Selasa, 19 Februari 2013

BUBARLAH CEPAT...RAMAI DAH MELUAT DAN BERBULU....LAMBAT CEPAT BUKAN MENENTUKAN KEMENANGAN..YANG MENENTUKAN ALLAH SWT

Tak cukup lagi kah berkempen di kaca TV, sehingga BN terpaksa guna lori ikan?
Posted on Monday, February 18 @ 21:55:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: senik

"

Assalamualaikum. Saban hari dan malam, kaca TV milik RTM dan milik tiga dan sembilan suku terutamanya menyiarkan ucapan Najib dan Yidin yang mendakwa mereka sajalah yang layak memberi kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat, menyiarkan jasa jasa kerajaan yang banyak dan sentiasa menepati janji.


Mengunakan kanak kanak untuk mempromosikan  "KAMI SAYANG MALAYSIA".TV milik BN turut menhentam PR dan menyebarkan berita kononnya berlaku perpecahan dalam PR serta membuat dakwaan palsu terhadap pemimpin PR.Tetapi peliknya, akhir akhir ini BN/UMNO mula mengikut cara PR berkempen.PR tidak punya banyak pilihan apabila TV media perdana diharamkan kepada mereka, menggunakan kaedah ceramah termasuk di atas lori.Kini BN/UMNO mengikut kaedah ini dengan banyak menganjurkan ceramah ala PR juga termasuk menggunakan lori ikan.
Ustaz Nik Mohd Abduh pernah berkata kalau PR diberi ruang di dalam TV, tidak perlu lagi berceramah dalam gelap untuk menyampaikan wadah perjuangan PR.Tetapi nampaknya Ustaz Nik silap, kesan ceramah dalam gelap ternyata lebih meluas berbanding celoteh dalam TV.Sebab itu, BN/UMNO mungkin merasakan tertinggal langsung mereka juga menganjurkan ceramah yang serupa.
BN/UMNO cuba membuat pembaharuan, mengadakan konsep debat atas lori ikan untuk menarik perhatian pengundi.Malah mereka lebih kreatif apabila cuba menonjolkan debat secara langsung dengan ahli PAS, melibatkan UFB.Tetapi di akhir debat terlondeh lakonan yang turut mendapat kritikan Dr. Maza.
Debat yang dijalankan itu dirancakkan dengan penyertaan pemimpin NGO yang prihatin dengan nasib rakyat terutamanya nasib orang melayu.Debat atas lori pula dipopularkan oleh Ezam kotak yang mempunyai pengalaman berceramah atas lori.Bijak BN menggunakan kepakaran penceramahnya.
Satu perbezaan jelas antara ceramah BN dan PR ialah pertamanya kehadiran, di ceramah BN, kelihatan banyak kerusi dari pendengar, sedangkan ceramah PR tidak kelihatan kerusi selain pendengar sahaja dan jalan menuju ke tempat ceramah sentiasa jem gila.Keduanya dalam setiap ceramah PR, sentiasa ada kutipan ikhlas yang dilancarkan di mana kutipannya ada yang mencecah puluhan ribu RM, sedangkan pada ceramah BN, satu senpun tak dikutip sebaliknya disediakan pula nasi bungkus yang setiap kali banyak yang tidak habis.
BN sudah ketinggalan dari segi pendekatan untuk mendekati rakyat.Ketika TGHH dan lain lain pemimpin PAS mendesak polis membenarkan PAS mengadakan ceramah dulu, BN masih lagi goyang kaki dan menyangka mereka memilik saluran yang luas dan selesa untuk sampai kepada rakyat.Tetapi kini, Bersama PKR dan DAP, ceramah PR menjadi lebih maju dan berkualiti menyebabkan BN mula merasa tertinggal.Mitos yang mengatakan kebanyakan pendengar yang hadir itu cuma mahu menghabiskan masa tetapi tidak berminat mendengar apa yang diceramahkan mula disedari salah oleh BN lalu merekapun turut berceramah dengan harapan dapat menyaingi PR.
Tetapi malang, isi ceramah yang kosong, tidak ada apa yang bolih menyakinkan rakyat mengenai keupayaan sebenar BN untuk terus memimpin negara.Akhirnya BN yang mengelabah tak tentu arah sehingga mula mengerakkan skuad samsengnya mengganggu ceramah PR, mengganggu kempen PR dan menakut nakutkan petugas PR di mana mereka ada kesempatan.
Pemikir pemikir BN juga turut mengadakan berbagai bagai lawak termasuk meyamar menjadi ahli PAS menghentam DAP dalam isu isu yang difikirkan akan menguntungkan BN.Kenyataan TG Harun Taib diambil kesempatan, gelagat Ust.Nasha disebarkan dengan harapan dapat menarik sokongan kepada BN, usaha usaha dan percubaan bersatu dengan PAS diteruskan sehingga terpampang bena yang menunjukkan adanya penyatuan PAS dan UMNO.




Pasar Payang dan Kampong China perlu dirobohkan.
Posted on Monday, February 18 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Pasar Payang (Pasar besar) terletak ditengah bandar Kuala Terengganu perlu dirubohkan demi keselesaan dan menkadikan satu waterfront yang indah dan berbentuk mesra alam dan pengguna.

Pasar payang yangada sekarang tidak mecermikan satu kawsan bandaraya yang cantik dan bersih. Mlah penenpatam peniagatidak tersusun dan teramat kotor.

Kerajaan perlu membina satu bentuk pasar berkonsep mesra pengguna dan bersih dan nyaman serat dipenuhi dengan peniaga melayu dan beranika makanan yang menghala kesungai dan laut.

Kedua kampong China perlu dirubohkan dan membina satu watrfrot yang lebih indah dan menyedaikan ruang peniaga berbilang bangsa. Malangnya BN/UMNO Terengganu menghalau penduduk kaum Melayu yang berada di Kampung Ladang, Kampung Tanjung, Kampong Paya Keladi dietngah bandar Kuala Terangganu.

Sejarah lama tak perlu dipilihara, jikanya tidak membawa keuntungan kepada bangsa dan negeri. *****uh terbaik mengapa Kampung China tidak dirobuhkan sebagai meruboh kampung Melayu?. Jelas kerajaan BN UMNO Terengganu takut hilang undi kaun China.

Hanya perlu diambil kira semula ialah penempatan semula peniaga peniaga 100 paratus melayu di pasar payang agar tidak tersisih apabila pembangunan semula Pasar Payang.

Setiap pembangunan bandar Kuala Terengganu dinagtkan agar kerajaan menyediakan tapak dan permis niaga kepada bangsa Melayu perlu diutamakan. Jangan menggunakan bahan lawak dengan kada r sewa yang tinggi.

Perlu ada satu makanisma yang rapi bagi peniaga peniaga Melayu berada dalam permis peniaga yang baru atau bakal dibian di Bandar Kuala Terengganu.

Disaranka juga perehentian Bas Kuala Terenganu dan perhentian teksi kereta sewa perlu dibian dengan konsep mersra pengguna seperti yang dibina di Kuala Lumpur.

Hanya satu sahaja yang perlu dijaga dan dipilihara dalam setiap pembanguan dan perubohan hendak dilaksanakan ialah "kepentingan peniaga peniaga melayu dan pemilik bangsa melayu perlu diutamakan dengan satu bentuk makanisma agar bangsa melayu berada dalam arus pembanguna bandar yang bwersifat lestari."

Mungkinkah Najib akan letak jawatan sebelum PRU13?
Posted on Monday, February 18 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"

Assalamualaikum,,

Jabatan Penerangan tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial pagi ini.Lanjut sila baca sini

Mengesyaki laman sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan penerangan digodam dengan penyiaran dua kenyataan iaitu Memo Permohonan Rakyat Malaysia (e-Press) dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan merupakan satu perkembangan terkini kemelut yang tidak berkesudahan yang dihadapi PM dan UMNO. Siapa agaknya yang buat lawak dengan mengodam sistem e milik Jabatan Penerangan?

Apa yang bolih dilihat sekarang, kemungkinan ada benarnya berita yang mengatakan Najib berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya, siapa yang memberi tekanan, khabar mengatakan tak lain tak bukan, Yidin anak Yassin! Tetapi kes godam yang dilakukan terlebih dulu dari PRU menjadi adegan semakin menarik, apatah lagi Najib baru saja berjanji di hadapan anak anak Kelantan di perantauan atas nama Perdana Menteri.

Selain itu Najib juga mungkin tidak berupaya menyerap tekanan yang semakin tinggi dan terpaksa juga melepaskan jawatannya sekalipun Big Mama menghalang."



 Berita Yang Tak akan Keluar Dalam Media Malaysia
Posted on Monday, February 18 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"Liputan akhbar Republika dari Indonesia ttg kekecewaan PM Australia terhadap tindakan kerajaan Malaysia yg menghalang kemasukan Senator Nick Xenophon ke negara ini.

Senator Australia Nick Xenophon yang diusir selepas beberapa jam mendarat di negara ini, percaya kerajaan Malaysia bertindak demikian ekoran sokongannya ke atas gerakan pro-demokrasi dan juga kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH.

Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.

"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon..Malaysiakini..

Nukilan Abu Luqman ..Sila KLIK FAN PAGE [ KEMPEN TAMBAH AHLI }"


 Takut kalah PRU akan datang, BN mahu haramkan DAP?
Posted on Monday, February 18 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Roketkini

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Makin lama makin benar kata-kata “kalau tak menipu, maka bukan UMNO namanya”. Pembohongan terbaru datangnya dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merangkap Naib Presiden UMNO, yang menuduh DAP tidak menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diarahkan sebelum ini.

Sedangkan laporan yang diperlukan itu sudah pun dihantar oleh DAP kepada ROS pada 8 Februari lalu, sekali gus membuktikan Hishammuddin telah tidak bersikap profesional dan menipu.

Menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai satu pembohongan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, bahawa DAP telah menghantar semua dokumen yang diperlukan kepada ROS.

“Saya sendiri pergi bersama pegawai saya dan serahkan borang dan dokumen yang diperlukan itu melalui kaunter dan ia telahpun dicop terima. Kita telah hantar seminggu lebih awal sebelum cuti tahun baru Cina.

“Pihak DAP amat berdukacita dengan kenyataan Hishammuddin ini telah merosakkan imej dan kredibiliti parti di mata umum. Dia adalah menteri yang tidak profesional,” katanya.

Justeru, Loke mempersoalkan sama ada kesungguhan Hishammuddin serta para pecacai UMNO-BN yang sanggup berbohong itu merupakan satu konspirasi untuk membatalkan pendaftaran DAP.

“Kita ada bukti kita dah hantar. Adakah ini satu konspirasi oleh Barisan Nasional untuk pastikan DAP dibatalkan pendaftarannya?

“Kita tak ada masalah untuk ROS siasat. Tapi bagaimana kita boleh bergantung kepada ROS jika mereka pun tidak profesional? Ini membimbangkan kita sama ada kita akan dilayan dengan adil,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambah beliau, sekiranya isu ini timbul akibat kesilapan pegawai ROS, ia adalah urusan dalaman mereka dan menteri perlu bertindak jika pegawai itu bersalah.

Menurut Loke, antara dokumen yang telah diserahkan kepada ROS ialah dua salinan minit mesyuarat agung, dua salinan Borang 9, dua salinan penyata kira-kira parti bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan tiga salinan senarai nama-nama Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi tahun 2012 dan 2015.

Loke juga hairan mengapa Hishammuddin serta UMNO-BN rakus dalam soal teknikal DAP sedangkan bersikap takut-takut apabila Malaysia berada dalam keadaan bahaya di mana segerombolan pendatang asing bersenjata telah menceroboh masuk ke Sabah.

“Beliau (Hishammuddin) patut bagi perhatian kepada isu yang berlaku di Lahad Datu di mana 100 orang pendatang asing menceroboh kedaulatan negara kita. Tapi nampaknya beliau lebih bagi perhatian terhadap pemilihan DAP,” katanya.

Turut bersama beliau dalam sidang media hari ini ialah Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu Him Ven.

Sumber: Roketkini.com
Parlimen bubar Jumaat 22 Febuari 2013
Posted on Monday, February 18 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"ilonenewpmBlog TukarTiub mendapat maklumat Parlimen Malaysia akan dibubarkan Jumaat ini 22 Febuari 2013.

Najib memilih membubarkan Parlimen pada Jumaat hujung minggu kerana mengelak pasaran saham BSKL menjunam akibat berita tersebut. Ini kerana Sabtu dan Ahad Bursa Malaysia ditutup.

Eloklah rakyat pun tak sabar-sabar nak ucapkan ‘i love new PM’ untuk Malaysia. LAGI"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan