Dibimbang jadi pendakwah sekular
Subky Latif, | 23 Feb 2013 |
Adalah dipercayai seruan dibuat bagi mengelakkan para dakwah memihak kumpulan politik yang bersaing untuk merebut pengaruh menegakkan kerajaan. Persaingan itu adalah kaedah yang dibenarkan oleh demokrasi dan demokrasi itu adalah yang terbaik selepas Islam.
Orang dakwah yang memihak sekalipun tepat dari kacamana Islam, sentiasa dianggap buruk oleh masyarakat yang tidak terbuka. Bagi orang pemikiran tidak terbuka berkecuali adalah yang terbaik.
Yang dibimbangkan dengan dai yang menjauhkan politik atau tidak terlibat dalam politik, boleh tergelincir dari kehendak Islam.
Tujuan manusia dicipta adalah untuk menjadi khalifah, satu tugas yang tidak diberi kepada jin. Jin untuk beribadat saja. Manusia untuk beribadat dan menjadi khalifah. Sebagai khalifah dalam solatnya ia berikrar, ‘Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah.’
Hidup itu meliputi semua gerak dan kegiatan selepas lahir hinggalah mati. Ibadat, solat, belajar, makan, kahwin dan lain-lain adalah kegiatan orang hidup. Antara yang terpenting dalam hidup itu ialah mentadbir kehidupan. Inilah politik.
Dan Islam sebagai addin pula hanya sempurna apabila ia meliputi politik. Jika politik dipisahkan daripada Islam, tidak lagi ia jadi addin. Jadilah Islam itu sebagai lain-lain agama yang memisahkan agama dengan politik. Itulah yang dinamakan sekular.
Sempurna Madinah sebagai model negara dan pemerintahan Islam kerana politiknya ditangan umat, Yahudi dan Nasrani tertakluk dengan peraturan politik pentadbiran Rasulullah SAW. Yahudi dan Nasrani tidak tertakluk kepada solat, ibadat dan dakwah Islam tetapi mereka tunduk kepada peraturan politik.
Agama dipisahkan daripada politik di Tanah Melayu setelah dijajah barat yang agamanya memisahkan politik dengan agama. Di situlah bermula ajaran sekular membelenggu umat Islam.
Bukan orang politik saja terbelenggu oleh fahaman sekularisma. Setengah jamaah Islam juga terbelenggu apabila berpendapat tiada politik dalam Islam dan bencinya pada politik itu kerana sifatnya yang kotor.
Politik itu asalnya bersih dan suci sama seperti sucinya Islam yang dibawa sejak Adam AS hingga Rasulullah SAW. Tetapi ada Anak Adam yang mengotorinya hingga wujud ajaran sesat dalam Islam. Demikianlah politik itu kotor kerana kotori oleh orang politik termasuk orang Islam yang berpolitik tidak berpolitik seperti yang dianjur Islam.
Pendakwah yang mengira tiada politik dalam Islam itu telah memisahkan politik daripada Islam. Apa lagi kalau ia bukan sekular.
Dalam pertembungan politik sesama Islam antara yang menjadikan Islam sebagai garis politik dengan yang tidak menganut politik Islam, cerdik pandai Islam tidak suka politik termasuk politik menyarankan agar pendakwah berkecuali daripada isu politik. Kata Ayatullah Khomeini, ulama dan dai yang tidak berpolitik ini adalah ulama dan dai haid dan nifas.
Orang Islam dibenarkan berkecuali jika dia tidak dan keliru atas satu-satu isu. Kewajipan orang Islam ialah mengkaji dan menyelidik apa-apa yang dia tidak tahu supaya dia tahu dan yang keliru keluar dari kekeliruan. Sesudah dia tahu dan tidak keliru lagi, tidak boleh lagi dia berkekcuali. Dia mesti memihak kepada yanag benar.
Allah kutuk orang yang menyembunyikan kebenaran. Mengapa Yahudi dan ulamanya dilaknat ialah menyembunyikan kebenaran.
Orang Islam tidak boleh lari dari ciri tugas khalifah atau menjauhkan diri daripada politik Islam. Jika dia tidak mahu jadi aktivis politik, dia mesti tunduk dan bersama dengan politik Islam.
Kebimbangan kita ialah penyeru kepada dai tidak terlibat dalam politik terperangkap dalam propaganda kaum sekularis.
Muhasabah buat umang-umang dalam jamaah
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi, | 23 Feb 2013 |
Rehlah ‘bergenre' seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi. Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta, meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya, rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa.
Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan. Saling memahami malah saling melengkapi. Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah, tanpa silu diperbetul dan dipandu. Indah! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita.
Tetapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi. Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya. Saat perlu ia hadir, saat buntu ia mampir. Susah kita resah dia, sakit kita letih dia, sukar kita payah dia, senang kita tenang dia, bahagia kita gembira dia. Demikianlah indahnya bersahabat.
Namun, ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita, justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita. Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat-buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita. Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat.
Lebih malang, kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan, segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit. Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening. Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang.
Sahabat saya kata, orang macam ini tidak ubah seperti umang-umang. Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah (cengkerang) siput atau kerang itu akan diambil setelah ia dibunuh. Hal ini lebih jelas lagi keyakinan kita jika kita menonton tabiat spesies umang-umang ini di siaran National Geographic, BBC Discovery dan sebagainya.
Saya tidak pernah melihat secara "real" umang-umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang-umang itu saling tidak tumpah milik spesies siput atau kerang. Firman Allah Taala, bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Surah an-Naml : ayat 69)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Surah Rum : ayat 42)
Harapannya tiadalah sahabat-sahabat ku menjadi umang-umang atau tidaklah pula aku menjadi umang-umang kepada sahabat-sahabatku. Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan. Hanya melalui rehlah dan mukhayyam, persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi. Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat.
Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda. Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita, jauh ke tengah pulau yang tiada liputan telefon untuk dihambat oleh wartawan, tiada pula bot yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah. Kita sesama kita, hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun dua atau tiga hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang.
Sungguh indah hari-hari yang dilalui dengan ketenangan. Kemudiannya menjadi modal dan tenaga baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh-musuh Islam, lalu menjulang panji perjuangan.
http://blog.tarbawi.my
PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin
Harakahdaily, | 24 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemangku
Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam
satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.
PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.
"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.
"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.
Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.
PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.
PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.
"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.
Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.
.:: Notis Utama ::.
DANA PILIHAN RAYA TKO
Sesiapa yang ada wang lebih, boleh memberikan sumbangan kepada kami untuk persiapan pilihan raya ke-13 melalui akaun maybank2u bernombor 163082030984 di atas nama Zulkfly bin Abdullah. Sebahagian daripada wang tersebut kami nak beli 'kuda perang' yang canggih kepada pertugas kami. Sila masuk ke http://www.maybank2u.com.my/
3/2/2013 - Semalam (Sabtu 2/2/2013) pihak kami telah menerima sumbangan daripada beberapa orang pengunjung iaitu sebanyak RM10, RM100, RM50 dan RM20. Terima kasih.
Feeds RSS TKO - http://www.tranungkite.net/v12/backend.php
Benar sekali, ada melayu jenis katak bawah tempurung di Terengganu.
Posted on Sunday, February 24 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: notan
"
Assalamualaikum,, Meneliti ucapan Najib di Terengganu kelmarin, membaca respon respon berkaitannya, melihat liputan liputan TV serta mengkaji tindakan Mahasiswa berkumpul di luar resort tempat Najib bermesyuarat serta mengimbas kembali keenakan rakyat Terengganu yang lebih dulu menerima wang batuan ala BRIM dengan nama wang ehsan dan dana khas dulu, saya bersetuju dengan beberapa pendapat yang mengatakan adanya sejenis melayu di bawah tempurung di Terenganu, baik yang tinggal di kampung kampung pendalaman atau di bandar bandar, yang kerja secara kampung atau yang pegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Melayu jenis ini sukar untuk diubati, sukar untuk diajak berbincang atau membincangkan fakta sebaliknya mereka tetap dengan pendirian subsistance mereka, menerima apa saja yang disampaikan oleh manusia licik yang bernaung dengan UMNO.Saya juga boleh bersetuju dengan fokus yang mengatakan kalau UMNO kalah di Johor, barulah UMNO akan kalah di Terengganu.
Untuk beberapa PRU, Terengganu sudah mendahului apa apa kejadian yang dilapurkan berlaku di negeri negeri lain sekarang ini.Isu membakar markaz, bendera dan seumpamanya sudah berlalu di Terengganu.Perang bendera sudah lama rancak di Terengganu sehingga sekarang ini menjadi sejuk, sedangkan di beberapa negeri lain, baru berlaku sekarang.
Pengundi hantu sudah lama wujud di Terenganu waima sebelum PRU11 lagi, penanda kepada kemasukan hantu secara besar besaran dan terang terangan.Kita di Terengganu sudah menyaksikan bagaimana pusat latihan belia dan bomba digunakan menyimpan hantu, sudah melihat fenomena pergerakan bas bas yang luar biasa, sudah melihat bagaimana polis bersenjatakan M-16 mengawal bas bas yang membawa pengundi hantu, sudah melihat penjara terbuka turut digunakan untuk memuja hantu, sudah melihat ambulan ambulan digunakan untuk mengangkut hantu ke pusat mengundi, sudah melihat bas bas sani express turut digunakan untuk membawa masuk hantu ke Terengganu.
Umumnya, sering kali apabila kita membangkitkan soal ini, muncul pemuka pemuka UMNO mengatakan kita mencari alasan kerana tewas tetapi sedarkah mereka berdasarkan analisa undi popular yang kita buat, UMNO sudah lama tewas di Terengganu kalau bukan dengan pertolongan hantu.Malah ketika kita mampu membawa bukti itu ke mahkamah dulupun, kita masih tewas dengan alasan hanya satu undi hantu yang dikesan sedangkan PAS tewas dengan jumlah undi yang banyak, jadi satu undi hantu yang dibuktikan tidak membawa makna apa apa.Inilah penangan yang diterima oleh ketua hakim negara ketika itu Eusoff Chin dari Mahathir yang mengurai kehendak undang undang mengikut kepala otak sendiri.
Melayu jenis katak bawah tempurung yang masih ramai di Terengganu masih menjadi laluan yang selesa bagi UMNO membawa masuk hantu serta merancang berbagai bagai penipuan lagi.Inilah kelompok bangsa melayu yang akan memberi kerjasama secara membabi buta, tanpa memikirkan nasib anak anak, inilah juga kelompok melayu bawah tempurung di Terengganu yang menutup seluruh minda mereka kepada berita berita benar yang disampaikan sebaliknya cenderung 100% percaya dengan orang orang seperti Najib, sebab itu mereka percaya hanya Najib yang boleh menjaga Islam, boleh memberi mereka makan tetapi mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi dari terus ditipu hidup hidup oleh Najib.
Kejadian Najib lari dari mahasiswa sebenarnya pengulangan kepada peristiwa Najib lari dari pengundi pengudi ketika PRU kecil Kuala Terengganu dulu.Sepatutnya melayu ini sudah dapat membuka mata betapa pengecutnya pemimpin yang baru saja mendakwa dialah pemimpin agung Islam tetapi tidak nampaknya bagi melayu melayu bawah tempurung yang sudah ditone otak otak mereka untuk hanya percaya kepada UMNO dan pemimpinnya saja.
walau bagaimanapun ada satu golongan yang masih berada di bawah tempurung tetapi masih mampu diselamatkan lagi.Mereka adalah pengundi atas pagar yang khabarnya merupakan lebih kurang 25% dari jumlah pengundi berdaftar di Terengganu sekarang ini, oleh itu maklumat yang tepat dan benar amat amat diperlukan untuk sampai kepada mereka.Saya percaya sebahagian mereka sudahpun menetapkan parti mana yang akan dipilih nanti dan sebahagian lagi masih mencari kebenaran.
Ingatlah, kalau kita petugas PR bekerja secara ikhlas dan jujur, tanpa mengharapkan balasan, sudah tentu tugas menyampaikan maklumat yang benar dan tepat tidak terhad di pentas pentas cearamh sahaja.maklumat yang benar dan tepat boleh disampaikan di mana mana saja, di kedai kopi, di masjid masjid, di majlis majlis perkahwinan, ketika bermuamalat dll.
Saya juga menyampaikan penghargaan kepada Perantau yang gigih membantu kita di Terengganu.Fokus kita ialah menyedarkan golongan melayu bawah tempurung yang masih ramai.Pengundi hantu, insyaalah bukan lagi masalah kalau kita boleh swing pengundi pengundi atas pagar! Sekaligus kita merapatkan barisan(bukan BN) kita agar hantu hantu tidak beranai keluar mengundi seperti yang kita lakukan ketika PRU kecil Kuala Terengganu dulu.
BR1M: UMNO yang hina dan jadikan rakyat umpama haiwan, bukan TGNA
Posted on Sunday, February 24 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Tok Janggut
BR1M datang lagi ketika dekat nak PRU13. Tujuanya tidak lain untuk memperdayakan rakyat supaya mengundi UMNO/BN lagi dalam PRU13 nanti. Bagi UMNO, rakyat terutamanya orang Melayu boleh dijual beli dengan wang untuk mendapatkan undi. Kebodohan orang Melayu UMNO yang dibodohkan oleh pemimpin mereka akan terus berkekalan tanpa disedari bahawa orang Melayu sebenarnya telah, sedang dan akan terus dihina oleh UMNO dan dijadikan seperti haiwan ternakan yang diberikan makan kemudian akan disembelih. Ini apabila rakyat berjaya ditipu untuk terus mengundi UMNO dengan nilaian RM500, setelah menang nanti rakyat juga akan disembelih dengan menaikan harga barang, cukai dan berbagai tekanan lagi dan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan puaknya ketawa besar kerana mereka boleh merompak, menipu rakyat lagi dan semua penyelewengan dan salahguna kuasa mereka akan terus ditutup tanpa siapa boleh dan berani mendedahkanya.
Maka selamatlah mereka di dunia, manakala orang Melayu yang mengambil wang BR1M RM500 dan yang terus menyokong UMNO itu yang akan terus dihina dan dijadikan umpama haiwan ternakan dan akan diberi makan lagi menjelang PRU14 nanti. Manakala orang Melayu dan rakyat yang mengambil wang BR1M RM500 tetapi tidak mengundi dan menyokong UMNO/BN itu sebenarnya adalah rakyat yang cerdik dan punya maruah. Wang itu bukan milik UMNO/BN tetapi wang yang dirompak oleh UMNO bernilai jutaan ringgit itu lah wang milik rakyat.
Kenyataan Najib bahawa mengundi PAS boleh membaca perpecahan, mengundi PKR boleh merosakan aqidah dan mengundi DAP membawa kepada penindasan umat Islam adalah lucu. Akibat kejahilan mengenai Islam, maka beliau lupa bahawa dengan mengundi UMNO/BN lah boleh membawa umat Islam rosak aqidah, perpecahan dan penindasan terhadap orang Melayu dan umat Islam. Beliau ingin bercakap tentang aqidah sedang aqidah beliau dan isteri beliau dan semua pemimpin UMNO itu boleh dipertikaikan. Dia bercakap soal perpecahan sedangkan dalam UMNO sendiri sentiasa berpecah dan menindas diantara satu sama lain semata-mata kerana berebut pangkat, jawatan, harta, projek dan wang rakyat. Dia juga berkata mengundi DAP boleh membawa penindasan kepada umat Islam sedang UMNOlah yang selama ini menindas, merampas dan menipu orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Jika diteliti kenyataan NOH Gadut dan Harusanai berkaitan dengan kalimah Allah, adalah jelas dan terang bahawa SATU UNDI UNTUK UMNO/BN boleh membawa seseorang umat Islam itu jatuh KUFUR dan SYIRIK. Najib dan Mahathir sekarang beria-ia merayu rakyat supaya terus menyokong dan mengundi UMNO/BN bukan bertujuan untuk membantu rakyat tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau dan keluar mereka berdua agar semua salahguna kuasa, jenayah, rasuah, penipuan dan penyelewengan beliau berdua dapat ditutup dari pengetahuan rakyat.
Najib mempertikai akan kehadiran TGNA ke rumah pemimpin DAP Karpal Singh ketika menyambut harijadi beliau. Inilah akibat terlalu banyak menipu rakyat, terlalu banyak makan wang haram, dan terlalu banyak menghina syariat Allah maka Najib buta mata dan buta hati dalam menyelami hasrat TGNA dalam menyampaikan mesej dakwah. Mengapa Najib tidak tanya Nabi Muhammad, mengapa baginda pergi menyuapkan makanan kepada seorang perempuan Yahudi yang buta, menziarahinya ketika wanita itu sakit sedangkan selama itu wanita itu banyak sekali menyakiti Nabi, menghina dan melakukan berbagai-bagai perkara yang menyusahkan Nabi, yang akhirnya wanita itu mengucapkan syahadah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Mengapa juga Najib pergi merayakan Tahun Baru Cina sedangkan pemimpin MCA dan Gerakan selama ini begitu lantang menghina Islam? Najib lupa bahawa Karpal Singh bukan penganut Islam, jadi tidak pelik jika beliau menentang Islam sampai bila-bila pun tetapi yang Najib tidak sedar bahawa beliau sendiri dan pemimpin UMNO lah yang selama ini menghina dan mempersendakan Islam dan syariatnya. Apakah Najib dan pemimpin UMNO merasakan yang aqidah mereka masih betul lagi? UMNO sebenarnya lebih hina dari DAP, MCA, MIC dan Gerakan.
Jika di negara luar yang bukan beragama Islam, pemimpin mereka yang seperti Najib ini sudah lama meletakan jawatan atau didesak orang pengikut dan rakyat supaya meletakan jawatan dan diseret ke mahkamah akibat terlalu banyak kes yang terpalit pada dirinya, adik beradiknya dan isterinya. Tetapi oleh kerana bangsa Melayu UMNO ini jenis manusia yang telah dijadikan haiwan ternakan oleh Najib dan UMNO, maka Najib terus bebas bergerak seperti Mahathir untuk terus menipu dan memperdayakan rakyat tanpa rasa malu. Melayu UMNO ini tanpa sedar terus dihina dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka semata-mata kerana RM500 yang tidak berapa sen pun nilainya itu berbanding dengan berjuta ringgit wang rakyat dan wang negara yang telah disamun oleh pemimpin mereka dulu, kini dan akan datang jika mereka menang lagi dalam PRU13 nanti. Sebenarnya Najib, Mahathir dan pemimpin serta parti UMNO itu tidak ada bezanya dengan Asad di Syria dan Mubarak di Mesir dan perjuangan parti keduanya.
Di Malaysia ini bukan sahaja rakyat terutamanya bangsa Melayu UMNO yang dihina dan berjaya diperbodohkan oleh UMNO dan pemimpinya, bahkan golongan yang ada pengetahuan agama pun turut menjadi mangsa UMNO. Itu sebabnya ada ustaz, ustazah, mufti, tok guru yang sanggup bermati-matian mempertahankan UMNO dan pemimpinya kerana sudah berjaya dijadikan haiwan ternakan oleh UMNO dengan ditaburkan wang, jawatan, kereta mewah dan janji-janji palsu tanpa memikirkan lagi soal aqidah dan soal penghinaan UMNO terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi, yang penting perut kenyang dan poket penuh. Golongan ini sebenarnya lebih hina dari haiwan ternakan dan tidak ada nilainya sedikit pun untuk agama, bangsa dan negara. Wallahualam.
UMNO/BN Terdesak memaksa penerima wang BR1M bersumpah mengundi UMNO/BN
Posted on Sunday, February 24 @ 12:16:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Maaf cakap lihat pada video ini penerima BR1M ibarat 'binatang' yang nak disembelih kerana politik kotor dan durjana UMNO/BN.
paparan lebih besar
Oleh Kuda Ranggi
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA dikatakan telah mencedok atau menciplak (plagiarise) satu atikel mengenai ramalan keputusan pilihan raya umum dari portal berita lain dalam talian.
Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita dalam talian Malaysiakini hari ini, ia amat mengaibkan.

BERNAMA cedok artikel? Jika benar ia mengaibkan! Posted on Sunday, February 24 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Oleh Kuda Ranggi
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA dikatakan telah mencedok atau menciplak (plagiarise) satu atikel mengenai ramalan keputusan pilihan raya umum dari portal berita lain dalam talian.
Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita dalam talian Malaysiakini hari ini, ia amat mengaibkan.
Malaysiakini mendapati
artikel BERNAMA bertarikh 21 Februari itu adalah hampir seperti
disalin (carbon copy) dari sebuah artikel yang disiarkan pada 9
Februari oleh laman sesawang pro-Barisan Nasional (BN), The Choice.
Artikel
yang dikeluarkan oleh BERNAMA itu dikutip pula oleh hampir semua media
arus perdana (sudah pasti) kerana ia memberi gambaran atau kebaikan
untuk kerajaan BN, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13
dalam tempoh sebulan dua ini.
Artikel berkenaan memetik Economist Intelligence Unit (EIU) sebagai
melaporkan bahawa BN dijangka memenangi pilihan raya umum akan datang.
Sudah tentu berita sedemikian rupa amat dinanti-nantikan oleh
kerajaan (BN) dan media arus perdana terutamanya BERNAMA.
Yang menariknya, Malaysiakini mendapati dalam laporannya, BERNAMA telah menokok tambah tiga perenggan kepada artikel asal yang disiarkn oleh The Choice.
Ketua Pengarang BERNAMA yang sedang memangku jawatan Pengurus Besar, Datuk Yong Soo Heong ketika dihubungi Malaysiakini berjanji
untuk menyiasat perkara itu. Kita harap Yong akan bertanggungjawab
sepenuhnya atas apa yang berlaku, jika ia benar-benar berlaku. Era
melepas tangan sudah berlalu dan sikap mengambil tanggungjawab atas
nama menjaga integriti pertubuhan amat penting.
Selain
itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr
Rais Yatim mesti turut mengambil berat atas apa yang berlaku kerana ia
bukan sahaja menjejas nama baik BERNAMA tetapi kementerian berkenaan
selaku pihak yang mengawal selia BERNAMA.
Tindakan
tegas mesti diambil terhadap orang yang bertanggungjawab termasuk yang
bertindak selaku ketua. Ketua tidak boleh lepas tangan dan
mempersalahkan anak buah kerana jika ketua bersikap demikian, maka dia
tidak layak menjadi ketua.
Sebarang
kenaikan pangkat, umpamanya ke jawatan yang lebih tinggi dalam
pertubuhan, mesti ditangguh dan jika perlu, dibatalkan.
Pada
era masa kini, mata dan telinga rakyat tidak kabur dan tidak tuli.
Mereka ada banyak sumber atau wadah untuk mendapat maklumat dan amat
sukar bagi pihak tertentu untuk menyembunyi atau buat-buat tak tahu
akan apa yang berlaku.
Seperti yang Dr Rais selalu berkata, zaman beredar, pusaka bergilir. Saya ingin tambah, tukar jika tidak mahu ditukar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan