HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 24 Februari 2013
MACAM LAWAK AJE...ILMU MANTIK...PASAL KALIMAH ALLAH...MACAM ORANG AMBIK PALANG KRISTIAN MASUKKAN@LETAKKAN DALAM MASJID...PATUT ORANG ISLAM MARAH BUKAN ORANG KRISTIAN....GITU JUGA KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE...PATUT ORANG KRISTIAN MARAH...NI ISLAM MARAH TAK PE LAH PEMAHAMAN BERBEZA...MEREKA BERANI KALIMAH 'ALLAH' AJE TAPI TAK BERANI AMBIK 'ALIF LAM LAM HA'@الله
Manifesto Rakyat, kesukaran PAS dan polemik Haron Din
Ahmad Lutfi Othman,
23 Feb 2013
Manifesto Pakatan Rakyat bakal dibentangkan Isnin depan, sekali gus
memulakan kempen rasmi berdepan PRU13 yang paling sengit dan mendebarkan
itu. Berbeda dengan siri pilihan raya sebelumnya, yang menyaksikan
tawaran oposisi jarang diberi perhatian istimewa, kali ini ia
benar-benar dinanti dan akan dihalusi.
Sebelum ini, Buku Jingga,
yang dilancarkan lebih dua tahun lalu, mendapat reaksi yang luar biasa
hebatnya. Tawaran yang dikemukakan begitu memikat imiginasi masyarakat
umum, terutama melalui perincian 100 hari pertama pemerintahan Pakatan
selepas memperolehi mandat rakyat.
Tentu sekali pemimpin BN dan
media tali barutnya secara intensif melemparkan kecaman dan serangan
berterusan bagi memburukkan dokumen tersebut, namun ia menyumbang
promosi lebih menyeluruh terhadap tawaran Pakatan.
Kesan
positifnya, Buku Jingga menjadi sebutan dan perbincangan di mana-mana.
Pihak kerajaan, termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mengambil
jalan mudah - tanpa sanggahan berfakta - mendakwa negara akan bankrap
jika janji-janji Pakatan dilaksanakan.
Di kala Pakatan
mengemukakan hujah dan rasional, memberi fokus kepada isu-isu rakyat dan
polisi penting, BN masih bermain sentimen dan emosi.
Saya
percaya tumpuan umum pelbagai lapisan masyarakat akan terpusat kepada
pelancaran Manifesto Rakyat, 25 Februari, di Pusat Konvensyen Shah Alam
itu. Seluruh negara bukan saja mahu mendengar pakej tawaran baru tetapi
juga perincian dan justifikasi bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan
berkesan, termasuk fasa masa yang diperlukan.
Mengetahui orang
seperti Rafizi Ramli dan teman-teman baiknya dalam Pakatan, termasuk Dr
Dzulkefly Ahmad, yang bertanggungjawab merumuskankan draf akhir
manifesto, saya jangkakan strategis kempen BN pasti tidak senang duduk!
Berdasarkan
kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UMCEDEL,
tawaran-tawaran yang lebih spesifik, seperti janji menurunkan harga
minyak, janji pemansuhan PTPTN dan menyediakan pendidikan secara
percuma, dan janji penurunan harga kereta, dilihat boleh meningkatkan
sokongan kepada Pakatan.
Secara timbal baliknya, isu-isu
berkaitan integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN atau secara
khusus membabitkan kes-kes NFC, kegagalan mengawal kenaikan harga
barang. serta kelemahan dalam menguruskan ekonomi sehingga berlaku
peningkatan hutang negara, telah menarik perhatian responden sebagai
isu-isu yang boleh menjejaskan sokongan kepada BN.
Hal ini
bermakna, pengundi akan menilai dengan cermat dan teliti, sejauh mana BN
dan Pakatan, berusaha menangani isu-isu yang menyentuh langsung
kehidupan seharian rakyat. Dan antara kayu ukur awal ialah manifesto
yang bakal dikemukakan kedua-dua gabungan parti itu.
Kesan
tawaran Pakatan, misalnya berkaitan penurunan harga kereta, membuatkan
ramai menangguhkan hasrat mereka untuk membeli kenderaan baru. Apa pun,
rakyat lebih mengharapkan satu pelan menyeluruh ditampilkan, berkaitan
pelbagai segmen khusus, seperti rawatan kesihatan, agenda wanita,
peningkatan pendapatan isi rumah dan lain-lain.
Diharapkan
perdebatan tentang isu-isu yang real ini, daripada pembentangan
manifesto masing-masing nanti, dapat menenggelamkan (kalaupun tidak
menamatkan) polemik berterusan yang ditimbulkan Umno-BN, yang berlegar
sekitar sentimen perkauman, politik jahat, permainan emosi dan
seumpamanya.
Sebagai pengamal media yang sering membangkitkan isu
kebebasan, saya tertarik dengan jaminan Pakatan untuk "menghapuskan
semua undang-undang, yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan
suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan serta prosedur perlesenan media."
Sebagai rakyat
prihatin yang sentiasa mempersoalkan undang-undang rimba, seperti ISA,
saya teruja dengan janji-janji Pakatan untuk memansuhkan semua
undang-undang anti-rakyat, dengan langkah-langkah berikut:
"Semakan
menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip
keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat. Memansuhkan
semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama
pentadbiran Pakatan. Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk
mengukuhkan lagi hak rakyat. Kerajaan Persekutuan membebaskan dan
memohon maaf kepada semua tahanan ISa dari dulu hingga sekarang."
Semasa
Rafizi mengisi slot khas dalam retreat Jabatan Pengarang Harakah bulan
lalu, Pengarah Strategi KeADILan itu menimbulkan satu persoalan menarik,
iaitu bagaimana Pakatan menangani masalah rasuah dan korupsi yang
berleluasa sekarang, melalui satu pelan menyeluruh dan holistik.
Saya,
seperti majoriti rakyat lainnya, yang sudah muak dan jelak dengan
amalan salahguna kuasa, menarik nafas lega dengan cadangan Pakatan
memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), yang dijangka,
antara lain, merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan
sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar,
melibatkan kepentingan awam sekali gus membuang persepsi bahawa SPRM
hanya menumpukan kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan.
II.
Secara
jujur, saya melihat kegusaran mengenai kecenderungan pengundi Melayu
masih belum berjaya diatasi sepenuhnya. Ada pihak mendakwa, sepanjang
lima tahun terakhir ini, sokongan mereka kepada Pakatan, khususnya PAS,
tidak mencatatkan banyak peningkatan.
Saya tidak pasti apakah
ada sandaran kukuh terhadap kerisauan itu ketika semakin ramai
tokoh-tokoh masyarakat menyertai PAS dan banyak kawasan yang sebelum ini
dikenali sebagai kubu Umno telah ditembusi. Sekurang-kurangnya mesej
PAS dapat disampaikan kepada khalayak yang lebih meluas.
Memang
sikap over confident bahawa Pakatan mampu menerajui Putrajaya dalam
PRU13 mempunyai keburukan tertentu, sehingga membuatkan aktivisnya
memandang mudah dan alpa, tetapi kebimbangan dan ketakutan tanpa asas
kemungkinan orang Melayu tidak bersedia berubah, juga perlu dielakkan.
"Dalam
sejarah lebih 60 tahun penubuhannya, PAS kini berada pada tahap paling
kukuh," kata seorang penganalisis politik. "Walaupun kerusi Parlimen
yang dimenanginya kurang sedikit daripada 1999, tetapi sokongannya
tambah merata termasuk di Johor. Malah ramai personaliti terkemuka lebih
berminat mendekati PAS, terpulang kebijaksanaan pemimpin utama untuk
mengolahnya, " tambahnya.
Cuma, PAS kini terpaksa bertembung
langsung dengan Umno, parti utama dalam BN, yang menguasai seribu satu
sumber kekuatan. Namun begitu, Umno juga dalam proses pereputan, natijah
pelbagai jenayah besar sejak merdeka.
Proses urbanisasi,
fenomena langit terbuka, peningkatan tahap pendidikan dan pembesaran
kelas menengah dikatakan faktor memperkukuhkan pengaruh Pakatan,
termasuk PAS. Semakin rakyat bermaklumat dan berilmu, mereka kian
menjarakkan diri dengan Umno-BN.
Saya akui kerap mengingatkan
penggerak Pakatan, khususnya PAS, agar usah meremehkan pengaruh
propaganda bagi mengekalkan kuasa BN yang disebarkan melalui media
tradisi seperti Utusan Malaysia dan TV3.
Ia bertujuan untuk
mencabar dan menyemarakkan lagi usaha penerangan dan penjelasan ke
seluruh pelosok, seperti kampung tradisi dan penempatan Felda. Minda
Melayu yang terjajah dan terkepung itu harus dibebaskan.
Sebenarnya
dakyah Utusan dan TV3 tidaklah terlalu sukar untuk dipatahkan. Edaran
akhbar itu pula semakin merosot dengan ketara, manakala siaran Buletin
Utama TV3 sering dipersendakan, seperti kes "Himpunan Shamsidar", apatah
kredibiliti sumber beritanya cukup rendah.
Oleh itu, bukan hanya
media baru perlu ditingkatkan wilayah pengaruhnya ke segenap ceruk
rantau, malah akhbar alternatif, seperti Harakah dan Suara Keadilan,
perlu sampai ke setiap rumah pengundi Melayu. Biar mereka dapat membuat
penilaian dan penghakiman sebaiknya. Malang sekali, sehingga kini,
jaringan pengedaran itu tetap terbatas.
Tidak dinafikan PAS
berdepan tugas paling sukar dan kritikal berbanding DAP dan KeADILan,
namun "semakin pekat malam, maka semakin dekatlah fajar menyinsing".
Begitu perit tribulasi dan berat kepedihan yang menimpa pemimpin dan
ahli-ahli parti selama lebih 60 tahun; PAS bukan saja bertahan tetapi
berkembang pesat.
Prinsip perjuangannya disanjung, akhlak dan
komitmen penggerak PAS dihormati kawan dan lawan. Justeru, benteng
pengundi Melayu-Islam yang dikatakan menjadi penyelamat Umno-BN pada
2008 tidak semestinya kekal kebal. Ia hampir roboh dan musnah.
Jadi
mengapa perlu gerun dengan parti bobrok yang bakal ditelan sejarah
itu? "Janganlah tindakan kita yang keliru, walaupun tanpa sedar, boleh
menyebabkan Umno dapat mengembalikan kekuatannya untuk terus
mempertahankan kuasa," ingatan seorang profesor sastera kepada saya.
"Harapan kami hanya kepada Pakatan, jangan sesiakan," tambahnya.
III.
Isnin
lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru
Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar
luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain
yang lebih penting.
"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS,
pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS
seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang
tertanya-tanya isu yang sama.
Kenalan rapat dari Alor Setar,
sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu, minta
bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".
Sambil
minum petang dan menikmati karipap panas, Dr Haron menegaskan: "Saya
pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah
atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya
tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.
"Tidak
terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam
menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah.
Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir hendak keluar PAS.”
"Malah
Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun
dan Parlimen dalam PRU13, walaupun saya daripada awal minta tidak
disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."
Dr Haron berkata,
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi
yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang
Empat), Rus'sele Eizan.
"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau.
Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja. Saya tolak tawaran itu. Mesyuarat
tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung
kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau,"
ujarnya.
Hukum Ejaan Kalimah Allah Dalam Tulisan Arab Atau Jawi
Salam alaik, merujuk kepada
surat khabar bertarikh 11.11.2011, saya terlihat ada perkataan Allah
Akbar (Jawi) pada setiap muka surat yang membuat pengucapan Hari Lahir
kepada Sultan Kelantan. Adakah keratan tersebut perlu dibakar dan
dihanyutkan @ tidak mengapa?
Nizam Rasdi, Johor.
Wa alaikassalam wbrt, saya akan menjawab sekadar mampu...
Berlandaskan kaedah menghukum dalam mazhab Syafi’e iaitu : الاصل الاشياء الإباحة حتى يدل الدليل التحريم (asal setiap perkara adalah diperbolehkan sehingga adanya dalil yang menunjukkan akan keharamannya).
Justeru itu, untuk mengatakan tidak boleh mesti ada dalil yang jelas
dan khusus tentang larangan perbuatan tersebut selagimana tiada maka ia
kekal diperbolehkan.
Firman Allah : "Sesungguhnya surat
itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (adalah seperti berikut):
`Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,” [An-Naml
ayat 30]
Dalam ayat tersebut jelas Nabi Sulaiman telah menulis Basmalah di dalam surat kepada Ratu Balqis yang saat itu masih kafir.
Jika dilihat kepada perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri juga
memerintahkan untuk ditulis Basmalah dalam surat perjanjian tersebut.
Malahan kedapatan banyak lagi surat Rasulullah SAW yang dihantar kepada
An
Najasyi di Habsyah dll untuk menyeru mereka memeluk Islam, di mana dalam
surat-surat baginda pastinya ditulis Basmalah dan Muhamad Rasulullah.
Bahkan cop mohor baginda juga diukir dengan lafaz Muhamad Rasulullah.
Jelasnya Rasulullah
yang paling kasih pada Allah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan
kemungkinan mereka akan menghina kalimah Allah dalam ejaan Basmalah atau selainnya yang
ditulis dalam surat-surat tsbt sama ada penerimanya akan mengoyak atau
memijak surat tersebut.
Apapun terpulanglah kepada
masing-masing untuk mengambil sebarang langkah untuk lebih memuliakannya
walaupun tiadalah ia diperintahkan.
WALLAHU A'LAM..
~Soalan yang ditanya dalam wall fb Ustazthrash Mujahid~
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya
upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya
melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri
dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)
Persoalan Dan Jawaban Mengenai Ejaan Dan Cara Membunyikan Kalimah Allah .
S : Saya ada beberapa persoalan berkaitan lafzul Jalalah. Mohon diperjelaskan
1. Apa hukum mengeja kalimah الله dengan cara ejaan rumi yang berbeza bunyinya dengan lafaz asal ?
2. Apa pula pandangan ustaz mengenai ejaan takbir 'Allah hu akbar' dan 'Allahu Akhbar' ?
3.
Bagaimana pula berkenaan perbezaan bunyi sebutan lafaz الله yang
disebut oleh golongan mamak (maaf) iaitu bunyinya " Al-laah "?
J
: Sekadar mampu. Sekalipun dalam bahasa Arab, cara ejaan dan cara
membunyikannya adalah sesuatu cabang ilmu yang berbeza walau keduanya
berkait rapat. Dalam ertikata lainnya, bunyi kalimah Arab yang sebenar
tidak dapat disahkan secara tepat melalui ejaan melainkan setelah
dibunyikan. Jadi untuk menentukan benar atau tidak sesuatu sebutan Arab,
sila dapatkan musyafahah daripada guru yang mursyid.
1- Secara
umumnya di Malaysia dan di Indonesia ada beberapa kaedah ejaan rumi pada
kalimah الله yang ditulis secara tunggal iaitu samaada (1) AlLah /
Allah / Allaah. Yang kurang mashur - (2) Alloh dan (3) Olloh .
Ringkasnya
pula, apabila dieja secara bersambung dengan kalimah lain, maka
kebiasaan dalam ejaan rumi di Malaysia dieja 'LAH' dan ejaan yang
sebegini juga diamalkan di Indonesia. Namun di sesetengah pasentran dan
universitas Indon, ditetapkan hanya jika sebelum lafaz Allah itu
kalimahnya berbaris kasrah. Dalam ertikata lain jika sebelum lafaz Allah
ada kalimah lain berbaris fathah atau dhammah maka dieja sebagai 'LOH'.
Ini
sebenarnya khilaf pada ejaan rumi dengan tujuan untuk menepati bunyi
bacaan yang disepakati para ulama Qiraat berkenaan hukum 'alif lam pada
kalimah lafzul Jalalah' dan pada huruf lam lafzul Jalalah yang disentuh
pada bab tarqiiq wa tafkhim di dalam ilmu tajwid.
Manakala ejaan
selain di atas (seperti Owoh/Ow'oh atau lain-lain) adalah menyalahi
kaedah penulisan lafaz Al Jalalah dan ia tidak akan melahirkan bunyi
yang dikehendaki syara'.
2- Berkenaan dengan ejaan takbir (الله
اكبر) yang ditanya, ianya jelas berselisihan dengan ejaan penulisan para
ilmuan Islam. Bahkan ia boleh menambahkan lagi kekusutan pembaca yang
masih tidak mahir dalam membunyikan kalimah Arab dengan betul. Ejaan
'Allah hu akbar' adalah salah kerana seolah-olah huruf ha' tersebut
bertasydid ( هّ ). Manakala ejaan Allahu akhbar pula adalah kerana 'kh'
adalah mewakili huruf خ. Yang sebaiknya adalah AlLaahu Akbar.
Di
sini juga saya mahu menekankan perkara yang sangat perlu diambil
perhatian dalam mengeja kombinasi perkataan-perkatan Arab yang panjang
ke dalam ejaan rumi. Asingkan kalimah ejaan Melayu ikut cara kalimah
Arab melainkan pada huruf alif dan lam, supaya ejaan tersebut tidak
menghilangkan makna asal..
Sebagai contoh :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحي ويميت، وهو على كل شيء قدير
Contoh ejaan yang banyak salah :
( laa ilaa haa illawah huwah dahu laa syarikallah, lahulmul quwalahul hamduyuhi wayumi tu wahuwa a'la qulli syai in qodir )
Contoh ejaan yang baik :
( Laa ilaaha illlalLahu wahdahu laa syarikalah- lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa 'aala kulli syai-in qodiir)
3
- Membunyikan lafzul Jalalah adalah sesuatu yang telah ditetapkan.
Sengaja membunyikannya secara berbeza dari apa yang ditetapkan adalah
suatu dosa amat besar yang membawa kepada kekufuran kerana ia adalah
suatu bentuk penghinaan kepada kalimah yang paling mulia. Namun
dimaafkan kepada mereka yang mempunyai masalah thiqalah (berat)
pada menyebut kalimah tersebut sepertimana sebutan yang sebenar. Perkara
ini berlaku kepada kebanyakan bangsa India, Pakistan, Bangladesh dan
Nepal. Meniru mereka adalah tidak dibenarkan apalagi memperolok-olokkan
cara sebutan mereka.
Semoga diberkati usaha kita semua dalam memuliakan kalimahNya. Wallahu a'lam.
'UM
Pengertian Kafir Harbi
Dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar ramai sungguh yang
bersemangat mahu menuduh seseorang yang kafir itu sebagai kafir harbi
dan ramai yang penakut itu mengecop semua kafir yang ada di dunia ini
kafir zimmi... Apa sebenarnya semua ini menurut ajaran Islam? Ayuh
sama-sama kita renung-renungkan penjelasan di bawah semoga kita tidak
lagi mengotorkan kesucian Islam dengan kejahilan diri. InsyaALLAH semoga
kita diselamatkanNya.
Orang kafir di dalam syari'at Islam terbahagi kepada empat jenis atau
empat kumpulan, di mana keempat-empat golongan ini dinyatakan secara
jelas di dalam surah at Taubah :
1. Kafir zimmi atau zimmah, adalah kafir yang membayar jizyah (ufti)
yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan untuk membolehkan mereka
tinggal di negeri kaum muslimin (dengan aman). Kafir seperti ini tidak
boleh dianiaya dan apalagi dibunuh selama dia
masih mentaati/mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas
mereka.
Allah Ta'aala berfirman: Perangilah orang-orang yang tidak
beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari
kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah
dan RasulNya dan
tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu
orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka
membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (At-Taubah: 29).
Dalam hadis Al-Mughirah bin Syu'abah radhiyallahu 'anhu, beliau
berkata : Kami diperintah oleh Rasul Rabb kami Shallallahu 'alaihi wa
'ala alihi wa sallam
untuk memerangi kalian sampai kalian menyembah Allah satu-satunya atau
kalian membayar jizyah. (HR. Bukhari no. 3158).
2. Kafir mu'ahad, iaitu orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan
antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu
yang telah disepakati. Dan kafir seperti ini juga tidak boleh dibunuh
sepanjang mereka menjalankan kesepakatan yang telah dibuat.
Allah Ta'ala berfirman : Kecuali
orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan
mereka) dan
mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak
(pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap
mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah: 4). Lihat juga At-Taubah
ayat 7 dan 12.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Sesiapa yang membunuh kafir mu'ahad, dia tidak
akan mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan
empat puluh tahun. (HR. Bukhari no. 3166, 6914, An-Nasa'ie 8/25 dan Ibnu Majah no. 2686).
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Ingatlah, siapa
yang menzalimi seorang mu'ahad, merendahkannya, membebaninya di atas
kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa keredhaannya, maka
aku adalah lawan bertikainya pada hari kiamat. (HR. Abu Daud no. 3052.
Disahihkan oleh Syaikh al Albani
dalam Silsilah al Ahadits as Sahihah no. 445).
3. Kafir musta'man, iaitu orang kafir yang mendapat jaminan keamanan
dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin. Kafir jenis ini juga
tidak boleh dibunuh sepanjang masih berada dalam jaminan keamanan.
Allah Ta'aala berfirman : Dan jika seorang di antara orang-orang
musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya
ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat
yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak
mengetahui. (At-Taubah: 6).
Dalam hadis Ummu Hani' radhiyallahu 'anhaa, beliau berkata : Wahai
Rasulullah, anak ibuku (iaitu Ali bin
Abu
Thalib r.a) menyangka bahwa dia boleh membunuh orang yang telah aku
lindungi (iaitu) si Fulan bin Hubairah. Maka Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam bersabda : Kami telah lindungi orang yang engkau
lindungi wahai Ummu Hani'. (HR. Bukhari no. 357, 3171, 6158, Muslim no.
1370,
Abu Daud no. 2034 dan At-Tirmidzi no. 2132).
4. Kafir harbi, iaitu kafir adalah berbeza dengan tiga jenis atau
kumpulan di atas. Kafir jenis inilah yang
disyari'atkan untuk diperangi dengan ketentuan yang telah ditetapkan
dalam syari'at Islam. Akhir ayat 29 at Taubah menunjukkan kafir zimmi
sebelumnya adalah kafir harbi. .
Allah Ta'aala berfirman: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula)
kepada hari
kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah
dan RasulNya dan
tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu
orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka
membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (At-Taubah: 29).
Rujukan dan suntingan daripada - Meraih Kemuliaan Melalui Jihad ... Bukan Kenistaan. Penulis: Al Ustaz
Dzulqarnain bin Muhammad Sanusi. Penerbit: Pustaka As-Sunnah - Versi Indonesia.
Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang
menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada
mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak
akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)
Pada ayat ini Allah SWT memberi amaran bahwa orang-orang yang beriman
kepada Nabi Muhammad saw dan menganut agama yang dibawa baginda SAW supaya jangan
sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim; iaitu musuh-musuh kaum
muslimin yang selalu menyakiti mereka.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW), ummat Islam tidaklah boleh cenderung
untuk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat atau menjurus kepada
menyokong golongan yang zalim dalam menentang perjuangan Islam yang
dibawa oleh pewaris para anbiya yakni para ulama yang ikhlas dalam
menyampaikan dakwah dan berusaha menegakkan agama Allah. Jika perbuatan
sedemikian dilakukan ia bereti telah menempah azab seksa yakni
dicampakkan ke dalam neraka serta tiadanya pertolongan Allah sedangkan
Allah adalah satu-satunya tempat memohon pertolongan.
Berdasarkan kefahaman ayat di atas, jelas sekali cenderung (menyokong)
kepada kezaliman adalah sesuatu perbuatan yang di larang oleh Islam
apalagi mengambil seseorang yang zalim sebagai pemimpin kerana kezaliman
seorang pemimpin lebih besar mudaratnya kepada orang ramai. Mereka yang
memilih pemimpin yang zalim juga dikira sebagai orang yang zalim. Dalam
erti kata yang lain segala sokongan terhadap dosa si pelaku kezaliman
adalah satu pembabitan yang dihukumkan sama dosanya terhadap si
penyokong.
Barangsiapa
di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya
orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al-Ma'idah : 51)
Untuk lebih memahamkan firman-firman Allah di atas, sayugilah kita
memerhatikan dialog di antara si tukang jahit dengan seorang ulamak
silam yang terkenal iaitu Sufyan at Thauri.
Suatu ketika datang seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri , dia berkata :
Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?
Sufyan at Thauri menjawab : engkau bukan daripada kalangan penyokong
tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong
ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk
menjahit).
[al Mu'jam al Kabir]
Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah sejenis bai'ah
(pengakuan taat setia) yakni suatu jalan usaha untuk membentuk
pengagihan kuasa yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan
itu adalah dituntut oleh agama maka ia menjadi satu kewajiban yang
mesti ditunaikan oleh setiap kaum Muslimin. Jelasnya satu undi daripada
setiap orang dikira sebagai satu usaha untuk untuk melantik pemimpin
masyarakat dan negara yang dilihat memiliki ciri-ciri kepimpinan yang
dikehendaki Islam (berdasarkan penyaksian atau maklumat yang diperolehi
melalui sumber yang sah). Bukankah Allah mengambil kira setiap perbuatan
walaupun ianya sebesar zarah apakan lagi dalam hal sebesar ini.
Sabda Rasulullah SAW :
Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliyah. [Sahih Muslim : 3441]
dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah
diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan
mengadakan baginya jalan keluar.
(at Thalaaq : 2)
Selanjutnya Allah SWT menyerukan supaya kesaksian itu supaya diberikan
secara jujur, kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan bayaran, tanpa
memihak, sebagaimana firman Allah menjelaskan :
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah
kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena
Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri.
(An Nisa' : 135)
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada para hamba Nya yang
beriman agar menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan di
tengah-tengah masyarakat. Maka karenanya Allah SWT memerintahkan kepada
mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menyampaikan mereka
kepada keadilan itu, seperti: keadilan dalam memilih pemimpin yang adil (yakni berkelayakan).
Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut
syara' juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap
seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh
ayat di bawah, Allah SWT berfirman :
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan
bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(al Maa-idah : 2)
Maka berikrarlah sebagaimana yang diajari Allah kepada kita sepertimana dalam firmanNya :
dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian -kerana- Allah; sesungguhnya kami
kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa.
(al Maa-idah : 106)
Kesimpulan :
ISLAM AGAMA PENGHALANG!! Kerana itu ia dibenci oleh sekularisme.
Islam halang pemerintah itu mengenepikan Islam sebagai dasar negara
Islam halang pemerintah itu mengamal undang2 kejam ciptaan lord reid
Islam halang pemerintah itu menganggap amanah itu sebagai ghanimah
Islam halang pemerintah itu merampas hak rakyat yang patut dilindungi
Islam halang pemerintah itu memuliakan para penyanyi / tentera2 dajal
Islam halang pemerintah itu menganjurkan apa saja majlis-majlis lagha
Islam halang pemerintah itu bersikap diskriminasi terhadap agamawan2
Islam halang pemerintah itu menghalang apa saja usaha dakwah Islam
Islam halang pemerintah itu bersikap tamak haloba terhadap dunia fana
Islam halang pemerintah itu memakan rasuah kerana buruklah akibatnya
Islam halang pemerintah itu melagakan sesama rakyatnya kerana kuasa
Islam halang pemerintah itu dari melakukan pelbagai dosa lagi ..............
Islam halang pemerintah itu dari buat dosa apa lagi yer??? Jawablah......
Korang tolonglah sambung dan tambah pulak dengan sesedap iman .......
Sebagai muslim dan mukmin yang bertaqwa hendaklah menghindari perbuatan
mengundi bagi memenangkan mereka yang zalim. Dan perbuatan tidak
mengundi juga adalah seolah-olah meredhai mereka yang zalim untuk
mendapat kuasa memerintah.
Segala pertolongan daripada mereka yang zalim yang berbentuk duniawi
janganlah dijadikan alasan untuk menyokong mereka yang zalim itu kerana
ia tidak dapat digunakan untuk menebus azab seksa di akhirat.
Sesungguhnya hanya Allah adalah sebenar-benar penolong kepada kita. Ayuh
marilah kita mengundi demi memenangkan perjuangan Islam untuk
menegakkan keadilan dan kebenaran...
Ustazthrash Mujahid - P. Nahu
AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR ; Antara Cara² Mencegah Kemunkaran! Wajib diketahui & diamali..
Ada yang tertanya² adakah cara aku mengubah kemunkaran itu sah dari segi hukumnya?
Secara ringkasnya bukan aku atau sesiapa, namun benar atau tidak itu
terpulang kepada niat dan cara, biarlah kita benar pada niat dan
perbuatan.
Dalam hal ini berpeganglah kita semua pada hukum-hukum sebagaimana
terdapat di dalam hadis sahih, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh
Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abi Sa'id al-Khudri r.a, berkatanya, aku
telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda :
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia
merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika dia tidak mampu, maka
dengan lidahnya (secara lisan), dan jika dia tidak mampu jua, maka
dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak
meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam
Muslim]
Mahukah kita kekal tergolong dalam kalangan yang selemah-lemah imannya???
Untuk lebih menjelaskan suasana yang kabur apabila ramai yang berkata :
bahawa aku tidak mampu dan tiada penjelasan yang jelas dalam hadis di
atas yang menghuraikan ketidak mampuan itu sendiri pada tahap mana....
(jawaban pelepas diri).
Ketahuilah olehmu wahai saudara-saudara ku sekalian, Sheikh Dr Yusuf
Al-Qaradhawi dalam kitab Fataawa Mu'asyirah (m/s 687) memberi ulasan
akan hadis sahih di atas, beliau mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mesti mempunyai 3 syarat :
1. Perkara yang disepakati akan keharamannya (أن يكون محرمًا مجمعًا عليه).
Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga
dimaksudkan di dalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan
sunnah (seperti tidak berjanggut dan sebagainya) kerana ia tidak
dianggap melakukan mungkar. Perkara mungkar itu hendaklah mencapai tahap
haram. Kemungkaran itu tidak boleh didasarkan dari ijtihad masa, tempat
dan sebagainya. Perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' juga tidak
boleh dianggap mungkar. Kemungkaran itu hendaklah ianya jelas dan
terang, yang disepakati oleh semua Imam-Imam Islam.
2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang (ظهور المنكر )
Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan
umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat
pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar. Hal ini
dijelaskan didalam hadith diatas dengan perkataan : "barangsiapa melihat
kemungkaran". Hal ini menunjukkan kita mengembalikan kepada Allah swt
keatas mereka yang melakukan kemungkaran secara sunyi-sunyian,
sebagaimana hadith Nabi saw :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين
"Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka".
3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran (لتغيير المنكر بالقوة)
Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan
bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang
lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan..
Mencegah kemungkaran pula perlu melalui berapa peringkat. Di dalam Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah Jilid 39, ms. 127 menjelaskan bahawa :
تغيير المنكر له مراتب ، إذ يتدرج من التنبيه
والتذكير إلى الوعظ والتخويف ، ثم الزجر والتأنيب ، ثم التغيير باليد ، ثم
إيقاع العقوبة بالنكالوالضرب ، وأخيراً الاستعداء ورفع الأمر إلى الحاكم
"Mengubah kemungkaran dilakukan secara bertahap, progres dari menurut
tahap dari amaran dan peringatan, berdakwah dan menakut-takutkan,
memarahi dan berkeras, kemudian mengubahnya dengan tangan, kemudian
lakukan hukuman (punishment) dan pukulan, dan akhirnya mengumumkan sikap
kita dan membawa perkara tersebut ke mahkamah".
Kemudian lihat pula, al Qadhi Abu Bakar bin al Arabi dalam Ahkam al Quran 1/293, di mana beliau berbicara mengenai hadis di atas :
وقال القاضي أبو بكر بن العربي في ( أحكام القرآن 1 / 293 ) : وإنما
يبدأ باللسان والبيان ، فإن لم يكن فباليد - يعني أن يحول بين المنكر وبين
متعاطيه بنزعه عنه وبجذبه منه - فإن لم يقدر إلا بمقاتلة وسلاح فليتركه
وذلك إنما للسلطان ............................... انتهى.
"Hanyasanya ia (cegah munkar) dimulai dengan lisan dan penjelasan. Jika
tidak berjaya hendaklah dihentikan dengan tangan, jika gagal juga
dihentikan melainkan dengan memeranginya atau mengangkat senjata, maka
cegah munkar perlulah ditinggalkan. Kerana mengangkat senjata adalah hak
sultan/pemerintah".
Dakwah lembut, peringatan yang menakutkan, marah dan berkeras memang itu
lah yang aku selalu buat .. punishment & pukulan saja yang jarang
aku lakukan (selalunya anak murid je la!).. Apalagi nak angkat senjata,
bukankah tak boleh sebagaimana yang di katakan oleh al-Qadhi Abu Bakar
bin al-Arab dalam bicaranya di atas??
Dan sebagai contoh, aku mengumumkan kerja buat aku ni pada pihak yang
berwajib sebagai contoh kes hina ramadhan, aku lapor pada Penguatkuasa
Majlis Perbandaran dan Penguatkuasa Majlis Agama & catat dalam blog
ini untuk makluman manusia yang menghuni dunia tenet.
Amacam ..??? Renung² & fikir²kanlah di manakah tahap kita dalam hal ini!!
Kalimah Allah bukan hak esklusif Melayu Malaysia — Mohamad Radzwill Abdullah
January 15, 2013
15 JAN — Hanya orang Melayu Malaysia sahaja mengesklusifkan
kalimah Allah untuk diri mereka. Orang Islam ataupun orang Melayu
Indonesia tidak mengesklusifkan, orang Islam atau orang Arab tidak
mengesklusifkan, orang putih Islam tidak mengesklusifkan, orang India
Islam tidak mengesklusifkan. Hanya orang Melayu Malaysia sahaja
mengesklusifkan kalimah Allah untuk orang Islam Melayu Malaysia.
Benarkah orang Melayu Islam Malaysia mempunyai hak eksklusif penggunaan perkataan Allah?
Islam dikatakan tiba ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1303
masehi. Ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang,
Hulu Terengganu.
Catatan Batu Bersurat antara lain menyebut mengenai kaitan antara Islam, Rasullullah dan undang-undang Terengganu.
Batu Bersurat tidak terdapat langsung perkataan Allah.
Yang
menariknya apabila Islam tiba di Semenanjung (melalui catatan batu
bersurat itu), ianya tidak membawa Allah bersamanya. Ini kerana di
sepanjang tulisan batu bersurat itu walaupun menyebut kalimah Islam dan
Rasullullah, tidak terdapat langsung perkataan Allah.
Yang ada hanyalah Dewata Mulia Raya. Antara catatan tersebut antaranya:
1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Bukti tersebut menunjukkan apabila Islam tiba di Semenanjung Tanah
Melayu, mereka sendiri memilih untuk mengekalkan perkataan Dewata Mulia
Raya bagi Tuhan. Dewata Mulia Raya adalah satu kuasa ghaib Yang Maha
Agung, Yang Tiada Awalan dan Tiada Akhiran, Yang Mencipta segala isi
langit dan bumi.
Maka orang Islam dahulu sendiri memilih tidak mahu menggunakan
perkataan Allah kerana pada mereka, Allah merupakan perkataan Arab yang
membawa maksud ketuhanan yang sama seperti Dewata Mulia Raya.
Adakah ini menunjukkan orang Melayu zaman dahulu lagi menolak
ketuhanan Allah atau sebenarnya lebih bijak pemahaman dan
pengasimilasian budaya dan bahasanya?
Orang Melayu zaman dahulu tidak begitu gopoh mengambil pakai
istilah-istilah Arab kerana padanya terdapat istilah-istilah Melayu yang
cukup untuk menggambarkan ke’syumul’an Islam itu sendiri.
Maka kita dapat lihat perkataan Jannah, Jahannam, solah, musolla
tidak diambil kerana pada mereka sudah ada perkataan syurga, neraka,
sembahyang dan surau yang membawa maksud yang serupa.
Kesimpulannya, jika ingin menggunapakai konsep Islam Melayu adalah
berbeza dengan Islam Arab dan Islam Indonesia dan Islam di luar Malaysia
maka kita tidak seharusnya menggunakan istilah Allah kerana kita
sepatutnya menggunakan istilah Dewata Mulia Raya.
Jika kita mahu menghalang kaum lain atau agama lain menggunakan
kalimah Allah, maka mereka juga boleh menghalang orang Melayu Islam
Malaysia menggunakan kalimah Allah kerana, Islam datang ke tanah Melayu
menggunakan kalimah Dewata Mulia Raya. Sementara perkataan Allah telah
lama wujud sebelum kedatangan Islam dan kewujudan al-Quran dan Bible
(orang Kristian Arab menyebutnya sebagai Injil) telah menggunakan
kalimah Allah dalam kitab Bible Arabnya sebelum al-Quran memakainya. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Kalimah Allah Di Langit
Jika diamati, tertera tulisan kalimah Allah di langit yang ditunjukkan dalam bulatan
Tulisan kalimah Allah yang jelas kelihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biasanya saya mendengar cerita dan membaca berita di akhbar dan laman
web sahaja tentang langit yang tertera tulisan Allah (dalam bahasa
Arab/jawi).
Tetapi pada hari raya yang lalu saya berjaya merakam tulisan-tulisan
kalimah Allah di langit tersebut (lihat foto-foto di atas). Pada mulanya
saya tidak meyedari akan wujudnya kalimah Allah di langit di dalam
gambar tersebut. Sehinggalah saya publishkan di dalam intagram saya.
Seorang rakan saya kemudiannya memberitahu akan tanda tulisan kalimah
Allah di langit di dalam kedua-dua gambar tersebut. Subhanallah!!!
Tulisan kalimah Allah di langit pada gambar yang pertama agak kurang
jelas. Kecuali jika diperhatikan betul-betul. Namun pada gambar kedua,
tulisan kalimah Allah di langit itu memang nampak jelas. Anda boleh
lihat tulisan kalimah Allah di langit itu di dalam bulatan yang telah
saya bulatkan.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau
duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa neraka.” [QS Ali 'Imran 3:190-191]
Adakah kita melihat tanda-tanda sebegini dengan haya sekadar melihat
sebegitu sahaja. Itulah tanda-tanda yang secara terang-terangan Allah
zahirkan supaya kita berfikir tentang kejadian ciptaanNya. Dan
seterusnya mengakui dengan yakin akan keesaanNya. Lalu pengakuan tadi,
kita tunjukkan dengan ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang disuruh
olehNya disamping kita menghindari amalan-amalan yang dilarang.
Perbuatan ini (amar ma’ruf nahil munkar) bukan sahaja kita jaga untuk
diri kita, malah kita sebagai khalifah di muka bumi ini hendaklah
menyeru manusia lain.
Wallahua’lam. Semoga kita sentiasa diberi peringatan oleh Allah untuk
terus mengingatiNya dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang
lupa dan ingkar. Naudzubillah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan