Isnin, 29 April 2013

BUKAN KEDAI DISIPLIN JE TUTUP...BANYAK KEDAI2 LAIN KENA TUTUP

Pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam, apa motifnya?
Posted on Monday, April 29 @ 08:07:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"

assalamualaikum, Berita pembunuhan timbalan pengarah Kastam mengingatkan saya kisah pembunuhan ketua polis Negara satu ketika dulu.kalau tidak silap kes itu tidak dapat diselesaikan dan didiamkan sampai hari ini.

Mungkinkah kes pembunuhan timbalan pengarah Kastam akan mengalami nasib yang sama? Arwah diberitakan ditembak dan sitausi di negara kita yang berbeza dengan situasi di negara jiran di mana semua orang boleh memilik pistol serta cekap menggunakannya.

Di negara kita cuma dua kelompok yang diketahui boleh ada dan menggunakan senjata ia itu pasukan keselamatan terdiri dari polis dan tentera dan gengster termasuk kongsi gelap, perompak dan pembunuh upahan.Dari kedua dua kelomok ini, polis dan tentera  diberi kebenaran bersyarat oleh undang undang sementara gengster menggunakannya dengan undang undang sendiri.Jadi cuma ada dua kemungkinan siapakah yang membunuh arwah.Kalau Altantuya dibunuh oleh polis yang menyalahguna kebenaran yang diberi kepada mereka, siapa pembunuh timbalan pengarah Kastam dan apa motifnya?

Melihat apa yang berlaku antara Husam dan bekas menteri dalam negeri, saya dapat melihat tiada kesungguhan kerajaan dalam usaha mencari pembunuh sama seperti kes ketua polis negara dulu. Apa sebenarnya berlaku? Barang diingat sebelum ini ada seorang pegawai kastam yang dilapurkan membunuh diri kerana dituduh rasuah, jadi apakah motif pembunuhan ini juga ada kaitan dengan rasuah?

Mungkinkah wujud mafia yang berpengaruh dalam negara kita? Mafia yang mempunyai rangkaian gengster yang besar? Kalau memang ada , maka sudah tentu  negara kita tidak selamat.Tambahan pula selama ini ada cerita yang membimbangkan kita semua mengenai adanya pemimpn UMNO yang memberi ruang dan peluang yang besar kepada gengster menguasai saluran tertentu negara dan salah satu saluran yang dikuasainya ialah saluran Kastam.
Saya tidak mahu menuduh, tetapi berdasarkan apa yang berlaku dan respon dingin kerajaan terhadap pembunuhan ini, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, samada mungkin ada unsur rasuah, atau ketegasan arwah yang menyebabkan ada pihak yang rugi besar sehingga nekad untuk membunuhya dengan mengunakan khidmat gengster yang selama ini dibiarkan berleluasa tanpa sekatan dari pihak kerajaan kerana kerja jahat orang politik.
Respon dingin kerajaan meyakinkan saya akan kemungkinan ini dan kalau saya betul. kerjaya penguatkuasaan seperti Kastam bukan kerjaya yang selamat malah ianya dicemari oleh tangan tangan kotor yang membahayakan negara.Saya yakin pihak polis yang dilatih secara profesional mempunyai maklumat mengenai pembunuhan ini dan saya kira masanya sudah sampai bagi anggota polis yang terlatih  menyelamatkan negara dari semua pencemaran dan pengkianat  negara.
Masa untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, bukan sekadar dihilangkan buktinya seperti kes kes pembunuhan terdahulu termasuk pembunuhan ketua polis dan pembunuhan Altantuya.Anggota polis yang terlatih boleh berbuat demikian sekiranya kerajaan bertukar tangan , maka tolonglah rakyat untuk menukar kerajaan.Pertolongan pihak polis amat amat dialu alukan demi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Tetapi tanpa pertolongan polis sekalipin,rakyat tetap bangkit!
Takbir.............. 

 PANASS yang makan diri, gambar Bikini anak Azmin Ali
Posted on Monday, April 29 @ 08:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"

Disebabkan pemakainya memakai  bikini yang menjurus pada bentuk seksi tubuh seorang gadis @ wanita Melayu yang beragama Islam ditambah pula anak pemimpin politik terkenal.....pasti jadi satu ISU  panas yang akan disebarkan  SECUKUP RASA.

Nak hangat lagi...ianya akan dijadikan satu senjata untuk menjatuhkan musuh politik.....

Inilah gambar yang dikatakan @ lebih tepat lagi didakwa anak gadis Azmin Ali ...calon Ahli Parlimen Gombak ........

Benar atau tidak itu anak Azmin Ali, tidak dapat disahkan oleh PENGEDAR PENGEDAR BAHAN LUCAH diatas.......tapi apa yang penulis nak SAH kan disini ialah fakta gambar diatas.......
 - Setelah dibuat rujukan, gambar itu telah tersebar dalam blog sejak 2011 yang anda boleh lihat buktinya dibawah ini......maksudnya sesudah 2 tahun gambar itu muncul kembali.......(Perhatikan pada tarikh isu ini mula disebarkan)


- Ini pula gambar anak perdana Menteri yang bersosial , juga penulis rasakan gambar beberapa tahun lalu ........untuk perbandingan isu ini....




Isunya disini ......jika itu gambar lama kenapa perlu digunakan untuk menjatuhkan aib seseorang sedangkan GAMBAR anak Azmin Ali itu BENAR ATAU TIDAK masih tidak dapat DISAHKAN!!! 

Bayangkan berapa banyak KOLEKSI DOSA yang dikumpul selama 2 tahun jika gambar gadis bikini diatas BUKAN ANAK AZMIN ALI......!! 

Seterusnya ini pula gambar terbaru anak anak Azmin Ali semasa proses penamaan calon yang lalu.....


Jika isu moral menjadi ukuran, anda lihat pula kenyataan salah seorang penyokong pihak disana ini......tapi penulis akan gelapkan wajahnya kerana penulis TIDAK SUKA AIBKAN orang ....cukup sekadar kita lihat dan nilai aksinya yang ibarat kata 

"Nak memilih pemimpin yang baik tapi diri sendiri tidak dapat menunjukkan imej yang baik....."
 

 GEMPAK! Nama 3 orang pengkhianat negara sudah diketahui umum....
Posted on Monday, April 29 @ 08:01:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"
Zahid Hamidi kata ada 3 orang pembangkang terlibat dengan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Memang sah! Semua orang dapat teka....!

Orang yang pertama bernama Anwar Ibrahim.
Orang kedua adalah suami kepada Dr Azizah
Orang ketiga adalah ayah kepada Nurul Izzah.

Betul kan Zahid ?

GEMPAK! Nama 3 orang pengkhianat negara sudah diketahui umum...."

 Catatan Seorang Penjawat Awam Mengenai Program Pakatan Rakyat Di Putrajaya
Posted on Monday, April 29 @ 08:17:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"
Klik gambar untuk besar

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.
Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman. Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah. Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai. Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang negara adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah. Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):

i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.

ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.

iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..

Info Terkini Layari: INI KALILAH

 Mereka yang memerlukan di DUN Chembong dan Kota terus dibantu
Posted on Monday, April 29 @ 08:30:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Rembau 28 Apr 2013 - Mereka yang memerlukan bantuan dari DUN Chembong dan DUN Kota hari ini mendapat sumbangan dari Tabung Kemsikinan Harakah. Sumbangan Tabung Kemiskinan Harakah ini akan disampaikan oleh calon PAS DUN Chembong, Hj Kamarol Ridzuan dan calon PAS DUN Kota, Hj Ghazali

Penerima bantuan di DUN Kota yang menetap di Lubok China, Rembau menghidapi masalah jantung yang kritikal yang memerlukan pembedahan dan rawatan lanjutan. 


Layari laman web PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

 Eloklah Lembaga Disiplin UMNO Tutup Kedai Saja!
Posted on Monday, April 29 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Shahbudin Husin

Kedatangan Mahathir ke Pasir Mas bukan saja untuk membantu Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas tetapi juga untuk membela calon BN yang telah menarik diri dan membakulsampahkan watikah yang ditandatangai oleh Pengerusi BN, Najib Razak iaitu Johan Che Pa. Secara logiknya Johan wajib diambil tindakan kerana mencemar dan menghina Najib.

Tetapi belum pun Johan mahu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO, Mahathir sudah memberi amaran bahawa jika Johan diambil tindakan, beliau akan bertindak sebagai pembelanya. Mahathir nampaknya mulai mahu menunjukkan kuasanya dan membuktikan beliau lebih berkuasa daripada Najib dalam UMNO.

Sementera semua orang diingatkan supaya patuh kepada hanya seorang ketua dan sering diingatkan mengelak amalan dua nakhoda dalam satu kapal, malah Mahathir sendiri kerap memberi peringatan yang sama, kini bukan saja kata-kata itu cuba dinodai malah cuba memberi gambaran bahawa mengingkari arahan ketua juga merupakan seuatu yang terpuji.

Mahathir melalui apa yang dilakukannya dalam isu Pasir Mas ini membuktikan bahawa selagi beliau bernyawa, cakap dan suaranya mesti didengari oleh sesiapa saja dalam UMNO. Beberapa tindakannya sejak bersara pada 2003 dan bagaimana beliau mencincang Pak Lah yang dilihat cuba mengenepikannya, membuktikan hakikat itu.

Sebelum ini Mahathir begitu mahukan Ibrahim Ali dipilih sebagai calon mewakili BN walaupun beliau bukannya ahli UMNO, malah pernah melakukan penghinaan dan caci-maki terhadap UMNO dan pemimpinnya ketika berada di luar UMNO. Najib mungkin membuat keputusan tidak mencalonkan Ibrahim Ali kerana memikirkan kesalahan masa lalu Ibrahim Ali terlalu besar dan beliau berasa malu terhadap ahli-ahli UMNO jika berbuat demikian.

Mungkin juga tindakannya itu untuk menyekat pengaruh Mahathir secara halus. Namun Mahathir yang terkenal dengan sikap pantang mengalah, tetap juga berusaha dan campurtangan sehingga akhirnya membuatkan Johan Che Pa menarik diri dan memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan Pas.

Jika Johan enggan menjadi calon kerana terlalu sayangkan Ibrahim, beliau sepatutnya menyerah balik watikah yang diterimanya kepada Najib sebelum hari penamaan calon sebagaimana yang dilakukan oleh calon di Johol< Negeri Sembilan dan Seri Setia, Selangor dan bukannya memalukan Najib serta seluruh ahli UMNO dengan tindakannya tidak menyerahkan borang pencalonan.

Walaupun diberitakan tindakannya itu kerana ada campurtangan Mahathir dan Daim, Johan tetap telah menconteng arang ke muka Najib. Najib seolah-olah tidak dihormati dan cakap Mahathir lebih dipatuhinya. Mahathir seakan lebih berkuasa daripada Presiden UMNO dan Pengerusi BN sendiri.

Kini belum pun Lembaga Disiplin mahu bertindak kepada Johan, Mahathir sudah pun memberi amaran. Kenyataannya mahu bertindak sebagai peguam jika Johan diambil tindakan lebih berupa amaran kepada Najib dan Lembaga Disiplin.

Mahathir kini sedang mencabar dan mahu membuktikan beliau lebih berkuasa dari semua pemimpin UMNO yang ada. Lembaga Disiplin pun tidak mungkin berani bertindak apa-apa berikutan amaran Mahathir itu. Di sudut yang lain, jika Lembaga Disiplin gagal bertindak dalam hal yang mudah seperti kes Johan ini, eloklah ia dibubarkan dan tutup kedai saja.

UMNO kini menjadi caca-marba dan banyak melakukan "double standard" kerana terlalu banyak kepentingan dan campurtangan. Jika orang lain bertanding Bebas akan dipecat dan dikecam, di masa yang sama ada pula calon Bebas yang disanjung dan dipuja.

Jika orang lain melanggar arahan parti dan tidak menghormati ketua akan diambil tindakan tetapi jika mendapat restu Mahathir, ianya dianggap hero dan wira.

Dengan membiarkan Mahathir bertindak sesuka hati dan mengikut seleranya, selagi itulah sesiapa pun yang memimpin UMNO akan menghadapi masalah. Sejak dulu juga sebahagian besar masalah dalam UMNO berpunca daripada Mahathir.

UMNO akan lebih aman jika tanpa Mahathir. (SH 29/04/2013)

Sumber: shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan