Sabtu, 27 April 2013

SEKARANG SAPE YANG TAKUT....DAN SAPE YANG RASA BERSALAH....MANA KITA BOLEH LARI DARI HUKUMAN ALLAH SWT

Putrajaya berprestij, Husam cocok sebagai wakil

Harakahdaily, 27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Pertembungan di antara Husam Musa dan Tengku Adnan di kawasan Parlimen Putrajaya dalam PRU13 ini amat menarik bagi penulis Aspan Alias untuk membuahkan sedikit komen.

“Awal-awal bicara saya ini, saya terus terang berkata kalaulah benar-benar pengundi di Putrajaya mahukan seorang wakil yang betul-betul mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang wakil yang betul, maka Husamlah orangnya.

“Jika kita mahukan seorang yang 'colorful' dengan berbagai-bagai isu, maka Tengku Adnanlah yang betul,” tulis beliau di dalam blognya, baru-baru ini.

Menurutnya, Husam seorang Naib Presiden PAS dan tidak mempunyai apa-apa warna yang menjadikan beliau seorang yang boleh dipersoalkan.

Berbeza dengan Tengku Adnan, ujarnya Husam tidak mempunyai isu atau salah laku korporat yang menjejaskan imej sebagai seorang ahli Dewan Legislatif bagi kawasan yang berprestij seperti Putrajaya itu.

Justeru, menurutnya jika kita benar-benar memilih mengikut markah keperibadian, Husam sememangnya jauh lebih bersesuaian untuk mewakili rakyat Putrajaya.

“Segala-gala yang ada pada Husam itu semuanya ‘natural’ dan tidak ditempelkan dengan imej-imej palsu seperti yang ada kepada Tengku Adnan,” ujarnya lagi.

Ulasan beliau seterusnya seperti di bawah.

Hanya satu yang lebihnya Tengku Adnan dari Husam, iaitu Tengku Adnan banyak wang ringgitnya. Tengku Adnan mempunyai banyak bisnes yang besar-besar dan semua bisnes beliau itu adalah dari kedudukan beliau dalam Umno selama ini sehinggalah jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung Umno.

Tengku Adnan berbuat bisnes dengan taikonya Vincent Tan. Kita boleh campurkan satu dengan satu atau dua dengan dua, kita tahu kenapa Vincent Tan begitu berpengaruh dalam kerajaan dan Umno itu sendiri.

Justeru, jika rakyat Putrajaya mahukan wakilnya seorang yang seperti Tengku Adnan ini maka Tengku Adnan lah patut dipilih. Tetapi di sebaliknya jika kita mahukan seorang wakil Legislatif yang berwibawa dengan keperibadian yang segar secocok dengan imej Putrajaya sebagai kawasan induk negara ini, maka Husam Musa lah orang yang paling tepat dan sesuai untuk mewakili pengundi di Putrajaya.

Dari segi kemanusiaannya Husam adalah seorang yang secara relatifnya jauh lebih lengkap dari lawannya itu.

Saya yang merupakan pengundi di Kuala Pilah tidak dapat memberikan undi kepada Husam.

Jika undi boleh dikirim seperti kita mengirim undi dalam rancangan Akademi Fantasia, saya akan menghantar undi kepada Husam Musa sebanyak yang mungkin kerana sokongan terhadap Husam tidak boleh diabaikan jika kita mahukan perubahan.

Husam perlu diberikan sokongan sama ada dengan kerja tubuh seperti berkempen dan merayu undi atau usaha yang lebih mulia iaitu untuk bermohon terus ke hadrat Allah SWT.

Pengundi-pengundi Putrajaya wajar menjolok rahmat dari Allah SWT agar Putrajaya mendapat seorang wakil yang berprestij imejnya dan jernih wajahnya.

Saya berdoa agar Husam sentiasa berada di dalam keredhaan Tuhan Maha Esa.

100 ahli Umno sambut TGNA di Putrajaya

http://wasukalu.blogspot.com, 27 Apr 2013

100 ahli umno sambut TGNA di Putrajaya dengan borang keahlian PAS


Seratus orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di Precint 3 Putrajaya malam tadi.

Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana.

Husam 'the perfect stranger' berjaya menawan sekurang-kurangnya  70% warga Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam.

Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

saksikan video menarik hari ini

video - ceramah Husam dan TGNA di Putrajaya 26.4.2013


Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.




DI bawah pula adalah suasana ceramah Pakatan Rakyat yang menampilkan TGNA bersama Husam Musa di Putrajaya malam tadi.



Majlis ceramah malam tadi diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah. Ia bermula dengan baik, ia berakhir dengan baik. Subhanallah...Ampunilah dosa kami. Kurniakanlah kemenangan kepada kami

TV Thailand siar apa yang tak gamak TV3 siarkan!!

http://www.ekeleh.com, 26 Apr 2013
TVThai

Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.

Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.

Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.
PAS DUN Sg Limau mahu calon Bebas hilang deposit
 
PAS DUN Sungai Limau - yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak - mahu memastikan bekas ahli PAS yang bertanding atas tiket Bebas akan hilang wang deposit dalam pilihan raya DUN itu pada 5 Mei ini.

Seorang pemimpin Majlis Tindakan DUN (MTD) yang enggan namanya disebut, mendakwa bahawa calon Bebas - Abdullah Hashim - berbuat demikian bagi menimbulkan persepsi "perpecahan" dalam kawasan itu.

NONE"Dia (Abdullah) wajib hilang wang deposit. Orang kampung tahu peribadinya. Pengaruhnya tidak ada. Dia (bertanding) nak pecah undi PAS," katanya.

Pemimpin MTD itu berkata beliau difahamkan seorang lagi calon Bebas Sobri Ahmad yang sebelum ini ahli Umno.

"BN pula tarik sepupu Ustaz Azizan. Mereka nak main isu (dalam keluarga pun tak setuju). Tapi beliau dah jawab, air dicincang tak akan putus," tegas ahli jawatankuasa MTD Sungai Limau itu.

Ditemui di markas unit peti undi (UPU) di Ulu Sedaka bersama beberapa lagi rakannya semalam, pemimpin tempatan PAS itu berpendapat hasrat Abdullah bertanding calon Bebas bagi "menggambarkan situasi pepecahan" anggota PAS di kawasan itu.

"Hakikat sebenarnya ia (situasi itu) tidak berlaku. Kami tidak tergugat pun. Orang kenal peribadinya (Abdullah)," tambahnya sambil seorang lagi rakannya mendakwa Abdullah pernah menyertai Umno dan Semangat 46 sebelum menyertai PAS.

NONEMalah, dakwaan yang menyatakan Abdullah - yang dilapor dipecat Isnin lalu bersama tiga lagi wakilnya - mempunyai pengaruh, turut dinafikan oleh ahli jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) itu.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei ini, Azizan akan berdepan dalam persaingan empat penjuru dengan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali, dan dua calon Bebas itu.

Azizan mempertahankan kerusi DUN tersebut - sebelum ini dikenali sebagai DUN Sala - buat kali kelima berturut-turut sejak 1995. Pada 2008, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah menang dengan majoriti 3,212 undi.

Kali ini, DUN Sungai Limau mempunyai 27,343 pengundi yang terdiri 92.5 peratus Melayu, 7.4 peratus Cina dan 0.03 peratus India.

NONEDitanya mengenai peluang Azizan mempertahankan kubu kuat itu, pemimpin MTD itu berkata pihaknya yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN itu dengan unjuran majoriti kira-kira 5,000 undi.

Malah, pihaknya menjangka pertambahan sokongan di semua 16 UPU dalam DUN tersebut kali ini selepas mereka menang 15 UPU kecuali di UPU Dulang Kecil - yang sememangnya menjadi kubu kuat BN di situ.

Menurutnya, faktor sokongan pengundi Cina dan pengundi muda yang bermaklumat menambahkan lagi peluang kemenangan PAS di kerusi tersebut.

"Sebelum 2008, orang Cina tak boleh (beri sokongan). Sekarang, siap panggil kita buat ceramah di tempat dia lagi. Guna premis dia.

"Dulu tak mahu sembang politik, sekarang (mereka) sembang politik terang-terangan," kata pemimpin itu lagi
Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PM
NOOR AZURA SAHRIL
27 April 2013
Ulama tersohor iktiraf Anwar paling layak jadi PM
Nik Aziz bersama Nurul Izzah menunjukkan surat yang dikirim Yusuf al-Qaradawi.
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

Pelancaran itu  disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam.

Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

Menurut surat itu, ulama itu berkata, berdasarkan sejarah, kebijaksanaan, kesabaran, kecekalan dan sokongan rakyat pelbagai kaum, Anwar layak memimpin negara ini.

“Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” surat itu menyebut.

Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu.
Slogan 'Ubah' sekadar gimik pembangkang, dakwa Najib

27 April 2013
Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama
SARATOK, Sarawak -  Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan slogan 'ubah" yang dilaungkan pembangkang tidak lebih daripada sekadar gimik bagi meraih perhatian, menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengannya.
  
Perdana Menteri berkata di sebalik slogan yang kononnya mengandungi madu itu sebenarnya tersembunyi racun berbisa yang mana telah dirasai penduduk di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang ketika ini.
  
Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang.
  
"Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan dengan slogan ubah, tetapi hari ini keempat-empat negeri itu sarat dengan kekecewaan sebab kerajaan yang dipilih tidak dapat laksana apa yang dijanjikan.
  
"Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas
diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian di sini, hari ini.
  
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri.

Menjadikan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sebagai contoh, Perdana Menteri berkata kekecewaan ditanggung rakyat negeri itu perlu dijadikan iktibar penduduk, khususnya di Sarawak supaya tidak memberi peluang calon parti itu untuk dipilih menjadi pemimpin.
 
Najib yang juga Pengerusi BN berkata berbanding BN yang mempunyai perancangan dan peta jalan yang jelas ke mana negeri dan negara hendak dibawa, PKR yang
diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan ternyata gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang sentiasa mahukan perubahan.
   
"Saya tahu di sini ada calon PKR, tetapi kita kena ingat PKR tidak boleh membela masa depan masyarakat di sini. Percayalah, kalau mereka sudah gagal di Selangor, sudah pasti mereka juga akan gagal di Sarawak," katanya.
   
Beliau berkata rakyat perlu bijak membuat penilaian kerana pertembungan dalam pilihan raya tidak hanya boleh dilihat dari sudut individu tertentu, sebaliknya melibatkan soal kemampuan dan kebolehpercayaan untuk diletakkan sebagai pilihan untuk membela nasib masyarakat di masa hadapan.
  
Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa pilihan yang bakal dibuat rakyat Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini mempunyai signifikan tersendiri kepada kekuatan kerajaan BN di peringkat pusat.

Untuk itu, katanya tanggungjawab yang perlu dilakukan pengundi di Sarawak ialah menentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat boleh ditubuhkan supaya dengan kerajaan negeri yang kini dipimpin BN, masa depan rakyat dan negeri ini akan lebih terjamin.
  
Perdana Menteri berkata mereka yang bakal memilih pemimpin perlu ingat bahawa kerajaan pusat yang lemah dan terumbang-ambing akan menerima tekanan daripada pembangkang serta pihak luar dan sudah pasti kerajaan yang terdedah kepada keadaan itu tidak berupaya meneruskan proses pembangunan yang dirancang.
  
Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di Saratok memilih calon BN sebagai pilihan kerana hubungan rapat Mawan dengan beliau selaku pengerusi BN akan memudahkan perancangan proses pembangunan di kawasan itu.
 
"Calon BN yang bertanding di sini mempunyai akses kepada saya selaku pengerusi BN, jadi sudah pasti nasib penduduk Saratok akan lebih mudah mendapat
perhatian dari saya," katanya.
   
Najib berkata peruntukan RM8.8 juta turut dimasukkan sebagai sebahagian daripada manifesto atau aku janji BN untuk mengatasi masalah bekalan air di Saratok.
  
Mawan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR Ali Anak Biju dan calon Bebas Rosli Lek@Abang Roselie Abang Paleng. - Bernama


JAWI buat laporan polis terhadap Husam
 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengambil tindakan terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang didakwa membuat kenyataan memfitnah jabatan itu menerusi laman sosial.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata Husam dalam kenyataan menerusi Facebook 125 Putrajaya antara lain mendakwa JAWI bertindak memecat serta-merta anggota jawatankuasa (AJK) surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, selepas AJK surau berkenaan membenarkan beliau berta'aruf dengan makmum surau, selepas solat Isyak pada 20 Apri1 lalu.
  
Bercakap dalam satu sidang media di pejabat Jawi di Putrajaya semalam, Che Mat Ali mengakui pihaknya ada memanggil AJK Surau berkenaan, namun menafikan dakwaan kononnya JAWI mengambil tindakan memecat AJK terbabit.
  
"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan pegawai JAWI untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Husam, di samping mengambil tindakan saman terhadap naib presiden PAS itu," katanya.
  
Beliau turut menjelaskan bahawa semua surau perlu mematuhi arahan pekeliling Masjid/Surau 2011, yang jelas memaklumkan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kariah atau sesiapa sahaja yang
menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.
  
Che Mat berkata dalam perjumpaan beliau dengan AJK surau itu pada 24 April lalu, mereka hanya dinasihat, ditegur dan diingatkan mengenai peraturan berkenaan, sambil menambah ia penting dalam menjaga kesucian masjid dan surau.
  
Beliau berkata kehadiran Husam di surau berkenaan bukan atas jemputan sesiapa dan AJK surau itu juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Husam.
  
Menurutnya berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai Akta 505, sebagai setiausaha MAIWP, beliau diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memelihara kesucian rumah Allah.
  
Katanya mengikut Seksyen 97 Akta berkenaan, individu yang didapati mengajar perkara berkaitan agama Islam tanpa tauliah di mana-mana masjid, boleh didakwa dan jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara
tiga tahun.
  
"Saya rayu semua yang cuba guna masjid atau surau di Wilayah Persekutuan ini, supaya tidak sewenang-wenangnya langgar akta ini demi menjaga keharmonian," katanya menambah sejak Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat pihak yang cuba
membawa agenda politik mereka ke dalam masjid.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan