Isnin, 29 April 2013

KERANA DUNIA MARUAH TERGADAI

Bimbang dipanah petir, Azhar Sulaiman mengamuk!!
Posted on Monday, April 29 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"Semakin ramai artis yang membuatkan dirinya kelihatan makin meluat di kalangan masyarakat. Membuatkan diri mereka nampak tak cerdik kerana membabi buta mengeluarkan kenyataan. Kalau sebelum ini Norman KRU disekolahkan Faizal Tahir, Azhar Sulaiman juga apa kurangnya.

Sebelum ini dia mendoakan dirinya dipanah petir kerana ingin membuktikan dakwaannya fitnahnya. Mungkin kerana takut dipanah petir dia menyalahkan PR yang hacked akaun Facebooknya.

AzharSulaiman1

Apa guna hacked akaun facebooknya, lebih baik hacked akaun Facebook Najib Razak, rasanya lebih berbaloi berbanding hacked akaunnya.

AzharSulaiman2

Mudah bagi Azhar Sulaiman menuduh pihak PR yang menghack akaunnya. Mungkin akaunnya dihack tetapi dengan kerjasama dirinya sendiri. Tulisan ini boleh membantu berkaitan HACKED. Sila KLIK!!

Lagi.MY"


 Puak BN tayang video xxx di ceramah awam - video ini buktinya
Posted on Monday, April 29 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Gendang Perang

Jika nak jimat masa elok mulakan dari minit 1.15 hinga ke akhir.. Sepatutnya sebagai orang dewasa yang mengaku Islam si penceramah lebih peka terhadap situasi ceramah. Ceramah biasanya didatangi oleh pelbagai lapisan umur.

Video sedemikian tidak wajar disiarkan di khalayak ramai walau atas apa alasan sekali pun.

Itulah caranya mereka berceramah dengan memaparkan video lucah palsu. Polis telah mengesahkan bahawa video tersebut adalah palsu dan melarang penyebaranynya.

Malangnya si penceramah yang dipapar dalam video ini sedikit pun tidak rasa bersalah menyiarkan video tersebut malah dengan rasa banggga, angkuh dan riaknya.

Peliknya... tidak seorang pun makcik-makcik yang berasa malu menonton video tersebut. Tiada seorang pun bangun meninggalkan majlis sebagai tanda protes..

Gamaknya... malam tu bergasak sakan la laki bini yang menonton video tersebut ... wakaka



Sumber: wasukalu.com


  Tidak Mustahil Perlis jatuh Kepada Pakatan Rakyat Kali Ini
Posted on Monday, April 29 @ 12:27:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS



Kedatangan Tan Sri Muhyiddin, walaupun di kerah untuk hadir menyambutnya, tapi masih banyak kerusi kosong. Ini pertanda jelas rakyat dan rimas dengan UMNO.

Perlis sebelum ini tertinggal dalam agenda pembangunan. Rakyat negeri dipinggirkan setelah perebutan kuasa dalam UMNO @ BN di sana.

Kekayaan Perlis telah menjadi macam hak mutlak "puak-puak" dalam UMNO. Mereka membahagikan kontrak dan projek sesama mereka sehingga kontator Melayu yang tidak memihak mana-mana parti terpaksa berhijrah untuk mencari makan.

Tapi Perlis tidak lari daripada arus kebangkitan Rakyat. Rakyat diceruk mana di Perlis sudah sedar, pembangunan boleh dicapai jika pemerintah yang mengendalikan negeri Perlis adalah mereka yang amanah, jujur dan pentingkan rakyat.

Rakyat Perlis juga turut bangkit menolak UMNO @ BN. 


 Shahrir Samad pun tak mampu tarik pengundi Cina
Posted on Monday, April 29 @ 12:16:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh FS



Tak sampai 100 orang pengundi Cina dari Taman Century yang hadir dalam ceramah Tan Sri Shahrir Abdul Samad malam tadi. Shahrir adalah tokoh yang mantap antara yang lama menjadi YB. Malah dia pernah menang walaupun bertanding sebagai calon bebas.


Ceramah yang diadakah di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong dengan memberikan jamuan masih tidak mampu untuk menarik masyarakat Cina untuk hadir.

Shahrir yang sebelum ini mendapat majoriti 43,143 undi 'tertekan' keadaan sekarang yang mana rakyat mahukan perubahan. kekuatan sokongan sebelum ini tidak lagi menjamin untuk Shahrir boleh mengekal kerusi berkenaan.

Malah malam tadi sepatut Dato' Seri Musa Hitam hadir tetapi telah membatalkan disaat akhir. Ada juga sumber menyebut, kehadiran Musa Hitam hanyalah mainan sahaja untuk menunjukkan Dato' Seri Musa Hitam masih menyokong kuat UMNO @ BN. Ini kerana ada banyak cakap-cakap mengata Musa Hitam sekarang ini telah mirip kepada Pakatan rakyat.

Dengan kedudukan Shahrir yang tidak menentu, maka telah memberikan gambaran bahawa kedudukan UMNO sebagai kubu kuat di Johor juga tergugat. Tidak mustahil UMNO @ BN Johor akan terkubur pada PRU kali ini. 







 Wacana Ust.Kazim :PAS lari dari matlamat tetapi UMNO tidak
Posted on Monday, April 29 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum.

Ustaz Kazim Alias bersuara lagi, kali ini di Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13.Beliau antara lain berkata PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam.Beliau turut berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya, beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata. seiring dengan itu, Ustaz Kazim melepak di markas UMNO kerana menurut ustaz Kazim cuma UMNO tidak berubah.

UMNO konsistan dalam menyatakan ideologi pragmatismanya.Inilah yang menyebabkan Ustaz Kazim mengalih sokongan kepada UMNO yang tidak pernah berminat sejak dulu, kini dan selamanya untuk memperjuangkan Islam apatah lagi yang melibatkan isu akidah umat Islam.UMNO cuma berminat untuk turun padang apabila ada gelombang rakyat atau umat Islam untuk membela sesuatu isu yang berkait Islam.Itu hanyalah sekadar kosmetik sahaja, sekadar memperlihatkan UMNO prihatin kepada isu ugama.

Perlakuan UMNO ini menarik hati Ustaz Kazim dan kerana UMNO tak pernah berubah, sentiasa menggunakan senjatanya ia itu RM(bukan Rosmah Mansur), maka Ustaz Kazim menjadi berminat dengan UMNO sambil mendakwa pula PAS sudah berubah.

Ustaz Kazim malah sanggup berkata UMNO adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'(sambil hatinya berlagu, berapa aku dapat hari ni?). "Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Perbaiki yang mana rosak, perbaiki yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita,” katanya.

Ustaz Kazim sanggup auta rakyat kerana UMNO tak pernah berubah.Ustaz Kazim sanggup berkata PAS berubah kerana tidak lagi menghiraukan isu akidah umat Islam tetapi dalam masa yang sama UMNO yang tidak pernah berubah memberi masalah besar kepada akidah umat Islam kerana menolak hudud dibela oleh ustaz Kazim walaupun UMNO yang jelas buruk dan busuk ini.

Ustaz Kazim menyatakan beliau turut perjuangkan penyatuan PAS dan UMNO tetapi kenapa Ustaz Kazim masih lagi berpihak kepada UMNO dan menuduh PAS yang berubah? Inikah orang yang mahu menyatukan PAS dengan UMNO?

Maaflah Ustaz, anda sudah tidak boleh dipercayai lagi!"


 DAP, Tolong "Luku" Kepala Mamat Ini!
Posted on Monday, April 29 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Dunia Cacamarba

Aduhai, semakin dekat PRU, semakin banyak pemimpin PR yang bertelagah berkaitan dengan pelbagai isu yang sebelum ini gagal mencapai kata sepakat!

Seperti yang kita maklum, dalam isu-isu tersebut mereka sebelum ini mengambil pendekatan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju. Jadi apa masalahnya lagi? Saya sudah komen panjang di sini. Tidak perlulah diulang tayang di sini.

Tidak cukup dengan pemimpin-pemimpin utama PAS dan DAP bertelagah tentang isu hudud dan negara Islam, pemimpin DAP di Johor pula mengeluarkan kenyataan agar ahli DAP tidak mengundi PAS dalam PRU13 nanti. Baca di sini.



Apa masalah dengan mereka ini? Tumpuan harus diberi untuk menumbangkan BN dan UMNO. Yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ialah menerangkan manifesto bersama PR dan membongkarkan salah laku serta pecah amanah yang dilakukan oleh pemimpin BN, namun mereka bertelagah sesama sendiri sehingga merosakkan agenda rakyat untuk menumbangkan BN dan UMNO.

Dalam hal ini, TM respek dengan pemimpin PKR yang cerdik berpolitik tatkala PRU13 semakin hampir. Janganlah mereka mencontohi pemimpin DAP dan PAS yang tidak belajar daripada kesilapan yang lalu.

Komen LGE:

Guan Eng serah pada DAP Johor isu Fernandez

[MK] Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyerahkan kepada pemimpin parti negeri Johor untuk mengenakan tindakan ke atas timbalan pengerusi DAP negeri Norman Fernandez yang menimbulkan kontroversi melalui kenyataannya agar pengundi tidak memilih PAS.

"Itu pandangan peribadinya, ia tidak mewakilil parti,” kata Lim dalam sidang media selepas melawat Taman Jawi Jaya hari ini.

"Kami akan serahkan kepada DAP Johor untuk menanganinya,” tambahnya.

Fernandez dalam satu tulisan di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas.

Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan “pendirian unilateral” parti tersebut dan “keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat”.

Sumber: duniacacamarba.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan