat hanya apabila telah atau hampir menyempurnakan pergerakan rukunnya sebagai contoh imam apabila bergerak dari iktidal ke sujud, beliau akan bergerak dulu sampai sujud atau hampir sujud barulah membaca takbir –Allahu Akbar. Saya yang berada di saf pertama bahagian belakang merasa agak pelik namun saya terfikir kenapa Imam membuat demikian di mana sebab yang utama mereka merasakan bahawa timbul alasan memaksa kerana kedapatan ramai makmum yang mengejar imam atau lebih teruk lagi mendahului imam dalam pergerakan solat.
Permasalahan 4:- (dalam Blog)
Setakat ini dahulu sebahagian daripada apa yang dibimbangkan. Semoga diterima dengan hati terbuka dan pemikiran yang tenang.  Surat ini khusus kepada Imam-imam sahaja. Tiada yang lain. Terserah kepada tuan-tuan yang lebih bijaksana. Sekian Terima kasih.
Yang benar,
Abu Danial Dubeis
Bagi mengetahui isikandung lengkap draf surat ini , sudilah ziarahi blog di bawah bagi memberi komen atau pandangan untuk tujuan pembaikan atau melengkapkan draf surat di atas.http://hisham-ahmad.blogspot.com atau emel hishambp@yahoo.com.m

 FW: Kencing tikus di FRIM ARTIKEL
Posted on Monday, June 17 @ 18:33:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh PRIM

Saya merujuk artikel Rozmal seperti berikut:

Pelbagai bala di Malaysia ketika ini, puncanya zina berleluasa

Di dalam artikel tersebut di nyatakan bahawa anak jiran beliau di jangkiti leptospirosis akibat dari mandi di kawasan perkelahan di FRIM. Kami memandang serious maklumat ini dan ingin menyiasat kesahihan berita ini.
Sekiranya benar punca penyakit datangnya dari FRIM, pihak hospital pasti akan menghantar satu pasukan penyiasat ke FRIM dan mengarahkan pihak kami menutup kawasan tersebut agar tiada jangkitan baru. FRIM sedia mematuhi arahan demi keselamatan pelawat.

Tetapi sekiranya ia satu berita yang tidak sahih, ianya boleh menjejas nama baik FRIM sebagai satu destinasi eko pelancongan yang bersih dan selamat dan perlu ditarik balik.

Mohon tuan bantu kami supaya Penulis artikel menghubungi FRIM dan memberi maklumat lengkap bagi membantu kami membuat siasatan dengan pihak hospital dan juga jiran tersebut juga.

Kerjasama tuan amat dihargai.

Norhayati Nordin
Ketua Pengurusan Korporat FRIM
nnorhayati@frim.gov.my

 Datuk Abdul Halim fail petisyen Dun Teluk Bahang
Posted on Monday, June 17 @ 18:26:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Datuk Abdul Halim Hussain yang masih dimahsyurkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini mengemukakan petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi kawasan yang beliau bertanding, iaitu DUN Teluk Bahang.

Petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Abdul Halim diwakili oleh S.Raveentharan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung.
"Ini (petisyen) satu lagi saluran yang sedang kita gunakan...saya sendiri telah membuat laporan polis dan aduan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentang salah laku pilihan raya sebelum ini.
"Dalam petisyen ini, saya telah menuntut mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan N40 Teluk Bahang," ujar beliau di Komtar di sini baru-baru ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof.Dr.P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir dalam sidang media itu.
Dalam petisyen itu, Abdul Halim mendakwa wujud keraguan, amalan rasuah serta politik wang dalam proses pilihan raya umum di kawasan DUN berkenaan pada 5 Mei lepas.
Bercakap pada sidang media yang sama, Raveentharan berkata, pihaknya sudah menerima kos guaman berjumlah RM10,000 daripada Abdul Halim sendiri dan baki selebihnya yang dianggar mencecah RM50,000 akan ditanggung oleh parti anak guamannya, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut beliau, tiga pihak disebut sebagai defenden dalam petisyen itu, iaitu Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (calon Barisan Nasional bagi DUN Teluk Bahang), Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan raya Kawasan Teluk Bahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.
"(Plaintif) tuntut satu deklarasi untuk membatalkan keputusan BN menang berdasarkan keraguan-keraguan serta beberapa faktor lain yang akan dikemukakan semasa prosiding kelak.
"Datuk Abdul Halim secara peribadi telahpun membayar RM10,000 (kos petisyen) dan saya ada resitnya," jelas Raveentharan.
13 Mei lepas, 10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam PRU13 dilaporkan membuat aduan penyelewengan pilihan raya di Kompleks SPRM Pulau Pinang, George Town.
Mereka, Abdul Halim sendiri, Mohd. Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Asnah Hashim (DUN Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (DUN Pulau Betong), Rosidi Hussain (DUN Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (DUN Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (DUN Teluk Air Tawar), Arshad Md. Salleh (DUN Permatang Berangan), Badrul Hisham Shaharin (DUN Sungai Acheh) dan Syed Mikael Rizal Aidid (DUN Bertam).
Mohd. Bakhtiar berada dalam senarai 35 calon oposisi yang membuat petisyen peringkat Parlimen di mahkamah.
Manakala, Abdul Halim adalah antara calon Pakatan Rakyat yang membuat petisyen peringkat DUN, iaitu pada 12 Jun lepas.

Pihak berkuasa Arab Saudi kurangkan jemaah haji luar 20%
Posted on Monday, June 17 @ 16:43:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: setisab

"KaabahJEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengumumkan jumlah jemaah haji dari luar negeri akan dikurangkan sebanyak 20 peratus sementara jemaah tempatan pula 50 peratus tahun ini.

Pada masa yang sama, ia turut menggesa para jemaah menangguhkan niat mereka ke tanah suci tahun ini bagi mengelakkan kesesakan dan kejadian rempuhan ekoran kerja-kerja peluasan kawasan tawaf yang sedang dijalankan di Masjidil Haram.

Akhbar Arab News semalam melaporkan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyokong gesaan itu kerana ia dibuat demi kepentingan jemaah.

"Dengan membuat pengumuman ini, kerajaan kita bukan menghalang sesiapa pun daripada menunaikan haji tetapi meminta mereka menangguhkan ibadah itu bagi mengelakkan kesesakan dan membantu jemaah yang datang buat pertama kali, melaksanakan ibadah mereka tanpa sebarang kesukaran," kata anggota Jawatankuasa Haji dan Umrah bagi Dewan Perniagaan dan Perusahaan Makkah, Encik Saeed Al-Qurashi,

Menurut beliau, buat masa ini, kawasan tawaf hanya boleh menampung 39,000 jemaah bagi setiap satu jam.

"Sebaik saja kerja peluasan kawasan tawaf selesai, ia dapat menampung lebih 130,000 jemaah sejam. Jadi, adalah lebih baik bagi para saudara kita menunaikan haji tahun depan atau selepas dua tahun apabila mereka dapat menjalankan ibadah dengan lebih mudah," kata Encik Al-Quraishi.

Timbalan Menteri Haji, Encik Hatem Qadi, turut menekankan peri pentingnya langkah mengurangkan jumlah jemaah haji dari luar dan dalam negeri pada tahun ini.

"Tempoh kita kurangkan bilangan jemaah tidak akan melebihi dua tahun," jelas beliau.

Sementara itu, pegawai konsul India bagi urusan haji, Encik Mohammed Noor Rahman Sheikh, berkata negerinya merancang menghantar lebih 170,000 jemaah haji tahun ini dan telah mengemukakan rayuan agar kuotanya tidak dikurangkan kerana persiapan kini di peringkat akhir.

Rabu lalu, kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah turut memotong kuota jemaah haji Indonesia sekitar seramai 42,000 orang.

Kuota haji Indonesia sebelum ini ialah 211,000 jemaah.

Pemerintah Indonesia bagaimanapun telah mengemukakan surat rayuan kepada Arab Saudi menyatakan kekecewaan dan keinginan agar pengurangan dibatalkan, lapor laman berita Tempo.

Anda Perlu Baca:

Perhatian Bakal Haji: Penemuan virus baru seakan-akan Sars
Dua gadis Arab ini (gambar) tarik perhatian dunia
Wanita Saudi jadi pelacur di Dubai"

 Pasar Malam atau Pasar Maghrib?
Posted on Monday, June 17 @ 16:29:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: rozmal

"Tak pasti macamana keadaan pasar malam di negeri lain pada waktu Maghrib. Tapi tinjauan saya di N.Sembilan antaranya di pasar malam Rembau sebelah Masjid Jamek Rembau, pasar malam Senawang di Taman Kobena serta Taman Senawang Jaya mendapati suasana pasar malam ini amat meriah sekali apabila hampir masuk waktu dan sewaktu azan Maghrib dilaungkan. Sedangkan majoriti peniaga dan pengunjung pasar malam ialah orang Melayu beragama Islam.

Marilah kita doakan agar semua peniaga pasar malam seluruh Malaysia selepas ini akan tutup sementara perniagaan mereka pada waktu Maghrib manakala semua pengunjung yang beragama Islam tidak mengunjungi pasar malam pada waktu Maghrib walaupun tiada arahan melakukan sedemikian dari pihak berkuasa.

Semoga rezeki peniaga dan pembeli lebih berkat dan diredai Allah !

BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut. Yang Dipertua Majlis Daerah Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.

LARANGAN BERNIAGA PASAR MALAM WAKTU MAGHRIB

Arahan telah dikeluarkan kepada semua peniaga Pasar Malam dalam Kawasan Majlis Daerah Jeli supaya mematikan lampu dan memberhentikan perniagaan 5 minit sebelum masuk waktu Solat Maghrib dan 5 minit selepas.

PASAR MALAM TUTUP 20 MINIT, HORMATI WAKTU MAGHRIB


24 Sep 2012 - BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit! Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula. Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan