Sabtu, 27 April 2013

BILA KUKU TAK MENCENGKAM LAGI....MATA DAH KABUR...TANGAN DAH TAK BERMAYA...HARTA TAK TERJAGA LAGI...NYAWA HAMPIR NAK PERGI

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Posted on Saturday, April 27 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook Hanya Di Kelate

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.



Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.

Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ?

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"
::: Eksklusif Hanya Di Kelate ::::


Sumber: FB Hanya Di Kelate


  Pemerhati selar serangan terhadap anak pemimpin PKR
Posted on Saturday, April 27 @ 18:33:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, 26 April — Kumpulan pemerhati politik, Pemantau menyelar tindakan membakar kereta anak perempuan pemimpin PKR di tengah-tengah kesibukan negara menghadapi pilihan raya pada 5 Mei depan.

Calon PKR Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar hari ini berkata bom petrol dilemparkan di perkarangan rumah anaknya, Sangetha, malam tadi yang mengakibatkan keretanya terbakar.

“Walaupun kejadian ini tidak dipantau oleh Pemantau, kita mengengahkannya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami ke atas keganasan politik yang semakin meningkat di negara ini, seperti yang digariskan dalam satu kenyataan oleh Bersih 2.0 pada 25 April, “ kata Pemantau hari ini.

Pemantau terdiri daripada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, rakyat Malaysia untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) dan komunikasi hak asasi manusia Pusat Komas.

Letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal di Pulau Pinang Selasa lepas turut mencederakan seorang pekerja parti.

Beberapa insiden keganasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar juga telah berlaku awal tahun ini.

Pemantau juga menyatakan hari ini bahawa calon-calon BN telah menggunakan “bahasa agresif, sentimen bermusuhan dan kempen memburuk-burukkan” terhadap lawan politik mereka.

“Dalam muka surat 35 edisi The Star, bertarikh 25 April, iklan bertajuk Siapa yang mengawal DAP? jelas bertujuan untuk menghasut pelampau agama dan etnik di kalangan Melayu-Islam dan lain-lain etnik dan komuniti agama, “kata Pemantau.

“Menyemarakkan sentimen itu ketika ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab, “katanya.

The Star, milik MIC, telah mengeluarkan iklan yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa mengundi DAP sama dengan satu undi untuk parti Islam PAS.

Pemantau menegaskan bahawa pemerhati seperti, Bersih, dan kumpulan Tindak Malaysia telah dituduh cuba menyebabkan huru-hara dan menghalang pengundi daripada menjalankan hak-hak mereka.

“Sukarelawan Pemantau memerhatikan beberapa keadaan di mana ucapan politik telah dicemari dengan menggunakan bahasa yang boleh ditafsirkan untuk menyebarkan permusuhan dan niat jahat, serta fitnah, “kata Pemantau.

“Di samping itu, mesej seksis juga digunakan terhadap calon wanita, “katanya.

Pemerhati pilihan raya turut mengetengahkan risalah menyerang calon DAP Teo Nie Ching untuk kerusi Parlimen Kulai di Johor, yang membayangkan bahawa Teo akan meninggalkan kerusi itu untuk menjaga bayinya, manakala satu lagi risalah menuduh beliau menarik pengundi lelaki dengan wajahnya.

“Ia adalah mengecewakan bahawa lebih daripada satu dekad selepas fasal diskriminasi dalam perlembagaan telah dipinda,  jantina, seksisme regresif itu masih digunakan sebagai alat politik, “kata Pemantau.

Pemantau juga menekankan kebimbangan pengundi Johor “hilang” dari daftar pemilih di negeri yang menjadi tumpuan utama dalam Pilihan Raya 2013.

Sumber: Malaysia Insider


  PR Atasi BN Dalam Tinjauan 'JustUndi'
Posted on Saturday, April 27 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Mahasiswakini

Hasil tinjauan awal kecenderungan rakyat dalam PRU akan datang menunjukkan bahawa rakyat lebih memilih Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).

Hasil kaji selidik tersebut dilihat menerusi aplikasi ‘JustUndi’ melalui telefon pintar iPhone.

Keputusan aplikasi tersebut, yang ditinjau setakat 1:37petang semalam (23 April 2013) menunjukkan kesemua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dimenangi PR.



PR di Sarawak mendapat sokongan yang terendah (51%) manakala Pulau Pinang menunjukkan sokongan tertinggi, iaitu sebanyak 76%.

Mengulas mengenai fenomena ini, Syis Abdul Kadir, pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menyebut bahawa ini menunjukkan petanda awal rakyat terutama anak muda sudah muak dengan rejim BN dan bersedia menolak mereka semasa hari pembuangan undi nanti.

“Di kalangan mereka yang memakai iPhone ini, sudah tentu majoritinya ialah anak muda, tidak terkecuali mahasiswa. Kita nak katakan di sini bahawa, ini salah satu petanda awal anak muda akan menolak BN dalam PRU kali ini”, jelas beliau.

Sumber: mahasiswakini.net


  Nik Aziz, Anwar, Hadi, Lim Kit Siang Ikon Rakyat
Posted on Saturday, April 27 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: IbnuSabah

"

Malaysia beruntung memiliki pemimpin berwibawa, amanah, adil dan terbaik untuk mentadbir dan memimpin negeri dan Negara kita selepas PRU 13, insya Allah bi izniLlah 5 Mei 2013 nanti Malaysia akan diterajui Pakatan Rakyat.

Sederap saf pemimpin Pakatan Rakyat yang dibariskan dalam PRU 13 adalah daripada ratusan dan ribuan pimpinan Pakatan Rakyat yang terbaik untuk memimpin dan menguruskan negeri, Negara serta memimpin rakyat ke arah lebih baik berbanding para pemimpin umno/BN yang rata-rata jadi penyanggak, perompak harta dan khazanah rakyat, negeri dan Negara.

Walaupun hari-hari, bertahun-tahun lamanya Anwar, Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang, TS Khalid Ibrahim, Ustaz Azizan, Lim Guan Eng, Nizar Jamaludin, Azmin, Tian Chua, Mat Sabu, Karpal Singh, Saifuddin Nasution, Husam Musa dan ramai lagi dihina, difitnah, dilaga-lagakan dan berbagai-bagai lagi kejian ke atas mereka.

Namun, rakyat tidak lari, malah semakin hari semakin saying dan menyokong sosok tubuh yang dipandang hina oleh para pemimpin umno/BN dari Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Tengku Adnan, Chua Soi Lek sehinggalah ketua-ketua cawangan turut sama mengejek, menghina dan memfitnah sosok tubuh para pemimpin Pakatan Rakyat yang ikhlas, jujur dan berakhlak mulia untuk mengajak rakyat kepada menyokong dan membina negeri dan Negara yang terbaik, amanah, adil, berkebajikan dan bermaruah.

Sejuk hati, tersentuh hati bila melihat deraf saf pimpinan ini Pakatan Rakyat ini berada di Putrajaya, di Pejabat Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, di DUN, di masjid surau, di sekolah, di universiti, di balai raya, di pasar raya, di jalan raya bersama-sama dengan rakyat jelata tanpa kekok duduk setanah, bersila berdepan dengan rakyat, duduk bersimpuh di gerai makan bersama rakyat.

Rakyat tidak dibezakan, rakyat dengan pemimpin duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Inilah wajah-wajah dan watak-watak pimpinan negeri dan Negara selepas PRU 13 ini.

Insya Allah bi izniLlah akan kurniakan Malaysia kepimpinan yang terbaik ini. Ya Allah kurniakan kami, negeri dan Negara kami pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, beriman, amanah, adil, berakhlak mulia, berwibawa dan berintegriti, amin, amin, amin Ya Allah Ya Rabbal'alamin.

Nik Aziz, Anwar, Haji Hadi, Lim Kit Siang adalah ikon pimpinan untuk Malaysia yang baru.

Mereka ini akan dibantu dan didokong oleh saf pimpinan muda yang juga tidak kurang hebatnya TS Khalid Ibrahim, TS Ibrahim Menudin, Khalid Samad, Dr Dzul, Azmin, Mat Sabu, Badrul Hisham, Mahfuz, Husam, Takiyuddin, Salahuddin Ayub Tony Pua, Saifuddin, Dr Mariah, Nurul Izzah, Teresa Kok, Anthony Loke, TianChua, Lajim Ukin, Wilfred Bumburing, Baru Pian dan ramai lagi.

Jika peribadi-peribadi dan watak-watak ini menjaga Putrajaya, menjaga negeri, menjaga Negara, menjaga khazanah Negara, insya Allah selamatlah negeri dan Negara, selamatlah duit rakyat, insya Allah lebih banyak kebajikan dan keuntungan akan turun kepada rakyat.

Tamatlah penyanggak, perompak berlesen yang setiap hari siang malam bermesyuarat untuk meratah, membalun dan memfaraid harta rakyat, negeri dan Negara sesame mereka anak beranak, adik beradik, krooni dan tauke belaan mereka.

Rakyat Malaysia, jangan fikir panjang lagi, penjawat awam jangan lagi diwaswiskan oleh syaitan dikenali, guru, belia, wanita dan semua kita rakyat Malaysia mesti berikrar TAMATKAN kekuasaan umno/BN di Putrajaya akan tamatlah episode songlap harta rakyat secara berlesen di pejabat perdana menteri, pejabat menteri kewangan, pejabat menteri besar, ketua menteri dan pejabat menteri-menteri yang dikuasai umno/BN.

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT DI KAWASAN ANDA

INI KALI LAH!!!!!!!!!!!


 Ya Allah.. Mengalir air mata saya
Posted on Saturday, April 27 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Facebook Ustaz Azhar Idrus

Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini...

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.

Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 )

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t..

Sumber: Fb Ustaz Azhar Idrus


  Mengapa Mahathir sokong calon PERKASA?
Posted on Saturday, April 27 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: tokpepijat

"1) Apabila Pengganas Solo menceroboh Sabah dan membunuh polis dan tentera, Mahathir tergesa-gesa menuju ke Lahad Datu.

2) Apabila pengundi Cina menyokong penuh Pakatan Rakyat, Mahathir bersama PERKASA , berkempen untuknya dan menjadi Penasihat NGO Rasis itu.

Mengapa begitu sikap Mahathir?

Mahathir bertindak cepat untuk dua perkara diatas bagi menutupi kesilapan dan kejahatan beliau semasa jadi PM .

Semasa Mahathir jadi PM, beliaulah yang memberi IC kepada ribuan pendatang Solo untuk mengundi UMNO.
Apabila pendatang Solo berpaling tadah bahkan membunuh polis dan tentera kita, cepat-cepat Mahthir dengan " muka poyo dan selamba" mengunjungi Lahad Datu konon tunjuk simpati. Tentunya Mahathir berharap rakyat dan anggota keselamatan lupa kisah kejahatannya dengan projek IC.

Sama juga dengan pengundi Cina. Semasa zaman Mahathir jadi PM, beberapa kali sempadan pilihanraya diubah.

Kawasan ramai Cina terutama Selangor,Perak,Johor dipecahkan agar banyak Parlimen dan DUN diwujudkan.Mahathir menyangka pengundi Cina selamanya sokong UMNO dan BN.

Manakala kawasan ramai Melayu, tidak dipecahkan kawasan Parliman dan DUN seperti di Kedah,Terengganu dan Kelantan. Bagi Mahathir,kawasan ramai Melayu adalah penyokong PAS dan ancaman kepada UMNO.

Allah Maha Berkuasa.

Apabila Mahathir melihat ramai pengundi Cina mula menyokong PAS dan PR, Mahathirpun cepat-cepat menonjolkan dirinya seorang rasis supaya orang Melayu lupa kisah jahatnya memperbanyakkan kawasan Parlimen dan DUN bagi bukan Melayu.
bagi orang Cina.

Orang Cina kini sedar,Mahathir adalah seorang rasis bukan negarawan. Teman setianya yang bangsa Cina hanyalah Vincent Tan. Kroninya yang menduduki tempat ke 9 terkaya di Malaysia.Cina lain tetap hidup merempat macam Melayu lain. Yang kaya hanyalah kroni.

Mahathir memang hebat berlakon!

Mengapa Mahathir sokong calon PERKASA?
"


 Muhyidin jadi nujum pak belalang, Najib pula Bidan kampung!
Posted on Saturday, April 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assaalamualaikum,,..

Semakin hampir dengan hari mengundi, semakin melalut dua pemimpin utama BN, Najib dan Muhyidin. Kedua duanya sibuk menafikan kekuatan PR sehingga lupa dengan jentera kekuatan parti sendiri.

Banyak markas BN ditutup di seluruh negara, ada yang dibom malah ramai ahlinya yang bertanding bebas langsung tidak dihirau Najib dan Muhyidin.

Setelah keluar risalah produk 1Malaysia yang disedari gagal meyakinkan rakyat, Najib muncul menjadi bidan kampung apabila mendakwa penurunan harga minyak akan menguntungkan orang kaya, kerana itu minyak tidak boleh turun. Memadai BR1M yang diterima hampir 60% rakyat yang masih miskin dalam negara!

Sikap Najib yang berdolak dalil untuk mengakui hasil negara yang melimpah ruah tak ubah seperti seorang bidan kampung yang tidak mahu ibu yang dibidannya pergi ke hospital kerana mendakwa di hospital itu tidak mempunyai kemudahan.

Orang kaya yang hanya 40%(mengikut lapuran penerima BR1M sebanyak 60%) yang disalahkan dan dijadikan alasan untuk tidak menurunkan harga minyak. Kesian orang kaya yang banyak menyumbang kepada hasil negara. Orang kaya membayar cukai pendapatan yang tinggi, orang kaya yang membayar cukai import kereta mewahnya dengan kadar melebih 100% dan cukai eksais yang tinggi juga tetapi Najib masih dengki dengan orang kaya. Kenapa Najib?

Tetapi hakikatnya orang kaya tidak terjejas dengan harga minyak yang tinggi, mereka masih mampu membayarnya dan masih mampu membayar kos sara hidup yang meningkat kerana harga minyak yang tinggi. Sebaliknya orang miskin yang menerima BR1M RM500-00(akan dinaikan kepada RM1,200-00) yang menerima kesan besar dari harga minyak yang tinggi.

Orang kaya tidak makan diwarung warung tepi jalan tetapi di starbuck atau kopitiam yang memang mengenakan caj yang mahal, tetapi orang miskin yang makan diwarung tepi jalan turut membayar harga yang tinggi untuk secawan teh O, sehidang nasi daun pisang, sepingan nasi lemak,sebiji roti canai(kecuali roti Najib). Cukup ker BR1M yang diterima untuk semuanya ini?

Malanglah kalau orang miskin percaya cakap Najib. Mereka akan merasa sakit seperti ibu yang mahu melahirkan anak masih percaya cakap bidan kampung seperti Najib!

Muhyidin pula muncul sebagai nujum Pak Belalang abad ini apabila meramalkan PAS akan keluar pakatan kerana perbezaaan ideologi yang serius. Pandailah nujum Pak Belalang ini membuat ramalan dengan auta bukan fakta. Kalau Nujum Pak Belalang zaman P. Ramlee boleh kahwin anak raja , Nujum Pak Belalang Muhyidin mungkin boleh jadi PM. Itupun kalau rakyat Malaysia mahu Nujum Pak Belalang yang menipu jadi PM.

Muhyidin bercakap pasal matlamat PAS untuk melihat hudud dilaksanakan dalam negara dan dengan sebab hududlah PAS tidak akan mendapat kerjasama dari parti kawannya dari PR dan akhirnya PAS akan bersendirian (seperti ketika PAS keluar dari BN dulu) dan akan bertanding 70 kerusi sahaja. sementara tidak semua kerusi dimenangi PAS jadi macam mana nak tubuh negara Islam.

Antara ramalam Muhyidin yang akan menjadikan negara bergolak sekiranya PR menang, tetapi Muhyidin tidak pula menyatakan apakah nasib UMNO ketika itu. Sedangkan semua tahu kalau UMNO tewas kali ini, tiada jalan untuk UMNO bangkit kembali kerana UMNO tidak akan mampu melakukan apa yang PAS lakukan semasa keluar dari BN dulu.

UMNO akan hilang punca pendapatan kerana tidak lagi menguasai sumber pendapatan rakyat. Ini bermakna kalaupun PAS terpaksa keluar lagi dari PR, mungkin ketika itu UMNO sudah berkubur dan Nujum Pak Belalang sudah jadi peminta sedekah.

Secara tidak langsung Muhyidin menyatakan kenapa UMNO tidak mahu melaksanakan hudud kerana bimbang akan dihalang oleh sekutunya dalam BN dan kalau itu terjadi, maka hilanglah kuasa melayu. UMNO lebih takut kepada parti gabungannya dari ALLAH!

Jadi kenapa Muhyidin sibuk meramal sesuatu perkara yang tidak memberi untung kepadanya? Alasannya mudah saja, Muhyidin mahu rakyat percaya seperti Nujum Pak Belalang mahu Sultan dan rakyat percaya dengan ramalannya.

Muhyidin terpaksalah bergantung harap kepada BR1M untuk menjadi kebetulan seperti kisah nujum Pak Belalang di zaman P. Ramlee dulu.

Muhyidin mahu rakyat terus memilih BN dan dirinya untuk menjadi PM. Rakyat perlu menjawab soalan ini; Apakah anda sekelian mahu Nujum Pak belalang menjadi pemimpjn utama kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan