Isnin, 29 April 2013

JANGAN DIAKHIRAT FRUST MENONGGENG SEBAB JAHAT ATAU BERSUBAHAT DENGAN ORANG2 JAHAT LAGI PENIPU

UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan pasir!!
Posted on Monday, April 29 @ 17:18:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh FS



Kesian kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir punya angkara!!



PPD Bachok makin melampau, jadi budak suruhan Umno!
Posted on Monday, April 29 @ 17:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokjanggut1

"

Nama Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Saupi Majid atau dikenali juga sebagai Saupi Mak Mon Tinggi, agak popular di Bachok, Kelantan. Malah namanya sebaris nama Ketua Bahagian Umno Bachok, Dato' Dr Awang Adek Hussin.

Saupi Majid popular bukan kerana memberi sumbangan besar kepada pendidikan, tetapi kerana menjadi budak suruhan Umno pada tahap "menjolok mata" dan melampau di seluruh Bachok. Dia sendiri, dalam ucapannya di mana-mana majlis, nada dan isinya sentiasa mengalahkan segala "bapak Umno" yang ada.


Malah, anak kelahiran Beris Tengah ini, jika anda tidak kenal dan tidak tahu apa jawatan dan tugas hakikinya sebagai PPD, akan menyangka dia sekurang-kurangnya ketua bahagian Umno atau ketua perhubungan Umno negeri!

Banyak sangat yang tidak kena dengan sosok tubuh bernama Saupi Majid ini. Dia adalah pegawai kerajaan yang gajinya dibayar oleh rakyat (nota: penyokong Umno tidak faham frasa ini kerana mereka menyangka Umno dan kerajaan itu dua entiti sama dan gaji kakitangan awam dibayar oleh Umno - di sinilah terletaknya kebodohan penyokong Umno!)

Mengenai Saupi Majid - sudah banyak sangat cerita terlampau mengenai sosok tubuh anak Mak Mon Tinggi ini. Daripada soal paksaan terhadap guru-guru di daerah Bachok menghadiri program Umno (dengan berselindung di sebalik program PPD), paksaan menampal stiker T (baca: stiker tipu, tongong dan t...) hinggalah kepada soal pertukaran guru disebabkan percanggahan sokongan politik.

Ukurlah dari persepktif ilmu mana sekali pun sama ada ilmu demokrasi yang diajar oleh barat atau yang diajar oleh Islam, tindakan sosok tubuh bernama Saupi Majid dan gerombolannya di PPD Bachok amat tidak kena dan tidak wajar sama sekali. Lainlah jika orang yang melakukan kerja buat sebegini memang tidak berilmu tetapi masuk universiti dan menjadi pegawai kerajaan kerana meniru ketika peperiksaan! Saya percaya Saupi Majid tidak meniru ketika peperiksaan, tetapi hatinya sudah buta dek ketaksuban terhadap Umno!

Semaklah dalam mana-mana ilmu sains politik yang diajar di mana-mana pelosok dunia sekali pun, kerja buat Saupi Majid dan awak-awaknya di PPD Bachok, adalah satu pendekatan politik baru yang belum ada dalam mana-mana buku atau jurnal yang ditulis oleh mana-mana sarjana. Justeru, jika ada mana-mana pelajar sains politik yang berminat membuat kajian dan mengharapkan satu "research findings" yang unik, silalah ke Bachok untuk membuat kajian. Usaha anda akan berbalaoi :).

Bagi Saupi Majid, titah paduka Umno mesti dijunjung dan direalisasikan. Bagi Saupi Majid, matlamat menghalalkan apa juga cara. Tidak kiralah sama ada caranya jahat atau tidak bermaruah, matlamat memenangkan Umno menjadi 'fardu ain' yang mesti dilaksanakan oleh PPD menantu kepada Tok Imam Saari ini!

Dalam usaha melaksanakan "fardu ain" inilah Saupi Majid telah melanggar terlalu banyak hukum moral dan peraturan manusia bertamadun.

Terbaru, Saupi Majid, atas nama program pendidikan kononnya, mengerah ibu bapa di seluruh daerah Bachok menghadiri satu program yang turut dihadiri semua empat calon Barisan Nasional (BN) Bachok, iaitu calon BN Parlimen Bachok (Dr Awang Adek), calon BN DUN Perupuk (Muhammad Zaidi), calon BN DUN Tawang (Mohd Zain) dan calon BN DUN Jelawat (Dr Ilias).

Mengikut aturcara majlis yang dilampirkan bersama surat yang diedarkan kepada ibu bapa di seluruh Bachok, semua calon BN ini akan berucap di majlis terbabit. (sila gambar yang dilampirkan). Apa kena mengena calon BN dengan program pendidikan? Nampaknya semua ilmu yang ada di dalam buku di mana-mana universiti tidak boleh "ngam" dengan kerja buat Saupi Majid.

Kepada Saupi Majid, anda dan Umno sebenarnya silap kerana menganggap semua rakyat masih bodoh untuk menilai kerja buat anda. Anda mungkin menganggap anda bijak, tetapi anda sebenarnya.... (kata Nabil - lu pikirlah sendiri).

Sedarlah bahawa Allah sedang melihat kerja buat anda dan takutilah kerja buat Allah kerana kerja buatNya amat halus dan berseni sehingga anda tidak mampu menelah bila ia akan menimpa anda! 

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), terutama di Bachok, jika PR berjaya memenangi Putrajaya, pastikan Saupi Majid "disekolahkan semula" selepas PRU13 nanti! Kita bukan berdendam, tetapi Islam juga menganjurkan kita memberi pengajaran jika ada mana-mana ahli masyarakat berbuat onar serta menyanggah hukum moral itu sendiri! Takbir! 


 Respon kepada kajian UMCEDEL di Sinar Harian Online pada 27 April 2013
Posted on Monday, April 29 @ 14:54:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh UMCEDEL


Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh UMCEDEL berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang disiarkan dalam www.sinarharian.com.my online pada 27 April 2013.



Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh pemberita daripada dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian yang kami jalankan.


Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:
1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi merujuk kepada keseluruhan komponen samada jumlah penduduk negara atau jumlah pengundi. Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja. 
2. Pemilihan responden seramai 1407 adalah mewakili keseluruhan komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur, lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan. Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa seperti MORI, YouGov dan Gallup. Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang hampir sama.  Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.
3. UMCEDEL adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli UMCEDEL termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa,sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya. Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik. 
4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui media semata-semata.
5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian kami. Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali.

Sekian.

Sekretariat UMCEDEL
27 April 2013

Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-ansi-language:EN-MY; mso-fareast-language:EN-US;} 


 Khalil Idham Lim: Saya sihat, Doakan saya terus sihat
Posted on Monday, April 29 @ 14:40:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Berhubung dengan tersebarnya berita yang mengatakan saya tidak sihat yang tersebar di beberapa media, dengan ini saya suka untuk memberi kenyataan media seperti berikut :-

Kenyataan ini adalah melengkapi jawapan dan kenyataan saya dalam akhbar Sinar Harian dan akhbar Cina.


1. Dengan ini saya mengulangi penafian bahawa saya sakit dan sedang berubat. Sesungguhnya saya Alhamdulillah pada masa ini diberikan kesihatan yang baik .2. Dengan ini juga saya menafikan sebarang khabar angin yang mengaitkan dengan saya terkena sihir dan sedang berubat. Berita itu sama sekali tidak berasas.
3. Saya menasihati semua pihak untuk memeriksa dahulu berita yang diterima mengenai saya sebelum ianya disebarkan.
4. Namun saya memandang positif atas berita tersebut dan ianya menandakan pengundi di Parlimen Kuala Kangsar ambil peduli dan cakna atas kehadiran saya sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat.
5. Selain itu saya mohon restu dan doa berterusan dari seluruh penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dan dari seluruh rakan kenalan dan seluruh warga Kuala Kangsar dari semua lapisan masyarakat, supaya saya terus sihat walafiat, sabar dan terus berkerja dengan gigih tanpa rasa penat dan jemu bagi menggalas amanah besar bagi mencipta sejarah dalam PRU ke 13 ini.
6. Selepas penafian ini saya berharap seluruh petugas PAS dan PR menumpukan sepenuh tenaga bagi memanfaatkan masa kempen yang berbaki bagi memenangkan calon-calon kita.
7. InsyaAllah segala usaha gigih yang kita curah dalam bentuk tenaga, fikiran dan wang ringgit akan dinilai oleh Allah dengan ganjaran pahala yang berganda.
Kenyataan Media 29 April 2013.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Calon P067 Kuala Kangsar

 Pesanan Calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam Musa
Posted on Monday, April 29 @ 14:37:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: matuse68

"

Salam buat pengundi dari kalangan penjawat awam..  Saudara-saudari yang dikasihi..

Saya mendapat makluman dan aduan ugutan terhadap kakitangan awam atau civil servant yang mendakwa diugut orang-orang BN di Putrajaya kerana mereka semakin takut dengan sokongan rakyat terhadap calon PAS.

Saya merujuk hal ini kepada bekas Presiden Cuepacs, Dato' Nordin Abdul Hamid, yang pada pandangan beliau mengatakan, sekiranya ada mana-mana civil servant yang dipaksa atau yang diugut, bawalah kepada pengetahuan kesatuan di pejabat masing-masing.

Supaya kesatuan boleh membawa isu ugutan itu kepada Cuepacs dan juga boleh dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan kerana ugutan itu adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bercanggah dengan pekeliling perkhidmatan awam

Saya sendiri mendengar desas-desus pihak tertentu mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan, antaranya hendak mengeluarkan dari kuarters sekiranya mengundi PAS.

Saya berharap dan berpesan..supaya semua kakitangan dan pegawai, jangan sesekali takut.

Kerana pada pertandingan kali ini, pada waktu bermula kempen ia menunjukkan kedua-dua pihak boleh menang. Ianya 50:50.

Tetapi hari ini kita Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan boleh menang. Oleh itu, saya menasihatkan semua kakitangan dan pegawai yang diugut, supaya merekodkan dan menyimpan ugutan yang dibuat.

Selepas itu, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, kerajaan baru dibentuk, kita boleh mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai yang menghalang, yang mengugut, menakut-nakutkan atau yang menekan kakitangan awam daripada mengundi parti lain selain BN.

Jadi, kita yakin, kita akan usahakan satu instrumen tindakan disiplin ke atas mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan BN.

Nasihat saya kepada semua pihak dalam kerajaan supaya 'STAY NEUTRAL'. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan kedudukan kerana implikasi serta risiko untuk mereka diambil
tindakan disiplin terbuka luas. Dalam pertarungan 50:50 seperti sekarang, semua pihak harus berhati-hati.

Namun begitu, saya yakin kakitangan kerajaan..berani membuat perubahan. Lebih-lebih lagi memang tiada nombor siri pada kertas undi. Jadi memang imposible, very unlikely untuk pihak-pihak tertentu trace siapa undi siapa. Sudah tiga kali pilihan raya, 1999, 2004 dan 2008, sehingga kini tidak ada sesiapa pun kakitangan awam yang mengundi parti selain BN, dikeluarkan dari kuarters.

Walaupun kakitangan awam sering diperangkap dengan budaya ketakutan, saya memohon kepada mereka untuk berani hanya pada satu minit sahaja..iaitu ketika hendak mengundi. Mereka harus brave just in one second while voting, bagi memilih calon PAS dari Pakatan Rakyat.

Terima kasih.Info Terkini Layar: INI KALILAH.
INI KALILAH!!!.

Bukan Sahaja Video Lucah Ditayang Semasa ceramah, UMNO Turut Edar CD Lucah!
Posted on Monday, April 29 @ 14:32:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjagaKubur
Oleh FS



Ahmad said sebelum ini mengatakan bahawa dia melarang orang bawahannya untuk berpolitik secara kotor. Nasib baik Ahmad Said tak bersumpah laknat bahawa dia melarang. Kerana itu sekadar cakap politik.

Dalam ceramah, malah secara terang-terang Penyeleras Dun di Terengganu di bekalkan CD Video Lucah yang melibatkan Cikgu Pa dan Anwar ibrahim diedar.

Bagaimana DVD ini boleh berada dalam kuantiti yang banyak? Siapa yang mencetaknya? Itu kena tanya UMNO Terengganu yang mana Ahmad Said adalah ketua Jentera Pilihan Raya BN Terengganu. 


 Untuk anggota polis : Jangan biarkan rakyat frust menonggeng!
Posted on Monday, April 29 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,..

Dalam dua tulisan saya yang lalu, saya ada menyentuh sedikit mengenai peranan yang patut dipegang oleh anggota POLIS di hari mengundi. Kali ini saya ingin membuat seruan khusus kepada anggota POLIS agar lebih komited untuk memelihara kedaulatan negara dari dicerobohi lagi oleh warga asing.

Gelombang kemenangan PR sudah kelihatan di seluruh negara dan kalau gelombang ini bertukar kepada kekalahan angkara pendatang Bangla, Nepal dll maka akan berlaku peristiwa frust menonggeng di kalangan majoriti rakyat tanpa mengira bangsa dan ugama. Peristiwa frust menonggeng ini pula boleh mencetuskan amukan rakyat yang mungkin dasyat dan tidak boleh dibendung.

Justeru ini, kita tidak boleh mengambil risiko ini walaupun UMNO sentiasa bersedia mengambilnya kerana mereka tahu POLIS akan menyebelahi mereka.

Oleh kerana penglibatan warga asing dalam proses pengundian negara adalah satu pencemaran maruah bangsa, dan POLIS yang sejak dulu dijadikan perisai oleh UMNO, maka saya dengan ini menyeru anggota POLIS sekelian agar tidak lagi membiarkan diri diperalat oleh UMNO. Kita bercakap mengenai maruah negara yang selama ini tidak dihiraukan UMNO. Kita tidak mahu peristiwa di Manila ketika Marcos dijatuhkan berulang di negara kita.

Untuk itu sekiranya anggota POLIS boleh berpihak kepada rakyat ketika hari mengundi mungkin kebimbangan ini dapat dielakkan. Ayuhlah anggota POLIS semua, insafilah apa yang suadara saudara hadapi di Lahad Datu, saudara sanggup berkorban nyawa demi maruah negara.

Tidakkah saudara fikir pengundi warga asing perlu dihalang seperti pengganas Sulu di Lahad Datu? Oleh itu sokonglah rakyat yang bangkit menghalang pengundi ini, bantulah ABU, NGO yang bersedia melakukan tugas menyelamat negara dari dikuasai oleh warga asing.

Untuk anggota POLIS yang pernah mengiringi hantu hantu di Terengganu pada tahun 2004 dan 2008 dulu, hentilah berbuat demikian. Kalau ada pengundi hantu yang perlu diiring, pastikan mereka tidak sampai ke tempat pembuangan undi, kalau nak letak di tempat pembuangan sampah, silakan.

Pengkianat negara perlu dihapuskan, pengkianat ini akan terhapus dengan sendirinya sekiranya POLIS menyebelahi rakyat. Kita tidak perlu melawan SPR atau majlis tempatan atau rela atau pertahanan awam sekiranya POLIS memainkan peranan membantu rakyat menangkap warga asing yang hendak mengundi.

Peranan POLIS sudah cukup untuk memudahkan rakyat melihat gelombang kemenangan tidak dicemari dengan penipuan licik UMNO.

Ayuh anggota POLIS sekelian, anda mampu mengubahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan