Rabu, 26 Jun 2013

ALHAMDULLILLAH JEREBU MULA BERKURANGAN

ADUN Kuala Besut meninggal dunia
11:20AM Jun 26 2013  
Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan Bernama menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini akibat kanser paru-paru di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.
azlan
Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman yang mengesahkan perkara itu.
"Pagi ini keadaannya semakin kritikal sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan disahkan meninggal pukul 10.18 pagi ini di HSNZ," katanya Anwa seperti dipetik Bernama.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri Terengganu itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Jenazah dijangka  dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Teluk Bayu Kuala Besut selepas solat Zohor hari ini, lapor agensi berkenaan.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri daripada lebih 17,000 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila berjaya meraih 17 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan.
Speaker tolak usul tergempar bahas krisis jerebu
 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan oleh BN dan Pakatan Rakyat untuk membahaskan krisis jerebu.
Pandikar Amin menolak usul yang masing-masing dikemukakan oleh MP Kulai Teo Nie Ching dan MP Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong.

Beliau meminta MP berkenaan membangkitkan isu tersebut semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua usul berkenaan dibangkitkan mengikut Peraturan Tetap 18 (1), yang memberi ruang untuk membahaskan usul tergempar yang melibatkan kepentingan awam.
Keputusan 2013 buktikan Johor sudah dirobek
 
WAWANCARA Keputusan terkini pilihan raya di Johor membuktikan bahawa negeri di Selatan semenanjung itu bukan lagi kubu kuat Umno, kata anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong, yang juga ahli strategi politik DAP.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan merobek Johor, antaranya dengan membariskan tokoh-tokoh mapan mereka seperti pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Teo Nie Ching (sekarang anggota Parlimen Kulai) dan Liew sendiri.

NONEMereka berjaya menang di lima daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

"Kami harap untuk menang antara 10 hingga 15 kerusi Parlimen. Tetapi kami selalu sebut, paling minimum kami akan dapat lima kerusi.

Kami menang lima, tetapi PKR tewas banyak kerusi dengan perbezaan kecil - Pasir Gudang, Muar, Ledang, Segamat dan Tebrau. DAP juga tewas tipis di Labis," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Majoriti untuk BN di enam kerusi itu antara 353 dan 1,967 undi.
Keluarga Kugan menang saman terhadap k'jaan
 
Keluarga mendiang A Kugan – tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden.
 
EAIC jawapan pada cadangan RCI, kata menteri
 
Pembentukan Suruhanjaya Penguatkuasaan Agensi Kerajaan pada 2009 merupakan jawapan kepada cadangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 3005 untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid memberitahu Parlimen hari ini, IPCMC tidak dibentuk kerana ia kontradik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, EAIC mempunyai skop yang lebih besar dan mencakupi kesemua agensi kerajaan, katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Singapura dilanda hujan batu
 
Penduduk di Jurong di Singapura semalam mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini petang ini.

Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.

"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di Singapura.

Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.

Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.

Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.

Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.

Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.

Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100.

-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan