Posted on Saturday, June 22 @ 19:02:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: anaabdullah
"Apakah yang boleh kita kata apabila Datuk Seri Ahmad Said isytihar Terengganu tidak akan hantar pelajar negeri kaya rakyat miskin ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir.
Kebanyakan rakyat Terengganu merasa hairan dengan isytihar menteri besar yang dilantik penggal kedua untuk menerajui Terengganu yang menang PRU 13 dengan nisbah 15-17 itu.
Penulis tak hairan pun, kerana sesiapa pun yang tak berminat dengan dunia pendidikan Islam akan bertindak demikian, miskipun mereka mengaku beragama Islam.
Macam juga ibubapa yang tidak berminat dengan pendidikan Islam. Mana mungkin mereka akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah agama.
Bukan setakat itu sahaja, malah ada antara mereka berkata, belajar dibidang pendidikan Islam tiada nilai ekonomi, termasuk ada yang telah berkata, keluar nanti nak kerja apa.
Sehubungan dengan itu, ramai juga ibubapa yang tak akan menghantar anak anak mereka belajar di sekolah sekolah menengah Inggeris,kerana takut dan bimbang anak yang lulus nanti jadi macam orang kafir.
Memang ada kebenaranya, kerana kebanyakan pelajar yang belajar disekolah menengah Inggeris yang ditaja pihak kerajaan melanjutkan pelajar keluar Negara ikut macam kafir dan jadi macam kafir.Tak solat lima waktu sehari semalam. Arak dijadikan minuman biasa.Demikian juga zina.
Oleh itu, Turki yang di terajui Mustafa Kamal Ata Turk mengharamkan rakyatnya melanjutkan pelajaran ke university Al Azhar.Bukan itu sahaja malah telah mengharamkan puasa keatas rakyat jelatanya.
Tak kisahlah, kerana Mustafa Kamal Ata Turk adalah seorang pemimpin berketurunan yakjuj makjuj dan layak digelar yakjuj makjuj moden.
Akan tetapi ini, MB Terengganu yang masih beragama Islam juga telah isytihar tak akan hantar pelajar negeri ini melanjutkan pelajar ke university Al Azhar.
Mustahil nak ikut tindakan orang orang yakjuj makjuj yang memang bertujuan untuk merosak dan melakukan bencana diatas muka bumi Allah ini."
Syaikh Al-Qaradhawi Kritik Hizbullah dan Menolak Rencana Penggulingan Mursi
Posted on Saturday, June 22 @ 18:15:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: kamal_hasan
"Syaikh Yusuf Qaradhawi menolak tuntutan Damsyikke PBB terhadapnya kerana telah menyeru Jihad ke Syria. Syaikh mengatakan itu adalah haknya setelah dirinya menyaksikan pembunuhan, rogol meluas yang mensasarkan kalangan Sunni di Syria. Selain itu Syaikh juga menganggap seruan untuk menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada tarikh 30 June depan adalah "Haram", dan menyatakan bahawa Mursi adalah Pemimpin yang Muslim dan bertanya-tanya "apakah Mursi seorang fasik?"
Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di ibu negara Qatar, Doha,
menyampaikan bahawa ia berdiri sejak awal bersama rakyat Syria
sebagaimana berdiri bersama negara negara Arab. Ia menambahkan,
"Perbezaan besar antara tentera Rejim dan tentera Pembangkang adalah
tentera pembangkang hanya memiliki senjata ringan, dan terkadang mereka
kekurangan peluru sedangkan mereka harus menghadapi tentera Rejim yang
mempunyai pesawat pejuang dan peluru berpandu yang dibekalkan dari
Rusia dan Iran, yang mereka juga menghantar tentera, wang, dan Senjata
dan terakhir mereka menghantar "Hizbullah".
Kemudian Syaikh mengkritik keras Hizbullah dengan mengatakan bahawa
Hizbullah, "tidak ada hubungan dengan Allah, dan Ia adalah Hizbut
THOGUT dan Hizbusyaitan," kemudian menambah, "mereka tidak menganggap
rakyat Syria sebagai saudara, dan mereka bukanlah pengikut Allah
melainkan pengikut Husein. Mereka tidak berseru: "wahai Allah" namun
"wahai Husein". Namun Husein dahulu menentang kezaliman sedangkan
kalian bersama kezaliman maka Husein telah berlepas diri dari kalian. "
Setelah menjelaskan permasalahan Syria di khutbah keduanya Syaikh
Al-Qaradhawi menyinggung situasi Mesir khususnya isu penggulingan pada
tarikh 30 June akan datang, Syaikh berkata, Presiden Mursi telah
dipilih secara sah melalui Pilihanraya, dan Ia adalah orang yang selalu
berpuasa, bangun malam dan Takut akan Allah ... . dan ia dari awal
pemerintahannya bekerja dengan sebaik perkhidmatan. '
Syaikh memperingatkan akan kemasukan beberapa penyokong Rejim Mubarak
dalam rancangan ini, Syaikh mengatakan, "tidak dibenarkan bagi siapapun
untuk menyokong rancangan penggulingan ini."
Pada akhir khutbahnya Al-Qaradhawi mengatakan, "ini (Mursi) adalah
pemimpin kita dan kita harus mentaatinya, tidak boleh menentangnya dan
menuntut perubahan sebelum masa kepemimpinannya berakhir, dan saya
mengatakan HARAM atas kalian menyeru kepada semua orang untuk ikut
dalam" fitnah "ini dan untuk ikut dalam rancangan penggulingan Muhammad
Mursi. "
Lain2 artikel menarik
Penganjur Black505 berhadapan tindakan tegas
"Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut seperti mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita akan mengambil tindakan-tindakan susulan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Veteran 9 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini hari ini.
Ditanya jumlah kehadiran orang ramai yang dikatakan kurang berbanding sasaran Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri perkara itu.
"Kita melihat dari sudut keselamatan, kita dapat uruskan secara berkesan dan masyarakat boleh menilai tentang perhimpunan yang berlaku di Padang Merbok," katanya.
Pakatan Rakyat tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok meskipun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kebenaran untuk mereka menggunakan di lokasi itu. - Bernama
Black505 tamat, khemah tetap berdiri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari. "Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul dan sekarang berada dalam van DBKL," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun tidak diketahui tahap kecederaan yang dialami dua anggota penguatkuasa itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan hari ini setelah pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan.
Perhimpunan di Padang Merbok berakhir kira-kira jam 6 petang tadi. Namun apabila peserta lain bersurai, kira-kira 30 buah khemah telah didirikan di atas padang tersebut.
Dipetik Malaysiakini, Jurucakap Solidariti Mahasisiwa Malaysia (SMM) Ehsan Bukharee berkata, mereka menjangkakan seramai 100 orang yang akan berkhemah pada hari ini.
Kualiti udara Muar sangat berbahaya
Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi), 360 (10 pagi) dan 373 (pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari).
"Keadaan jerebu di Muar semakin buruk hari ini. Bagi mencegah dan memastikan kesan jerebu dapat dikurangkan, Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) akan merangka pelan tindakan dan melakukan pemantauan melibatkan lapan agensi kerajaan di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
Abdul Rahman yang juga Pegawai Daerah Muar, berkata agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Muar (MPM), pejabat tanah, polis, pejabat pendidikan daerah, bomba, pejabat kesihatan, pejabat pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Beliau berkata MPM akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka termasuk tapak pelupusan, pembuangan sampah, tapak pembinaan, tepi jalan dan taman-taman perumahan sebelum memaklumkan kepada bomba untuk tujuan pemadaman.
Katanya pejabat tanah pula akan mengarahkan kuari dan lombong untuk menghadkan aktiviti bagi mengurangkan kesan jerebu manakala polis meronda bagi memantau kegiatan pembakaran terbuka.
"Pejabat Pendidikan Daerah pula memberi nasihat mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah apabila sekolah dibuka semula selain mengenal pasti sekolah- sekolah yang perlu dibekal dengan penutup hidung dan mulut," katanya.
Menurutnya bomba juga akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka serta menghantar laporan setiap dua jam jika berlaku pembakaran terbuka manakala pejabat kesihatan daerah perlu menasihati orang ramai mengenai langkah penjagaan kesihatan.
Pejabat pertanian daerah akan memantau kawasan pertanian bagi mencegah petani atau pekebun melakukan pembakaran terbuka manakala JPJ memantau kenderaan yang mengeluarkan asap hitam.
Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Alam Sekitar ketika dihubungi berkata bacaan IPU di Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama tidak banyak berubah setakat pukul 4 petang.
Jurucakap itu berkata IPU di Pasir Gudang mencatatkan bacaan 190, Kota Tinggi (192) manakala Larkin Lama (170), yang kesemuanya pada paras tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata keputusan untuk membuka semula sekolah pada Isnin ini di beberapa daerah yang ditutup berikutan masalah jerebu akan diketahui esok.
Beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk memantau keadaan petang esok sebelum menentukan sama ada sesi persekolahan dapat dijalankan.
"Jabatan Pendidikan Johor akan menggunakan budi bicara mereka dalam membuat keputusan terbaik dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara dalam menjamin keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Kenali Asean 2013, di sini, hari ini.
Sebanyak 211 sekolah di Muar dan Pasir Gudang mula ditutup sejak dua hari lepas ekoran peningkatan bacaan IPU, diikuti sekolah-sekolah di Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang, semalam. - Bernama
Jerebu: Singapura perlu tanggungjawab juga
JAKARTA - Singapura yang mengeluh terhadap isu jerebu yang melanda
negara itu ekoran kebakaran di Indonesia disifatkan perlu turut
bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Menurut Kepala Unit Kerja Presiden Bidang Pengawasan dan Pengendalian Pembangunan, Juntoro Mangkusbroto, 80 peratus daripada kebakaran hutan di Riau itu berlaku di kawasan kebun dan pertanian yang dimiliki sejumlah syarikat termasuk dari Singapura.
“Beberapa syarikat ini mempunyai pejabat di Singapura. Jadi, kebakaran ini perlu diselesaikan dengan baik (oleh kedua negara),” katanya.
Kuntoro juga berkata, kejadian ini bukan saja merugikan Singapura, malah syarikat dari Singapura juga harus bertanggungjawab terhadap masyarakat sekitar Riau dan Sumatera.
“Perlu kita cari tahu siapa pemilik syarikat-syarikat itu kerana mereka yang bertanggungjawab. Jadi, jangan cepat-cepat menyalahkan rakyat biasa,” katanya dipetik dari Vivanews.
Beliau mengkritik sikap beberapa pihak yang terburu-buru menyalahkan penduduk tempatan di sana berhubung kejadian kebakaran yang mengakibatkan masalah jerebu di negara itu, Singapura dan Malaysia.
Singapura yang menerima langsung kesan daripada kebakaran itu telah menghantar protes secara rasmi kepada Indonesia.
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kini ditahan di Balai Polis Ampang dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
Perkara itu disahkan beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya.
Beliau sebelum itu menerusi SMS kepada wakil media termasuk Sinar Harian Online memaklumkan beliau kini ditahan di balai polis berkenaan.
Penahanan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya yang disiarkan lidah rasmi Pas meminta orang ramai menyertai himpunan Black505 di Padang Merbok hari ini.
Antara yang diungkap Husam dalam laporan itu ialah : "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, Insya- ALLAH ia adalah syahid fi sabillah.
"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini".
Polis mengesahkan penahanan Husam mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataan mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.
Perkara itu disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) hari ini.
Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.
Husam di dalam laman Twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan mengesahkan penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.
KUALA SELANGOR - "Apa lagi PR mahu?," demikian ujar bekas Ketua
Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang pada Wacana Sinar Siri ke-21
yang berjudul Media Arus Perdana: Apa nasib Pakatan Rakyat?
Menurutnya, PR telah mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Facebook, Twitter, blog dan sebagainya yang menjadi medium utama untuk menyebarkan maklumat.
Beliau berkata, media sosial memiliki ruang yang luas dan jumlah pengikut lebih ramai.
Platform tersebut katanya turut memberi keuntungan kepada PR berbanding penggunaan media arus perdana.
"Tidak perlu gusar dengan media arus perdana. Jika media arus perdana tidak memberikan ruang atau peluang sewajarnya kepada PR, ia bukan perkara yang patut dibimbangkan.
"Ia tidak memberikan apa-apa kerugian kepada PR, melainkan jika media itu berat sebelah barulah PR yang akan bermasalah. Media sosial tidak melibatkan pengedaran dan sokongan, jadi mereka sendiri akan tutup," katanya.
Tambahnya, media alternatif memilih untuk melaporkan berita pembangkang kerana nilai beritanya yang tinggi berbanding kerajaan BN sekaligus membentuk persepsi rakyat bahawa portal berita tersebut menyebelahi PR.
Sementara itu, Azman berkata, penyebaran maklumat yang dilaporkan portal berita tidak semestinya tepat berbanding akhbar.
"Mereka (media) akan ada persepsi PR ada nilai berita yang lebih tinggi sehinggakan rakyat menyatakan apa yang disiarkan portal berita alternatif menjadi sahih manakala media arus perdana tidak sahih.
"Media ini juga bukannya tidak melakukan kesilapan," katanya lagi.
Menurut Kepala Unit Kerja Presiden Bidang Pengawasan dan Pengendalian Pembangunan, Juntoro Mangkusbroto, 80 peratus daripada kebakaran hutan di Riau itu berlaku di kawasan kebun dan pertanian yang dimiliki sejumlah syarikat termasuk dari Singapura.
“Beberapa syarikat ini mempunyai pejabat di Singapura. Jadi, kebakaran ini perlu diselesaikan dengan baik (oleh kedua negara),” katanya.
Kuntoro juga berkata, kejadian ini bukan saja merugikan Singapura, malah syarikat dari Singapura juga harus bertanggungjawab terhadap masyarakat sekitar Riau dan Sumatera.
“Perlu kita cari tahu siapa pemilik syarikat-syarikat itu kerana mereka yang bertanggungjawab. Jadi, jangan cepat-cepat menyalahkan rakyat biasa,” katanya dipetik dari Vivanews.
Beliau mengkritik sikap beberapa pihak yang terburu-buru menyalahkan penduduk tempatan di sana berhubung kejadian kebakaran yang mengakibatkan masalah jerebu di negara itu, Singapura dan Malaysia.
Singapura yang menerima langsung kesan daripada kebakaran itu telah menghantar protes secara rasmi kepada Indonesia.
Bukit Aman kendali kes Husam
Perkara itu disahkan beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya.
Beliau sebelum itu menerusi SMS kepada wakil media termasuk Sinar Harian Online memaklumkan beliau kini ditahan di balai polis berkenaan.
Penahanan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya yang disiarkan lidah rasmi Pas meminta orang ramai menyertai himpunan Black505 di Padang Merbok hari ini.
Antara yang diungkap Husam dalam laporan itu ialah : "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, Insya- ALLAH ia adalah syahid fi sabillah.
"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini".
Polis mengesahkan penahanan Husam mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berkaitan kenyataan mengenai 'mati syahid' di Kelantan baru-baru ini.
Perkara itu disiarkan di laman Facebook PDRM (Polis Diraja Malaysia) hari ini.
Kenyataan itu berkata Husam ditahan pada 4 petang ini di Kampung Pandan, Ampang, Selangor.
Husam di dalam laman Twitternya sebelum ini memaklumkan beliau ditahan di Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.
"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan mengesahkan penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.
Wacana: Apa lagi PR mahu?
Menurutnya, PR telah mendapat liputan meluas di media sosial termasuk Facebook, Twitter, blog dan sebagainya yang menjadi medium utama untuk menyebarkan maklumat.
Beliau berkata, media sosial memiliki ruang yang luas dan jumlah pengikut lebih ramai.
Platform tersebut katanya turut memberi keuntungan kepada PR berbanding penggunaan media arus perdana.
"Tidak perlu gusar dengan media arus perdana. Jika media arus perdana tidak memberikan ruang atau peluang sewajarnya kepada PR, ia bukan perkara yang patut dibimbangkan.
"Ia tidak memberikan apa-apa kerugian kepada PR, melainkan jika media itu berat sebelah barulah PR yang akan bermasalah. Media sosial tidak melibatkan pengedaran dan sokongan, jadi mereka sendiri akan tutup," katanya.
Tambahnya, media alternatif memilih untuk melaporkan berita pembangkang kerana nilai beritanya yang tinggi berbanding kerajaan BN sekaligus membentuk persepsi rakyat bahawa portal berita tersebut menyebelahi PR.
Sementara itu, Azman berkata, penyebaran maklumat yang dilaporkan portal berita tidak semestinya tepat berbanding akhbar.
"Mereka (media) akan ada persepsi PR ada nilai berita yang lebih tinggi sehinggakan rakyat menyatakan apa yang disiarkan portal berita alternatif menjadi sahih manakala media arus perdana tidak sahih.
"Media ini juga bukannya tidak melakukan kesilapan," katanya lagi.
Dalam pada itu, wacana tersebut turut menampilkan Penasihat Editorial
Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali dan Setiausaha Politik Menteri Besar
Selangor, Faekah Husin.
Program kali ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut bagi
Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dan mendapat
kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan De Palma Hotel
Kuala Selangor.
MANTIN – Seorang wanita warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Negeri
Sembilan ketika pihak penguatkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen
di Pangsapuri Seri Jasmin dekat sini, tengah malam kelmarin, kerana
disyaki melindungi teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang juga
bersabit kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.
Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menyerbu masuk ke dalam sebuah apartmen di pangsapuri berkenaan yang didiami wanita berusia 26 tahun berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.
Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan sah dan lelaki itu juga didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.
“Wanita berkenaan turut mengaku lelaki warga Nigeria terbabit adalah teman lelakinya dan mereka telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu. Wanita itu juga mengetahui teman lelakinya itu tinggal lebih masa di negara ini.
“Justeru kita menahan wanita berasal dari Selangor itu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(a)(d) Akta Imigresen kerana disyaki melindungi mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta yang sama,” katanya.
Menurut Faizal, kes wanita itu akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selepas keterangannya diambil oleh pihak Imigresen.
Sementara itu, dalam serbuan yang sama, seorang lelaki berusia 30-an telah bertindak nekad apabila terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan tetapi berjaya ditahan pihak penguatkuasa.
“Lelaki berkenaan merupakan antara 12 lagi warga Nigeria yang ditahan termasuk seorang wanita di unit berlainan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
“Akibat tindakan nekad lelaki itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Kita mendapati, lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.
Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd. Azlee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 malam daripada rakan mangsa yang datang ke rumahnya sebelum menemukan mayat lelaki itu.
“Mangsa dikenali sebagai Jefrri Musa berumur 25 tahun dan bekerja sebagai jurujual sementara di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
“Dua rakannya datang ke rumah selepas mendapati dia tidak hadir ke tempat kerja selama dua hari selain tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pintu jeriji rumah mangsa berkunci namun pintu kayu sedikit terbuka. Rakan mangsa kemudian mendapatkan ibu saudara lelaki berkenaan yang tinggal bersebelahan untuk membuka pintu menggunakan kunci pendua.
“Mangsa yang tinggal berseorangan di rumah milik arwah bapanya itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel memakai baju tidur dengan mengenakan rambut palsu berwarna perang.
“Semasa dijumpai, televisyen dan kipas angin masih terpasang namun telefon bimbit serta dompet mangsa tiada,” katanya.
Tambah Mohd. Azlee, kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Utusan
KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi
semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin meninggal
dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), hari ini.
Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser.
Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas.
Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.
Mahani, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.
Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD)
SEGAMAT - Seorang pesara tentera kerugian hampir RM2,000 selain patah
tangan kiri apabila seluarnya yang mengandungi dompet dan maklumat
pengenalan diri dilarikan pencuri, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun dan berasal dari Kluang itu, dipercayai singgah di Masjid Jamek Segamat, di sini, untuk menunaikan solat Tahajud selepas berjumpa seorang saudaranya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa yang meletakkan keretanya di belakang masjid didatangi suspek di tempat wuduk.
Menurutnya, mangsa menanggalkan seluar dan memakai tuala terus berjalan ke tempat wuduk.
“Tiba-tiba, mangsa terasa belakang badannya basah seperti disimbah air. Mangsa menoleh dan nampak suspek iaitu seorang lelaki.
“Suspek bertindak menyoal mangsa sebelum menyambar seluar panjang mangsa yang disangkut pada pintu pagar berhampiran tempat mengambil wuduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Kamil berkata, tergamam melihat seluarnya dilarikan, mangsa nekad mengejar suspek dengan hanya bertuala.
Menurutnya, mangsa sempat menarik belakang motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek bagi mengelakkan lelaki terbabit lari.
Bagaimanapun, mangsa dipukul di kepala menggunakan topi keledar selain berlaku pergelutan sebelum suspek mengacukan pisau dan menolak mangsa menyebabkan tangan kirinya patah.
“Mangsa kehilangan wang tunai RM1,500, kad pengenalan, kunci kereta, kad pesara tentera dan beberapa dokumen lain. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan dibantu penduduk sekitar masjid.
“Suspek sedang diburu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 kanun keseksaan kerana samun menggunakan senjata,” katanya
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang
tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa,
Kelantan.
Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.
Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.
Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.
Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.
Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.
Bagi Omak Kau ini adalah di antara rakaman gambar yang dianggap terbaik sepanjang Himpunan Black 505 Padang Merbok hari ini.
Kalau diikutkan sungguh banyak tetapi ini saja yang boleh dimuat naik sebagai kenangan yang cukup manis dan berharga atas keberanian rakyat berhimpun untuk menyuarakan hak dan bantah cara SPR mengendalikan PRU 13 yang lalu.
Mungkin selepas ini nak tunggu lagi satu himpunan aman mega tarikhnya belum tentu lagi.
Momentum kebangkitan rakyat harus sentiasa dihidupkan agar sentiasa berdenyut dan bernafas.
Ribuan tahniah kepada para pengajur dan jutaan terima kasih kepada PDRM dan DBKL atas kerjasama dihulurkan.
Tak lupa juga tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada semua peserta, penyokong dan pendukung himpunan aman Black 505 ini atas sikap berdigin kepala dan sentiasa berlapang dada serta berdisiplin sepanjang himpunan.
Sorok teman lelaki warga Nigeria ditahan
Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menyerbu masuk ke dalam sebuah apartmen di pangsapuri berkenaan yang didiami wanita berusia 26 tahun berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.
Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan sah dan lelaki itu juga didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.
“Wanita berkenaan turut mengaku lelaki warga Nigeria terbabit adalah teman lelakinya dan mereka telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu. Wanita itu juga mengetahui teman lelakinya itu tinggal lebih masa di negara ini.
“Justeru kita menahan wanita berasal dari Selangor itu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(a)(d) Akta Imigresen kerana disyaki melindungi mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta yang sama,” katanya.
Menurut Faizal, kes wanita itu akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selepas keterangannya diambil oleh pihak Imigresen.
Sementara itu, dalam serbuan yang sama, seorang lelaki berusia 30-an telah bertindak nekad apabila terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan tetapi berjaya ditahan pihak penguatkuasa.
“Lelaki berkenaan merupakan antara 12 lagi warga Nigeria yang ditahan termasuk seorang wanita di unit berlainan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
“Akibat tindakan nekad lelaki itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Kita mendapati, lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.
Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen.
Gempar, Pondan Separuh Bogel Mati Dijerut Tali Pinggang
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berperwatakan wanita dijumpai mati tertiarap di atas tilam rumahnya dalam keadaan leher dijerut dengan menggunakan tali pinggang di sebuah pangsapuri di Lorong Jugra, Jalan Klang Lama di sini malam tadi.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd. Azlee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 malam daripada rakan mangsa yang datang ke rumahnya sebelum menemukan mayat lelaki itu.
“Mangsa dikenali sebagai Jefrri Musa berumur 25 tahun dan bekerja sebagai jurujual sementara di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
“Dua rakannya datang ke rumah selepas mendapati dia tidak hadir ke tempat kerja selama dua hari selain tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pintu jeriji rumah mangsa berkunci namun pintu kayu sedikit terbuka. Rakan mangsa kemudian mendapatkan ibu saudara lelaki berkenaan yang tinggal bersebelahan untuk membuka pintu menggunakan kunci pendua.
“Mangsa yang tinggal berseorangan di rumah milik arwah bapanya itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel memakai baju tidur dengan mengenakan rambut palsu berwarna perang.
“Semasa dijumpai, televisyen dan kipas angin masih terpasang namun telefon bimbit serta dompet mangsa tiada,” katanya.
Tambah Mohd. Azlee, kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Utusan
Pakar ekonomi Dr Mahani meninggal dunia...Al-Fatihah
Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser.
Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas.
Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.
Mahani, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.
Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.
Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD)
Nekad bertuala kejar pencuri
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun dan berasal dari Kluang itu, dipercayai singgah di Masjid Jamek Segamat, di sini, untuk menunaikan solat Tahajud selepas berjumpa seorang saudaranya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa yang meletakkan keretanya di belakang masjid didatangi suspek di tempat wuduk.
Menurutnya, mangsa menanggalkan seluar dan memakai tuala terus berjalan ke tempat wuduk.
“Tiba-tiba, mangsa terasa belakang badannya basah seperti disimbah air. Mangsa menoleh dan nampak suspek iaitu seorang lelaki.
“Suspek bertindak menyoal mangsa sebelum menyambar seluar panjang mangsa yang disangkut pada pintu pagar berhampiran tempat mengambil wuduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Kamil berkata, tergamam melihat seluarnya dilarikan, mangsa nekad mengejar suspek dengan hanya bertuala.
Menurutnya, mangsa sempat menarik belakang motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek bagi mengelakkan lelaki terbabit lari.
Bagaimanapun, mangsa dipukul di kepala menggunakan topi keledar selain berlaku pergelutan sebelum suspek mengacukan pisau dan menolak mangsa menyebabkan tangan kirinya patah.
“Mangsa kehilangan wang tunai RM1,500, kad pengenalan, kunci kereta, kad pesara tentera dan beberapa dokumen lain. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan dibantu penduduk sekitar masjid.
“Suspek sedang diburu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 kanun keseksaan kerana samun menggunakan senjata,” katanya
Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa
Harakahdaily, | 22 Jun 2013 |
Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.
Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.
Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.
Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai ‘syahid fi sabilillah’ berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.
Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.
Amaluddin Yusof shared Rohani Binti Abdul Hamid's photo.
Nisa Tanah Merah and Demang Lebar Daun shared Harakahdaily's photo.
Koleksi gambar terbaik Black 505 di Padang Merbok
http://omakkau.blogspot.com, | 22 Jun 2013 |
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR YANG DIANGGAP TERBAIK SEPANJANG HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK 22HB JUN 2013.
Bagi Omak Kau ini adalah di antara rakaman gambar yang dianggap terbaik sepanjang Himpunan Black 505 Padang Merbok hari ini.
Kalau diikutkan sungguh banyak tetapi ini saja yang boleh dimuat naik sebagai kenangan yang cukup manis dan berharga atas keberanian rakyat berhimpun untuk menyuarakan hak dan bantah cara SPR mengendalikan PRU 13 yang lalu.
Mungkin selepas ini nak tunggu lagi satu himpunan aman mega tarikhnya belum tentu lagi.
Momentum kebangkitan rakyat harus sentiasa dihidupkan agar sentiasa berdenyut dan bernafas.
Ribuan tahniah kepada para pengajur dan jutaan terima kasih kepada PDRM dan DBKL atas kerjasama dihulurkan.
Tak lupa juga tahniah dan setinggi-tinggi syabas kepada semua peserta, penyokong dan pendukung himpunan aman Black 505 ini atas sikap berdigin kepala dan sentiasa berlapang dada serta berdisiplin sepanjang himpunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan