Isnin, 29 April 2013

NI TEMBELANG SAPE PULAK

Tun Mahathir Punca UMNO jadi Bodoh di Parlimen Pasir Mas
Posted on Monday, April 29 @ 07:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS

Parlimen Pasir menunjukkan jelas bagaimana UMNO memperbodohkan MCA dan MIC bahawa UMNO bukan parti rasict, tetapi dalam masa yang sama lokonan kononnya akan diambil tidakan kepada Che Johan yang tak menghantar borang percalonan adalah mencatat sejarah buruk kepada BN tak bertanding penuh pada PRU.

Tindakan yang akan diambil kepada Che Johan adalah lakonan semata-mata kononnya UMNO tidak berat sebelah dalam mengambil tindakan kepada ahli parti. Yang menjadi dalang dalam cerita-cerita ini tidak lain tidak bukan ialah Tun Mahathir.

Dialah yang bakal memusnah UMNO sebagai tertunai doa al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Nor.

Berita dalam sinar Harian menjelaskan lagi maksud tersirat rancangan Tun berkenaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak menyerahkan borangnya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedia berbuat demikian kerana mengagumi pengorbanan dan perjuangan Che Johan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Bebas dan Pas, yang boleh menyebabkan kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya lawyer yang tidak ada kelulusan tapi kalau nak argue boleh juga. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja dia (Che Johan) tidak salah, bahkan saya hendak tengok lebih ramai orang lagi berkorban demi kebaikan parti bukan untuk diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini hari ini.

Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas, dicabar Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.


 Betulkah puluhan cawangan UMNO di Selangor akan dibubarkan?
Posted on Monday, April 29 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aspan Alias

Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini.

Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ke tahap membubarkan cawangan-cawangannya.

Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang ‘winnable’. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang ‘winnable’ sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak ‘winnable’ lagi. UMNO tidak ‘winnable’ lagi kerana pimpinannya tidak ‘winnable’.

Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah ditolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah sama sekali dengan meminta Zulkifli Noordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekaligus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu.

Penyertaan Zulkifli Noordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum ditambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO melalui pencalonan Bebas di sana. Semakin hampir kepada pilihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu.

Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Muhd Taib dalam PAS yang sekaligus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak diendahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi.

Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon ‘winnable’ dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang ‘winnable’.

Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu.

Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang ‘winnable’ telah dihapuskan oleh sistem berparti yang dimulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat bahagian telah diketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon ‘winnable’ dari kumpulan pemimpin yang tidak ‘winnable’ dalam sebuah parti yang sudah lama tidak ‘winnable’ lagi.

Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekalian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini.

Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai ke saat ini membuktikan segala janji-janjinya ditepati.

Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat dipecahkan dalam ‘mindset’ mereka.

Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang dimahukan oleh rakyat sekarang ini.

Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com


 
Seminggu kempen: 'Serangan' hanya hujung minggu ini
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, RUZY AZILA, NIZAM ZAIN dan JAMILAH HAMZAH
29 April 2013
PRU13
SHAH ALAM - Hambar dan kurang menyengat mungkin gambaran sesetengah pemerhati yang tidak terlibat secara langsung dalam siri kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah memasuki minggu terakhir.

Tidak boleh dinafikan, kempen ini bukan dibuat secara sembrono, sudah pasti ada strategi yang dirancang oleh parti-parti politik.

Tinggal lebih kurang enam hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi 5 Mei ini, kesibukan calon-calon ini tentunya di tahap maksimum.

Bagi Naib Presiden Pas yang juga calon Pas bagi kawasan Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub, beliau percaya selain menampilkan idea yang bernas dan bukannya politik kacau bilau, taktik tertentu sudah direncakan dalam siri kempen masing-masing.

"Kita memang akan melakukan satu 'serangan' pada hari Khamis atau Jumaat dan saya percaya setiap pemimpin akan membuat 'serangan' nanti dengan menggunakan isu yang lebih besar, tunggu saja lah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Rakannya yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, siri kempen pilihan raya tidak perlu dipanaskan dengan menjaja cerita fitnah.

"Hari ini kita berpolitik, esok lusa kita jumpa di kedai-kedai kopi bersembang juga," ujar beliau.

Walaupun siri kempen disifatkan tidak panas oleh sesetengah pihak, namun kempen PRU13 ini menyaksikan beberapa insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan kebimbangan awam.

Polis menahan dua suspek bersabit insiden bom di belakang pentas Bilik Gerakan BN di Nibing Tebal.

Bukan itu sahaja, beberapa insiden sama turut berlaku di beberapa lokasi lain.

Insiden pergaduhan di lokasi ceramah, pergaduhan sesama jentera ketika memasang bendera dan macam-macam lagi.

Tidak kurang dengan itu, terdapat juga pendedahan video lucah membabitkan pemimpin tertinggi parti turut tersebar ketika siri kempen.

Ia mungkin antara senario kurang sihat yang berlaku sepanjang tempoh kempen dan seketika menghangatkan suasana.

Selain itu, pemimpin-pemimpin parti politik bagaimanapun lebih dilihat 'santai' daripada membangkitkan sebarang isu besar.

Ketua Penerangan Umno yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, jadual hariannya begitu padat dengan pelbagai aktiviti harian bersama masyarakat setempat.

Hari ini (semalam) misalannya, program beliau bermula jam 7.30 pagi dengan bersarapan bersama penduduk di Parit Haji Ariff Benut dan berakhir dengan ceramah di Parti Kudus jam 10.45 malam.

Walaupun ada yang mengatakan siri kempen kali ini tidak panas, Ahmad berkata, "ia terus meningkat dalam masa enam hari lagi."

Namun pandangan berbeza pula daripada calon BN di Dun Chempaka, Muhd Faizal Sufar, walaupun "suram dan muram" namun katanya, beliau dapat merasakan gelombang rakyat pada PRU kali ini.

"Itu pandangan sesetengah pihak, program saya alhamdulillah.

"Majlis pengenalan calon dapat sambutan yang amat hangat, setiap kali saya hadir orang ramai luar daripada jangkaan saya, alhamdulillah itu satu impak gelombang yang dibuat oleh rakyat dalam kawasan Dun Chempaka," ujar beliau.

Sambutan pula nampaknya menggalakkan di kawasan Parlimen Pandan.

Malah calon BN, Gary Lim Chin Wee berkata, adalah sesuatu yang tidak benar jika kita mengatakan kempen seminggu ini tidak panas.

"Tak benar, saya kerap turun padang ke Dun Teratai dan hari ini di Dun Chempaka banyak dan kerja dan walkabout yang kami sudah buat dan banyak ceramah dan perjumpaan dengan pengundi.

"Secara peribadi saya rasa saya banyak berusaha walaupun saya tengok dari segi pihak parti yang lain dari Bebas pun mungkin reaksi mereka suram dan tak panas sedikit tapi bagi saya, saudara Faizal dan Ben Liew, rakan seperjuangan saya di Parlimen Pandan, kami banyak turun padang," katanya.

Bagi pemerhati politik pula, mereka merasakan kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang mula rancak menjalankan kempen mengenengahkan isu manifesto untuk dihidangkan kepada pengundi.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, kedua-dua parti dilihat teruja dalam menjalankan kempen walaupun masih awal.

Menurutnya, calon-calon menggunakan waktu ini membangkitkan isu-isu yang dekat dengan rakyat bagi menawan hati mereka.

Selain daripada isu-isu nasional yang dibawa, senjata utama mereka kini ialah manifesto masing-masing.

"Pilihan raya kali ini lebih rancak lagi daripada sebelum ini, PRU sebelum ini tak nampak pemimpin 'excited' (teruja) seperti sekarang.

"Awal-awal lagi sudah rancak, masing-masing nak pertahan dan merampas kuasa kembali pada PRU ini," katanya.

Mengulas lanjut, Azizuddin juga berkata, BN dan PR menggunakan pendekatan berdasarkan pengalaman pada tsunami politik 2008.

Katanya, BN memfokus kepada penggunaan media sosial dan baru, manakala PR lebih giat berkempen rumah ke rumah bagi menghadapi PRU13, 5 Mei ini.

"... cara berkempen tak banyak berubah, tetapi kita jelas lihat BN lebih banyak guna media sosial, dan PR turun padang dan masuk kampung lebih efektik untuk berkempen kepada kelompok sasaran.

"... kedua-dua parti ini dilihat saling bertukar strategi antara satu sama lain," katanya.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pensyarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat pula berkata, kempen kali ini pada pengamatannya lebih rancak berbanding 2008.

Beliau berkata, pembangkang menggunakan tempoh ini untuk menerangkan manifesto terutama dalam perkara yang dijanjikan percuma.

Sementara BN pula katanya, menggunakan isu setempat untuk terus menarik pengundi.

"Situasi kali ini lebih rancak kerana pilihan raya kali paling sengit.

"PR dan BN akan menggunakan pendekatan yang lebih kurang sama... PR sedaya upaya menyerang manifesto BN dan menggunakan manifesto yang menjadikan 'percuma' kepada pengundi," katanya.

Manifesto PR dibentangkan awal iaitu pada 25 Februari lalu sementara BN pula pada bulan ini, beberapa hari sebelum penamaan calon.

Pengarah Pusat Kajian Koridor Utara (NCRC) Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Rohana Yusof memberitahu bahawa siri kempen atau ceramah ini hanya menjadi panas jika ia dihadiri pemimpin besar dalam parti-parti politik.

"Tokoh-tokoh utama itu termasuklah kehadiran Anwar ke Sungai Petani baru-baru ini. Tapi kita tak boleh terjemahkan jumlah kehadiran penonton kepada sokongan undi.

"Bagi BN pula, dijangka menggunakan lima hari terakhir ini untuk agresif lagi," ujar beliau.

Pendapat sama turut diutarakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

"Dari pengamatan saya ceramah-ceramah tersebut hanya akan dihadiri ramai orang hanya dengan kehadiran Anwar, Hadi datang. Kalau calon-calon tempatan, ia tak dapat menarik sangat penduduk tempatan kerana mereka hanya nak lihat dan dengar sendiri orang-orang besar ini bercakap," katanya.

Menurut Shamsul, beliau sudah mengikuti siri kempen lebih 18 siri kempen di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Ini strategi biasa PR dan diikuti yang lain seperti Rafizi dan lain-lain.

"BN pula, misalnya di Johor, banyak kekalkan penyandang. Jadi penduduk sudah kenal, hanya sukar sikit bila Datuk Khaled Nordin, balik Johor dan tanding kawasan Dun, yang bukan merupakan kawasan beliau dulu," ujar beliau.



Kenyataan Norman dedah belang PR
JULIZA MOHD SAAD
29 April 2013
Kenyataan Norman dedah belang PR
Hishammuddin menyarungkan topi di kepala adik T Shanmughavelu, 6, yang menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam sambil diperhatikan oleh ibunya T Narayanammah, 32.
KLUANG - Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta rakyat di negeri ini agar tidak mengundi Pas mencerminkan ‘belang’ sebenar Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kenyataan itu membuktikan tiada kesepakatan dalam kalangan pemimpin PR terutama di negeri Johor.

“Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP sendiri. Jika dia sudah kata jangan undi Pas, saya hendak tanya apa pendirian (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dengan Pas.

“Tuhan hendak tunjuk pada rakyat belang pakatan pembangkang yang pada mata kasarnya tidak bersepakat langsung,” katanya apabila diminta mengulas mengenai perkara tersebut selepas merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (RTC) di Kampung Contoh, Kahang, semalam.

Hadir sama dalam pelancaran tersebut ialah calon Barisan Nasional (BN) Dun Kahang, R Vidyanathan dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Azizan Mohd Rais.

Kelmarin, akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Norman meminta masyarakat bukan Islam di Johor supaya tidak mengundi Pas kerana menyifatkan parti itu sebagai ekstremis.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut berharap negara ini tidak mengalami keadaan seperti di Mesir yang kini sedang bergolak.

Beliau turut menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai seorang yang gila kuasa selepas mengeluarkan kenyataan ingin menahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menfitnah Kit Siang dalam ceramahnya di bandar Kluang, malam kelmarin.

“Inilah parti pembangkang belum lagi berkuasa sudah angan-angan mahu tahan orang,dahulu mereka tuduh kita (BN) salah guna kuasa, salah guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Apa yang mereka tuduh kita dulu, kini terpalit pada mereka sendiri. Biarlah rakyat menilai dan menghukum mereka 5 Mei ini kerana rakyat jelak dengan politik kebencian yang dibawa oleh mereka,” katanya.

 Bahaya Laluan Motorsikal Federal Highway
Posted on Monday, April 29 @ 08:49:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA

Bahaya Laluan Motorsikal Federal Highway

LIHAT YOUTUBE
Video ini diambil pada 22/4/2013 di Motorbike Lane Federal Highway (towards Klang). kebajikan pengguna tidak diambil endah. Kita perlu sebuah kerajaan rakyat yang prihatin tentang masalah rakyat terutama golongan bawahan.

Oleh itu kerajaan yang lebih telus dan adil perlu dibangkit pada PRU kali ini dan kerajaan yang korupsi serta yang mengemokkan kroni harus ditumbang. 


 Najib pening kepala dan panas punggong
Posted on Monday, April 29 @ 08:56:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Penulis tidak tahu kenapa Datuk Seri Mohd Najib Razak sehari dua ini kelihatan resah gelisah yang amat sangat. Pasti ada perkara yang buruk akan berlaku selepas PRU 13 5 Mei ini. Atas sebab itulah dia kelihatan buat itu dan buat ini serba serbi tidak kena.

Buat apa pun tidak kena.Seolah olah segala palnnya tak menjadi. Kemungkinan besar ada kaitan dengan kajian pilihanraya yang dibuat oleh Universiti Malaysia oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih popular berbanding Najib Razak .

Pusat kajian tersebut mengumunkan kajian mereka bahawa 43 peratus pengundi di negara ini memilih Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak yang banyak melakukan tranformasi.

Penulis tidak tahu apakah kajian yang dibuat oleh pusat kajian university Malaya suatu kajian yang saintifik dan sebaliknya. Jika kajian tersebut kajian saintifik maka sah pakatan rakyat boleh menang pada PRU 13 5 Mei 2013 ini dan inilah yang membuat Najib resah gelisah. Bukan itu sahaja malahan sering pening kepala dan panas punggong.

Bayangkan, dikatakan RM 58 bilion wang rakyat dihabiskan untuk tujuan menang PRU 13 disamping RM 5.6 bilion untuk beli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM). Yang menghairankan semacam mustahil rakyat jelata tidak memberi sokongan padu pada kerajaan yang diterajui Najib, sedangkan janji itu dan janji ini sudah ditepati berbanding pakatan rakyat yang hanya buat janji kosong konon.

Tidak lebih daripada itu. Bagaimana mungkin boleh terjadi demikian, sedangkan 4.3 juta rakyat diberi wang sebanyak RM 500 satu kepala kepada isi rumah.Mustahil tidak memberi iampak untuk meraih sokongan rakyat.

Pelik juga mengapa rakyat boleh percaya dengan janji kosong pakatan rakyat seperti pendidikan percuma harga kereta murah, minyak petro turun berbanding janji yang telah ditepati oleh kerajaan yang aman dan makmur itu. Lebih lebih lagi, Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Anwar Ibrahim calon popular untuk menjadi perdana menteri berbanding Najib Razak jelas tidak menggambarkan aspirasi keseluruhan rakyat dan pengundi. "


 Kehadiran Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan di ceramah DUN Kota mengejutkan
Posted on Monday, April 29 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Rembau 28 Apr 2013 – Kehadiran secara terbuka seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang begitu dihormati dan disegani di kalangan ahli Majlis Fatwa yang lain dalam ceramah kelompok Pakatan Rakyat di Kg Nerasau, Kota amat mengejutkan bukan sahaja para hadirin malahan calon PKR Parlimen Rembau. Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang bergelar Dato adalah merupakan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan.

Selepas majlis ceramah kelompok tersebut ahli Majlis Fatwa berkenaan telah makan bersama dan beramah mesra dengan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali Mohd Shom dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat setempat.

Bukan setakat kehadiran ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan tersebut yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat mengejutkan para hadiri, malahan inilah kali pertama dalam sejarah satu program ceramah penerangan anjuran Pakatan Rakyat berjaya diadakah di kampung ini.

Antara yang hadir dalam majlis malam tadi ialah Hj Radzali A Ghani (calon PKR Parlimen Rembau), Hj Ghazali Mohd Shom (calon PAS DUN Kota), Puan Zarina (Naib Ketua Muslimat PAS Puchong), Al Fadil Ustaz Mustafa Dolah (Naib Ketua Dewan Ulamak N.Sembilan), Rozmal Malakan (Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau), Azhar Ibrahim (bekas calon PAS DUN Kota PRU12), Puan Norwani (Ketua Muslimat PAS Rembau) dan Hakki Bawadi (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Sebelum ini Pakatan Rakyat Rembau pun telah dikejutkan dengan kehadiran seorang pendakwah bebas yang terkenal dari sebuah pertubuhan dakwah yang terkenal seluruh dunia yang membacakan doa untuk kejayaan calon-calon PAS dan PKR selepas proses penamaan calon di Rembau pada 20 April 2013 yang lalu.

Berita dan gambar kehadiran pendakwah yang terkenal tersebut sebelum ini di rembau-hari-ini.blogspot.com

Lagi gambar majlis bersejarah ceramah kelompok Kg Nerasau di pas-n28-kota.blogspot.com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan